Maybank Oh Citylink!

Salam 19 Muharram kawan-kawan!

Alkisah selepas baca tentang keperluan untuk memperbaharui kad ATM Maybank di sebuah blog, I pun teruja jugalah nak menukar sama. Sebenarnya I dah tahu lama sebelum itu tapi I ingatkan kena tukar kad Maybank yang hitam kuning tu ke kad bergambar ceri aje. Kalau begitu, memanglah I dah ada kad baru.

Rupa-rupanya ada yang lebih baru daripada itu. Maka, check punya check, I dapat tahu boleh aje kalau nak tukar secara online. Nanti kad baru akan dihantar terus ke rumah.

Dah namanya senang, buat apalah menyusahkan diri nak terhegeh-hegeh bertumit tinggi ke cawangan Maybank yang berdekatan. Jadi, dua bulan lepas I pun tukarlah kad Maybank ni secara online. Siap mengajar lagi kawan pejabat ni, jomlah kita log in ke akaun Maybank masing-masing dan tukar kad! 

Buatnya pun a day after HD tukar kadnya...

Kalau ikut kata-kata Maybanklah, dalam masa 14 hari akan dapat kad baru ^_^

Selepas tu aktiviti menunggu buah yang tak gugur pun terjadi...

Tunggu punya tunggu punya tunggu, sampailah terlupa dah berapa lama menunggu. Bila my colleague yang tukar kad sama-sama dengan I dah dapat kad barunya (dah show off, show off kad tu duplohlapankali depan my mata sampai berbulu aje rasa di hati ni sebab kad sendiri tak dapat padahal I yang mengajar dia tukar kad secara online!), hati pun sudah panas...

Barulah teringat nak call Maybank dan bertanya, mana pergi kad baru yang dah dibuat tu! Bila check dengan Maybank, katanya kad baru telah dikeluarkan pada akhir Ogos dan telah dihantar kepada courier service pada awal September!

And by the time kami suami isteri teringat nak check tentang perihal kad baru ni dah masuk mid September ya!

HD pun mulalah buat panggilan bertubi-tubi ke Citylink! 

Kali pertama mereka kata dah hantar semua kad ke area kawasan perumahan I ni. HD pun marahlah. Kalau dah hantar, mana buktinya? Kenapa kami masih belum terima! Mulalah lepas tu nak pass line ke one after another....

Lepas dua, tiga kali call, tetap juga takda penyelesaian. I pulak bila dah macam tu, ambil jalan redha aje. I nak ke cawangan Maybank aje untuk buat kad baru sekali lagi. On the spot boleh dapat. Instead of kad gambar ceri banyak, boleh dapat kad gambar ceri sebiji dengan latar grey, cun juga ^_^ 

So, setiap kali I melilau ke KLCC atau Ampang Park, I pun terjahlah Maybank. And, setiap kali terjah, ramai betul alahai umat manusia yang nak tukar kad juga! I lupalah yang bukan I seorang sahaja ada long term 'partnership' dengan Maybank nih! Setiap kali datang pun, mesti kena menunggu sekurang-kurangnya 20-30 orang depan kita! Duh, mana sanggup! Dahlah lunchbreak sejam aje!

On Sept 25, bila I terjah lagi (tapi tetap tak bertabah nak menunggu lama...) staff Maybank kata mereka akan buka cawangan pada hari Sabtu untuk penukaran kad baru. So, I dan HD pun dah plan siap-siap nak pergi tukar kad pada hari Sabtu. 

Malangnya, setiap hari Sabtu kita tidur balik lepas Subuh! Mana dannya nak pergi! Dengan HD ni lagilah susah, bukan suka sangat menunggu lama-lama! Makanya, dua kali Sabtu juga kita terlepas peluang nak ke cawangan Maybank berdekatan!

Takpalah! Nanti bila I cuti seminggu hujung tahun nanti, kita settlekanlah hal kad-kad ni semua! 

Tiba-tiba....

Tanpa diduga....

Semalam sampai pulak kad ni selepas hampir dua bulan kami memperbaharuiya secara atas talian...



Berbulu aje tengok sampul surat dari Citylink ni! Lebih baik hantar guna Pos Malaysia aje. Berbulan ambil masa nak sampai pada kami! Apa? Tak jumpa alamat ke? Cer cerita, celah gua mana yang depa cari ni sampai tak jumpa alamat rumah kami?



Tengoklah bila tarikh kad ni dikeluarkan? Dan bila tarikh ianya dihantar oleh pihak Maybank ke Citylink? 


Boleh pulak buat-buat tak tahu kat mana kad bila kita tanya! Memang nak kena lepuk tau Citylink ni! Nasib baiklah mereka masukkan dalam peti surat aje, kalau jumpa depan mata memang berpuluh ayat sinis ahkak nak habaq kat budak pengantar Citylink yang tak berdosa itu ~_^


Ish! Nasib baiklah tak jumpa!




Nasib baik tak sampai selepas 23 November. Memang sesajalah nak suruh HD naik darah dan mengamuk lagi di telefon!

By the way, baru aje pagi ni I activated my new card ni. Takda moodlah nak activate semalam selepas mendapatnya. Dah hilang keterujaan bila terima kad baru!

Sekarang nak settlekan satu lagi kad bank. Yang ni memang kena pergi cawangannya di KLCClah nampak gayanya, takda pilihan atas talian!

Harapnya takdalah banyak songeh untuk kad bank yang satu lagi ni walaupun selama ni servisnya quite hancur juga!

Comments

  1. haiyo..saya pun tak tukar lagi..ingat nak buat online tapi nampak gayanya kena gi sendiri lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan-kawan akak takda pulak masalah. Kakak ipar merangkap mak mertua Sal pun takda masalah. Akak pun tak tahulah apahal susah sangat Citylink ni nak hantar kad ni ke rumah! Tak jumpa jalan 'datang' rasanya nih...

      Kalau pi cawangan senang sikit, Sal. Terus dapat on the spot. Tak payah tertunggu-tunggu selama 14 hari katanya!

      Delete
  2. Betullah nasib baik belum 90 hari kalau tak memang kena buat baliklah.
    Kakak ni belum tukar lagi sampai sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak sampai juga, memang kami nak ke cawangan buat kad baru sekali lagi. Nasib baik sampai! Nasib baik sempat activatekan kad baru ni. Kalau tidak, sampai pun dah tak berguna lagi!

      Delete
  3. Mujur saya dah tukar awal-awal tahun dulu tau, MD. Sekarang ni kalau nak tukar memang perit sikitlah beraturnya..berduyun-duyun umat manusia.

    Maybank -/+ 10 hari dah dapat courier, satu lg bank kena pergi sendiri ke kaunter. Masa tu, takde ramai org so..relax2 ajer di bank ^__^.

    Bertabahlah ya MD kalau kena beratur panjang nanti. Bawak2 bersabar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi-lagi masa akhir Sept tu ada pulak yang kata kalau tak tukar by Sept, kena bayar harga kad baru! Lagilah ramai orang di cawangan bank semua! Saya pun pergi waktu lunch break, manalah sempat. Main ambil aje nombor tapi bila tak dan, terus balik pejabat! Next time buat lagi!

      Harapnya bank yang satu tu takdalah buat hal. Melenting kang saya. Hilang ciri-ciri perempuan Melayu terakhir nanti ^_^

      Delete
  4. Mak aiii hampir 2 bulan baru sampai?? pergh naik kematu menunggu.. haha.. maksudnya kesilapan dari pihak citylink lah, kan MD?..depa yg lambat hantaq.. mau tak naik geram.. huhu...ada office mate kt sini buat online dalam 2 minggu smpi.. sy buat kat kaunter ja, time tak ramai org kt Maybank tak sampai sejam dah siap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah apa sebabnya. Nak kata hantar ke alamat di luar bandar, dalam bandar ni saya tinggal. Citylink ni memang tau. Kalau macam ni lama, lebih baik pakai pos biasa aje!

      Delete
  5. Suami akak baru je buat ,ogos lepas bukan pasal kena tukar pun tapi kad memang dah hampir lunyai dah...Memang senang sangat walaupun katanya perlu tunggu 3 jam tapi rasanya 1 jam dah siap pun.Kat cawangan maybank sini pun buka hari sabtu khas untuk buat kad je katanya.
    Kalau dah 2 bulan tu melampau sangat kan...siapalah tak marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cawangan tak ramai orang, senang sikitlah kotnya Kak Saniah. Tapi tahu ajelah kawasan tempat kerja saya ni, bank memang 'hotspot'. Kalau setakar 1 jam lunch break tu, jangan haraplah sempat. Setiap kali pergi, staff Maybank tu beritahu awal-awal yang kena tunggu lama.

      Nasib baiklah sampai sebelum tarikh akhir activation tu. Kalau tak, tak guna juga. Tetap kena buat balik semula! Geram betul!

      Delete
  6. Nasib belum buat sekali lagi ye Kak Ton...kalau tak, terpaksa istikharah nak guna kad mana haha....

    Betullah tu ...tentu arah guna Pos Malaysia stem 50 sen jer....Dapat kat kita setengah tahun pun tak rasa naik hangin....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beberapa kali nak pergi buat tapi asyik ada halangan. Kalau dah buat sekali lagi dan kad ni sampai, memang terus baling dalam tong sampah! Dah takda gunanya dah...

      Itulah pasal. Apa gunanya Citylink kalau penghantaran ambil masa dekat dua bulan!

      Delete
  7. Acik pi tukar di maybank senawang..datang kol 9 lebih..dapat no 36..selesai urusan dapat kad baru kol 1tghari..memang la MD tak sanggup tunggu..satu kaunter je untuk urusan tukar kad..nasib la dot duduk bila dah kol 10 lebih tu.yang bawak anak..tak berapa kali anak kena cubit kesian acik tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybank tu biasanya memang ramai orang. Dah kalau ramai tu, tahu ajelah berapa jam nak dok bertapa dalam bank tu. Saya ni kalau berkesempatan pun cuma waktu lunch break tengahari tu. Dahlah sejam aje, manakan cukup masa nak menunggu...

      Delete
  8. Uishh lama betul terkpasa menunggu kad baru. Hari tu ada jugak baca kes macam akak ni lah. Buat secara online lepas tu lama menunggu tak hantar hantar sudahnya terpaksa pergi ke maybank buat kad lain sebab orang bank suruh. Huhu. Nani pun asyik lah terlupa nak tukar kad maybank ni padahal sejengkal aje dengan rumah. Hahah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang akak antara yang malanglah. Tapi alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Kalau hujung minggu ni tak sampai, memang dah pergi bank juga nak settlekan kad nih!

      Delete
  9. Kaknoor mmg out of skill kalau masaalah mcm ni MD
    Semuanya mengharapkan org lain
    Tk reti berdikari dlm masaalah mcm ni
    Cuma pandai buat kari je
    Kesian kan !!
    Sementara ada org yg boleh diminta tolong kan
    Nanti dah darurat baru nak belajar buat sendiri hahaha
    Baik punyaaa maktok

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least pandailah juga KakNoor buat kari ^_^ Saya ni kari pun tak meruap minyaknya tau. Hahaha!

      Sekarang ada tempat untuk bersandar, sandar ajelah KakNoor ya. Saya ni memang semulajadi berdikari dalam hal-hal macam ni. Ada juga benda remeh yang saya tak pandai berdikari ^_^

      Delete
  10. Sy buat ok je takde masalah..biasaa tu dlm beribu mesti ka ada 1 yg servisnya kureng..nasib baik kad dh smp sebelum pergi perbaharui ke kaunter..klu tak lagi panas.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lepas 90 hari tarikh activation kad tak sampai, memang saya kejar dengan penyapu budak Citylink tu tau! Hahaha!

      Entahlah kenapa saya aje yang malang. Orang lain buat online, okey aje sampai ke rumah kad masing-masing. Bila turn saya dan suami, tiba-tiba Citylink hilang akal tak tahu alamat di mana!

      Delete
  11. Nasib baik kita elok je sampai pada waktunya... Mybe dia kenal blogger kecoh seantero alam maya ni kot hahaha.. Kalau tak sampai tak tau la berapa entri den tulis & berapa status den post kat FB tu.. bukan je takat citylink.. sekali dengan maybank kena. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Blogger kecoh alamaya macam ni janganlah nak cari pasal. Memang diviralkannya 'hidup-hidup' gitu. Mahu berjela-jela entri luahan perasaan marahnya tu nanti. Nasib baiklah dia tahu Suria ni siapa. Kiranya famous jugalahkan lekatlekit ni ^_^

      Delete
  12. mummy, kat bahau nih pun, tak pernah kurang orang yang beratur nak buat kad. ada satu hari tu, saya ingat saya paling awal, rupanya saya yang ke-20!! nak menangis tau. terus balik, tak larat der nak tunggu lama-lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybank ni memang sedia maklum selalu aje penuh. Semua orang memang suka rimau kotnya sebagai 'pet animal'. Hahaha!

      Nasib saya tak baiklah. Dahlah pergi bank berkali-kali memanjang aje ramai orang. Buat online yang katanya senang bangat pun ada aje malangnya! Ni yang satu lagi bank sampai sekarang belum pergi. Konon-kononnya fobialah tu ^_^

      Delete
  13. samalah hari tu pun nak buat, tapi ramai. last2 saya guna maybank2u je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasa aje penuh kalau nak tukar di bank walaupun katanya dah extend waktu beroperasi untuk penukaran kad aje. Ada pulak yang dok viral kata kena tukar sebelum 30 Sept. Lagilah padat orang menyerbu ke bank sebab takut kena bayar renewal card!

      Delete
  14. Alhamdulillah..
    Akhirnya smpi juga kad yg ditunggu..
    Memang ada lah kes terpencil mcm ni MD..
    Yg jadi kat kita pulak 😆
    Menguji kesabaran kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersiksa jiwa raga tau CH part-part menunggu macam buah yang tak gugur walaupun yang ditunggu tu bukan sesiapa, but then lubang duit tu. Hahaha!

      Delete
  15. alhamdulillah. sampai jugak! penantian satu penyeksaan kikiki..
    Nasib baik la MBB bawah klcc kalau tak jenuh nak tukaq. Masa aina tukar tak ramai org. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Aina. Penantian memang satu penyiksaan. Bak kata lagu apa ek? Lupa pulak tajuk dan penyanyinya ^_^

      Akak pergi KLCC dan Ampang Park entah berapa kali. Akhirnya terjebak shopping jerk tau. Menyesal tak berkesudahan jadinya ^_^

      Delete
  16. alhamdulillah sampai juga. tp lama benor nunggu nya Mommy.
    mmg berangin lah kan..

    kite dh lega bab kad ni. cuma tinggal 1 lg j. itu pon mcm mmg mals nk tukar sbb jrg guna. biar lah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak berangin, CikSu. Tapi saya nikan perempuan Melayu terakhir, masih lagi sabar menunggu walaupun dapdupdapdup dalam ni tahu rasa nak marah! Suami saya, tak payah ceritalah. Setiap kali telefon Citylink nak menyaman aje kerjanya. Hahaha!

      Saya pun ada satu lagi ni. Malas betullah nak pergi bank!

      Delete
  17. Haah la bru teringat...ninipon ada tukar o9..tp belum sampai....hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Pergi check ke mana hilangnya kad tersebut ^_^ Kalau lebih dari 90 hari dari tarikh dikeluarkan, memang patut pun darah naik!

      Delete
  18. Jauh perjalanan kad tu cari tuan dia...
    nasib baik tak lebih 90 hari... hihihi

    Sy pun tukar online kad maybank... tukar minggu ni, minggu depan dah sampai.. mmg cepat.. eh, apsal MD tak guna alamat ofis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, yalah Nur.... Maklumlah tuan empunya kad tu satu Italian, satu lagi Uzbek. Itu yang Citylink tak tahu cara mana nak hantar kad di alamat yang diberikan!

      Saya pun alamat di maybank2u tu maintain sama aje dari sejak buka akaun in 1999 sampailah sekarang Nur. Tak kuasa nak tukar alamat semata-mata kerana penghantaran kad baru! Kalau guna courier tu mungkinlah juga saya tukar alamatnya!

      Delete
  19. wah dah tukar kad, saya belum sempat nak pergi tukar...

    haa nak kena report tu citylink tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Lega dua-dua kad dah selamat ditukar baru. Lepas ni boleh main swipe-swipe aje ikut citarasa gelojohnya. Hahaha!

      Cepat tukar AA. Nanti tahun depan katanya kalau nak tukar dah kena bayar pulak!

      Delete

Post a Comment