Monday, September 15, 2014

Hari Ahad kami ...

Salam sayang kawan-kawan!

Oh, sungguh sedih rasanya!  Hari ni I bekerja macam biasa.... Hajat di hati memanglah nak cuti bersambung, berangkai dan berantai-rantai gitu tapi perancangan terpaksa dibatalkan. Kalau tidak, tengah melantak kat Line Clear sekarang ni tau ^__~ Hubbydearielah punya pasal!

Oppss... I tak boleh mengumpat suami sendiri ya! Pertama sebab takut dosa, nanti tak dapat masuk syurga bersama-sama dan keduanya, semalam Hubbydearie skodeng my blog lepas tu beliau gelak besar sebab rupanya isteri mithali bukan aje 'kuat berceloteh' dalam rumah, dalam blog pun sama je kekdahnya. Lepas tu boleh pulak ditanya - Ada ke orang baca?

Rasa cam nak hempuk dengan bantal busuk tak basuh 20 tahun je tau....

Walaupun muka I merah menyala dek tersalah sapu blusher ke seluruh muka, I rasa bangga sangat nak beritahu kat Hubbydearie yang sekarang ni I ramai kawan alam maya yang sungguh awesome tak tahu nak puji melangit camna lagi tau *__*

Oleh itu, I lap you, you and you all semua *feeling celeb dari South Africa je rasanya*

Cuma 2,3 je pesanan Hubbydearie 1) Jangan masukkan gambar ohsem beliau dalam blog 2) Jangan cerita luar dalam kain sendiri 3) Jangan mengumpat laki...

Oh, ya...gambar superheroes okeylah masuklah banyak mana tapi kena bagitaulah gene yang 'baik' tu semua datang dari beliau.... Nak aje kata 'boleh blah' nasib baik tak terlepas kata....Kang tak pasal-pasal Hubbydearie suruh berhenti menulis dan delete blog ni. Mahu haru-biru jamu Mak Dara. Eh, salah nickname... I sekarang sukalah panggil diri sendiri Kak Ton - muda belia remaja je rasanya *__*

Okey, kita tinggalkan kisah umpatan Hubbydearie terhadap blog kekasih hatinya sendiri. 

Nak cerita apa ek sebenarnya? (Adui dia ni buat hati orang parah je. Dah tiga per empat perenggan baru nak masuk cerita!)

Aha, ya... cerita hujung minggu dua minggu lepas belum cerita, hari Sabtu baru ni pun tak cerita lagi kita skip terus hari Ahad punya cerita. Tak nak baca? Oh, I okey je sebab takkan I nak pegang rotan paksa orang baca blog I kan. Really gila talak meroyan tau!

Alkisah, hari Ahad kami ke MidValley lagi dan lagi. Hubbydearie sibuk nak cari spekmata baru dan jam tangan. Spekmata lama baru je beli I rasa,  tapi dah tercabut skru kat tepi bingkai. Dah hantar betulkan, dicabutnya sekali lagi. Spesies ganas tau Hubbydearie ni tak macam isteri mithalinya ....

Dalam pada melenjan tu, kita tengok apa superheroes buat ...

'Hi, girlfriends semua! Cute tak kita???'

' I is model pemalu' -suka sangat buat bibir macam tu sekarang ni!

Mencuba spekmata tiada paksaan dari pihak Mommy. Sendiri yang memang suka ya *__*


Sesi menggayakan cermin mata kanak-kanak (kalau takda orang teruja nak beli, memang I nak berhentikan aje anak-anak jadi model untuk jenama ni. By the way, ada kawan katanya nak cari spekmata untuk anaknya yang baru setahun lebih tu ya, Lyd....)

Lepas tu tak tahulah ada apa kat bahagian concourse MV tu kan. Asal I nampak cun je untuk berposing, I hantar superheroes pergi posing ^__^ 



Tapi si Adik Cute yang garang lagi lasak tu tetiba kata 'Daddy, Adik akut Daddy!' ...

Makanya cuma Abang jelah yang pergi posing kejap....

'Mommy! Betul ke ada orang dalam tu atau battery operated patung jek?' Aduh, alahai....

Lepas tu kan, lepas tu kan.... ada adegan yang tak ingin dilihat berlaku lagi!!!

Okey, tak mahu cerita dah *__*


Lepas tu kami sefamili terus menuju ke Shah Alam, to be more sepesipik (baca : specific) ke TTDI Jaya nun.

Buat apa kat sana?

Nantilah kita cerita kemudian. Kalau tidak berlinangan air mata dan air liur nanti penat membaca entri ni ^__^






28 comments:

  1. comelnye heroes MD ni..bergaya ko pakai spek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau keluar rumah je masing-masing menggagau cari spek mata. Masing-masing terlebih over-over excited nak melaram :)

      Delete
  2. Budak2 kalau pakai spek memang comel.. boleh jadi model spek lepas ni abang dan adik hehe..
    Takut pulak adik dengan angkasawan tu ye.. best jer tengok abang bergambar tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak dua menjak ni memang saya perasan, masuk kereta je masing-masing minta spekmata. Harapnya mereka tak gian mengumpul spekmatalah macam sesetengah makpak. Eh, sesetengah makpak tu makpak merekalah :)

      Delete
  3. samalah dgn i..
    i pun x pernah umpat laki i..
    same-same..oh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah...I memang perasan bab ni tau!

      You and I memang bagus betul, tak pernah ngumpat laki dalam blogkan, kan, kan...

      Eh, you ada jugak kan sesekali sesekala...hah, tak mau ngaku kalahlah tu :)

      Delete
  4. ada apa kat situ tu,..ada angkasawan bagai...adik akut ke??muka macam tak akut pun..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, ada angkasawan! Adik tengok je terus gemuruh di jiwa. Nak lari ke tempat lain. Abang pulak dia ingat itu battery operated patung je, main gerak-gerak macam robot. Punyalah clever dedua ... :)

      Delete
  5. Replies
    1. Kalau namanya hari cuti memang penuh saja aktiviti membuang masa :)

      Delete
  6. hahahah... siap dah pesan dah apa2 yg tak patut di tulis dlm blog ni erkk..
    ishhh HD... blog ni ramai pembaca tau.. tgk lah comment dia berpuluh2 tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD takut je kalau-kalau isteri mithali dah pandai komplen dalam blog. Jatuh status suami. Keh3x.

      Delete
  7. encem tu adik pakai cermin berwarna warni frame nya..
    abang ni pun nampak cute buat mulut macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tidur malam ni dok fikir kenapalah tak beli satu spekmata tu. Rasa terkilan pulak. Ni yang nak kena pergi MV lagi sekali nih!

      Delete
  8. Haha. Boleh ditanya ada yang baca ke tak ya? Try suruh HD tanya pengomen blog ni? Takpun bagi HD tengok daily views, kan terkejut nanti HD tengok rating blog bini mithalinya ni.. ramai dan bertingket2 tau

    Ha.. ingat tau pesan suami tu. Ops saya pun kena tumpang beringat nampaknya.

    Baru nak kata tadi, midvalley je? Haha.. rupanya sambung ke ttdi ya.. baru betul family superheroes ni. Kalau tak jalan seluruh kawasan jajahan dan sekitarnya mesti bosan.. hihi..

    Apa adegan yang tak ingin dilihat tu? Awat citer tak habis. Cer habaq sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, manalah glamor sangat AN. Biasa-biasa je. Lagipun rajin BW kat rumah kawan-kawan je. Takdanya gi cari port baru. Hahaha.

      Eh, saya mana pernah mengumpat suami dalam blog? Ada ke? Ada ke? Ni mesti nak kena delete entri tu :)

      Mana pernah kita keluar satu tempat je kalau banyak masa terluang. Kalau kesuntukan masa tu memang pergi satu tempat pastu baliklah jawabnya...

      Takleh ceritalah AN. Adegan apa lagi kalau tak adegan tutttt tu lagi ^__^

      Delete
  9. Bak sini pipi tu... muah muah muah...
    Lap u too...
    kena ingat pesanan MD tu... nanti bukan Kak Ton jer yg menderita, saya pun sedih sama kalau tetiba blog ni kena delete....
    Lah adik takut dgn angkawasan ke? Nasib baik abang sporting utk bergambar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. I lap you so, so much....Jauh benar nak bagi pipi gebu :)

      Itulah Kak Ton memang dah fikir masak-masak, tak mahu abaikan pesanan penaja.

      Adik tu tengok angkasawan dia rasa macam nampak alien jek. Teruslah akut, akut. Hilang je angkasawan, terus tak akut lagi!

      Delete
  10. cerita suami isteri mmg x blh bawa keluar , berdosa ... dah stop . amboi , blh lak citer separuh jalan jer . mmg nak suruh saya buka blog dia esok lah ni ... tak pe ... boleh tunggu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, mana pernah saya cerita dalam kain batik Vee... Hahaha...

      Cerita separuh jalan tu memang taktik nak suruh datang semulalah tu. Kalau ya pun saya cerita penuh, awak, awak, awak dan awak juga yang meraung kepenatan, kelaparan dan kehausan dek kerana cerita tak habis-habis :)

      Delete
  11. Haa!...dengar tu...apa HD pesan...kalau nak jadi isteri mithali dengar cakap suami...jangan nak ngumpat2 suami...

    Haa!..kan dah kantoi, selama ni HD tak tau ke MD ada blog?...okay adik..thumb up lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD tau saya ada blog tapi tak pernah dok bertenggek. HD bukan suka sangat talk,talk, story,story non-stop nih tak macam isterinya. Blog saya yang guna dotcom dulu tu pun HD yang tolong set up. Mahulah HD tak tahu isterinya mengomel pasal apa dalam blog. Cuma kalau dibaca suami tu, naik segan pulak rasanya....

      Delete
  12. MD, jaga2 ada yang memerhati..muahaha..

    wah bergaya sakan dengan speck memasing..comel pulak abang dengan gaya mulut beliau tu..adik tak payah puji la mmg dah tau dah hensem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah pasal. Kena berhati-hati selalu. Yang penting tiga perkara kita tak buat dalam blog. Barulah selamat :)

      Sekarang musim berspekmata satu rumah, tak kiralah hujan, panas, siang dan malam :D

      Delete
  13. hehe...laki saya pun kadang-kadang dok baca juga blog bini dia
    suka senyum kambing bila saya bercerita pasal dia
    tapi best juga rasanya bila dia supportive

    anak-anak saya pun suka pakai spek tu
    tapi bila dah patah, saya tak beli lagi
    saja nak bagi peringatan walau nampak kejam...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Superheroes saya dari kecil sampai ke besar semuanya ganas. Tak pandai jaga barang elok-elok macam MD nih. Kalau saya yang jaga barang, confirm semuanya selamat!

      Delete
  14. Mak pulak memang dah biasa ....... laki skodeng blog hehe.......best jugak tau sebenarnya sebab macam jadi medium pulak kalau nak sesuatu....
    Hish,.... berani yeh dia tanya blog Kak Ton ada orang baca ke tak....HD tak tau bloh Kak Ton standard Ben Ashari hehe....

    Bukan main lagi pesanan HD, pesanlah banyak mana pun kan Kak Ton janji Kak Ton boleh pot pet dalam blog hehe.... Tapiiiii Kak Ton mcm tak bestlah weyh... Kak Tihlah hehe....

    Adik sama mcm TLBD....seriau tengok benda bersarung tu...adik tu tak pelah masih kecik, yg TLBD tu apa kes dah besau panjang pun takut lagi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manalah ada standard Ben. Standard Kak Pah sebelah rumah pun tak lagi... Hahaha....

      Kak Ton tu bestlah OKje.... terbayang-bayang wajah Kak Ton yang sebenar dalam TV tau. Ni kak Tih ni siapa pulak? I kalau tak famous tak mahu ambil nickname gitu...Hehehe....

      Adik tu nampak je macam berani, sikit-skit akut, sikit-sikit akut sekarang ni. Kalau ada gegirl tegur pun terus jadi pemalu. Macamlah anak dara tu nak tackle dia tau!

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...