Hai semua ~_^

Salam Syawal kawan-kawan!

Hai... kalau ikutkan hati ni memang nak menyepi sampai masuk Ogos nanti!

Sibuk pun ya. Menyibukkan diri pun ya juga. Tapi, janganlah ditanya sibuk tentang apa. Takda jawapan ~_^

Walaupun dah masuk separuh Syawal, rasanya tak terlambat lagi kot I nak ucapkan Selamat Aidil Fitri buat kawan-kawan semua. Ya, betul! Memang dah up entri wish-wish raya sebelum cuti raya lagi tapi sajalah nak ulang sebut. Salah ke? 

Hahaha!

Bab perihal raya, tak tahulah sempat ke tidak nak berkongsi di dalam blog ni. Malaslah pulak nak mengimbau tapi rasa rugi juga kalau tak simpan kenangan elok-elok dalam blog. Maklumlah bloggerkan, rasa kekurangan pulak kalau tak bercerita dalam blog kisah-kisah macam ni. Sedangkan kisah goreng ikan masin setahun sekali buat santapan masuk blog, inikan pulak kisah raya... 

Ya tak? ~_^

Bab kunjung-mengunjung di alam maya tu nanti-nantilah kita uruskan ya. La ni, I belum teropen hati lagi nak pergi berkunjung. Sekali kunjung mestilah nak 'libas' habis baca entri kawan-kawankan, bukan kerja mudah tu. So, nantilah bila I dah free dari kemalasan nanti, I terjahlah rumah kawan-kawan ya! Jangan merajuk pulak dengan ahkak ^_^

By the way, respek pulak kat jiran sebelah rumah ni, takda pulak dia keluar cerita sensasi dua insan sedang bercinta bertemu mata ~_^

Kami dah terserempak tau! Masing-masing tak sempat masuk bawah meja apatahlagi nak singsing lengan bagai ajak bergusti. 

Nanti-nantilah kita cerita yerk kalau menyempat. Pada yang curious tu, tak payahlah tanya pada Mak mana gambar 'selpie' kami berdua sebab dua-dua nebes breakdown gitu. Hahaha!

Jumpa lain kali, di lain entri ya!

Bilanya tak tahulah. Tunggu ajelah I kembali normal macam dulu-dulu ~_^


  

 

  


Comments

  1. Selamat hari raya, blogwalking sini ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya. Terima kasih sudi singgah sini ya *_*

      Delete
  2. tanjat tadi bukak blog tetibe nampak 'pengantin'..hehe. rileks dulu, nanti kalau datang blog, bawaklah semperit..hehe.selamat hari raya kak MD!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kesian gegirl tanjat eh! Ingatkan nak letak gambar akak ngan partner, takut lagi tanjat pulak gegirl kang! Hahaha!

      Akak tak beli semperitlah, tak jumpa! Bawa biskut tawar boleh tak? Kuih raya dah nak habis ni!

      Delete
  3. Selamat hari raya...

    Tak sabar nk tunggu citer raya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, QN!

      Entahlah ya sempat masuk ke tidak kisah raya ni. Takut mood tenggelam tak timbul-timbul. Memang lepas bulan rayalah nampaknya baru keluar kisah raya!

      Delete
  4. Wah bukak blog ni terus "tanjat" kita tau..
    Dua teruna tengah bersanding menyambut kita ni hahhahha..

    Cerita lah raya tu MD mana yg mampu..
    Kalau nak digabungkan dengan cerita raya haji pun ok juga tu hahhaa//

    Apa lak nak meyorok bawah meja..
    Terus jer lah tradisi berselfie ko dengan jiran tu MD..


    Selamat hari raya zahir batin sekali lagi MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, gegirl ni nak tanjat-tanjat pulak ^_^ Macamlah tak tahu MD ni memang kalau dah takda kerja sangat suka betul ngusik mana yang pandai diusiknya kat blog ni. Tahap tu ajelah, lelebih tak berani!

      Oh, bolehlah gabung sekali dengan cerita raya haji? Kalau gitu kena tunggu sampai lepas raya hajilah CH baru kita boleh cerita dalam blog. Haraplah bersabar menunggu. Hahaha!

      Jiran kita yang suka selfie. Kita tak suka. Ahah! Yang bab terserempak tu memang betul-betul buat gegirl tanjat tau ~_^

      Sama-samalah kita ya, CH. Kalau ada salah silap tu, maafkan ajelah sudah. Apa susahnyakan! Hahaha!

      Delete
  5. waahh berwajah baru dan di sambut pulak dgn dua jejaka cute MD! igt salah alamat blog td. Hihihi Selamat hari raya kak. Raya sebulan haruslah busy! hahaha.. aina pun tgh2 amek mood nak menaip. Byk sgt makan rendang dengan lemang rasa berat pulak tang jari ni =P haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah pasal! Rayakan sebulan. Kena on mood raya dulu. Mood yang lain ketepikan termasuklah mood nak update blog! Hahaha!

      Tetiba rasa nak berwajah rayalah, Aina. So kita kasi touch uplah sikit 'rumah' ni. Tapi gambar tak leh lama di situlah, muram pulak jadinya blog ni!

      Delete
  6. wah...smart gambo teruna dua orang tu
    saya ni pun walau boleh tahan rajin dok update blog
    cite raya belum kuar pun lagi. haha
    belum nampak mood. padahal minggu depan dah last raya
    takpe, slow2 kayuh dak?

    dah jumpa OKje? apa??? tak ajak??
    ciss...sampai hati. mula nak merajuk dok tepi langsir ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, time kita tak rajin, ada pulak orang yang rajin balik ya? Memang sesuai sangatlah kalau berbesan. Hahaha!

      Saya ni mood menaip lemas di lautan sepi gitu. Entahlah tak tahu mengapa. Kotnya terlebih makan nasi impit dengan kuah lodeh ni ...

      Ahah, awak! Dah jumpa dah. Terserempak tanpa sempat menyorok bawah meja buffet sebab orang ramai beratur. Hahaha!

      La, awat merajuk tepi langsir jerk! Pergilah jauh sikit bawa diri yang merajuk tu. Tak rocklah macam ni!

      Delete
  7. ada masa nanti MD update pasal raya ye,..tak syok la takde entri raya.
    lagi satu..janganlah MD malas menaip...rindu nak baca nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan, entri kubis masak lemak masuk dalam blog tetiba entri raya takda. Macam tak kena aje. Tapi itulah, mood ni mana entah perginya. Takpa, nanti saya panggil balik mood meroyan tu ~_^

      Delete
  8. Selamat hari raya MD..

    Haaa muncul pun MD, lama tunggu kemunculannya hehehe. ini mesti jumpa hainom kan..sebab baca di blog katanya dia berjumpa dengan rakan blogger, saya agak mesti MD nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, AA.

      Ahah, betullah tu! Memang terjumpa jiran sebelah. Bukan main lagi dia tangkap anak kita semata-mata nak jumpa emaknya. Hahaha!

      Nantilah kita cerita ya.

      Delete
  9. Eh, saya dah tahu pasal pertemuan di bangi tu. Haha.. best ye dpt jumpa kwan blog, rezeki btl ni.. tak janji tapi terjumpa.

    Selamat hari raya MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Mak! Dalam senyap dia bercerita ya! Memang nak kena belasah ni dengan kita nih!

      Yang seorang lagi tu siapa pulak, AN? Awak ke? ^_^

      Selamat hari raya, AN!

      Delete
    2. Sebok jer nak tau sorang lagi...ceh!

      Delete
    3. Eleh, nak tahu pun tak boleh! Eksyen sungguh!

      Delete
  10. eh eh dah tukar gambar baru, ye lah anak2 dah besarkan, tak kan nak letak gambar masa kecik lagi...

    lama betul menyepi, akhirnya keluar jugak walaupun senafas ajer.

    nanti update lah pasal raya ye, dengan cerita terserempak jiran sebelah tu, tak sabar saya nak menyingsing lengan baju sambil membaca. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini ajelah gambar yang ada dan sesuai nak tempek. Nanti-nanti rajin tukar lagi gambar lain ^_^

      Malas menimpa, teruk dihempapnya. Itu yang blog pun malas nak update!

      Ahah, bab tu nantilah kita cerita ya! Tak boleh tak cerita rasanya ^_^

      Delete
  11. Telur dah menjadi ke? Haha....
    Tak sia sia mengeram lama kalau dah ada hasilnya...

    Rupanya dah tuko header ek..... Konpius mak, apa lah kisah pasal pengantin ni rupanya abang ngan adik cute dah jadi header. Untunglah ada anak retis, jadi model header tak payah susah susah nak bayo.

    Eleh ngengadalah tu, tak nak cite pasal Raya bagai. Saja nak suruh orang pujuk suruh cerita ....eleh....mcm tak tau!

    Hihi....nasib dia pun keluar cerita bercerita pasal pertemuan 4 mata hari tu, so mak tak rasa bersalah hokeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak oh Mak? Bukan ke baru minta maaf? Bukan main lagi. Hari tu jumpa pandai pulak terkedu :) Napa tak tanya depan-depan HD aje menjadi ke tidak! Huhuhu...

      Itulahkan, untung ada anak retis, mana-mana pergi orang kenal. Sampai bertarik-tarik lengan. Hahaha!

      Mak memang tau. Orang baru puji tetiba dia pun sama aje kekdahnya menunggu green light lah tu nak bercerita!

      Delete
  12. salam aidilfitri MD

    hehe.. waaaa..sapekah y bertuah dh berjumpa MD ni?? tak aciiiii...
    nk jugak tgk MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri, Lya!

      Siapa lagi kalau bukan jiran sebelah rumah akak ni, Lya ...

      Delete
  13. Sawan malas lepas beraya tak habis lagi la ni..owhh dengan tak sengaja dah terjumpa jiran ye..patutlah mak jilap ada mention dlm entry..gmbaq selfie memang dh tau muka MD bukan utk tontonan umum..takpelah dpt baca kisah jumpa tu pun jadi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sawan tu berkepuk-kepuk, PK. Jealouslah agaknya orang berpantang, kita pun nak 'berpantang' juga (dari berblogginglah bukan pantang yang itu ^_^)

      Mana ada sempat selpie melpie ni. Dua-dua terkujat tau!

      Delete
  14. xmo malas2 k, bangkit le segera, jgn berjgkit ngan akak tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba bangkitlah ni. Kalau tidak, memang takdanya dia tetiba rajin tukar itu bagai kat blog ^_^

      Jug air mana? Jug air mana? Saya jealous ni dengan jiran sebelah ^_^

      Delete
  15. Biasalah kalau hari raya dan bercuti panjang nak mulakan berblog rasanya lemau benar. Lepas ni bolehlah sambung mana yg boleh kalau yg rasa boleh dipaparkan. Yg tak boleh tak bolehlah nak kata apa kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Malas membukit eh menggunung jadinya! Memang malas memanjang. Terlebih makanlah tu gamaknya...

      Ni nak merajinkan diri berblogwalking pulak. Saya tak raya-raya lagi rumah kawan-kawan alam maya!

      Delete
  16. Dah baca dulu kisah dua insan bertemu mata baru baca entry ni. Hahaha. Selamat Hari Raya MD. Ha masukkan cerita Raya tu nanti baru lah ada kenangan manis manis nak cerita dekat cucu cicit. Heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tengah merangka-rangka cerita raya ni, Nani. Malas pulak nak update. Harapnya sempatlah sebelum habis bulan raya ni ~_^

      Delete
  17. MD bercuti panjang tak sabar pulak akak nak baca celoteh yang panjang lebar .Mesti banyak cerita raya tempohari kan.
    Pertemuan dua sahabat maya yang menceriakan blog ni tentu riuh kan..ke malu2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas menimpalah, Kak Saniah. Kalau tidak memang rajin juga saya ni berceloteh tak tentu hala ^_^

      Alahai, standardlah kak! Sebelum jumpa nak ajak berparanglah, bertongkatlah, bila dah jumpa tersipu-sipu aje yang lebih!

      Delete
  18. moga MD terus aktif blogging la.
    berciter citer berterusan :)
    mana la tau nanti kita plak berjumpa di mana2 in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya aktif, rakan-rakan alam mayalah yang susah kalau rajin datang ke sini. Semput nafas mereka dibuatnya ~_^

      Delete
  19. hahahha
    selamat hari raya, maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Lyn! Maaflah ya lama tak ke sana. Penyakit malas menimpalah, Lyn ~_^

      Delete

Post a Comment