Alkisah sebelum raya (Part 1)

Salam 21 Syawal kawan-kawan!

Sorrylah ya sebab my 'adegan' Syawal baru nak bermula... 

Ini pun belum Syawal lagi sebenarnya, masih di penghujung Ramadhan punya cerita!

Tahun ni I ambil cuti raya seminggu terus, baru puas hati. Kebetulan pulak tarikh rayanya di pertengahan minggu apalagi kita ambil sebelum dan selepas raya terus. Senang sikit nak bersantai sepanjang raya!

Pun begitu, I balik kampung sehari sebelum raya. Awal pagi selesai aje solat Subuh, terus bertolak pulang ke Batu Pahat. Sampai di kampung pukul 8.45 pagi, haru-biru rumah my kakak sebab masing-masing lena tidur lagi! Maklumlah bila dah ramai berkumpul dan tak tahu apa nak buat, memang pakat-pakat curi tulang ajelah ~_^

Dua hari sebelum balik kampung, my anak bujang tercomel si Adik Cute demam lagi. Jenuhlah gundah-gulana hati ni. Mana nak balik kampung, mana nak raya, mana anak demam lagi. Segala plan nak shopping last minute tu semua dibatalkan atas alasan dah takda 'jiwa' lagi nak membeli-belah dek kerana anak bujang demam pulak!

Klinik yang biasa pergi pun dah tutup sempena nak raya makanya kita niat nak pergi klinik yang satu lagi, yang jauh sikit dari rumah. Baru aje keluar dari kawasan rumah tetiba si kecil ni muntah pulak dalam kereta. Budak-budak memang beginilah. Bila kita bawa segala keperluan kecemasan, takda apa berlaku. Bila kita keluarkan aje dari kereta, time tulah muntah dalam keretalah, itulah, inilah...

Makanya terpaksa berpatah-balik ke rumah sebab nak ambil pakaian lain. Bila dah patah balik tu, fikirnya takpalah jenguk klinik lainlah yang berhampiran. Walaupun berhampiran rumah, memang jarang sungguh tinggal jejak kat klinik doktor Cina ni. Takpalah kita cuba manalah tahu ubat-ubatan yang dibekalkan lagi elok!

Sampai aje di klinik adalah dua, tiga orang pesakit yang menunggu. Oh, nasib baik! Maka I pun duduklah menunggu nombor giliran untuk dipanggil doktor...

Tunggu punya tunggu punya tunggu, tak juga sampai-sampai nombor giliran. Setengah jam lepas masuk klinik, baru pesakit pertama yang menunggu masuk berjumpa doktor. Lepas tu dekat 15-20 minit juga baru keluar! I dah resah gelisah. My anak yang tak sihat lagilah kasihan. Lesu aje muka memandang Mommynya. Serba-serbi rasa tak selesa...

I pun tanyalah di kaunter kenapa doktor lama sangat nak jumpa pesakit. Ini jawapannya...

Itulah... doktor ni banyak cakaplah! Suka cakap,cakap,cakap aje dengan patient!  

Oh, gitu pulak kekdahnya! 

Kira peramah yang amatlah gamaknya doktor ni...  

Lepas lebih sejam menunggu dan hanya satu aje pesakit yang baru dipanggil masuk (cuma ada tiga aje termasuk my anak masa tu...), I dah tak boleh tahan lagi. HD dah asyik dok telefon tanya kenapa lama sangat walhal tadi kata tak ramai orang! Pening kepala nak dok jawab soalan suami dan kerenah anak yang tak sihat. I pun segeralah pergi ke kaunter kata nak cancel jumpa doktor!

Tetiba mereka suruh I tanya kat pesakit yang ada menunggu tu boleh tak kalau nak jump queue. Nasib baiklah budak lelaki tu baik hati, dia rela aje bila I nak minta masuk jumpa doktor dulu. So settled masalah...

Sebaik aje masuk jumpa doktor, lepas check itu, ini, doktor pun mulalah berborak sebab-musabab dan segala macam sebab terjadinya demam viral ni... I pun dengar ajelah walaupun nampak macam tekun mendengar walhal takda apa pun yang I ingat ^_^

Balik-balik perkara yang sama makanya I rasa okeylah, I dah faham. Sebaik aje dapat keluar dari bilik doktor, kena tunggu ubat pulak. Pun ambil masa juga...

Lega rasanya bila dah selesai sesi bertemu doktor ni. Kita berilah anak makan ubat ikut masa yang ditetapkan. Alhamdulillah, keesokannya masa nak balik ke kampung, Adik Cute dah okey. Boleh bergelak ketawa dan berjimba di kampung sepanjang cuti raya!

Lega hati Mommynya...

Nanti kita sambung lagi kisah raya ya ~_^




       

 

   


Comments

  1. Bagus dpt doc yg peramah tp kita bosan tunggu lelama ni..
    Nasib baik sihat sebelum raya MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau doktor prihatin kita pun sukalahkan. Banyak info boleh serap. Tapi dek kerana anak pun tak sihat, kita pun mengejar masa, memang tak boleh bersabarlah kena menunggu lama. Kalau ramai pesakit tu takpa lagi, ini langsung takda!

      Delete
  2. Nasib baik 3 orang jer menunggu, itupun dah ambil masa lama.. kalau 30, letih le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu orang masuk lebih daripada 15-20 minit memang tak menahanlah nak menunggu. Asal cerita nak elak daripada tunggu lama tetiba lagi lama kena tunggu pulak kat klinik ni. Dahlah nak raya, macam-macam nak buat!

      Delete
  3. Jumpa doktor peramah ada bagusnya kita dpt timba ilmu perubatan tapi yg tak bagusnya kalau ada yg menanti kita dan pesakit yg kita bawa pasti kurang selesa nak berlama-lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya memang sukalah kalau jumpa doktor peramah dan prihatin ni tapi kebetulan pulak mengejar masa, terasa tak sabar sangat rasanya dok tunggu doktor ni habis berborak dengan patient!

      Delete
  4. bagus dokte yang prihatin, cumanya jenuhlah kita ni menunggu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, AA. Masa berjumpa doktor tu okeylah. Macam-macam diterangkannya sampai kita faham. Tapi bab nak menunggu masuk jumpa tu yang tak menahan. Penat alahai...

      Delete
  5. jumpa doktor yang peramah ni memang lah best kalau kita yang sedang berjumpa tapi kalau kita yang kena tunggu `berlama2 kat luar memang boleh meroyan dibuatnya.Apatah lagi melibatkan anak yang sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Kak Saniah. Bagus dapat doktor yang prihatin dan nak menerangkan hal sakit dari A sampai Z. Yang tak tahannya waktu menunggulah. Cuba bayangkan kalau ramai pesakit, mahu baik terus rasa sakit dibuatnya!

      Delete
  6. Aduhai..
    Doktor peramah..
    Kita yg menunggu makan hati hahaha..
    Kalau akak pun macam tu MD..
    Kalau dah lebih sejam baik cari klinik lain..
    walaupun kita tengok patient sikit jer hari tu..
    Alhamdulillah sihat sudah adik cute..
    Ibu yg lebih suka tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak elak kena tunggu berjam-jam, itu yang cuba jugalah pergi doktor ni. Tak tahulah pulak dia punya celoteh alahai lamanya!

      Suka memanglah suka CH anak dah sihat, bolehlah beraya dengan gembira. Tapi balik aje ke KL, dia demam semula. Itu lagilah parah hati emaknya tau!

      Delete
  7. memanglah kalau anak sakit, jangankan nak beraya, apa pun ke laut jadinya.
    mujur adik dah sihat sebelum raya, boleh lah seronok sakan...

    kalau saya dapat doktor macam tu tengah2 kita tergesa-gesa, memang akan masuk angin keluar asap jer lah. satu pun takleh nak proses cakapnya. tunggu nak cabut lari ajer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik hari nak balik ke kampung tu dia dah sihat. Lega banyak Mommynya tau! Tapi itulah, habis aje raya, balik aje ke KL semula, terus demam balik. Resah semula hati mak-mak ni tau!

      Delete
  8. Mmg huru haralah jadinya kalau anak anak demam sebelum Raya. Boleh jadi hilang moodlah.
    Mommy nak soping last minit pun tak dapat ek. Sian mommy....

    Sabar jerlah Kak Ton....tak lama lagi si adik cute akan besar. Maka kuranglah sikit agenda muntah dlm keta. Mak dah rasa semua tu dulu weyh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah selalu juga terfikir bilalah anak-anak nak dewasa dan pandai jaga diri sendiri. Tapi bila fikir-fikir balik, ngeri pulak tinggal sendirian mengenang memori silam katanya...

      Asal tujuan cuti lama sebab nak terjah Jalan TAR, nak masuk shopping mall, nak pergi Ampang Park dan banyaklah lagi plan shopping last minutenya. Hampeh!

      Delete
  9. anak kalau sakit memang bikin susah ati betullah kan
    cam tahun lepas aisyah boleh bula kena gegata
    samalah sehari sebelum raya
    dah jenuh cari klinik yang buka, buka pula sikit punya ramai
    alhamdulillah tahun ni diorang ok

    adik cute camne sekarang? hopefully dah sihat lah dia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah, YY. Tak tentu arah hidup kalau anak jatuh sakit. Susahnya hati, serba tak kena dibuatnya!

      Nak dekat raya, klinik doktor Melayu memang dah tutuplah. Jangan haraplah nak memilih. Masuk aje mana klinik patut...


      Lepas raya demam balik sampai 4 hari. Sampai kena ambil darah takut jugalah denggi ke apa. Bila dengar pasal difteria pun ngeri juga walaupun anak-anak semua bervaksin!

      Delete
  10. raya hari tuh mmg ramai yg demam. musim agaknya..
    my cucu sedara pun ada yg demam termasuk mak pak dia skali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang musim demam asyik kunjung datanglah, Lyn! Kita ni sebagai ibubapa yang susah hati bila anak tak sihat!

      Delete

Post a Comment