Kisah duit raya

Salam 27 Syawal kawan-kawan!

Hari ni nak berkisah tentang duit raya pulak. Dapat idea nak menulis bila terbaca sesuatu baru-baru ni dan ulang baca sekali lagi dalam blog salah seorang rakan kita ni...

Sumber di sini


Kisah anak-anak dan duit raya ni memang adakalanya boleh dijadikan bahan untuk bergelak-ketawa! Apa tidaknya, macam-macam ragam boleh dilihat bila anak-anak ni sibuk mengumpul dan menerima duit raya.

Kisahnya, dulu-dulu rajin juga budak-budak datang ke rumah untuk minta duit raya. Lepas batch lelaki, batch perempuan pulak datang. Mereka bukan nak beraya tau tapi sekadar nak kumpul duit raya aje. Kalau dipelawa makan dan minum pun macam kena paksa tapi bila tiba bab nak beri duit raya, bukan main bertenaga masing-masing nak balik!

Sejak setahun dua ni, dah takda langsung budak-budak datang ke rumah mencari duit raya. Mana pergi budak-budak ni semua agaknya ya... Dah tak sudi datang lagi ke, atau duit raya dapat sikit ke, atau dah kena sound dengan makpak yang mula sedar tabiat anak masing-masing? Entahlah ya ...

Kalau zaman kita kecil dulu-dulu, mana ada demand sangat tentang duit raya ni. Apa orang beri, terima ajelah. Manalah berani nak tanya kenapa sikit sangatkan! Kalau berani pun, memang nak minta kena 'sesah' dengan makpaklah gamaknya!

Pernah sekali masa tu I dah besar panjang. Masih belajar di universiti kalau tak silap. Arwah Pak Uteh dan seluruh keluarganya balik ke kampung beraya melawat my emak, si adik bongsunya. Pak Uteh ni memang beri duit raya pada anak-anak saudara bila datang beraya ke rumah emak tapi budak-budak ajelah. I ni special sikit, entah kenapa selalu aje termasuk dalam senarai penerima duit raya dari Pak Uteh! Bukan banyak manalah tapi okeylahkan since orang lain semua tak dapat, I seorang aje yang besar panjang yang mendapat duit raya ~_^

Masa tu I di dapur tengah mencuci pinggan mangkuk. Pak Uteh datang bersalaman kerana nak balik. Dalam pada tangan basah dek air sebesen mencuci pinggan mangkuk tu, I pun bersalamlah dengan Pak Uteh. Nah, dapat duit raya ^_^ 

Bila dah ngap tu, I pun bukalah sampul duit raya tersebut. Tada! Keluar not RM50. Oi, banyak tau nilai RM50 masa tu, bukan macam sekarang ni! Kalau sekarang ni pun suka-suka hati tabur duit raya RM50 pada budak-budak, memang tak menang tanganlah nanti melayan budak-budak yang tak sudah-sudah nak bersalam dengan kita ^_^ Wajiblah tutup terus pintu rumah tu!

So, bila my kakak-kakak tahu I dapat duit raya RM50, kecohlah sekejap. Sibuk nak tengok anak masing-masing yang kecil belaka berapa mereka dapat. Of courselah mereka dapat RM5 aje. Jadi, kecohlah kat dapur tu kata Pak Uteh tersilap beri sampul dekat I. Kecohlah suruh I tanya Pak Uteh betul ke sampul duit raya ni untuk I ...

Eh, dia orang ni kecoh betul tau! Cakap ajelah jealous! Pak Uteh dah beri, tak akanlah nak ambil balik. Apa-apa pun Pak Uteh dah balik, makanya selamatlah I dapat duit RM50 tu. Yang tak dapat tu, senyap ajelah! Hahaha!

My superbeloved anak-anak pulak lain ceritanya. Mereka ni tak hairanlah dengan duit raya. Kalau dapat pun, belum sempat habis ucap  terima kasih, dah sibuk mencari Mommy suruh simpankan. Itulah perumpamaan betapa tak kisahnya mereka. Langsung takda tanya berapa dapat atau sibuk nak tahu berapa ada dalam sampul tu. Dapat-dapat aje teruslah cari Mommy suruh simpan dalam handbag. I pulak kadang-kadang jadi malu. Semua mata memandang... 

Bila anak-anak yang lain beratur nak bersalaman dan ambil duit raya, my anak-anak lelaki rileks aje tak peduli. I pulak yang sibuk suruh mereka beratur. Yalah, nanti tak dapat pulak duit raya. Depa tak nak tak kisah, yang penting kena kumpul juga nanti barulah boleh tukar jongkong emas. Hehehe!

Masa bulan puasa tempohari, ada juga I kata pada Bubbly Abang, kalau habis sehari berpuasa, I akan beri duit. Tapi dia tak peduli pun. Sampai habis puasa pun dia tak kisah nak tanya berapa duit dapat kumpul sebab habis puasa! Punyalah pelik... 

Langsung tak kisah!

Teringat pulak kisah my cucu saudara, anak kepada salah seorang my niece (Kak Ton pun dah bercucu Mak oi...) yang ikut aje ke mana ibubapanya beraya. Lepas sakan beraya, si anak bertanya pada emak nak beraya lagi ke, lalu emak pun mengiyakan. Lantas anak pun berkata dengan pelatnya,

Oh, duit raya tak cukup lagi eh?

Sampailah ke rumah terakhir, si anak yang berusia tiga tahun berkata lagi,

Nak balik eh? Duit raya dah cukup ke?

Stress emaknya kalau ada yang mendengar!

Hahaha! Aduhai... budak-budak zaman sekarang nikan! Macam-macam kerenah! 

So, macamana anak-anak you all semua?

I bet sekarang ni tengah sibuk mengira berapalah yang dapat untuk Syawal kali ni ^_^

Makpak tak teruja sama ke menjeling jumlah yang anak-anak dapat kumpulkan?

Hehehe ...    

  

  

    

















   


Comments

  1. salam MD, anak-anak saya pun sama lah, dapat sampul raya jarang bukak, terus simpan aje dalam handbag emaknya yg dah tersedia gantung di dinding. Saya pulak tak tahu duit2 ni milik anak yg mana. dah habis raya baru saya campurkan semua kemudian bahagi 3. sampai macam tu sekali kekdah emaknya pun. Kecuali anak sulung, dia dah tahu kegunaan duit ligat aje otak berfikir nak beli itu ini.

    teruja jugak sebab mereka dapat duit free kan, tapi tak byk sgtlah amaunnya sebab makpak tak rajin berjalan raya. asyik dok rumah aje yg byknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, kita geng! Pelikkan mereka ni semua! Dapat duit raya langsung tak endah. Nak tengok berapa pun tidak! Saya dah berkira-kira dah ni, kalau mereka tak peduli, saya masuk akaun saya ajelah ^_^ Depa tak tanya punya!

      Tak tahulah KB kotnya nanti dah besar sikit, sayang pulak nak pass duit raya pada Mommynya sebab dah tahu apa nilai duit raya tu!

      Delete
  2. Anak2 CH dah ada handbag sendiri MD.. jadi simpan sendiri..
    Nabil jer yg mencari CH suruh simpankan..
    Dia pun tak kisah sgt..
    Tapi bila kira duit raya dgn kakak2 nya..
    Nabil jadi kisah..
    Sebab duit raya dia sikit hahaha..
    Nabil pun dah sibuk bertanya mana duit raya utk dia dari saya sebab penuh berpuasa..

    P/s Sure lah anak dara CH lebih menawan dari mama nya.. sebab mamanya dah kilauan emas hahaha..
    Awat hang tak pergi next entri sebab jiran kak ton lawan bergusti tu kata CH ingat pasangan remaja mana tadi... hahaha punya terkejut mak hainom tu hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat Nabil, dah kakak-kakak awak tu remaja, lawa pulak tu. Mestilah dapat duit raya lebih. Redha ajelah Nabil ya. Kalau tak cukup, minta ajelah kat mama. Mama kan ada ^_^

      P.S. Mamanya pun lawa lagi, kalau tidak tak akan main bonceng-bonceng dengan buah hati ~_^

      Delete
  3. Betul tu Kak Ton, zaman kita kecik....eh! kita sezamankan haha....mmg tak denya harap duit Raya kalau beraya ni. Kalau ada pun kira bonus terpijaklah tu. Eleh kononlah sangat tertanya tanya mana hilangnya budak budak tu padahal dalam hati lompat bintangkan. Macam mak tak tau kiki...
    Sejak anak anak dah besar ni malas pulak dah nak bagi duit Raya kat anak orang hihi.....melampau betul tu nampaknya kahkah.....

    Kat rumah ni yg masih seronok dpt duit Raya tentulah TLBD. Dah tentu tentu dia yg paling kecikkan. Masih belum jadi anak dara sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, Mak! Kitakan sezaman! Mana beranikan kita nak demand lebih-lebih kalau dapat duit raya. Nak jengah tengok berapa dapat duit depan orang pun takut. Takut kena cubit kat nipple dengan emak! Hehehe!

      Budak-budak sekarang ni lain macam. RM2 pun mereka komplen. Nak yang hak-hak besar aje. Macamlah tuan rumah semua cop duit sendiri kat Bank Negara. Tapi kalau dah namanya nak bersedekah, tak bolehlah berkira sangat, ya tak Mak?

      Anak-anak sayakan kalau saya kata takda duit raya pun mereka tak hairan. Sampai sekarang pun takda tanya-tanya tentang duit raya mereka. Saya aje yang sibuk beritahu berapa mereka dapat! Pun mereka tak minta. Belum pandai guna gamaknya duit raya ^_^

      Delete
  4. nak kata parents x didik anak pun x boleh jugak..budak-budak sekarang otak ligat. tu yang ada 'target'.kita dulu yelah, redha je.dah balik rumah baru kira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu memang malulah ibubapa bila anak terang-terang buat hal depan orang. Ish, malu mana mungkin tak malu! Tapi kenalah pandai buat muka ala-ala bergurau! Hahaha!

      Nasib baiklah akak tak pernah terkena sebab anak-anak akak pun bukan hairan sangat nak check sampul duit raya mereka!

      Delete
  5. Kisah duit raya mmg seronok MD
    Anak2kknoor pulak dah besar2 hanya nenek je yg bagi duit raya kt umah org confem dh tk dpt haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakNoor dapat tak duit raya dari suami? Kalau dapat, mesti berkepuk tu ^_^

      Anak-anak dah besar kenalah pandai bawa diri. Jangan dok mengharap nak duit raya lagi. Hehehe!

      Delete
  6. Since Lyn duduk kg, rajin budak2 dtg beraya ntah ke rumah sapa ntah. sure dorang tak kenal sbb mostly yg mereka pergi tu mmg takde anak kecik or bdk sekolah. So dtg selamba jer. Mcm rumah my mu dorang tak attack sbb penuh dgn sedara mara dtg.
    tpi bab duit raya skrg ni budak2 pandai dah berkira. klu bg 2.00 pun dorang komplain. Agaknya nak berapa RM lah agaknya yer baru dorang ni reti bersyukur. kadang tu tak sempat keluar rumah dah bukak sampul, klu jam2 tu gak complaint mau malu duit rumah. Tapi apa2 pun kena bersyukur. Skit ke byk, tu kan dah rezeki. yg penting ikhlas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kampung masa di rumah my kakak pun takda dah Lyn budak-budak datang beraya. 5,6 tahun sudah adalah juga. Sekarang ni langsung takda. Mungkin faktor keselamat ya juga. Takkanlah nak beri anak-anak merayau keliling kampung. Di bandar tak payah ceritalah, memang lagi ngeri nak lepaskan anak-anak sendirian dengan kawan-kawan. Dunia dah tak selamat lagi...

      Delete
  7. Kat rumah akak ni pun hanya kawan2 sekolah anak je yg datang,budak2 lain tak nmpk pulak batang hidung nya spt tahun2 dulu.
    Anak2 akak yg 4 dulu semua gitulah dapat duit raya terus bagi pada mk nya utk simpan...kena pada Iman ni senyap je simpan sendiri.:-)
    Lucunya akak baca cerita cucu sedara MD tu...nasib baik takde tuan rumah dengar ....ni mesti budak bijak berkata2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelikkan kak sekarang ni memang kurang tau budak-budak yang tak dikenali datang ke rumah beraya, nak kumpul duit raya. Kotnya makpak pun takut nak biarkan anak-anak berjalan dari rumah ke rumah. Macam-macam halkan sekarang ni!

      Rumah saya sejak tahun lepas memang takda langsung budak-budak datang padahal ada aje anak-anak jiran yang lebih kurang aje sebaya Bubbly Abang tu!

      Ahah! Buat tuan rumah dengar, memang malulah mamanya ^_^

      Delete
  8. MD lamaaaaaa nyeeeee x jenguk sini...selamat hari raya dik...maaf zahir dan batin...sori ye kalau ada tersalah tulis terkasar bahasa atau gurauan...kelaka entry ni...akak baca sambil sengih2...anak2 akak si kak long dgn bang ngah diorng dah beso...kompom la diorng urus duit sendiri...tinggal si izara jelah yg masih suh mak nye simpan...minah tu lagi hazap main campak buang je angpow duit raya...maklum la blom tau nilai duit ringgit lagi....hahaha...tunggu la dua tiga taun lagi...kompom pandai la dia simpan sendiri...taun ni duit raya izara dah selmat belikan dia cincin emas you...hahaha...dah la mas skng mahal kedaung...nangis time membayo T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Chef Linda Off ^_^ Maaf zahir batin juga ya!

      Huhuhu, sempat lagi mengusik! Anak-anak dah besar memang mengharapkan duit raya dari makpak ajelah. Kalau nasib baik masih lagi boleh kumpul duit raya. Dan, dah tentu-tentulah kita tak dapat merasa nak pegang sekejap duit raya mereka ni! Mereka dah tahu apa kegunaannyakan!
      Oh, Izara dapat cincin sebentuk ya lepas raya! Baru nak masuk merisik hantar cincin tiba-tiba dah beli cincin. Cancellah plan merisik ~_^

      Delete
  9. kebetulan aida baru jer abis kira duit raya anak2 isnin baru ni hah.
    kelmarin.
    alhamdulillah :)
    ok la, nak tuko ke dinar terus. dgr khabar 1-2 hari ni emas nak naik harga RM2-RM3. hadoi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke harga emas nak naik lagi? Wah, tak boleh beli barang kemaslah macam ni!

      Saya dah siap-siap kira duit raya anak-anak. Dah settled masuk akaun dah. Lega!

      Delete
  10. anak2 saya pun kalau dapat duit raya terus beri sampul pada saya, tanpa tengok pun jumlahnya kecuali yang kecil sekali si adelya tu dia tak tahu apa2 lagi, sukalah nak membuka sampul dan main dengan duit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak minat agaknya mereka ni. Sampai dah masuk bank pun mereka tak tanya berapa dapat ^_^

      Delete
  11. Samalah anak2 sy p7n je is tak kisah demgan duit raya ni.dpt je terus bg ibu..cuma kadang2 tu ada juga semangat bk tahu berapa isinya..lepas tgok berapa dpt terus bg ke ibu juga.ibu yg akan jadi akauntan..anak dah 3 ni bertambahlah hasil..untung kan org anak ramai ni.hahaha..

    Boy memang camtu kot MD tak kisah dalam segala hal.girl ni lain sikit.pening kepal jugak kadang2..macam2 kerenahnya.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya langsung tak bersemangat nak tanya berapa duit raya mereka dapat. Kalau saya leburkan pun mereka tak tahu apa! Hahaha!

      Untung juga ya bersalin dekat-dekat raya. Masa orang datang beraya, boleh collect dua lebih sikit. Kehkehkeh.

      Entahlah, PK. Saya ni manalah ada anak perempuan, memang tak merasalah perbezaannya. Ada dua anak lelaki ni, memang senang betul hidup tapi akan datang tak tahulah macamana! Meranalah kena tinggal dek anak lelaki semua berpihak pada buah hati masing-masing. Macamana nak buat ek?

      Delete

Post a Comment