Akisah sebuah ceritera - pertemuan pandang pertama ^_^

Salam 20 Syawal kawan-kawan!

Ahah, geram tak tengok tajuk? 

Ni kalau masuk dalam slot drama pukul 7 malam, Sayangku Kapten Muhkriz pun kalah!

Okey, I tak tengok drama tu! Tertengok dua, tiga kali sampai rasa nak termuntah empat, lima kali adalah... Not my type, not my type punya drama!

Lebih baik kita jangan buang masa, marilah terus masuk ke intipati cerita hari ni...

Sebenarnya, bulan puasa yang lalu ada jugalah beberapa kali kami sekeluarga beriftar di luar. Cumanya malas nak masuk blog kali ni kerana a) penyakit malas menimpa dan b) dah kata bulan puasa kali ni tak mahu tunjuk adegan makan-makan mahu pun makanan!

Oh, tidak! This time dah tak pergi Hotel Maluri. Cukuplah kot 4 atau 5 tahun berturut-turut beriftar di sana. Jemu dah...

Jadinya, iftar di luar yang terakhir sekali adalah pada hari Sabtu sebelum raya di Bangi Golf Resort. Lama dah plan nak ke sini. Dah booked tempat dua minggu sebelum pergi lagi. Kebetulan pulak last minute, my anak saudara si Afiq dapat pulang beraya di Malaysia, makanya bertambah meriahlah team iftar kami kerana lengkap ahlinya. Eh, tidak!  Tahun ni bertambah seorang lagi - isteri my anak saudara, Iwan ^_^

And, and, and... cerita hari ni bukan berkisar tentang tempat mahu pun menu berbuka puasa di Bangi Golf Resort ni. Tempatnya luas dan makanannya so-so aje walaupun kalau baca review, semua kata best menyengat-nyengat dan nak datang lagi...

Sesiapa yang pernah ke BGR ni tentu tahu berapa banyak section yang ada disediakan. Memang luaslah tempatnya. Lupa pulak I section mana kami duduk tapi di hujung sebelah kanan buffet spreadnyalah.

Yang mula-mula sampai di sini adalah Iwan dan isteri manakala my sister and my family dalam kereta yang sama. Last sekali sampai dah tentulah bakal pengantin, Afiq and tunangnya.

I sampai pun dah pukul 6.45 petang macam tu. Jadi sebaik sampai teruslah meninjau buffet yang ada. Me and si kecil Adik Cute manakala HD dan Bubbly Abang. Berulanglah kami ni dok perhati apa menu ada.

Sampailah satu masa I, Bubbly Abang dan Adik Cute nak mencari pop corn ...

Tiba-tiba seorang perempuan berkacamata ni memaut lengan si Bubbly Abang. I was behind him with Adik Cute. Tetiba si 'perempuan' ni bertanya...

Mommy mana? Mommy mana?

Of courselah my anak bujang terkedu, terkejut tetiba dipegang dan ditanya begitu ~_^ Belum ada 'gegirl' yang berani serapat itu apatah lagi di depan Mommynya tau ^_^

I ni pulak bila dok perhati wanita berkacamata tu, macam kenal tapi macam eh betul ke dia ni... 

Bila dah boleh sebati info yang diproses tu barulah I less tercengang dibuatnya!

Oh, alahai.... kecilnya dunia!

Kenapalah dalam ramai-ramai rakan blogger yang ada, jiran sebelah rumah juga yang jumpa Kak Ton dulu!

Then, what do you expect akan berlaku?

a) Masing-masing lari masuk bawah meja
b) Masing-masing singsing lengan dan-dan kat situ juga nak bergusti bergomol bagai seperti yang selalu dihebohkan
c) Masing-masing bertepuk bertampar macam dah lama kenal
d) Masing-masing tersipu malu-malu kucing tak tahu nak cakap apa dah... 

Nah, pilihlah mana nak. Soalan KBAT pelbagai jawapan ni ~_^

Aha, itulah Mak! 

Bukan main lagikan nak kata kita. Yang sebenarnya dia pun sama aje kekdahnya kalau dah terkejut, terkedu gitu...

Alkisahnya, Mak ni dah sampai lama di BGR dan ternampak my nephew si Iwan. Hebat betul Mak ni tau. Walaupun bermata empat dan si Iwan tu sekali aje keluar dalam blog, Mak siap camlah anak saudara Kak Ton seorang ni...

Mak pun siap-siap hantar mesej dok tanya Kak Ton kat mana, konon nak double confirmlah betul ke tidak sangkaannya tu. Yang buat tak ngerinya, sebab Kak Ton tak baca pun mesej tu sampailah selepas habis iftar. Kalau Kak Ton tau, dah tentu Kak Ton act macam Jason Bourne, ala-ala spy kekdahnya bila nak ambil makanan buffet tu supaya Mak tak jumpa! Hahaha!

Then, then, then, katanya Mak dah ternampak Bubbly Abang dengan Daddynya. Itu lagilah ligat gamaknya Mak ni mencari Kak Ton tau! Betul tak, Mak?

So, the rest is historylah kisahnya...

Sempatlah Mak dan Kak Ton berborak-borak dalam penuh kesipu-sipuan gitu. Jumpalah kami ni bertentang mata, berkenalan seisi keluarga. Tapi serius, kotnya Kak Ton dah tak tentu arah dibuatnya sampai PakJilap pun Kak Ton tak nampak mana perginya...

Anak-anak Mak si SA (Nasib baik takda calon, kalau tak pinang kat situ gak!Alamak! Lupa nak pinangkan untuk Dik Sal ler...), Angry Bird dan TLBD tu semua jumpalah sudah...

Oh, don't expect kita orang nak selpie di khalayak ramailah yerk! Kalau Mak pelawa pun, dah tentu Kak Ton menolak ~_^ Cukuplah berjumpa macam tu aje. Lain kali bolehlah kita ngeteh pulak ya, Mak ^_^

Tak pun hujung minggu tu jomlah kita order teh tarik satu dengan roti canai sekeping sambil-sambil ngumpat hal dunia *_*

Itulah kisahnya antara dua insan yang dah bertahun tinggal 'berjiran' di alam maya, bertemu jua akhirnya ...

Kecil sungguh dunia ni ek?

Memang tak sangka sungguh Maklah orang pertama yang bertemu Kak Ton ...


     

    

         
    



 

   




Comments

  1. yang review best best tu kebanyakkan review yang di taja.. berani kau nak kutuk katanya hahaha.. Amboi terjejak kasih pulak depak kat BGR tu yer.. saya kalau nampak MD takde nak pergi tegur.. candid banyak2 masuk blog katanya.. tengok gelojoh ke tidak dia makan.. duduk sopan ke terkangkang ke camna.. hahahah... hati2 lekatlekit ada di mana2 katanya. tapi kita ni jarang nak pedulikan orang sangat kalau kat luar gamaknya kalau berlanggar bahu dengan MD perasan ke tidak padahal lubang hidung pun tak pernah tengok hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah! Akak ni memang jujur orangnya. Kalau tak berapa nak sedap, tak payahlah susah-susah nak memuji bagai. Memang takdanya!

      Entah macamana boleh terjejak kasih pulak kat BGR ni. Kiranya sekarang rasa nebes bertemu blogger tu dah takdalah. Maklumlah, yang nebes-nebes ni biasanya kali pertama bertentang mata jerk. Lepas tu tak kisah dah! Hahaha!

      Kalau jumpa sendirian, memang tak kenallah, Suria. Baik akak mahu pun Suria rasa-rasanyalah. Kalau dengan anak-anak tu of courselah you all dapat terkamkan! Hahaha!

      Delete
  2. Nak jumpa tu memang payahlah, Diana tapi kalau terjumpa tu manalah tahukan... Hahaha!

    Saya pun lepas raya terus lemau. Malas sungguh nak update blog. Ni baru nak bermanja-manja balik dengan aktiviti penulisan blog katanya!

    ReplyDelete
  3. erm..hari tu kak OKje ada hint kat blog dia, terjumpa seorang blogger. Tak sangka, kak MD lah orangnya.eh, boipren saya ada sekali? Aiseh, tau pergi berbuka kat BGR jugak...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tanpa diduga boleh pulak terserempak masa nak makan!

      Ya, Sal! Boipren Sal ada sama!

      Eh, ni dah minta izin ke belum kat emaknya nak jadi girlfriend ni? Pepandai aje kan tak pasal-pasal kena kejar dengan kuali. Jangan jadi seperti doktor gedek apa ke namanya tu dalam Sayangku Kapten Muhkriz? Huahahaha....

      Delete
    2. kah kah...tak berani nak gedik ngan mak jilap..dia garang weih..haha

      Delete
    3. Tau pun takut eh. Tapi setahu akaklah bakal mak mertua Sal (oppsss!) takdalah garang mana pun! Setakat rajin selfie dah kata garang. Takdalah, Sal!

      Delete
  4. Tu lah tak sangka kan, ramai-ramai kawan blogger MD, mak jugak yang ditakdirkan terserempak. orang yg selalu bergusti bagai di alam maya boleh bertemu di alam nyata.
    mesti mak happy sangat dapat jumpa MD yang selalu menyorokkan muka akhirnya tertengok jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan plan awal, kalau jumpa terus nak pi simpang empat kat area rumahnya nak ajak bergusti. Memandangkan plan tak sempat dibentang hari tu, kita gomol-gomol malu-malu ajelah, KB. Hahaha!

      Entahlah Mak happy ke tidak jumpa saya! Kalau tanya kat saya, memang saya terkejut chimpanzee tau bila saraf hantar mesej ke otak memang itulah jiran sebelah rumah saya yang suka selfie dalam blog. Hahaha!

      Delete
  5. Waduh...kiranya memang kualah jodoh kalian kan? Usik mengusik di alam maya, akhirnya Allah temukan di alam nyata... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jodoh kuat ya, Kakcik ~_^ Elak-elak tetiba jumpa juga!

      Eh, tak mengelak pun sebenarnya sebab jiran tak kenal saya tapi itulah kuat betul ingatannya sampai cam muka anak saudara saya. Itu rasanya memang jenuh dia mencari kelibat anak-anak saya nak double confirm memang wujud MD kat situ. Hahaha!

      Delete
  6. Hahahha.. klu aina pun terkedu.. tetiba jmpa jiran alam maya dpn mata. Kecik sungguh dunia ni. Byk2 tmpt nak ber-iftar dekat BGR jugak ye nak terserempak. Hihihi.. nasib baik x bergusti lengan di khalayak ramai ye kak. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak terkedukan, Aina. Bertentang mata tanpa diduga gitu. Kalau dah tahu nak bertentang mata tu takdalah rasa nebes sangat gitu!

      Dalam banyak-banyak tempat, kat Bangi juga bertemu padahal dua-dua kat Cheras aje ^_^

      Delete
  7. Ingatkan salah masuk blog tadi sebab tetiba header dah bertukar lain. Ekekekek :p Nani bulan posa hari tu dengan jayanya mengekalkan prestasi tak pergi mana mana buffet ramadhan. Hahaha. Tapi tak berjaya tahan diri menabur duit dekat bazaar. EH :P Wahh wahh buat sesi ramah mesra dengan jiran alam maya nampaknya ni. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time rajin tetiba menimpa lepas malas melanda, wajiblah tukar tema sempena bulan raya ni. Hahaha!

      Akak berjaya juga mengekalkan masak aje di rumah tapi bab keluar iftar dengan keluarga tu memang dah jadi kebiasaanlah. Ni dek pujuk rayu my kakak lah ni...

      Sesi terkedu-kedu di khalayak ramai, Nani... ~_^

      Delete
  8. Itulah dikatakan dunia ni kecik aje MD
    Kalau dah nak ditakdirkan berjumpa akhirnya jumpa juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecil betul dunia ni sebenarnya, kak. Kalau nak jumpa lebih awal memang boleh dah sebab duduk pun tak jauh mana. Tapi takdir namanyakan, di Bangi nun berjumpa!

      Delete
  9. Wah bestnya MD...pertemuan tak didugalah ni ya ...kecik sungguh dunia ni kan .boleh pulak jumpa jiran sebelah yang selalu usik mengusik yang MD jumpa .Agaknya bagaimana lah perasaan ketika itu...tentu tergamam kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam ramai-ramai orang tu kak, boleh terjumpa jiran sebelah pulak! Memang tak sangka. Masa tu memang tak dan dah nak mengorak langkah seribu. Betul-betul depan mata. Hahaha!

      Delete
  10. Rezeki MD nk jumpa jiran di alam maya.. hehe.. seronok juga dpt jumpa kan walaupun pada mulanya malu2 pun ada..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. Mula-mula tu memanglah terasa segan silu, malu-malu kucing tapi lepas tu dah tak kisah dah apa nak terjadi! Hahaha!

      Delete
  11. tu dia..siap ditangkapnya bubbly abang tu, mujur bubbly abang tak menjerit ye, kalau tak fengsan mak tu haaa...

    mujur juha takde yang lari menorok bawah mejakan..hehehe

    seronoklah dapat bertemu 4 mata macam tu kan, lepas nih boleh la ngeteh bersama-sama pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kita yang ada depan mata tu pun terkejut tengok Mak 'terkam' Bubbly Abang. Puas dok fikir betul ke ni MakJilap walaupun katanya dah muntah kaler-kaler tengok gambar 'selpie' Mak dalam blog. Masih otak tak boleh nak proses maklumat sesegera mungkin tau! Terkejut gamaknya ^_^

      Delete
  12. Selalu mcm gitulah...kenal ank dulu baru maknya
    Bila dh berjumpa...terasa kecilnya dunia
    Time 2 mcm citer keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena terkam anak dulu, kalau tidak memang tak kenallah emaknya. Hahaha!

      Sekarang ni dah kenal, dah tak pedulilah nak bergusti kat tepi jalan pun no hal katanya!

      Eh, tak jadilah plan gusti lengan sekarang ni! Tak rock pulak rasanya. Lebih baik ngeteh!

      Delete
  13. Hahaha...
    Dah betul jumpa jiran yg rajin bergusti tu kan..

    Kalau MD jumpa CH macam mana..
    Nak lari ke nak tegur..

    Dah telefon ke taukeh cempedak tu..
    Karang kempunan lagi hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda maknanya nak bergusti, CH. Macam jumpa bekas boyfriend gitu. Dua-dua terkedu. Macam tak percaya aje walaupun dua-dua ada mata ekstra. Hahaha!

      Kalau MD terjumpa CH memang tak boleh lari ke mana. Kalau ternampak CH, memang MD sembunyi dalam toilet siap-siap! Hahaha!

      Eh, hari tu kami ada pergi Aeon Mall Shah Alam tau! Puas melilau mata kotnya ada yang kita kenal. Hahaha!

      Belum lagilah CH. Ada lagi ke tidak eh? Macam malu pulak tapi teringin tau. Nantilah malam ni saya WA.

      Delete
  14. Hish.....dia dah buat entry dulu!! Nyampah tau. Kita tak sempat nak publish hari ni. Mcm tak biasa....bab bab mengarang ni mak kekadang lemau jugak hihi.....

    Weyh ...Kak Ton nak tau tak betapa jantung mak dup dap dup dap bila nampak Iwan tu tau. Lepas tu bertambah kencang bila jumpa Bubbly Abang. Sebabnya mcm dapat agak dah akan berjumpa Kak Ton tu semakin hampir. Aduhhh ....mengalahkan nak jumpa boipren tau.

    Tak sangka kita jumpa jugak akhirnya ek Kak Ton...Mak kan mmg nak sangat jumpa Kak Ton...Haha...Kak Ton tak dpt nak mengelak dah hari tu...

    Tp mmg tak boleh lupa tengok muka Kak Ton tergamam.... macam tak boleh terima kenyataan je dpt jumpa mak kehkehkeh......

    Dah nak balik.....nak tido babai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish! Baru nak ajak Mak update entry yang sama di hari yang sama tapi takut Kak Ton pulak kesibukan. Singgah juga semalam tapi rumah senyap, tidur berdengkur atas sofa barulah tu ^_^

      Yang Kak Ton tak boleh tahan tu Mak boleh cam muka Iwan. Epik sungguh pandangan Mak ni tau. Ingatan pun kuat lagi rupanya walaupun katanya dah kilau gemerlapan gitu. Hahaha!

      Kak Ton terkejut sebab Mak tarik lengan Bubbly Abang (depan Kak Ton lagi) sambil tanya emaknya mana... Kak Ton punya saraf bukan main laju hantar mesej ke otak tau dok proses betul ke yang depan Kak Ton tu MakJilap! Itu yang Kak Ton terpacak macam tunggul kebingungan (tak tahu mana mahu lari ^_^) Hahaha!

      Yalah, dalam ramai-ramai sahabat, kita berdua yang jumpa dulukan. Haruslah masuk dalam subjek Sejarah Hidup Ini. Hahaha!

      Delete
  15. alhamdulillah...

    aida pernah jumpa sorang blogger.
    but now dia tak blogging dah.
    di kfc air keroh tau, MD.
    dia tegur aida, "awak adianiez kan?"
    ha ha ha memang la blogger sebab org lain akan panggil aida aje.
    yes la kan :)
    MD tau tak, dia kenal nurin & syuhada.
    yes la, dulu kala dua dara tu ajer la memenuhi ruang blog aida ni :)
    what a happy moment as a blogger...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tak rasa terkujat bila orang tetiba datang menyapa kita? Hahaha!

      Saya tergamam juga tau bila tengok MakJilap pi pegang lengan anak saya sambil tanya emaknya di mana. Lambat betul otak nak proses maklumat sampai nampaklah muka tergamam tu. Hehehe!

      Ahah, itulah hebatnya kawan-kawan blogger ni. Siapa yang kita sumbat gambar masuk blog memang mereka camlah! Kalau saya ni, memang anak-anaklah jadi mangsa. Asal nampak mereka, memang saya tak boleh lari ke manalah sebabnya saya dengan anak-anak memang berkepit aje kalau di luar!

      Awak... kita ingat nak pi makan durian kat pesta segala durian di Melaka hujung minggu ni ^_^

      Delete
  16. haha..kelakarlah cerita korang ni
    tapi yang paling unik memori OKje tu
    dahsyat betul, siap rupa anak sedara MD dia leh kenal
    kalau budak berdua tu, memang haruslah kan selalu jadi wajah tempelan
    tapi anak sedara tu, oisshh...dahsyat
    sel-sel otak dia memang dahsyat punya berhubung

    ni kita bila pula boleh berlaga bahu berjumpa ni
    agaknya kalau nampak pun, saya yang menyorok..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Walaupun dah kilauan emas pertama perak gangsa gitu, memori Mak ni kuat betullah. Anak saudara saya yang buat penampilan sulung dalam blog pun dia boleh cam! Itu yang saya terkujat bila dia tanya Bubbly Abang - Mommy kat mana! Hahaha!

      Kalau berlaga bahu tu tegurlah. Kak Ton memang terkujat juga mulanya walaupun selalu mengumpat mengata besan dalam blog tapi kalau jumpa first time tu memanglah tersipu ala wanita Melayu terakhir gitu. Kalau dah kenal, barulah kita bertepuk bertampar macam takda orang lain kat situ yerk ^_^

      Delete
  17. hhahhaa... nak sorok2 akhirnya terjumpa gak yer.
    lepas ni sure ada yg terjumpa blogger lain... hati2 mak jemah hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni dah tak khuatirlah. Kalau terjumpa pun, redha ajelah ^_^ Tapi itulah jumpa di alam nyata tak boleh snap photo masuk blog. Hahaha!

      Delete

Post a Comment