Alkisah sebelum raya (Part 2)

Salam 22 Syawal kawan-kawan!

Macamana ya nak memulakan entri raya kali ni?

Part mana agaknya yang kena cerita dulu...

Alkisah, memandangkan I pulang ke kampung pada hari Selasa, sehari sebelum raya makanya dapatlah peluang berbuka puasa bersama sanak-saudara yang ramai. 

Ya, penuh rumah my Chik memandangkan semua ahli keluarga pulang beraya di rumahnya. Kebetulan pula tahun ni semua turn balik kampung di Batu Pahat termasuklah kedua-dua orang anak my Chik yang dah berkeluarga. Memang penuhlah rumah tapi keseronokan berebut segala bagai tu yang jadikan raya kali ini lebih bermakna.

Lama dah kami tak merasa keadaan macam ni. Maklumlah bila masing-masing dah ada keluarga sendiri, haruslah mendahulukan keluarga sendiri. Jarang dah dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.   

I pula terlebih rasa seronok sebab inilah kali pertama dapat tinggal lama di kampung. Selalunya sehari sebelum raya balik kampung dan dua hari selepas raya dah kena balik ke Kuala Lumpur semula. Walaupun takda giliran antara Hubbydearie dan I, tetap jugalah kena akur dengan suami bila beliau beria-ia nak balik ke 'hometown' nya di Kuala Lumpur!

Tahun mendatang tak tahulah macamana. Kalau benar bagai dijangka yang Mami dan Dada nak tinggal dengan kami, memang berendam air matalah I nampaknya kena beraya di Kuala Lumpur aje... Nak komplen of course tak bolehlah sebab sepanjang berkahwin, memang turn my kampung aje kalau time raya! Kenalah give and take, ya tak?

Okeylah, lupakan kisah yang belum berlaku. Kita enjoylah dengan apa adanya dahulu ^_^

Sejak tidak lagi beraya di rumah emak, memang banyaklah bezanya. Kesibukan menyambut raya pun tak sama. Kalau masa emak sihat dan jadi tukang masak sekeluarga, memang riuh sekampung bila kesemua anak, menantu dan cucu berkumpul. Pun begitu, emak tangkas bekerja. Rumah penuh macamana sekali pun, beres emak uruskan makan minum dan segalanya. Kemeriahan begitu tentulah tak akan berulang lagi tapi bersyukurlah masih ada lagi adik-beradik untuk sama-sama menyambut kedatangan Syawal.

Macam yang dijangka, my Chik 'menyerahkan' biliknya untuk kami sekeluarga. Chik dan anak-anak yang lain tidur di satu bilik, Ngah dan emak di bilik satu lagi manakala another room pulak buat tempat untuk letak segala beg pakaian! Kasihan alahai my adik-beradik yang lain. Kena pandai-pandailah cari port mana sesuai. Dek kerana ramai sangat, anak-anak Chik yang dah berkeluarga ambil keputusan untuk terus bermalam di rumah mak mertua yang berdekatan dan seorang lagi pulang semula ke rumahnya di Parit Yusuf. 

Walaupun penuh, berasak-asak mencari tempat tidur, berebut bilik air dan menunggu turn nak mandi, makan bersila beramai-ramai (untung para lelaki, mereka aje dapat duduk makan di meja...) itulah yang menjadikan suasana bertambah meriah. Bukan selalu pun kena berebut bagai macam ni...

Of course I sekeluarga terselamatlah. Selesa lagi rutinnya dah ada bilik sendiri dan  bilik mandi sendiri. Nak buat macamana... suamiku bukan warganegara ^_^

Anak-anak pun seronok habis sebab ramai kawan di kampung. Kerja main, main dan main aje. Baru tukar pakaian dah berpeluh. Dah mandi pun macam rupa tak mandi! Tapi I kenalah redha aje sebab bukan senang I nak 'lepas bebas'kan anak-anak lebih-lebih lagi kalau di Kuala Lumpur ni. Memang 24-7 nak kena duduk bawah ketiak Mommynya, kena pantau selalu! Itu pun my suara aje yang terjerit-terpekik suruh jangan itu, jangan ini. Bingit betullah!  

Memandangkan hari Selasa merupakan hari terakhir berpuasa, lepas berbuka ala kadar, masing-masing cari jalan nak keluar rumah. My family pun sama juga. Rindu dah budak berdua ni nak makan fastfood. Lalu apalagi, jomlah kita singgah KFC ^_^ Jauh tu balik kampung, KFC juga dalam hati! Bila dah kenyang, balik semula ke rumah. Seronok pulak tengok suasana malam nak raya ni walaupun dah rare pemandangan barisan pelita menghiasi laman rumah masing-masing!

Bila musim perayaan macam ni memang masing-masing tak reti nak tidur awal. Sama ada sibuk berborak atau pun menyediakan persiapan raya. Paling tidak pun yang muda belia ni apalagi, dok tenung aje gajet di tangan. Mengupdate mana perlulah tu... 

Budak-budak pulak dah  tentu seronok bermain bunga api. Untuk my anak-anak hanya bunga api aje yang dapat izin main. Bab-bab mercun tu jangan haraplah dapat cucuh kat api ya! Mahu jeritan Mommynya boleh membantutkan percubaan nak mencucuh api ke mercun tu nanti! Alangkan anak-anak main bunga api aje, suara Mommynya dah 'memekak' itu tak boleh, ini tak boleh, manalah mereka sanggup nak dengar suara I memekik kalau mereka main mercun pulak!

I siap-siap gosok segala pakaian raya supaya tak 'clash' dengan keluarga adik-beradik yang lain. Oh, ya! Iron pun I angkut balik sekali! Nasib baik ironing board tu macam susah aje nak masukkan dalam kereta so kenalah pinjam Chik punya ^_^


Dah selesai semua kerja, I, my kakak Ngah dan Chik dan a few nieces apalagi sibuk nak tengok drama Korea yang kami tertinggal episodnya. Sanggup tu berjaga sampai tengah malam semata-mata nak tengok drama! My Chiklah paling sadis. Kita ni dok menunggu tuan rumah get ready. Katanya nak mandilah, lepas tu nak solatlah. By the time my Chik free, jam dah nak dekat pukul 12 tengah malam. Tak sampai 10 minit, Chik dah tertidur depan TV! Sia-sia aje kita menunggu Chik!

Bila tengok jam dah lewat dan masing-masing pun dah ramai yang terlena, jomlah masuk bilik tidur. I aje sebenarnya yang masih menonton dalam gelap tapi HD dan anak-anak dah lama masuk bilik! Anak-anak tu biasalah, kalau tak kena paksa memang mereka tak mahu tidur! Esok nak raya, kenalah tidur juga sebab kena bangun awal pagi!

Begitulah ceritanya sehari sebelum raya. Lepas ni marilah kita beraya pulak ya ^_^ 

  
  

 

    


Comments

  1. meriahnya raya...!
    selamat hari raya.. jemput ke 'rumah' and folo too.... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya! Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Nanti saya ke sana pulak ya ^_^

      Delete
  2. Rata-rata kalau balik kampung dan punya ahli keluarga yg ramai macam itulah MD. Rumah bapak kakak lagilah semua bilik full. Satu khas utk semua anak dara. bab aurat kan. Yg lain bergelimpangan dari ruang depan sampai dapur ada aje yg tidur macam kena tembak masa perang hihi...

    So kena biasakanlah HD tu adapt dgn tradisi bangsa kita baru syok semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kak. Memang sukar sikitlah hidup kita sebagai perempuan ni! Aurat nak kena jaga 24-7!

      Mujurlah kakak saya ni bertolak-ansur. Gembira agaknya bila ada ramai orang di rumahnya. Kalau tidak, pada hari biasa kakak tinggal dengan dua anak lelaki dan perempuan. Memanglah sunyi rumah!

      Samalah, kak. Mana ada port semua penuh tilam. Kalau nak melangkah pun kena hati-hati, takut terpijak badan orang! Hahaha!

      Setahun sekali macam ni apa salahnyakan, kak. Bukan selalu pun dapat bertemu dan bersembang sampai awal pagi dengan kaum keluarga!

      Delete
  3. biasanya yang dapat bilik ni, anak dara n yang ada anak kecik. tapi kadang2 saya keji gak. nak port tido best, g tido dulu. haha.

    suara mummy kalau jadi tarzan, kalah bunyi mercun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Pandai ngelat ya, Sal!

      Baguslah kalau dah tahu walaupun tak pernah dengar suara akak. Akak ni kalau dengan anak-anak memang kejap-kejap jerit, kejap-kejap jerit. Ada aje yang tak boleh buat!

      Delete
  4. Kalau bersesak sesak kat rumah mertua sehari sebelum Raya macam tu harus pagi Raya pertama dah masam muka dgn suami haha....Tahun depan mmg tidaklah akan ada istilah Raya pertama kat rumah mertua. Betul tak Kak Ton.... mcm mak tak tau hihi...

    Kita walaupun bersesak sesak gitu dah tentulah seronok bersembang dengan adik beradik. Bila lagi nak dapat cenggitu kan...

    Tapi mmg betullah Kak Ton entah apa yg diaorang buh kat KFC agaknya kalau lama tak makan mesti teringin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Pandai pun Mak meneka! Tapi nak masam muka pun kena tengok mood suami. Kalau suami dah masam muka siap-siap, memang nak mintak kena lempslah tu!

      Bukan selalu dapat peluang beramah-mesra dengan adik-beradik. Sebab itulah ambil peluang yang ada. Hari biasa memang jarang dapat berkumpul beramai-ramai, in fact seluruh keluarga macam ni!

      Dia orang mandrem ayam goreng tu kot Mak ... Kita jadi ketagihkan kalau dah lama tak dapat ^_^

      Delete
    2. Tetiba mak teringat keyword kat entri ni yg lupa nak komen....pasal dada ngan mamiiiii..... berpusing pusing biji mata hitamku mcm cite kartun tu tau.....hihi....buat buat faham kikikiki

      Delete
    3. Hahaha! Mak ni kan memang tau! Lambat juga rupanya otak tu memproses jalan cerita telenovela Kak Ton ni!

      Delete
  5. bab berebut2 tu yg sebeno nyer menghangatkan suasana, MD.
    rasa riuh. seronok...
    aida ari tu dgn anak2 dok kat hall ajer.
    5 beradik semua nyer balik serentak raya ke2 tu.
    hu hu hu ok la. umah mak sendiri. abg2 ipar semua sporting.

    p/s: nanti wasap aida ye if nak tuko duit raya kpd emas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau tak berebut, aman-damai aje dunia di pagi raya, memang tak best. Time nilah mengimbau kenangan dulu-dulu katanya masa semua kecil molek belaka. Berebut juga!

      Ramai duh keluarga saya. Dekat 30 orang kot kalau semua berkumpul. Adik beradik aje dah 10 orang, tolaklah satu keluarga, arwah abang saya.

      Delete
  6. Teringat rumah opah yg dh roboh tu..rumah besar bilik 1 saja huhu..
    Brang2 n org dh sama byk..seronoknya saat tu berebut nk masuk toilet dll..
    Seronok klau adik beradik ramai ni..meriah rumah jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kampung biasanya begitukan. Harapkan besar tapi bilik tak banyak. Samalah rumah emak saya dulu. Pun ada 4 bilik tetap juga tak cukup. Itu cerita masa zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni lagilah, makin bertambah ahli keluarga. Pandai-pandailah nak cari port yang best. Book siap-siap bila dah sampai kampung!

      Delete
  7. Akak sejak bapak akak meninggal dah tak pernah lagi rasa suasana macam ni ,dah takde kg halaman lagi.Yg ada kampung sendiri ni je,beraya pun anak beranak je.Masa2 ginilah rasa nak cepat bermenantu ,nak cepat2 bercucu ...dapat meriah sikit raya2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang buat sedihnya, kak. Walaupun adik beradik masih berkumpul, masih lagi rasa kurang meriahnya suasana raya berbanding ketika di rumah emak dulu. Nak buat macamana, emak pun dah tua. Rumah pun dah uzur keadaannya lama sangat ditinggalkan.

      InsyaAllah, adalah rezeki tu nak bermenantu dan bercucu ^_^

      Delete
  8. seronok baca entry flashback MD..! hihihi.. meriah bila kaum keluarga berkumpul. Maklum lah setahun sekali bru dpt jmpa reramai....Kalau balik kampung mak aina, mmg penuh satu rumah tdo merata berjemaah. hehehe. nak mandi pulak kena berebut n ambik turn. maklum la 1 toilet nak rebut puluh org.. kekeke tak lama lps tu atok aina tambah lagi satu toilet utk keselesaan anak menantu cucu n cicit. tu pun berebut jugak bila memasing sakit perut makan mcm mcm masa raya.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak kumpulkan semua ahli keluarga lebih-lebih lagi yang ada keluarga besar macam akak ni, Aina. Mujurlah tahun ni baik adik-beradik, anak saudara semuanya turn balik ke Batu Pahat. Seronoklah kami bukan kepalang selama beraya di kampung ni! Boleh catch up-catch up mengumpat! Hehehe!

      Rumah my Chik ada 4 bilik dan 4 bilik mandi, Aina. Itu pun masih tak cukup dan berebut-rebut tunggu turn. Maklumlah antara 4 bilik mandi tu ada pulak bilik mandi favorite! Akaklah untung, dalam bilik utama tu siap ada water heater lagi. Memang rasa duduk dalam hotel ajelah ^_^

      Delete
  9. seronok kan bila ramai2 berebut ni. saya pun biasa begitu juga sebab kedua2 belah pihak adik beradiknya ramai. Tapi kalau beraya sebelah saya, saya selesa tidur di rumah sendiri saja, sbb dekat kan. bagi peluang kat adik2 yg lain.

    untunglah MD ada bilik sendiri, tak perlu berebut bilik air kekdahnya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tulah anak kakak saya yang dah berkahwin sebab rumah mak mertua/rumah sendiri dekat, mereka balik semula ke rumah bila tengok ramainya umat manusia di rumah emak mereka ^_^ Nasib baiklah dekatkan, kalau masing-masing jauh, lagi kecohlah mencari tempat tidur!

      Itulah nasib saya selalu baik. Balik cepat ke lambat ke, tetap dapat bilik. Pernah juga berseloroh dengan kakak sebab Chik tu tinggal seorang, dapatlah masuk bilik utama. Kalau Chik masih ada suami, tak dapatlah kotnya nak merasa tidur dalam bilik utama. Tapi, arwah abang ipar saya dulu pun bukan jenis berkira sangat. Silap haribulan kalau arwah masih ada, kami balik masuk bilik, mereka suami isteri bentang tilam tidur kat ruang tamu ^_^

      Delete
  10. haha..kalau balik kampung memang fenomena biasa
    saya pun bawa balik juga iron weh
    banyak juga dapat untung sebab diorang tak bawa iron
    sekali sok, rm10 saya charge, kaya den weh! haha

    bab bilik air memang kasi gegar jiwa tau
    tu belum cite hak yang mandi berjam2
    entah apa yang diorang belek2 dalam tu pun tak tahu
    bikin hangin aje tau

    tido usah cakaplah
    siap main berebut chop tempat...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu YY kalau dah ramai. Memang semuanya pun nak berebut tapi itulah yang buat seronok, jadi kenangan sepanjang masa. Masa masing-masing masih kecil, rebutan takdalah teruk macam sekarang ni. Maklumlah adik-beradik dah membiak susur galurnya, memang haru-birulah jadinya!

      Hahaha! Memang sakit hatikan kalau macam tu. Kalau saya yang tengah tunggu turn dan di dalam tu anak saudara, memang saya kerja ketuk pintu bilik air aje tanya dah siap ke belum. Mereka bosan nanti cepatlah keluar ^_^

      Delete
  11. bab berebut tu yang bestkan, bila dah ada keluarga sendiri masa jadi terhad untuk berjumpa dengan adik-beradik, sesekali masa raya ni lah kita nak berkumpul pun, dapat cuti lama seronoklah sikit, biasa saya kalau dapat berkumpul dengan adik-beradik sendiri memang suka habislah, sebab jarang dapat balik kampung sendiri, selalu dikampung suami saja, tahun ni raya pun tak tidur dikampung sendiri, tapi ok juga dapat berjalan raya dengan adik-beradik ke perak.

    oh nanti mertua nak duduk sekali ya? tak apalah nak buat macamamana walau berendam airmata dihari raya terpaksa juga dihadapikan. tapi kalau saya tu mahu juga memprotes ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa kecil-kecil pun berebut-rebut juga masa semua tinggal sebumbung. Yang itu keseronokannya sampai kini masih dikenang.

      Dek kerana pertambahan ahli keluarga masing-masing, memang tak boleh elakkanlah nak berebut-rebut bagai ni. Bingit kadang-kadang bila semua nak bercakap! Seronoklah kan bila sesekali dapat bersama adik beradik macam dulu-dulu!

      InsyaAllah! Kalau jadi dan diizinkan. Mak mertua saya tak berapa sihat. Lagipun di sana mereka tinggal berdua aje. Kasihan pulak mendengarnya. Sesekali telefon anak lelaki @ suami saya, menangis alahai rindukan anak-anak!

      Delete
  12. bila balik beraya, berkumpul, mandi ikut turn & makan bersila,
    tu sebenarnya moment yg sgt best.. sbb bila di rumah sendiri tak rasa menda2 gitu.. bila berkumpul semuanya best belaka. lg2 klu ada tukang mengusik & pak or mak lawak.. sure tak kering gusi.. hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang bestkan. Berebut-rebut tu barulah terasa suasana raya. Nak harapkan teruja dengan ketibaan raya, dah takda lagi dalam kamus hidup kita yang dah lama merasai raya ni. Anak-anak tu mungkinlah kot.

      Delete

Post a Comment