Salam Akhir Tahun 2019

Salam kawan-kawan semua!

Lama sungguh tak bersiaran di sini sampaikan nak buka blog pun terkial-kial dibuatnya. Perkara paling ketara sudah tentulah komen-komen 'membina' dari spammers. Banyak sungguh. Tergeliat tangan dok skrol komen, mencari kotnya masih ada lagi rakan-rakan yang tinggalkan komen di sini.  Nasib baik tak pejam mata dan delete semuanya 😃 Kasihan pada rakan-rakan yang masih lagi ke sini walaupun tuan blog dah hampir terlupa yang blog ni masih kekal wujud!

Entahlah mimpi apa hari ni tetiba teringatkan blog ini. Godeh-godeh jugalah tengok. Bila dah tertengok tu apalagi, mood menaip novel kembali menjelma. Sempat juga skrol di tepi blog dok perhati blog kawan-kawan alam maya yang ada. Mostly memang tak berapa aktif ya tetapi yang masih aktif pun ada lagi. Yalah, sekarang ni lagi selesa melepak di Instagram tak pun di Facebook. Ada banyak cara nak 'mengeratkan silaturrahim' selain daripada berblogging macam beberapa tahun dulu.

Berbalik pada my own blog, kedua-dua penyeri kepada blog ni dah semakin membesar ya. Yang sulung dah 13 tahun dan yang bongsu pulak dah 8 tahun. Masuk 2020, kedua-dua my bujang memang tak akanlah nak berphotoshoot untuk blog lagi. Mereka dah 'move on' dengan life masing-masing dan tak akan terima tawaran percuma dari Mommynya untuk berposing sakan untuk blog. And because of that, I pun dah tak tahu nak aktif menulis tentang apa di sini😊 Any ideas?

Both of them dah terlupa pun yang Mommynya pernah jadi blogger picisan beberapa tahun yang lalu…

Dan, kembali kepada komen-komen membina selain daripada makcik/pakcik/adik/kakak spammers semua, banyak juga yang bertanya soalan tertentu dan tak mampu I nak menjawabnya. I pun baru approved semua komen tu pagi tadi; macamanalah nak jawab satu-satu. Maklumlah, I ni bab menjawab komen pun macam nak tulis short story 2 muka surat! Sila sedia maklum pada yang tak tahu 😀 Insya allah, jika berkesempatan nanti, I jawablah komen satu persatu walaupun mungkin komen tu dah basi pun....

Itu ajelah nak borak for today. Sekarang ni free time tak macam dulu-dulu. Sibuk berkali ganda berbanding zaman aktif menulis blog dulu. Jumpa lagi di sini bila berkesempatan ya!










Comments

  1. Semoga catatan ini bukanlah yang pertama dan terakhir untuk tahun ini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Belum lagi nak bersara nampaknya. Masih sayang dengan blog ni. Banyak kenangan bersama.

      Delete
  2. Hello Madam! Sudah lama no broadcast. How have you been? Must be so busy until forgot about your blog hah..hah... Many of my blogger friends dah pencen. But I still got a lot of semangat because blogging keeps me happy and sane. Anyway, hope to see your posts and read your stories, even if if is not so frequent. Take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello darling... How are you? Not that busylah apalagi during PKP. Saja buat-buat busy itu maybelah...

      Nowadays people prefer other platform right - instagram, tweeter, FB. Jarang depa nak berblogging lagi. But itulah, still sayang banyak worr dengan ini blog. Nak let go, tapi tak bolehlah!

      Delete
  3. Lama betul MD menyepi. Ramai blogger dah pencen. Tapi I still blogging even dah tak berapa nak rancak. Aktif dekat IG je. MD ada IG tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. IG, FB sume ada cumanya nasib depa sama juga macam blog ni. Tuan tanah tak berapa nak rajin main gadget. Suka dok berangan je mengenang nasib diri. Hahaha!

      Delete
  4. Hi MD! Lamanyaaa menghilang dari 'radar' hahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lama. Kalau tak sungguh-sungguh, lagilah tak jengah blog ni. Ingatkan nak pencen tapi itulah, sayang pulak dengan blog.

      Delete
  5. salam singgah. alhamdulillah dah nak sampai penghujung 2019. semoga tahun 2020 memberikan hasil yg terbaik buat kita semua. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hampir setengah tahun 2020 berlalu. Ingatkan sesuatu yang umphhh akan berlaku. Rupa-rupanya tak juga...

      Delete
  6. Salam MD....samalah kita, linda pun sebuk membuang sawang2 kat blog. Apa2pun blog MD ni tetap di hati :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak terbuang sawang di blog ni, Linda. Tapi nak dibiarkan jadi blog berhantu, sayang pulak dah ^_^

      Delete
  7. salam tahun baru 2020 mamadearie tuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun baru Wak Lat walaupun dah setengah tahun berlalu...

      Delete
  8. Salam puan.... boleh berkenalan hhihiihih..
    Sesat masuk blog nampak? Tak pulak sesat kat WA ek.... mailah buat buat sesat kat WA... Ke dah tuko no phone...
    Share jelah apa apa Kak Ton, semut mati tergolek ke, cacing mati tersepit ke.... mak sedia menmbacanya dengan penuh minat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berkenalan? Boleh aje. Nak datang rumah pun boleh juga, tapi sampai hat guardhouse jelah ya. Hahaha!

      Ingat itulah nak juga share pasal terminum semut lalu terlupa blog, tak pun kisah clothpegs jatuh ke bawah semasa sedang menjemur pakaian di balkoni, Tapi tak ke sakit hati Mak membacanya bila sesekali kita up entry. Setengah tahun punya entri, tu je cerita.

      Pleaselah Mak. Kita banyak lagi ni idea cuma MALAS jerk!

      Delete
  9. salam pkp 2020.,
    selamat berbuka puasa ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nak habis raya, dah nak habis PKP pun Wak Lat. Hehehe!

      Delete
  10. Harapnya Diana still active hingga ke hari ini. Ramai juga yang dah give up, pencen aje terus. Saya pun ingat nak pencen tapi itulah sayang pulak dengan hasil garapan di sini. Banyak kenangan nak dibiarkan tinggal gitu aje...

    ReplyDelete

Post a Comment