Esok Puasa! Yay!


Aduhai, mengalahkan budak-budak nak sambut puasa ^-^ Excitednya sungguh overacting betullah!

Diam tak diam, esok dah start puasa. Another Ramadhan  month to come, alhamdulillah dipanjangkan usia untuk menyambut bulan yang mulia ini sekali lagi. Keseronokan menyambut Ramadhan ni memang tak pernah padam walaupun meningkat usia. Cuma caranya mungkin sedikit berbeza ^-^

Sejak beranak dua, persediaan menyambut Ramadhan mahupun hari raya biasanya lebih terarah kepada keperluan anak-anak. Mommy memanglah excited juga kadang-kala, tapi takdalah sampai semua kemahuan mesti dipenuhi. For me and Hubbydearie, ala kadar dalam segalanya sudah memadai. Tak mahulah membazir hanya kerana ikutkan nafsu semata-mata.

Kalau membeli juadah berbuka pun sekarang ni, sekadar cukup untuk kami berdua berbuka puasa  sudah nampak elok. Berbeza dengan anak-anak yang masih kecil tu, memang lain ceritanya ^-^ Itu pun kalau boleh, ai tak mahu membazir selalu bila memilih makanan atau apa yang perlu dimasak untuk mereka berdua.

Adik Cute baru nak masuk dua tahun, belum faham apa-apa pun. Kalau orang makan, dia pun turut sama. Setakat infant like him, banyak manalah yang boleh disumbat ke dalam mulut. Paling tidak pun,  kalau tak kena gaya, disepah-sepah atas lantai saja.Banyaklah sikit kerja untuk Mommy buat ketika mengemas nanti -_-

Bubbly Abang dah memang wajib diajar bagaimana nak berpuasa. Dia dah nak masuk tujuh tahun seharusnya sudah boleh mula membiasakan diri. Setakat ini belum pernah lagi dia berpuasa penuh. Cemburu juga kadang-kala bila melihat kanak-kanak sebayanya yang sudah mampu berpuasa sehari penuh. Hopefully kali ini Bubbly Abang boleh belajar menjalani ibadat puasa dengan lebih baik lagi, Insyaallah! 

Anak-anak dan suami memang berbeza selera makan. Lebih-lebih my Bubbly Abang. My eldest ni memang cerewet sungguh dari segi pemakanannya. Sama ada mahu beli atau masak, kena betul-betul tahu apa yang dimahukannya. Kebiasaannya Bubbly Abang sukakan makanan berasaskan ayam. Ayam goreng memang his all time favorite ^-^ Takdalah susah mana pun untuk menyediakan tetapi alahai....warna gorengan ayam itu boleh jadi sebab-musabab dia tak mahu makan *sigh*

Berbalik pada bulan puasa ni, banyak kenangan manis untuk diimbau kembali. Memanglah zaman kanak-kanak yang paling meriah. Teringat ketika arwah ayah masih ada. Seronoknya memang alang-kepalang. Kalau masa berbuka tu memang penuh satu meja dengan hidangan yang mak masak mahupun yang dibeli di Bazar Ramadhan. Adik-beradik ai pun boleh tahan ramainya. Bayangkan aje bagaimana kecohnya bila dengar azan Maghrib berkumandang sepanjang bulan Ramadhan. Masing-masing berebut nak merasa makanan enak yang terhidang di atas meja. Memang indah sangat bila diingat-ingat kembali *feeling syahdu pulak*

Bila meningkat dewasa, kenangan setiap kali menyambut Ramadhan tetap ada namun tak dapat menandingi kenangan zaman kanak-kanak dulu. Lumrah alam begitu. Semakin meningkat dewasa, semakin berbeza persepsi diri terhadap sesuatu. Maklumlah dah semakin matured, right?

Apa yang penting sekarang ni, kalau boleh dapat menghayati kelebihan bulan yang berkat ini,  menambah amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan, dan menjalani ibadah puasa dengan lebih baik lagi. Amin.  



Comments

  1. Ni kiranya entri syok sendirilah yek...tak de orang komen...hua...hua....haha...jahat tak jiran sebelah ni...sila tempeleng hehe...jarang weyh dengo perkataan tempeleng...nak gelak bila baca jawab komen entri awal awal pasal word tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKje, ni masa neighbour baru pindah rumah dok sebelah. Nak tempeleng jiran pun tak berani lagi. Kah3x...

      Delete
  2. Payah jugak selera abang ni..warna ayam goreng pun kena ikut piawaian..hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang memang cerewet tapi memang gene badan size besar kotnya *__* Kalau tergelap sikit ayam gorengnya memang dia tak makan. Kalau dia rasa warna nampak macam tak crunchy je ayam goreng tu pun dia tak mahu makan. Kita pulak syok sendiri goreng ayam banyak-banyak fikir anak suka!

      Delete

Post a Comment