Salam Isnin kawan-kawan!
Aduhai, terasa longlai kaki ni nak memulakan minggu yang panjang *mengeluhsikitpunyapanjang* Ini kira biasalah. Bila tiba hari Isnin je terasa macam panjangnya masa. Kalau dah Rabu tu, barulah boleh senyum simpul tak henti-henti.
Sebenarnya lately I macam tak rajin nak keluar rumah. Percayalah, dah dua atau tiga minggu kot I tak melenjan di luar rumah. Letihlah. Setakat buat rutin biasa tu macam pergi taman, grocery shopping dan melawat kawasan setempat tu adalah, tapi tak masuk kira as melenjanlah ya ^_^
Hari Sabtu yang lalu ingat nak ke suatu tempat di luar Kuala Lumpur tapi dek kerana kesesakan jalanraya, kita berpatah balik ke rumah. Dalam perjalanan utaraselatantimurbarat, ternampak pulak gerai menjual pisang goreng cheese. Apalagi, teruslah membeli. Dah lama juga tak nampak pisang goreng. Bab pisang dengan cheese ni sebenarnya I tak berapa suka tapi takpalah, makan ajelah.
Sorry, gambar menggiurkan takda sebab tak sempat snap. Dalam kereta juga dah habis. Panas-panas makan pisang abu ditabur cheese dan coklat rice, mana boleh tahan nafsu lama-lama. Tak sempat nak sampai rumah dah habis. Dek kerana terasa sedap sehingga menjilat jari yang penuh cheese, hari Ahad, I pulak meredah jalan ke tempat yang sama. Kali ni kita beli dua bungkus terus (sebungkus RM5 adalah dalam 8-10 keping pisang goreng) dan dek kerana tamak, tak habis pun bila letak atas meja di rumah!
Okey, mari ikut I ke Naili's Place di Sentul. Dah banyak kali baca review termasuk dari blogger terkenal. Teruja nak mencuba pulak. Beri alamat siap-siap ya. Manalah tahu ada yang tersesat di Sentul dan tak tahu nak makan apa ...
Sebenarnya I pernah makan di sini long time ago, masa zaman anak dara kot. Tapi yang itu di Ampang Point. I tak pastilah cawangan restoran di Ampang Point tu masih ada lagi ke tidak. So, kali ini kita menyusahkan diri mencari restoran ni di Sentul pulak. Ini first timelah kiranya....
Hubbydearie cari restoran ni tak guna bantuan pun ya. Main agak arah je. Yalah, Hubbydearie nak menunjukkan skil mencari jalannya yang jauh begitu ohsem berbanding isteri Melesyanya yang tak tahu baca kompas ni ~_^
Sebaik tiba, suasana restoran ni yang 'romantika d'amor' memanglah nampak menarik walaupun I tak berapa suka sebenarnya makan malam romantik gini. Kotnya jatuh cicak pun tak nampak ya.... Ish, scary I rasa daripada feeling-feeling romantika!
Tempat duduk pun banyak dan pelbagai situasi ada. Tapi kami duduk kononnya dekat beach ler ...
Ini pulak makanan yang diorder ...
Oh, Bubbly Abang punya nasi lemak ayam goreng tak sempat snap sebab dia dah lapar dan tak kuasa nak tunggu Mommy snap gambar. Minuman pun tak snap juga sebab kita order minuman biasa-biasa je, takdalah yang luar biasa namanya! Cuma Abang je yang beria-ia nak order Float Root Beer. Lepas tu tak cukup sebab kepedasan yang melampau ~_^
Selain daripada itu, ada juga dijual set nasi putih dengan lauk dan western food. Tapi kami dah sepakat tak mahu makan western food sebab....ehem, ehem, ehem, itu kita cerita kemudian ~_^
Malam tu sebenarnya semua dah jadi tekak Melayu kerana dari pagi sampai ke malam ya tak jumpa heavy meal langsung. Memang sesaja melaparkan diri supaya tak membazir bila nak makan di luar ~_^ Kalau ikutkan hati nak order nasi putih dan lauk-pauk termasuk yang famous amos si Twin Mermaid tu tapi Abang nak makan pilihan sendiri pulak.
Secara keseluruhannya I rasa okey aje. Kalau dah lapar, semua pun boleh wallop dengan jayanya. Tapi kalau perut separa kenyang, memang tak rasa apa-apa yang istimewalah.
Bila masuk dalam kereta, I pun tanyalah Hubbydearie apa pendapatnya. Berapa bintang kita nak beri restoran ni dan nak datang lagi ke tidak. Bagi I, takdalah sampai terbawa dalam mimpi dan ingin nak datang lagi dalam masa terdekat ni. Begitu juga dengan Hubbydearie. Cuma Abang jelah,
Abang, kalau dah nama ayam goreng, semua pun sedap padanya....
Total kos kerosakan agak banyak juga tapi itulah, bila makanan sedap, hati girang, berapa kos pun tak peduli. Kalau makanannya so-so aje atau servis tak berapa nak menambat hati, memang rasa nyesal pulak keluar duit banyak-banyak. Lebih baik masak kat rumah. Dah boleh buat kenduri makanan dengan harga sebanyak itu.
Takpa, restoran yang berikutnya memang tidak mengecewakan kami *_*

Naili's Place
116C, Jalan Taman Dato' Senu
Kampung Chempedak
Kuala Lumpur
Tel : 03-4146 1829
Sebenarnya I pernah makan di sini long time ago, masa zaman anak dara kot. Tapi yang itu di Ampang Point. I tak pastilah cawangan restoran di Ampang Point tu masih ada lagi ke tidak. So, kali ini kita menyusahkan diri mencari restoran ni di Sentul pulak. Ini first timelah kiranya....
Abaikan dua orang wanita di belakang tu. Terjeling-jeling dok perhati I snap gambar. Yalah, maybe mereka rasa mak budak ni jakun ke apa ~_^ |
Adik yang dah buat 'dajal' sebaik saja kami sampai di Naili's Place ni. Selesai dia makan, teruslah merengek ajak balik. 'Ass' Adik akit, katanya... Dah penuh 'beg' ^_^ |
Hubbydearie cari restoran ni tak guna bantuan pun ya. Main agak arah je. Yalah, Hubbydearie nak menunjukkan skil mencari jalannya yang jauh begitu ohsem berbanding isteri Melesyanya yang tak tahu baca kompas ni ~_^
Sebaik tiba, suasana restoran ni yang 'romantika d'amor' memanglah nampak menarik walaupun I tak berapa suka sebenarnya makan malam romantik gini. Kotnya jatuh cicak pun tak nampak ya.... Ish, scary I rasa daripada feeling-feeling romantika!
Tempat duduk pun banyak dan pelbagai situasi ada. Tapi kami duduk kononnya dekat beach ler ...
Ini pulak makanan yang diorder ...
Temasik Rice Special (RM14.90) Complete ayam, daging, telur rebus, sambal bilis dengan seekor udang. Rasanya okey sahaja tapi rendang daging tu sungguh pedas! |
Zin Nun Special Rice (RM17.90). Yang ini pun kata Hubbydearie biasa-biasa sahaja. Tiada yang luar biasa rasanya... |
Untuk Adik Cute, I orderkan nasi putih, sup ayam dan telur dadar (RM16.30). Ingatkan makanan Adik ni dah cukup simple rupanya bila dikira, mahal jugak ^_^ |
Oh, Bubbly Abang punya nasi lemak ayam goreng tak sempat snap sebab dia dah lapar dan tak kuasa nak tunggu Mommy snap gambar. Minuman pun tak snap juga sebab kita order minuman biasa-biasa je, takdalah yang luar biasa namanya! Cuma Abang je yang beria-ia nak order Float Root Beer. Lepas tu tak cukup sebab kepedasan yang melampau ~_^
Selain daripada itu, ada juga dijual set nasi putih dengan lauk dan western food. Tapi kami dah sepakat tak mahu makan western food sebab....ehem, ehem, ehem, itu kita cerita kemudian ~_^
Malam tu sebenarnya semua dah jadi tekak Melayu kerana dari pagi sampai ke malam ya tak jumpa heavy meal langsung. Memang sesaja melaparkan diri supaya tak membazir bila nak makan di luar ~_^ Kalau ikutkan hati nak order nasi putih dan lauk-pauk termasuk yang famous amos si Twin Mermaid tu tapi Abang nak makan pilihan sendiri pulak.
Secara keseluruhannya I rasa okey aje. Kalau dah lapar, semua pun boleh wallop dengan jayanya. Tapi kalau perut separa kenyang, memang tak rasa apa-apa yang istimewalah.
Bila masuk dalam kereta, I pun tanyalah Hubbydearie apa pendapatnya. Berapa bintang kita nak beri restoran ni dan nak datang lagi ke tidak. Bagi I, takdalah sampai terbawa dalam mimpi dan ingin nak datang lagi dalam masa terdekat ni. Begitu juga dengan Hubbydearie. Cuma Abang jelah,
Ayam goreng kat sini sedaplah, Mommy!
Abang, kalau dah nama ayam goreng, semua pun sedap padanya....
Total kos kerosakan agak banyak juga tapi itulah, bila makanan sedap, hati girang, berapa kos pun tak peduli. Kalau makanannya so-so aje atau servis tak berapa nak menambat hati, memang rasa nyesal pulak keluar duit banyak-banyak. Lebih baik masak kat rumah. Dah boleh buat kenduri makanan dengan harga sebanyak itu.
Takpa, restoran yang berikutnya memang tidak mengecewakan kami *_*
Rupa budak happy lepas kenyang dan nak balik tidur! |
Wah.. sedap sangat tu pisangnya smapai tak sempat ambil gamba.. kecil ke besar saiz pisang tu MD? Yang saya beli dulu 6 keping je rm5.. saiz sedang je.
ReplyDeleteSaya pernah singgah sekali ke Naili ni rasanya 10 tahun yang lalu.. lbh kurang la. Tapi masa awal 20an la.. hihi.sekarang pun di awal lagi kan.. persekitarannya la yang saya suka masa tu. Makanan dah lupa sedap ke tak.. kalau gitu komen MD rasanya tak singgah lagi la tu..
Sedang-sedang je saiznya, AN. Nak kata kecil sangat tu tidaklah. Makan panas-panas memang sedap terutama bila tengok cheese meleleh celah jari. Huahaha...
DeleteKali kedua konon nak promote kat kakak saya. Siap bawa dia ke gerai jual pisang goreng cheese ni. Tamak haloba punya pasal, saya beli dua bungkus.
Persekitaran Naili's ni memang not bad. Kira untuk orang sedang hangat bercinta, memang bestlah makan dalam gelap ^_^ Tapi saya rasa sesak nafas pulak dok bergelap ni. Kang cicak jatuh pun tak perasan. Sedap je menjamu selera. Makanannya so-so aje. Takdalah sampai saya terbawa-bawa dalam mimpi!
haha..boleh pulak risau cicak jatuh dalam lauk ye kalau kat tempat makan gelap macam ni..tak pernah singgah lagi, tapi agak terliur dekat part rendang pedas tu..saya suka pedas
ReplyDeleteMemanglah, Sal. Dahlah berkicau dengan kerenah anak-anak lagi, mana nak tengok makanan lagi. Kalau semut masuk pun, confirmed memang tak perasan. Saya pun memang suka makanan yang kena cili je. Kalau takda cili rasa macam tak meriah mulutnya mengunyah tau.
DeleteMD ni memang rajin jalan2 cari makan kan..ada je tempat di tuju..
ReplyDeleteDah lama sebenarnya tak JJCM ni. Baru minggu ni mood makan-makan datang semula. Rasanya tahun depan nak buat azam baru. Nak lebih banyak makan-makan dalam rumah pulaklah ^_^
Deleteklu dtg dr jauh , susah nak cari restoran tetiba lak rasa biasa2 jer tapi kena byr mahal ... mmg lah x best . nasib baik x de rungutan bab service ... nape x inta mrk pasang lilin utk tambah terang meja tu . blh nampak cicak klu jatuh ... hikss .
ReplyDeleteItulah, pencarian bukan main gempak. Bila sampai makanan atau servis tak bagus, memanglah mengecewakan tau :(
DeleteBab servis okeylah. Takdalah lembap mahupun kena menunggu lama. Orang pun tak berapa ramai masa ni. Masing-masing sibuk menonton bola kot...
Kalau minta lilin, memang tak sempat candle light dinner juga, Vee. Mahu dikerjakan superheroes berdua ni, langsung tak sempat saya nak makan. Saya kalau makan di luar, memang orang terakhir sekali yang melahap dengan ghairahnya. Kadang tu tak sempat nak hadam, main telan je tau ^_^
Tak pernahlah sampai sini weyh......Tempat dia nampak cantik yek, patut pun mahal kot. Nak bayar langsir hijau tu hehe.....
ReplyDeleteBetullah .....kalau harga mahal dan makanan pun sedap nak datang lagi rasa berbaloi yek tapi kalau sebaliknya, rasa menyesal pulak makan hihi....
Betullah weyh ada masa mmg kita tak de napsu nak melenjan lebih lebih....hormon estrogen Kka Ton menurun kot haha
Memang nampak cantik tapi romantika d'amorlah OKje. Memang tak sesuai untuk mak-mak budak. Kalau OKje nak sendu-sendu romantika dengan Arjuna aje mungkin bolehlah. Saya kalau suasana hening bening begini memang rasa sesak nafas tau. Memang tak romantiklah senang cerita. Huahaha....
DeleteRestoran ni saya tak kata tak sedap langsunglah. Cuma mungkin takda ulangtayang. Takda feeling umpph untuk datang kembali ^_^
Betul.... sekarang ni musim hormon jenjalan tak mengalir deras dalam badan. Rasa cam malas je. Rasa cam duduk kat rumah tu satu nikmat pulak!
Hmmm...
ReplyDeleteBanyak komentar yg " biasa biasa sahaja rasanya"
Jadinya, saya pun tak teruja nak pi cari..dah la Sentul..mmg sesat barat la saya nak carik..hahahaha
Kalau suruh pilih, saya kata tak payah pergilah, DZ. Tapi kalau teringin nak cuba, haruslah masuk mencubakan. Takda feeling umpph bab makanannya walaupun deko nampak cantik. Kalau lapar tu semua pun sedap. Masa tak lapar tu baru tau makanan yang dihidangkan sedap ke tidak....
DeleteSaya mana tempat pun sesat barat. Sentiasa mengharap 'ihsan' Hubbydearie. Well, I just came back from Timbuktu what.....
confirm bila baca entry MD, tak mo masuk dalam list JJCM KL/Selangor nanti..hee
ReplyDeletetekak kita kan sama,:-))
Ish, kalau datang jauh dari utagha, tak payah nerailah Anim.... Nanti lepas ni saya up satu entri restoran, yang tu boleh cuba. Siapkan duit je berapa nak sedekah no....
DeleteOic....kalu so2 saja mmg xberbaloi la kan pergi mkn2 n tgk hrga boleh thn gak tu.
ReplyDeleteKalau akak datang perut separuh kenyang, memang tak nampak apa yang sedap. Setakat nak ngengada JJCM tu bolehlah, kak. Tapi jangan nangis sebab duit dah keluar tapi kualiti tak seperti diharapkan ^_^
DeleteErrrr pisang cheese tu buat LM terliur. Kehabisan keju buat diri hampa dah dua kali buat pisang goreng x blh tabur cheese. Huwaaa
ReplyDeleteHurm LM rasa mahal makanan situ kot sbb harga makanan adik comey yg simple gitu pun blh smpi camtu dia punya rega!
Alolo apa kata kalau boring hujung mgu mai je umah LM. Blh sembang lepak2 mkn keropok ikan ke.. Mkn roti ke. Kan?
Saya baru bercadang nak beli pisang abu setandan dua dan beli cheese stokkan di rumah. Asal nak pisang cheese je, parut jelahkan.... Tapi sebenarnya pisang abu tu yang sedap. Cheese dengan pisang goreng ni saya tak berapa gemar walaupun peminat cheese No.1 katanya (dalam rumahlah...)
DeleteSaya pun ingat murahlah makanan Adik Cute sebab alahai, makanan budak-budak apa ke adanya...Tetiba bila tengok bil baru tahu sup+telur dadar je dah RM15. Lebih baik beli macam HD punya ...
Ish, kalau datang rumah LM ni mesti ada je makanan dihidangkan ya tak? Kalau orang datang mengejut rumah saya, silap haribulan memang biskut HupSeng (itu pun kalau adalah) dengan air teh O jelah....
pernah jugak try kat nailis usj klu tak silap lah. tu pun long time ago..
ReplyDeletemknn biasa2 jer pun...
tapi mahal jugak yer, nasi putih, sup ayam & telur dadar. Ke pakai telur unta. hahaha
Akak pun tak ingatlah masa makan kat Naili's Ampang Point tu. Lama sangat sudah. Tak leh recall. Hahaha....
DeleteYang ini so-so ajelah. Nak bagi bintang berapa pun tak tau nak agak :(
Entahlah Lyn, telur tu telur ayam tapi dibawa dari ladang ternak ayam ke KL tu mungkin naik flight, business class. Itu yang mahal ^_^
Dalam banyak2 bunda tergoda dengan Temasik Rice Special tu...mmm ..dapnyerr..
ReplyDeleteNasi tu ala-ala butter dengan garlic je ditabur. Ayam goreng biasalah, semua pun sedap kalau kata Abang. Sambal ikan bilis adalah seketul udang saiz sederhana dok terhias kat atasnya. Cuma rendang daging tu je yang umpph sedap pedas gitu....
DeleteIsh, membayangkannya pun dah scary tau! Melentik-lentik punggung nak bangun dari tempat duduk. Hahaha....
ReplyDeleteSaya lagi suka tempat terang daripada gelap walaupun romantik macam ni. Sesak nafas dibuatnya. Apalagi nak melayan anak-anak dalam gelap. Terseksa...
Saya ni bukan pro. Tempat terang ke gelap ke, semua pun gambar tak cantik. Ambil pun masa tengah malu-malu kucing betina nak mengawan gitu ^_^ Semua pun saya guna auto je pastu baru dok fikir apasal golap jek ni!
Comel bam bam anak-anak akak...cute :)
ReplyDeleteHehehe... terimakasih. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Hahaha ^_^
DeleteSaya pernah cuba masak pisang cheese yg jadi fenomena tuh... End up, saya kena habiskan sorang2... tak tahu lah apa kena dgn budak2 kat rumah ni sbb lately semua macam tak suka cheese... Pengaruh kwn2 kat sekolah agaknya.... Owh, i don't like cheese... cheese is stingy... Boleh gitu? Saya lah yang kena habiskan stok cheese berbungkus bungkus dlm esbox.... huhuhu
ReplyDeleteYg dua orang kat belakang tu kenal MD tak? Jangan2 dia kenal dgn anak2 MD sbb tu mereka pandang2.... hahaha, memandai jer buat spekulasi....
Ya Allah, sedapnya nampak nasi2 tu.... M'sia, mu tunggu aku datang.... Dah tak sabar nak jadi mak datin jugak ni... nak makan apa2 boleh order jer, tak perlu nak bersilat sorang2 kat dapur....
Samalah kita, Nur. Anak-anak saya pun tak berapa minat sangat. Si Abang apalagi, cheese-cheese ni tak mainlah! Itu yang saya malas nak cuba resepi baru buat mereka. Memang masak benda yang sama je sampai jemu! Tapi, kalau fikir-fikir balik senang juga gitukan ^_^
DeleteIsh, tak kenallah.... Mereka menunggu kawan-kawan. Tapi dah saya sibuk sangat snap gambar, mereka peliklah kot. Cam kitalah bila nampak orang over excited ambil gambar, kita pun mengata. Hahaha...
Bila nak balik ni? Pertengahan tahun depan ke? Sabar-sabar dululah ya. Nanti dah balik Malaysia, boleh je main tunjuk-tunjuk. Kurang-kurang setahun tu dok main tunjuk-tunjuk sebab dah bertahun dok obersikan *_*
Dr zaman bujang berchanta shinteun lgi, mak paling x suka makan tempat gelap2 gitu. Tak aman nak makan rasa..dah la x nmpk apa yg masuk mulut so, rasa di tekak pun main teka2 jep.
ReplyDeleteHehe..nmpk sgt tak romantiknya aku ni
ke
Betul, Mak. Rimaslah disinari lampu malap cam tu. Nak makan pun takda nafsu, rasa nak pengsan jek!
DeleteTapi masa bercinta tu ikutkan ajelah. Lepas kahwin, peduli apa. Tak suka tak mari lagi dah tempat cam ni!
kamera ke or memang restoran tu punya presentation tak menarik
ReplyDeleteawat tak mengujakan pun tengok gambar makanan dia
macam nak kata, "aku masak lagi nampak sedap!" hehe
anyway kalau saya, tempat gini tak boleh pergi
takut terus tertidur =)
Dua-dua. Orang pemalu ambil gambar memang main tangkap muat je. Rupanya silap shot. Tangan pun sentiasa gigil, dah kertu katakan... Hehehe!
DeleteEh, kita yang makan ni pun rasa macam kita masak lagi ohsem rasanya inikan pulak yang tengok gambar jek!
Syahdu sangat tempat ni so saya tak rasa excited nak makan. Takut terjatuh semut ke, cicak ke dalam makanan ^_^
hehe...tangan dah kertu ye, kesian my besan to be ni =)
Deletesemut tak apa lagi tau, kalau cicak...eeeee
assalam mommy
ReplyDeletebelah mana ni ye ?
sy pergi berubat kat perubatan islam are sentul la.. hihi
blh tahan regenya..
pisang cheese tu sampai skrg.blm lg merasa..
Alah, Ciksu... nak suruh kemudi haluan memang susah sikitlah. Kalau tak silap dekat junction traffic light sebelah kanannya ada stesen minyak Esso. Masuk je ke dalam tu baru jumpa Naili's Place nih. Lain-lain penerangan tak pandai pulak saya nak jadi cam Waze nih, Ciksu!
DeleteYeah, jadi saya lagi terror daripada Ciksulah yek! Tapi takpa, Ciksu boleh je buat sendiri pisang cheese kat rumah. Saya tak boleh sebab sibuk ukur jalan jek memanjang... Hehehe....
tempat dia nampak sgt romantik la..
ReplyDeletenanti MD & HD kena detim berdua.. hehe
Tak pandai ambil gambar. Semuanya malap tapi bukan kerana gambar memang gelap pun. Akak tak leh tempat romantik macam ni, Lya. Tak tenang nak makan. Hihihi.
Deletedulu2 pernah ke sini,, tp dah lama jugaklah. food dier not bad lah, tapi ada satu kali order len hantar len, terus ban kedai ni hehehe
ReplyDeleteNak kata tak sedap tu tidaklah. Tapi takda kuasa ummphhh yang boleh buat kita datang semulalah, KA. Saya tak ban tapi mungkin tak datang lagilah. Cukuplah sekali try. Ada banyak lagi tempat kita nak JJCM nanti ^_^
DeleteRajin btl makan2 kat luar ek? Blh jdk chef la lps ni. Mcm2 mknn dh rasa. Drpd sdp kpd x sdp. Improve skill memasak la MD lps ni. Mst cemerlang, gemilang & terbilang kt dpr. Hehe...
ReplyDeleteJadi juri masakan bolehlah. Nak jadi masterchef, alahai. Dapur sentiasa je tak berasap. Kayu api basah. Huhuhu....
DeleteTahun depan saya dah pasang azam. Nak make sure dapur berasap setiap hari. Bolehlah agaknya azam ni untuk tahun baru!
BIla sesekali layan makan kat luar pun best jugak kan.. tapi nak ke sana dari rumah ai agak jauh.. ;)
ReplyDeleteSaya ni pulak memang kaki jalan JJCM. Jauh pun sampai bayar tol pun saya tetap terjah :)
Delete