Salam Syawal kawan-kawan!
Aduh, terasa panjang pulak entri raya kali ni sampai berpart-part!
Ahah! Itulah you all ... siapa suruh I berceloteh tentang hari raya MD sekeluarga! Dahlah bila menaip tak ingat nak berhenti, gambar pun takda ni! Harapnya you all semua bolehlah hadam cerita tanpa gambar yang banyak ya!
Seriously, memang kurang ambil gambar sepanjang beraya kecuali di pagi raya. Itu pun banyak gambar satu family dan seluruh keluarga yang ada di kampung. Memanglah tak masuk blogkan. Kotnya nanti letak gambar my Chik tetiba lekat pulak gambarnya dalam kepala (macam jiran kita...) susahlah I nanti nak lari masuk bawah meja kalau orang terjumpa! Kang kalau tanya my Chik macam ni,
Adik akak mana? Adik akak yang blogger tu mana?
Senang aje jawab my Chik,
Eh, salah orang ni! Adik beradik akak takda yang kerja blogger! 'Blogger' tu apa ke bendanya?
Hahaha!
Okey, jom hentikan acara selingan. Kita masuk ajelah ke topik utama ~_^
Seperti yang I kata, tahun ni suasana raya di rumah Chik meriah sungguh sebab semua anak menantu, cucu dan cicit emak pulang beraya di rumah Chik. Kebetulan pulak last minute my anak saudara Afiq yang berada di Kuwait dan juga Shafiq yang sedang belajar di Indonesia dapat pulang beraya bersama keluarga masing-masing. Maka lengkaplah seluruh keluarga besar kami.
Masuk hari raya kedua, kami dah plan nak ziarah raya ke rumah sepupu-sepupu dan emak saudara (kakak kepada emak). Kalau nak tahu, emak tinggal dua beradik aje - emak dan kakaknya manakala sebelah my late father pulak cuma tinggal seorang lagi adik perempuannya - my makcik yang menetap di Singapura.
Sedihkan kalau jadi my mother. Asalnya emak ada 5 beradik, 3 lelaki (PakLong, PakNgah dan Pak Uteh) dan 2 perempuan tapi semua abangnya dah meninggal dunia. My late father pulak ada banyak adik beradik seibu-sebapa, seibu dan sebapa. Yang seibu sebapa tu cuma 4 orang kalau tak silap (seorang I tak jumpa sebab meninggal muda dan masa tu I masih kecil lagi). Tiga lelaki (termasuk my father) dah lama meninggal dunia dan tinggal my emak saudara (adik paling bongsu) sahaja di Singapura. The rest jangan ditanyalah sebab I ni gagal penuh bergaya kalau bab salasilah keluarga yang menjalar berkembang biak tu! Ni jenis yang selain dari mak/pak saudara dan sepupu, memang tak kenal sanak-saudara yang lain!
Kebetulan pulak kali ni emak saudara datang bersama keluarga anak bongsunya pada hari raya pertama! Sebab itulah I kata raya kali ni memang ohsem ^_^ Tapi kasihanlah my Mak Usu Ara ni sebab beliau pun uzur sebenarnya. Biasalah orang tua, penyakit paling sinonim dengan umur dah tentulah sakit kaki! Berusaha jugalah my mak saudara ni travel dari Singapura nak melawat my mother. Walaupun tak jauh mana dari Singapura ke Batu Pahat, bayangkanlah orang tua yang tak berapa sihat keadaanya yang kena travel! I yang kuat ni pun last masuk Singapura in 2005 dengan HD! Lamakan!
Eh, makin melalut pulak dah ni!
Berbalik pada cerita hari raya kedua, kami ambil keputusan nak tutup rumah awal pagi sebabnya kalau tidak, memang tak dapat keluarlah jawabnya! Itu pun masa kami keluar, ada juga anak saudara emak dan sanak-saudara sebelah arwah abang ipar (suami Chik) yang datang menjenguk rumah bertutup! Nak buat macamana... kalau dok tunggu tetamu di rumah, memang tak berayalah kami sekeluarga!
Bila dah ramai ni, macam-macam hal boleh berlaku. Nak tunggu masing-masing bersiap, memang kena tahan sabarlah. Maklumlah rayakan, masing-masing nak melaram...
Bila konvoi dah ready, kita terjahlah ke rumah kakak emak, my makcik di Taman Bukit Pasir! Makcik ni masih sihat tubuh badan dan kuat lagi ingatannya berbanding dengan emak. Borak-borak lebih kurang di rumah makcik (lebih kurang pun dekat setengah jam juga..) kami berkonvoi pulak ke rumah anak bongsu arwah PakNgah berhampiran Bukit Soga. Sepupu kami ni suami isteri bekerja sebagai guru tapi part time buat roti canai dan murtabak segera. Makanya, balun murtabak segeralah di rumahnya! Masing-masing siap buat tempahan lagi nak bawa balik ke KL! Gambar my beloved superheroes di atas tu, di rumah my sepupulah!
Masing-masing take turn nak posing termasuklah aunty mereka suami isteri ^_^ Maklumlah siapa tak suka posing ala-ala pengantinkan! Hahaha! Oh, gambar as usual mana boleh masuk blog ^_^
The next house kita ke rumah anak lelaki makcik pulak, pun di Taman Bukit Perdana. Di sinilah my anak bujang tercomel tetiba 'jatuh cinta' dengan kucing Parsi! Tak pernah selama ni si kecil ni minat dengan kucing tapi boleh pulak di sini beria-ia dia mengejar kucing bawah meja sambil dok tanya nama kucing tu! Ahah, bercakap dengan kucing lagi!
The best part di rumah ni, kami sekeluarga ambil gambar seluruh keluarga depan gate rumah my sepupu! Penuh betul gambar ^_^ Inilah first time complete semua dapat menziarah rumah saudara-mara bersama! Oh, memang meriah!
Lepas tu ingat nak ke rumah anak-anak perempuan makcik dan juga arwah PakNgah tapi masing-masing tengah beraya pulak! So kita baliklah ke rumah dah kebetulan Chik pun dapat panggilan ada tetamu yang dah sampai depan rumahnya!
So, lets take a breaklah!
On the way balik ke rumah, boleh pulak ternampak outlet Burger King berhampiran Taman Bukit Pasir! Whoaaa... sejak bila ada Burger King pulak ni! Sebelum ni tak perasan pun sebesar-besar Burger King kat tepi jalan. Apalagi, empat beranak ni dah pasang plan 'ziarah raya' di Burger King malam nanti ^_^ Memalam di Batu Pahat ni entahlah kenapa lapar memanjang!
Lepas Maghrib pada hari yang sama, kami keluar semula untuk ke Kampung Istana, ke rumah anak lelaki arwah PakNgah pulak... Masing-masing menaruh harapan tinggi gitu sebab kat rumah sepupu yang ini, setiap tahun pun ada menu khas yang disediakan oleh my abang sepupu ni - mi tomyam! Marbeles weyh rasanya, tak jumpa di mana-mana warung makan!
Patut ke bila masing-masing sampai sibuk melilau mata mencari 'menu special'! Hahaha!
Bila nampak isteri my sepupu ni sediakan meja makan panjang untuk menjamu kami, wallaweyh, berbunga-bunga hati masing-masing; terus rasa lapar menerpa!
Dah kenyang makan, dah habis borak maka kita pulanglah ke teratak my Chik. Kirim salam pada Burger King sebab dah kenyang makan mi tomyam special dan ayam panggang ^_^
Tamatlah sudah kisah hari raya kedua...
Sebenarnya kalau diikutkan banyak lagi rumah sepupu tak dapat pergi sebab sama ada mereka sibuk beraya atau pun kami sekeluarga tak dan nak cover semua. Maklumlah berkonvoi berbuah-buah kereta ni bukan perkara mudah!
Rumah arwah Pak Long di Simpang Renggam pun tak dapat pergi untuk ziarah para sepupu yang balik beraya di sana! Manakala anak-anak arwah Pak Uteh semuanya di KL. Biasanya selain itu, rumah wajib pergi waktu ziarah raya ni merangkumi sanak-saudara di Senggarang dan Muar tapi tak dan nak coverlah!
Hari raya ketiga ke mana pulak Kak Ton dan keluarga besarnya ya?
Itu masuk part III lah, Dik Non semua ~_^

Adik Cute and BFF merangkap anak saudaranya@cucu saudara MD, Mia yang peramah ^_^ |

Nampak tak betapa penatnya my bujang comel ni, sempat salin seluar aje lepas tu tertidur! |
Sebenarnya kalau diikutkan banyak lagi rumah sepupu tak dapat pergi sebab sama ada mereka sibuk beraya atau pun kami sekeluarga tak dan nak cover semua. Maklumlah berkonvoi berbuah-buah kereta ni bukan perkara mudah!
Rumah arwah Pak Long di Simpang Renggam pun tak dapat pergi untuk ziarah para sepupu yang balik beraya di sana! Manakala anak-anak arwah Pak Uteh semuanya di KL. Biasanya selain itu, rumah wajib pergi waktu ziarah raya ni merangkumi sanak-saudara di Senggarang dan Muar tapi tak dan nak coverlah!
Hari raya ketiga ke mana pulak Kak Ton dan keluarga besarnya ya?
Itu masuk part III lah, Dik Non semua ~_^
Seronok kakcik baca kisah raya orang lain termasuk MD sebab raya kakcik tahun ini hanya terperap di rumah... :(
ReplyDeleteSaya pun rasa seronok sebenarnya beraya tahun ni, Kakcik. Kebetulan pulak semua adik beradik balik ke kampung di Batu Pahat. Memang meriahlah rumah Chik saya!
DeleteKalau berkonvoi ramai-ramai meamng syok. Sekali masuk rumah di tuju terus penuh dgn family kita sendiri. Makan sana sikit, sini sikit tahu-tahu dah penuh. Mana ada ruang nak makan Burger King. Kirim salamlah...
ReplyDeleteBetul tu, Kakzakie. Ahli keluarga kita aje dah macam orang nak buat kenduri. Memang jenuhlah tuan rumah kalau main terjah aje. Ini pun semuanya WA dulu tanya ada rumah ke tidak. Kalau tidak, memang tak pergilah.
DeleteHahaha... balik kampung pun fastfood aje yang dingati selalu!
Wahhhhh beraya sakan nampaknya, pic MD mana? nak tengok.. 😀
ReplyDeleteKali ni aje sebenarnya dapat beraya sakan, UA. Selalunya raya kedua dah balik KL tanpa sempat nak ziarah raya rumah sanak saudara yang lain!
DeleteOrang kedah ckp pulun sungguh la MD tauun ni kan beraya, akak letih lah raya seadanya saja malas nk jalan2 rumah kenkawan jetleg!!
ReplyDeleteMemang habis pulun dah ni, KakNoor. Maklumlah kali ni korum lengkap selengkap-lengkapnya! Mehlah kita pergi konvoi ziarah raya!
DeleteWalaupun jetlag, masak tetap rajin ya KakNoor ~_^
amboi MD memang2 betul2 beraya tu ,kiranya semua kawasan Batu Pahat ramai sedara lah ya.Memang betul lah MD kalau kita tak cepat2 keluar rumah memang tak dapat beraya lah jawapnya ...kalau dah ada tetamu pasti tertangguh lagi.
ReplyDeletePanjang sungguh cerita raya MD ya sampai ada Part 3 lagi ...ok akak tunggu cerita selanjutnya walaupun setengah hari akak membaca celoteh MD yang panjang lebar ni...hihiii.
Memang ramai sebenarnya saudara-mara saya di BP, Senggarang, JB, Muar dan entah mana-mana lagilah, kak. Kakak saya aje yang tahu bab-bab saudara-mara ni. Saya mengekor aje kalau ikut mereka ^_^
DeleteMemang macam tu selalunya. Itu pun pernah juga semua dah siap, dah nak masuk kereta tetiba tetamu sampai! Aduhai, postpone lagi. Takkan nak suruh tetamu balik kan. Inikan hari raya ^_^
Nasib baik sampai Part III aje, kak. Kalau ikutkan nafsu menaip entri mahu sampai Part V. Hahaha!
Yalah tu kak sampai setengah hari. In between akak pi basuh baju, jemur baju, masak kat dapurkan, kan, kan!
Seronoknya berkonvoi MD..lps satu rumah satu rumah..mahunya tak letih..tgklah sibujang tu lena tidurnya..
ReplyDeleteKadang tu bukan dapat banyak mana pun rumah untuk diziarah tapi penat memandu tu aje yang lebih. Lagi-lagi kalau setiap rumah ada menu yang berat. Memang tak laratlah jadinya!
Deletebest family besar ni..meriah..penat ke ape tolak tepi dulu.. inikan raya..hehee
ReplyDeletedulu sebelum kawin takut jugak tapi sekarang alhamdulillah ok..
Itulah untungnya bila ada keluarga besar ni. Memang meriah bila semua berkumpul. Kalau sekali berziarah raya, memang pengsanlah tuan rumah kalau tak diinform dulu. Tapi yang selalu kena inform pun sepupu sepapat aje, kalau melawat sanak saudara yang dah uzur, takdalah nak inform awal-awal. Kasihan pulak tuan rumah nanti!
DeleteBestnye dpt beraya ramai2 gitu.. Xjemu baca nukilan mama wlpn tanpa gambar.. 😍😍😍
ReplyDeleteSaya memang spesies suka membebel dan nasib baik tak suka tempek gambar banyak-banyak. Kalau tidak, nangis-nangis semua lepas datang 'raya' blog saya ni. Hahaha!
DeleteMeriahnya hari raya mummy...mesti anak2 dapat banyak duit raya kan?
ReplyDeleteAdalah sikit. Tengah congak-congak berapa gram dapat beli emas ni... Hehehe!
Deletetahun ni hebatlah keluarga besar MD berjalan ye. pukul rata semua saudara mara kena terjah.
ReplyDeletePaling hebat kali nilah sebab semua adik beradik ada. Tahun-tahun sudah, ada aje yang tak cukup korum, KB. Makanya kita pulunlah ziarah raya ramai-ramai!
DeleteRumah CH dulu MD..
ReplyDeleteMemang raya kedua close..
Cepat2 keluar pagi raya tu..
Dan mmg saudara mara dah tahu..
Memang dorang terjah rumah mak abah CH smpi ke mlm..
Jadi raya kedua kita org pulak berjalan...
Bila MD cerita ada hidangan istimewa di salah sebuah rumah saudara..
Macam tu jugak CH..
Kalau gi rumah mak long mmg mencari gulai ayam kampung dgn nangka.. mkn dgn ketupat daun kelapa... perghhh semua org terjah tu aje..
Samalah kita CH kalau pulang beraya ke rumah makpak. Rumah mak saya dulu lagi teruk. Tetamu datang dari seawal buka pintu rumah sampai tengah malam. Kerja cuci gelas dan pinggan mangkuk memang tak berhenti sampai sakit pinggang walaupun usia muda katanya masa tu!
DeleteSekarang ni kurang sikitlah cuma hari raya pertama aje. Lepas tu kebanyakan yang datang sanak-saudara belah suami kakak saya Chik.
Kalau tak tutup pintu, memang tak dapat keluarlah CH. Baru nak masuk kereta pun tetiba tengok ada kereta beri signal nak masuk perkarangan rumah. Memang tak lepas nak ziarah raya!
Kalau nak ikutkan berziarah sedara mara mmg tak cukup sebulan Syawal.Mak kalau balik kg sempat gi rumah adik beradik je, sedara mare pak Jilap dapat pergi 2-3 buah rumah je....Dengan mak yg sorang sorang kat rumah lagi, mmg pack sangatlah schedule tu.
ReplyDeleteJaranglah makn berger King. Best ke Kak Ton? Macam teringin pulak...
Mak kalau beraya ruma kKaum kerabat mak yg kat kg ni mmg jarang dapat makan selain dpd kuih Raya....haha....Bedal tartlah sampai kembung weyh. Nak makan tom yam silalh pergi gerai Siam.
Mmg penat sungguh adik tu....
Sanak-saudara tu ramai sungguh Mak tapi tahu ajelah Kak Ton ni, memang ambil mana dapat aje. Yalah, dua hari aje slot beraya sakan kat kampung. Lagi pun bila banyak rumah kita pergi, memang penatnya mengalahkan melayan tetamu kenduri pulak! Hahaha!
DeletePaling best kat Burger King of courselah Mushroom Burgernya. Tapi yang buat sakit hati, gambar bukan main cantik tapi bila dapat burgernya alahai macam kena tembak laser jadi mini burger jerk kekdahnya tau!
muka budak perempuan tu sama lebih kurang dgn Adik cute.. tapi girl version lah..
ReplyDeletebetul la kak. 1st raya jer makan menu raya. masuk raya kedua mmg cari nasik or menda lain tuk dimakan. Pada Lyn lah. Padahal 1st raya tu lunch kul 3pm. Tgk org makan awak pun kenyang.. so mmg tak makan. org dah balik bru terhegeh2 nk makan.
Itu my cucu saudara, Lyn. Biasalah kalau datang dari keluarga besar, muda-muda dah jadi nenek. Hahaha!
DeleteDari pagi sampai petang hari raya pertama bolehlah makan ketupat rendang bagai tapi masuk malam, memang tak lalu dah. Tapi biasalah bukan ada makanan lain pun masa raya pertama, kenalah paksa juga hadam makanan yang sama. Itu yang masing-masing keluar rumah cari makan. Tuan rumah memang surrenderlah tak masak lagi dah di hari raya pertama. Pandai-pandai koranglah nak survive sampai breakfast keesokan harinya ...
seronoklah raya MD tapi jumpa ramai sedara mara yang tak dan cover tu biasalah kan, bila dah singgah sesebuah rumah mesti lama bersembang nak duduk sekejap je, macam tak padan pulak
ReplyDeleteBukan senang nak cover semua rumah untuk diziarai, AA. Mahu pengsan dibuatnya walaupun seronok ^_^
DeleteSekali berkunjung pun bukan boleh 5-10 minit aje dudukkan. Mesti nak catch-up juga apa ceritanya selama tak berjumpa!
Macam meriah je raya MD tahun ni..semua ahli keluarga berkumpul pastu konvoi kerumah sedara mara.penat memang penat..tp best kan..
ReplyDeleteDengan murtabak tomyam apa segala mak nenek puaslah makan.jangan ceri beri cukup.huhu
Saya pun rasa tahun ni sambutan raya terlebih meriah berbanding sebelum ni ^_^ Kebetulan keluarga saya semuanya dapat berkumpul bersama. Memang seronok dan tersenyum memanjang tengok gelagat masing-masing!
DeleteNasib baik perut tak meragam tau kali ni. Untunglah dapat melantak macam-macam tanpa rasa risau ~_^