Selamat Hari Raya *_*

Salam 29 Ramadhan kawan-kawan!

Dah masuk minggu terakhir Ramadhan ni memang I pun dah makin malas jadinya. Semua kerja pun mesti ada punca yang memotivasikan diri. Kalau tidak, memang malas. 

So, jangan haraplah nampak I meroyan berceloteh dalam blog sendiri mahu pun berkomen sakan raya di blog kawan-kawan. I memang lesu habislah kiranya ni. Semua pun malas nak buat. Bab kerja pun sama! Nasib baiklah masih sedar diri yang kita ni menumpang makan gaji, terpaksalah juga buat kerja dalam penuh keterpaksaan gitu.

By the way, I cuti seminggu raya ni makanya kenalah langsaikan segala kerja yang ada supaya tak tertunggak dan menyusahkan rakan sekerja pulak! I is pekerja baikkan ~_^

Yang sebenarnya bukan mood raya yang galak menjelma dalam diri tapi mood nak bercuti rileks-rileks seminggu tu yang tak tertahan-tahan membuak. Apatahlagi bila timbul keinginan nak bershopping last minute. Aduhai, tak tertahan-tahan wa cakap lu ~_^

Tapi bak kata ramai kawan-kawan, sahabat kita Ramadhan pun tak habis lagi, yang sibuk mengalu-alukan sahabat Syawal sampai berantakan hidup tak ingat segala amalan tu apa hal? 

Kan! Kan! Kan!

Okeylah, I malas nak berborak panjang lebar sekarang ni. Lepas raya nantilah baru kita beramah mesra bertepuk bertampar di alam maya macam selalu ya. Kalau I tak kunjung mengunjungi tu bukannya tak sudi atau pun sibuk, tapi memanglah semangat nak berblogwalking tu dah hilang entah ke mana dibawa lari!

Dan, I akhiri entri kali ni dengan ucapan Selamat Menyambut Aidil Fitri yang just around the corner. 



Kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata, terover berbicara sehingga terasa di hati tu, minta maaflah berbanyak-banyak maaf ya. I ni memang ceria, bukan sengaja nak mengutuk mengata suka-suka hati aje. So, silalah abaikan rasa kecil hati tu. Simpan lama-lama dalam hati tanpa kemaafan boleh menggugat keceriaan diri tau ~_^

Salam Aidil Fitri buat kawan-kawan semua ~_^

  

   


Comments

  1. salam Aidilfitri kak MD..mohon ampun kalau ada salah-silap ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri buat Sal juga. Yalah, kosong-kosong ya! Kalau ikutkan memanglah takda salah silap kat mana pun tapi manalah tahu kotnya masa kita rancak mengomen, ada yang terasa hati. Sorrylah ya ^_^

      Delete
  2. Selamat hari raya maaf zahir batin hakak! Maaf kalau ada terlebih komen tersentap terkasar. Eh.. hehehehe =)Iols pun koje hari ni. Work load satu lori hmm harap sempat siap la huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita ya, Aina! Akak pun macam tu juga. Maklumlah terlebih ramah kadang-kala. Kalau terasa hati tu mohonlah dimaafkan ya!

      Delete
  3. Salam lembaran aidilfitri MD..
    CH pun memohon kemaafan..
    Sekiranya komen CH yg mengguris perasaan MD tu..
    Sila lah buang jauh2 ye 😆
    CH dah bercuti pun hari ini..
    Seminggu juga bercuti..
    Betul tu MD yg iye nya..
    Cuti nak berehat-rehat gitew 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri buat CH sekeluarga juga!

      Mengguris hati tu takdalah CH. Menggeletek hati tu banyaklah. Hahaha!

      Saya pun cuti seminggu tapi balik kampungnya petang raya! Nak rileks-rileks merenggangkan otot katanya ^_^

      Delete
  4. Selamat hari raya dan selamat bercuti juga buat MD sekeluarga.Maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, PK. Apa khabarlah awak agaknya ya? Belum sempat menjengah blog lagilah PK sebab 'sibuk' sangat...

      Delete
  5. Selamat hari raya MD
    Maaf zahir batin
    Mohon maaf jika ada terkasar bahasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya buat QN juga ya. Kalau terlebih ramah semasa mengomen tu minta maaflah banyak-banyak ya!

      Delete
  6. Salam aidil fitri MD. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidil fitri dan maaf zahir batin buat LM sekeluarga juga ya!

      Delete
  7. salam aidilfitri MD..saya pun samalah nak mohon maaf andai ada tersalah kata semasa komen2 kat blog ni ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidil fitri juga ya, AA. Saya pun samalah. Kalau ada terasa hati masa mengomen tu mohon maaf ya. Saya ni kadang-kala bercakap tanpa sempadan gitu. Menonong aje takda main stop-stop tarik nafas!

      Delete
  8. Selamat Hari Raya MD. Moga lebaran kali ini lebih bermakna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Nani. Ehem, ehem, kenapa pulak lebih bermakna ni? Buat akak ke atau buat Nani yang sebetulnya ni? ~_^

      Delete
  9. Selamat Hari Raya.....maaf zahir batin Kak Ton.....
    Yelah....yelah....fahamnya, dah nak Raya mmg mood selalu ke lautan Hindi huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Mak!

      Eh, pendeknya komen kali ni! Nampak sangat dah nak beraya sangat-sangat ni! Happylah tu beraya dengan makpak mertua!

      Lalalalala....

      Delete
  10. Tok tok tok..

    Raya lagi ke MD..
    Jauh sangat mood raya tu..
    ~__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rayakan 30 hari, CH. Saya ni mengikut ajelah ~_^ padahal malas nak update blog sebenarnya!

      Mood raya saya berhenti lepas balik dari kampung tapi mood berblogging saya ni yang lemas di dasar Lautan Hindi tau tak!

      Delete
  11. selamat hari raya, MD
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, KB. Kira kosong-kosonglah ya kita ni ~_^

      Delete
  12. raya lagi ke MD.. wah ni mesti masih mood raya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood raya dah tamat, Raihanah tapi mood menatap blog ni yang tak muncul-muncul, tenggelam terus ke dasar lautan!

      Delete
  13. Haih.....mengeram jer kerjanya dia ni!

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya MD..harap tak terlewat mengucapkannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Mar.

      Takpa, selagi tak habis raya, selagi tu boleh wish. Saya pun baru nak mengheret diri supaya rajin-rajin jengah blog ~_^

      Delete
  15. Sama jugak dengan kita mood berblog rasa macam menjauhi diri kita.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah! Itulahkan puncanya. Mood berblogging tenggelam kat dasar lautan nun. Nak retrieve pun payah tau!

      Delete
  16. Takkan dah terjumpa hari tu terus tak sudi nak bergusti ngan mak kotttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadilah nak bergusti, Mak. Apa kata kita bersilat aje? ~_^

      Minum kopi pun bagus juga. Maklumlah DAH KENAL ^_^

      Delete
  17. ooo..jumpa dgn hainom OK je...? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam ramai-ramai kawan blogger alam maya, jiran sebelah rumah juga yang terjumpa, Lya ...

      Delete
  18. Hi! MD. Selamat Hari Raya. Raya pon dah nak habis baru kau terhegeh² nak wish... ngeeeee... Kekangan masa lah skang ni MD.

    Ni komen pemanas. Tunggu komen marathon nanti yerp ☺

    ReplyDelete

Post a Comment