Salam 23 Syawal kawan-kawan!
Alahai, kasihannya Kak Ton ni! Baru nak up entri raya katanya. Raya pun dah sampai ke penghujungrancangan. Nak buat macamana, kan Kak Ton dah kata, Kak Ton 'busy' buat MLM. Hahaha!
Nampak tak ada part-part kat tajuk? Itu plan asal ajelah, entah tertaip ke tidak, itu kemudian ceritalah ya!
Okey, mari kita masuk kisah di pagi raya!
Gambar raya mana Kak Ton?
Eh, sabarlah! Kak Ton baru lepas watermark gambar anak-anak. Ya, macam biasalah gambar anak-anak aje. Itu pun limited edition sebab most of the time, ada aje Kak Ton dan suami menyemak dalam gambar yang diambil! Gambar Kak Ton dengan 'Tengku Mahkota' of courselah tak masuk dalam blog. Hanya orang terpilih aje yang dapat 'menjunjung kasih', tak gitu Mak?
Kehkehkeh!
Sabar! Sabar! Janganlah menjuih mulut! Kak Ton memang macam nikan perangainya! Suka corner baring dan menceceh aje ^_^
Pagi raya di kampung of courselah sebelum Subuh dah terjaga. Walaupun katanya lewat tidur, dek kerana itu adalah pagi raya, kenalah bangun awal. Mak-mak mana boleh lewat bangunkan!
Selesai urusan persiapan suami dan anak-anak, barulah I dapat mendandan diri dan pakai baju raya ^_^ Frankly speaking, sejak berkahwin memang I tak pergi menziarahi kubur arwah abah mahu pun arwah abang di Kajang kerana perintah suami. Katanya sebagai seorang perempuan, mendoakan dari jauh pun dah cukup. Jangan nak menangis hiba lagi di depan kubur! Okeylah, kenalah akur walaupun hati ni rindunya pada mereka, hanya Allah aje yang tahu...
Hah, kan dah tertumpah air mata! Bab-bab ni memang tak boleh sentuh langsung walaupun dah bertahun-tahun berlalu kisah pemergian mereka!
Makanya bila semua sudah ke masjid, I pun menolonglah di dapur mana dapat. Untung sebenarnya ada ramai adik-beradik perempuan ni tapi adakalanya memanglah berbulu juga bila ada aje yang dok nak curi tulang. I pun sama juga kadang-kadang. Penat okey bertapa di dapur terutamanya di hari raya. Basah lengan baju dekairmata membasuh pinggan-mangkuk aje kerjanya. Sejak-sejak dah beranak-pinak ni, memang task membasuh tu bukan milik Kak Ton lagi...
Sebaik masing-masing balik dari masjid, kita mulakan sesi bersalam-salaman dan memohon maaf dengan emak dan juga adik-beradik semua. Berebut-rebut masing-masing potong queue, dah tak kira pangkat dah ^_^
My emak macam biasalah, ada masanya emak ingat itu hari raya, ada masanya boleh terlupa pulak beliau di rumah siapa. Kerja ajak balik ke rumahnya di sebelah. Raya, raya ni takkanlah seorang pun tak nak balik rumah, kata emak!
Sesi bersalam-salaman I sekeluarga of course berlangsung dalam bilik tidurlah. Kali ni memang tak lupa, tak macam tahun sudah. Minta maaf pun lupa! Hehehe...
Selesai bersalam-salaman, marilah kita menjamu selera. Kali ni tukang masaknya my tiga kakak yang paling tua - Ngah, Chik dan Teh. Ngah memang tak boleh larilah dari tugasan. Memang setiap tahun pun Ngah kena masak sebab Ngah masak sedap. Chik pun masak sedap juga dan sekarang ni dah ada trademark - setiap kali pulang ke kampung Chik ambil order buat air nescafe special yang memang tak jumpa di kedai. Kaw betul Chik buat. Asal buat aje habis, asal buat aje habis! Sebab semua memuji, Chik pun share cara nak membuatnya tapi tetap juga tak sama rasa macam yang Chik buat.
Seronoklah makan juadah raya di pagi raya ni. Yang pasti, memang berulang-ulang makan sampai kenyang dan muak. I pun samalah. Asal takda kerja aje pergi dapur, meratah mana patut. Bila menjelang malam, memang tak tertengok lagi dah periuk kuali besar berisi lodeh, ayam masak merah, kari daging dan sambal kacang! Tahu pun jemu!
Hari raya pertama kami tak ke mana-mana kerana memang tahu yang anak-anak saudara emak, saudara-mara akan datang menziarah. Duduk rumah ajelah menunggu tetamu. Bila kurang tetamu, masing-masing lari keluar mencari apa entah di luar! Nak kata cari makan, tak mungkinlah sebab masing-masing kebuntang makan juadah raya!
Eh, tapi I sekeluarga pun sama juga kekdahnya! Bila dah lepas Maghrib tu, lepas anak-anak selesai main bunga api, mulalah terasa lapar. HD pulak kalau dah malam memang tak boleh terima lagi juadah raya, nak nasilah, nak tomyamlah! Mana nak cari tomyam di hari raya? So, untuk kali yang kesekiannya, kita melawatlah restoran pak sedara belah tok moyang yang kat Itali tu - McDonald ^_^
Jadinya, di hari raya pertama kita cuma berposing ajelah di segala ceruk rumah dan sebanyak mungkin, segala pose yang terfikir dalam kepala ^_^ Lepas satu, satu keluarga ambil port nak bergambar. Memang seronoklah bila dah ramai-ramai macam ni. Memang kerjanya asyik mengulang makan juadah raya, berposing dan melayan tetamu.
Oh, ya! Untuk anak-anak muda zaman sekarang ni, membelek smartphone di hari raya pun sudah menjadi kewajipan juga ~_^ Banyak gamaknya yang nak dikongsi di media sosial!
Selain itu, aktiviti paling kerap sepanjang raya ni adalah melawat kedai dobi ^_^ Tapi I tidaklah. I fully utilised mesin basuh my sister dah semua orang sibuk nak ke kedai dobikan. Sehari dua kali I membasuh. Memang ampaian di rumah my Chik tu milik kain baju my family aje kekdahnya! Dah semua orang tak mahu guna, lebih baik I guna. And then, kenalah I top up sabun basuh my sister pulak. Hehehe!
Okeylah, time to tempek gambar. Tak banyak pun boleh tempek. Cukuplahkan daripada takda langsung!
Nah, ahkak belanja gambar anak-anak di pagi raya!
Muncung berdepa-depa si Bubbly Abang sebab dia dah sampai satu tahap yang tak suka nak snap photo lagi macam dulu-dulu. Asal suruh bergambar aje, memang tak sukarelalah jawabnya! Tengoklah seluar yang dipakainya. Time beli dah labuh, selepas dialter pun labuh lagi. Mana taknya, mencari seluar panjang di bahagian dewasa, bukan di bahagian kanak-kanak lagi!
Jauh berbeza dengan si Adik Cute yang masih maintain suka berposing walaupun ligat nak bermain katanya...
Tahun ini memang tak membeli baju Melayu untuk mereka berdua dek kerana pakainya setahun sekali aje. Baju lama sudah diserahkan pada my anak saudara kerana dia ada anak-anak lelaki yang setahun dua muda umurnya daripada my anak bujang.
Okey, dah! Jangan diminta gambar raya sekeluarga ya! Memang tak dapat ditunaikanlah!
So, esok kita masuk ke raya kedua ya ~_^
Alahai, kasihannya Kak Ton ni! Baru nak up entri raya katanya. Raya pun dah sampai ke penghujung
Nampak tak ada part-part kat tajuk? Itu plan asal ajelah, entah tertaip ke tidak, itu kemudian ceritalah ya!
Okey, mari kita masuk kisah di pagi raya!
Gambar raya mana Kak Ton?
Eh, sabarlah! Kak Ton baru lepas watermark gambar anak-anak. Ya, macam biasalah gambar anak-anak aje. Itu pun limited edition sebab most of the time, ada aje Kak Ton dan suami menyemak dalam gambar yang diambil! Gambar Kak Ton dengan 'Tengku Mahkota' of courselah tak masuk dalam blog. Hanya orang terpilih aje yang dapat 'menjunjung kasih', tak gitu Mak?
Kehkehkeh!
Sabar! Sabar! Janganlah menjuih mulut! Kak Ton memang macam nikan perangainya! Suka corner baring dan menceceh aje ^_^
Pagi raya di kampung of courselah sebelum Subuh dah terjaga. Walaupun katanya lewat tidur, dek kerana itu adalah pagi raya, kenalah bangun awal. Mak-mak mana boleh lewat bangunkan!
Selesai urusan persiapan suami dan anak-anak, barulah I dapat mendandan diri dan pakai baju raya ^_^ Frankly speaking, sejak berkahwin memang I tak pergi menziarahi kubur arwah abah mahu pun arwah abang di Kajang kerana perintah suami. Katanya sebagai seorang perempuan, mendoakan dari jauh pun dah cukup. Jangan nak menangis hiba lagi di depan kubur! Okeylah, kenalah akur walaupun hati ni rindunya pada mereka, hanya Allah aje yang tahu...
Hah, kan dah tertumpah air mata! Bab-bab ni memang tak boleh sentuh langsung walaupun dah bertahun-tahun berlalu kisah pemergian mereka!
Makanya bila semua sudah ke masjid, I pun menolonglah di dapur mana dapat. Untung sebenarnya ada ramai adik-beradik perempuan ni tapi adakalanya memanglah berbulu juga bila ada aje yang dok nak curi tulang. I pun sama juga kadang-kadang. Penat okey bertapa di dapur terutamanya di hari raya. Basah lengan baju dek
Sebaik masing-masing balik dari masjid, kita mulakan sesi bersalam-salaman dan memohon maaf dengan emak dan juga adik-beradik semua. Berebut-rebut masing-masing potong queue, dah tak kira pangkat dah ^_^
My emak macam biasalah, ada masanya emak ingat itu hari raya, ada masanya boleh terlupa pulak beliau di rumah siapa. Kerja ajak balik ke rumahnya di sebelah. Raya, raya ni takkanlah seorang pun tak nak balik rumah, kata emak!
Sesi bersalam-salaman I sekeluarga of course berlangsung dalam bilik tidurlah. Kali ni memang tak lupa, tak macam tahun sudah. Minta maaf pun lupa! Hehehe...
Selesai bersalam-salaman, marilah kita menjamu selera. Kali ni tukang masaknya my tiga kakak yang paling tua - Ngah, Chik dan Teh. Ngah memang tak boleh larilah dari tugasan. Memang setiap tahun pun Ngah kena masak sebab Ngah masak sedap. Chik pun masak sedap juga dan sekarang ni dah ada trademark - setiap kali pulang ke kampung Chik ambil order buat air nescafe special yang memang tak jumpa di kedai. Kaw betul Chik buat. Asal buat aje habis, asal buat aje habis! Sebab semua memuji, Chik pun share cara nak membuatnya tapi tetap juga tak sama rasa macam yang Chik buat.
Seronoklah makan juadah raya di pagi raya ni. Yang pasti, memang berulang-ulang makan sampai kenyang dan muak. I pun samalah. Asal takda kerja aje pergi dapur, meratah mana patut. Bila menjelang malam, memang tak tertengok lagi dah periuk kuali besar berisi lodeh, ayam masak merah, kari daging dan sambal kacang! Tahu pun jemu!
Hari raya pertama kami tak ke mana-mana kerana memang tahu yang anak-anak saudara emak, saudara-mara akan datang menziarah. Duduk rumah ajelah menunggu tetamu. Bila kurang tetamu, masing-masing lari keluar mencari apa entah di luar! Nak kata cari makan, tak mungkinlah sebab masing-masing kebuntang makan juadah raya!
Eh, tapi I sekeluarga pun sama juga kekdahnya! Bila dah lepas Maghrib tu, lepas anak-anak selesai main bunga api, mulalah terasa lapar. HD pulak kalau dah malam memang tak boleh terima lagi juadah raya, nak nasilah, nak tomyamlah! Mana nak cari tomyam di hari raya? So, untuk kali yang kesekiannya, kita melawatlah restoran pak sedara belah tok moyang yang kat Itali tu - McDonald ^_^
Jadinya, di hari raya pertama kita cuma berposing ajelah di segala ceruk rumah dan sebanyak mungkin, segala pose yang terfikir dalam kepala ^_^ Lepas satu, satu keluarga ambil port nak bergambar. Memang seronoklah bila dah ramai-ramai macam ni. Memang kerjanya asyik mengulang makan juadah raya, berposing dan melayan tetamu.
Oh, ya! Untuk anak-anak muda zaman sekarang ni, membelek smartphone di hari raya pun sudah menjadi kewajipan juga ~_^ Banyak gamaknya yang nak dikongsi di media sosial!
Selain itu, aktiviti paling kerap sepanjang raya ni adalah melawat kedai dobi ^_^ Tapi I tidaklah. I fully utilised mesin basuh my sister dah semua orang sibuk nak ke kedai dobikan. Sehari dua kali I membasuh. Memang ampaian di rumah my Chik tu milik kain baju my family aje kekdahnya! Dah semua orang tak mahu guna, lebih baik I guna. And then, kenalah I top up sabun basuh my sister pulak. Hehehe!
Okeylah, time to tempek gambar. Tak banyak pun boleh tempek. Cukuplahkan daripada takda langsung!
Nah, ahkak belanja gambar anak-anak di pagi raya!
Muncung berdepa-depa si Bubbly Abang sebab dia dah sampai satu tahap yang tak suka nak snap photo lagi macam dulu-dulu. Asal suruh bergambar aje, memang tak sukarelalah jawabnya! Tengoklah seluar yang dipakainya. Time beli dah labuh, selepas dialter pun labuh lagi. Mana taknya, mencari seluar panjang di bahagian dewasa, bukan di bahagian kanak-kanak lagi!
Jauh berbeza dengan si Adik Cute yang masih maintain suka berposing walaupun ligat nak bermain katanya...
Tahun ini memang tak membeli baju Melayu untuk mereka berdua dek kerana pakainya setahun sekali aje. Baju lama sudah diserahkan pada my anak saudara kerana dia ada anak-anak lelaki yang setahun dua muda umurnya daripada my anak bujang.
Okey, dah! Jangan diminta gambar raya sekeluarga ya! Memang tak dapat ditunaikanlah!
So, esok kita masuk ke raya kedua ya ~_^
selamat hari raya MD..meriah kalo semua berkumpul..ye dak? sama jer kita, dok ngulang makan jer lah raya pertama..hahahaa..memang tak jalan kemana..tunggu jer tetamu datang ke rumah..
ReplyDeletetahun ni pandai skit..beli pinggan polistren bebanyak..gunakan yang tu jer lah yer..tak kuasa nak membasuh pinggan!
Selamat hariraya, Zee!
DeleteMemang meriah kalau semua balik serentak. Barulah terasa harirayanya!
Itulah projek hari raya pertama selalunya - ulang-ulang makan, posing, layan tetamu dan kalau penat, tidur! Hehehe!
Segak dan kacak Abang dan Adik... :)
ReplyDeleteMakin besarkan anak-anak saya, Kakcik. Huhuhu!
Deletesamalah kita raya pertama duduk rumah ajer mengulang makan sampai tengok pun dah lalu lagi.
ReplyDeletesemakin membesar semakin comel pulak Adik Cute tu...
bab tak boleh pergi kubur tu sedih jugaklah saya membacanya, tapi nak buat macam mana ye...syurga kita di telapak kakinya. Titipkan saja doa buat arwah abah dan abang setiap hari, itu lebih baik daripada ke kubur hanya di hari raya, kan.
Sampai aje ke malam, memang tak lalu langsung nak masuk juadah raya. Tapi saya ni peminat lodeh, makanya bolehlah ulangtayang makan sampai jemu!
DeleteYalah, dah suami kata begitu, nak buat macamana. Kenalah ikut dah namanya isteri! Kalau tidak dulu-dulu, memang tak pernah miss pergi menziarah kubur arwah abah kalau balik ke kampung. Kubur arwah abang pun kalau teringat aje pergilah kami dua beradik - saya dan Ngah.
Sekarang ni dengar orang bercerita ajelah. Nak pergi tak dapat :(
memang betul kata HB tu MD wei
ReplyDeletedoa kita tetap sampai walau berada dikejauhan
insya alalh diharap dengan doa MD tu, elok tempat mereka
barulah nama raya kalau gitu dak
berkumpul pastu makan-makan, extra sikit zaman canggih ni
posing depan kamera kan...semua tempat nak snap..hehe
asal boleh aje katanya. memasing perasan cantik
saya semua basih sendiri
tapi mychintahati yang buat, saya lipat aje
bestkan...haha
adik cute, cute as always (ayat bodek)
bila nak ajak mummy jumpa acik ni adik cute
p la bodek dia tu, dia belum bagi duit raya lagi kat acik ni
hujung bulan dah ni, poket dah clean n clear ni
Sesekali tu YY teringin juga sebenarnya nak melawat kubur arwah abah di kampung dan arwah abang di Kajang tapi dah suami kata begitu, tak dapatlah membangkangnya. Bukan wajib pun katanya perempuan pergi ziarah kubur... Nak kata apalagi, telanlah walaupun pahit!
DeleteMemang tradisi raya makan-makan, posing-posing dan ziarah menziarah. Kira okeylahkan memang semua pun tabiat macam tu ^_^
Walaupun bawa pakaian macam nak cuti sebulan, tetap juga saya basuh hari-hari. Lagi best, baju pakai sekejap pun saya campak dalam bakul lepas tu basuh. Manalah tak kena basuh 2 kali sehari! Kakak saya pun confused tengok saya ni. Berkali-kali disuruhnya saya pi aje dobi senang cerita tapi nilah nak cerita ya, sebenarnya saya tak tahu pun macamana nak basuh baju kat kedai dobi ni walaupun orang kata senang jerk!
Eh, nanti-nantilah! Apa lak pihak perempuan tak sabar nak tengok pihak bakal menantu lelaki ni? Melanggar adat dan tradisi nih. Hahaha!
Mak nak saved tembok rumah chik tu...manalah tahu terlalu Batu Pahat ....
ReplyDeleteTapi betullah kalau esok Hari Raya walau mlm tu tido lambat dan tak boleh nak tidor, esok mesti bangun pagi....mcm bestkan .....walau katanya dah tua tua ni mood Raya tak de.
Baju Coklat ek tahun ni....asal gambo je background mesti coklat, perabot coklat, sofa ala ala coklat, taulah tema tu coklat hihi.....Mommy mesti baju coklat jugakkan, tak baju mesti tudung coklat. Eleh....mcm org tak tau.
Tapi mmg betullah Kak Ton, mak pun mlm Raya ke 2 tu, mmg dah jemu weyh makan juadah Raya. betul ckp HD, kalaulah gerai Tomyam bukak mmg itulah yg dituju dulu, nasiblah depa pun balik Siam hihi...Nak buat sendiri mmg tidaklah. Kim salam ....
Save Mak! Jangan tak save. Manalah tahu Mak sesat menuju ke Tongkang Pechah, bolehlah pergi rumah Chik. Tapi susah sikitlah sebab gate automatic. Kalau tuan tanah dan rumah takda, Mak tunggulah kat luar pagar ya ^_^
DeleteKalau Mak nak tahu, sebelah rumah emak saya (sebelah rumah Chik) ada homestay cantik baru buat ^_^
Anak-anak pakai coklat tapi mana ada tema sedondon sewarna di hari raya buat kami nih. HD dengan jubah putihnya dan Kak Ton hmmm...nak tengok gambar raya ke? Nanti Kak Ton WA yerk!Hahaha!
Tapi Mak, kat kampung raya kedua malam tu tengok dah buka kedai makan. Penuh. Kalau order tentu sampai tertidur pun belum dapat makanan lagi!
KakChik punya airtangan yg sedap sebenarnya bukan sebab yg lain buat tak pandai sebab menu/sukatan sudah diberi. Inilah specialnya org yg selalu ke dapur. Airtangan dia yg nikmat - campak, kacau-kacaupun satu keluarg makan tak berhenti.
ReplyDeleteBubbly abg cepat matang, dah malas nak bergambar. Budak lelaki gitulah. Kalau budak perempuan suka posing.
Special betul Nescafe Chik saya ni, Kakzakie. Macam ketagih. Segelas tak cukup! Kalau buat pun macam beri hati, seteko aje. Berebutlah kami ni adik beradik. Tapi kalau adik iparnya @ suami saya tak dapat minum, sanggup Chik buat sekali lagi! Hahaha!
DeleteSekarang memang tak suka bergambar anak bujang tersado saya ni. Kalau disuruh mesti dia tanya soalan ni - Mommy nak masukkan dalam blog lagi ke?
Hehehe!
Raya pertama kiter sedih tau tahun ni...
ReplyDeletenak makan pun takut sbb duk asik ngulang p toilet...
si anak dara pulak demam panas...
Sadis sadis...
Selamat hari raya MD..
Maafzahir batin...
Apa yang buat sedih sangat tu, Nur? Eh, ni raya pertama ke atau kedua Nur beraya di Malaysia ya? Lupa dah jalan cerita dalam blog. Hahaha!
DeleteMusim demamlah kot raya ni. Anak bujang saya pun lepas aje balik dari kampung beraya, demam semula. Saya yang terkujat-kujat ketakutan tau!
Salam Aidil Fitri juga ya Nur ^_^
sedih juga tu MD kan, tapi macam saya jugalah, tak pergi juga kubur arwah ayah dan emak, doa dari kejauhan sajalah kan.
ReplyDeleteseronoklah berkumpul makan2 dan posing2, saya dihari pertama raya juga dirumah jiran-jiran. betul tu dah malam dapat makan nasi putih dengan ikan pekasam pun dah nikmat rasanya sebab dah tak sleera tengok juadah raya.
Tak sedondon pun takpe MD yang penting tetap raya..
Nak buat macamanakan, AA. Kenalah ikut kata suami dah tak dibenarkan pergi. Doa dari rumah pun boleh katanya. Doa ajelah setiap kali lepas solat mahu pun bila teringat!
DeleteSaya memanglah rindu nak menjenguk kubur arwah abah di kampung dan abang di Kajang tapi simpan ajelah rindu tu dalam hati...
Lepas bosan makan juadah raya, dapat nasi putih, ikan bilis goreng dan telur goreng pun sedap, AA ^_^
sama la kita kak...dulu2 zaman remaja task basuh pinggan ni mmg tugas saya, tapi lepas dah beranak pinak ni, tugas tu dah di take over oleh remaja lain pulak kekdahnya...ekekek...
ReplyDeleteKan! Penat dah ambil task membasuh pinggan mangkuk ni. Berilah peluang anak muda merasa pulak ^_^ Kita yang dah beranak-pinak ni ambillah task lain yang boleh dimultitaskingkan dengan mudah. Lagi best tak payah ambil task langsung. Hahaha!
DeleteKalau kat rumah mak..dh jd tugas saya basuh pinggan dll...almaklumlah ank sulung..nk tunggu yg membantu lmbt sgt huhu..
ReplyDeleteAbg dh besar...malu kot nk berposing bagai MD
Macam Ngah sayalah. Ngah anak perempuan pertama jadinya memang semua pun Ngah yang buat dulu. Nak tunggu adik-adik perempuannya, memang lambatlah nak memulakan satu-satu kerja tu!
DeleteMemang tak nak dah berposing lagi, QN. Bosan agaknya posing masuk blog, bukan dapat apa pun!
hariraya pertama tu biasalah sendat perut dibuatnya bila ke dapur pasti makan ...tapi MD boleh lagi ke isi perut kat McDonald tu.
ReplyDeleteKesian mak MD,biasalah orangtua pasti teringat rumah sendiri ,tempat dia membesar kan anak2 dan kenangan bersama insan tersayang.
Kena paksa posing abang tetap comel ...geram akak tengok pipi2 gebu anak2 MD tu tau..
Kebuntang rasanya asyik mengulang makan juadah hari raya. Masuk ke malam, dah tak larat nak ulang makan lagi. Tapi biasalah mana ada kedai makan buka seawal raya pertama. Orang pun nak raya juga ^_^
DeleteNak kata lapar menggelupur tu taklah, kak tapi dah anak-anak teringin, makpak pun ikutkan aje ^_^ Ada space lagi ni hah boleh masuk perut kalau nak. Hahaha!
Begitulah, Mak. Adakalanya ingat, adakalanya lupa. Bab bertanya berulangkali tak sampai 5 minit tu memang kami dah biasa sangat. Adakalanya tak rasa apa, adakalanya terbit juga rasa nak marah. Itulah kasih-sayang anak-anak, tak akan pernah sama dengan kasih-sayang emak kepada anak-anak!
Saya risau si abang tu sebab lepas puasa naik membuak pulak dia!
sbb tu malas nak mintak pic family... sure tak dpt punya hahaha
ReplyDeleteoowhhh MD suka mengelat yer... samelah kita suka curik tulang..
tu untungnya adik beradik ramai..hahahah
Pandai pun! Sebab itulah jangan minta. Hahaha!
DeleteBukan mengelat tau. Apa guna ramai si dara, si teruna yang gagah perkasa semua kalau masih nak mengharapkan aunty anak dua ni. Hehehe!
Setujulah sy pun me doakan aruah mak pak tok sy dr kejauhan.sobsobsob
ReplyDeleteTema coklat..i like..brown ni peberet color tau.kata tak beli bju raya..ni baju raya la kan.hehe
Takda temalah, PK. Kebetulan aje jubah adik warna coklat dan kurta abang pun lebih kurang aje. Daddy mereka macam selalu berjubah putih. Mommy mereka aje ada kepelbagaian warna di hari raya. Hahaha!
Delete