Dari Mommy untuk Abang

Salam sayang kawan-kawan!

Semalam satu insiden berlaku di sekolah Abang. Memang buat Mommy mengamuk. Membuak-buak rasa kemarahan tak dapat dikawal. Teruk jugalah Abang kena... Dah memang faham, Mommy jarang nak marah tapi bila marah memang teruk nanti. 

Sepanjang malam Mommy pun tak cakap banyak dengan Abang. Nak cool down kononnya. Kalau nampak Abang dan buka mulut, tentu amarah tak henti-henti singgah di hati. 

Lewat malam semalam, bila dah rasa reda kemarahan dalam hati barulah Mommy duduk menasihati Abang. Berkali-kali Mommy pesan, jadilah anak yang baik, yang soleh, sentiasa ingat pada ibubapa dan jangan sesekali buat ibubapa berjauh hati. Kalau buat silap, cepat-cepat minta maaf. Abang diam mendengar sahaja ...

Melihatnya, tetiba hati teringat kepada arwah abang sulung. Bila dimarahi arwah abah mahupun my emak, hanya diam membisu. Bila selesai dimarahi, terus tersengih memanggil 'Mak!Abah!' macam takda apa-apa yang berlaku. Sebab itu I selalu mendengar my emak berkata, 'Syurgalah tempat kau, nak!" berkali-kali dalam hidupnya.  Begitu juga di hari kematiannya, my emak sentiasa menyebut-nyebut, 'Din anak mak, syurgalah tempat kau, nak!' 

Argghh...doa seorang ibu!

Sambil menasihati, mata kedua-dua beranak asyik menonton drama. Kebetulan pulak kisahnya. Si anak yang menderhaka pada ibu. Mommy pun sambung menasihati Abang,

Tengok tu, Abang! Masa kecil mak bersusah-payah kerja di kebun dan jual kuih. Berapa senlah dapatnya...tapi demi anak, sanggup buat apa sahaja. Anak nak apa pun emak akan cuba tunaikan. Bila anak dah besar, dah hidup senang, lupa pengorbanan emak yang dah tua. Dibiarkan aje emak di kampung tak dijenguk. Malu nak mengaku emak sebab emak miskin!

Mommy tahu Abang tak macam tu, kan ...

Tengok tu... kalau anak buat salah, jahat macamana pun, emak tetap memaafkan anaknya. Tetap sayangkan anaknya sampai tutup mata. Tapi cuba tengok anak, baru tahu emak buat salah, tak boleh terima. Tak mahu mengaku emak lagi. Mana boleh panggil emak 'perempuan itu, perempuan itu'! Itukan emak kita. Kena hormat sampai bila-bila. Syurga di bawah tapak kaki emak tau!

Mommy taukan Abang takkan buat begitu... jawabnya lagi.

Kalau buat salah dengan emak, mesti cepat-cepat minta maaf. Jangan sampai terlambat. Tengok tu, dia tak mahu minta maaf dan emaknya dah mati. Tengok hah, dari hidup senang terus lumpuh separuh badan. Waktu ni baru nak merangkak cari kubur emak nak minta maaf, dah tiada guna. Mak dia dah mati. Macamana nak minta ampun dengan emak kalau mak dah takda lagi?

Tetiba Mommy nampak air mata Abang mengalir di pipi. Abang mengesat kedua belah pipinya sambil teresak....

Hati Mommy jadi tersentuh. Sebak pulak. Tetiba rasa bersalah. Tetiba teringatkan arwah abah dan emak. Faham sudah kasih-sayang yang dicurahkan, perasaan dan pengorbanan mereka. Dek kerana rasa sebak melihat reaksi Abang dan teringatkan insiden petang tadi, Mommy terus masuk bilik. Berbaring di atas katil keseorangan sambil teresak-esak dalam kegelapan.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Abang masuk sambil menangis lantas terus meluru berlutut di hujung kaki Mommy, memegang kaki Mommy dengan tangan kecilnya ...

Mommy ... forgive me, Mommy! Please Mommy! Please forgive me! Please don't cry.!Don't cry like this, Mommy! Pleaselah Mommy, forgive me! Stop crying, Mommy!

Mahu Mommy tak tersentak dan rasa teramat hiba. Mommy pun peluk Abang sambil teresak-esak menangis sama....

I love you so much, Mommy!  Please don't cry. Forgive me. I will never forget you. Forever!

Abang, kan  Mommy dah kata. Walau seluruh dunia berpaling, Mommy tetap sayangkan Abang. Abangkan anak Mommy selamanya... Sayang Mommy bukan berkurangan bila Abang dewasa, malah semakin banyak sehingga tak terbanding dengan apa sekalipun dalam dunia nih! Kalau Mommy marah bukan sebab Mommy tak sayang. Mommy nak Abang jadi lebih kuat, lebih berdikari dan jangan ulang lagi kesilapan. Untuk Abang juga. Untuk hidup Abang. Bukan untuk Mommy!

Abang tak marah, tak sakit hati kalau Mommy marah Abang. Abang salah, Abang mengaku. Abang buat Mommy sedih. I love you, Mommy .... I love you so much! I can't imagine living without you!

Mommy dan Abang berpelukan dalam gelap. Memang amat terharu rasanya apatah lagi bila melihat anak seusia 8 tahun memeluk, memohon maaf dan merintih sambil mendakap Mommy...

Ya Allah, Ya Tuhanku... apa yang telah aku buat pada permata hati kesayanganku ni?

Mungkin episod hidup kali ini harus dijadikan iktibar. Amarah memang tak elok bila tak terkawal. Mungkin hati panas membara tapi kesannya harus difikirkan sebelum melontarkan kata-kata ...

Moga insiden ini tidak akan berlaku lagi dalam hidup. Bukan tak sayang anak-anak, manalah mungkin itu perasaannya. Kasih ibu tiada galang-gantinya. Tidak terbanding dengan apa jua sekali yang ada dalam dunia ni.

Bila anak tersenyum riang, hati ibu yang menggebu berbunga-bunga ...

Bila anak merintih sakit, hati ibu ini jugalah yang terlebih-lebih melara ...

Abang, Mommy minta maaf kerana tak mampu menunjukkan pekerti yang sebaiknya pada Abang. Mommy mohon maaf kerana menyakiti hati Abang kerana tak mampu mengawal nafsu amarah diri sendiri...

Abang maafkan Mommy, ya sayang!

 



 

 


Comments

  1. mommy, akk tengah tunggu address ni... dah email ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hantar Msred tru comment box. Hopefully dah ok, ya!

      Delete
  2. alahaiiiii... touching nya baca luahan anak beranak pagi ni...
    sebak pulak..
    tapi baguslah, abg mengaku bersalah & minta maaf. Takde lah keras kepala nak mengaku salah sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sepenuhnya salah Abang pun tapi bila dah naik angin memang kenalah. Kesian pulak bila difikirkan. Sampai la ni bila tengok dia, memang rasa sedih sangat.

      Delete
  3. Assalamualaikum,....lama tak dengar cite....
    Nape sebenarnya ni...abg buat apa sampai mummy hilang akal....cer cite...cer cite...
    Biasalah MD...kita ni bukan malaikat, ada masanya marah tu mmg susah nak kawal, tapi lepas tu mesti kita sedar dan menyesalkan.
    Dan lagi abg tu pun masih budak budak yg belum cukup akalnya. Ada masa mereka mmg buat perkara yg tak kena dimata kita.... Fahamnya Okje pun ada anak lelaki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa 'alaikum salam,

      Ikut pintu depan ya kali ni :)

      Adalah OKje...awak tu yang sibuk gi melawat kawasan kan...

      Adalah yang membuatkan naik angin pus-pus berasap telinga. Tapi bila fikir balik, bukan pun salah dia sepenuhnya. Benda tak boleh dikawal. Itu yang sayu pulak hati ni berhari-hari boleh layan anak macam tu. Saya ni kalau dah marah memang tahap meletup-letup gunung berapi tak terkawal. Sebab itulah tak suka marah-marah budak berdua ni.

      Itulah pasal. Umur pun baru 8 tahun tapi Mommynya ni marah macam anak dah 20 tahun abis segala kata kulontarkan, memang bernanah telinga. Ya Allah, memang menyesal sungguh rasanya. Harapnya tak berlaku lagi. Dah makin tua ni patutnya dah boleh kawal marah tu dengan lebih baik lagi berbanding zaman 20-an patutnya :(

      Delete
  4. huhuhu.sebak la mommy.. tima kasih di atas entry ini..

    jauh maknanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mengalaminya ni lagilah sebak, sayu pilu hati ni CikSu. Memang pelik pulak boleh marah anak macam tu rupa sekali. Kalau kat Sweden ni, dah sah-sah kena penjara seumur hidup sebab mendatangkan kesakitan fizikal dan mental pada anak. Duh, mintanya saya akan lebih berjaya mengawal kemarahan supaya tak terjadi adegan yang buat diri kita sendiri yang menyesal!

      Delete
  5. touching sangat ni MD, KA dah lah tgh in mood sedihm baca pulak n3 cenggini, abis satu kotak tisu atas meja ni, betul2 tangkap leleh, sampai my boss duk usha2 tanya, ...r u ok?? (sebab KA duk tgh buat e filing B4 baca n3 ni .. hehehe )... alahai kdg2 mak2 mcm kita ni bila time marah tu abis segala benda mcm puting beliung petir sambar menyambar kan, tapi bila dah cool mulalah rasa bersalahnya sangat2 pada anak2... apalagi bila anak jenis yang duk diam x menjawab, bagusnya abang luth ni ! sebiji feel adik suffiya, bila marah diam aje sambil kuar air mata, lepas tu mulalah nak berdrama swasta anak beranak, sesuatu yng akan kita simpan sebagai kenangan teindah sampai anak2 dah besar nanti kan MD !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius sedih, KA. Saya memang menangis tak sudah-sudah bila tengok Abang. Saya ni memang kalau marah walaupun jarang, teruklah anak-anak. Kena kawal api kemarahan ni jangan sampai membuak-buak. Yalah, bila dah marah hilang segala logik akal, tak boleh nak fikir sebaik mungkin asyiklah ikutkan panas hati. Bila dah tersedar barulah mengucap panjang tapi kesian kat anak, benda dah terjadi!

      Delete
  6. assalam MD..acik pernah juga jadi macam tu..sampai tak tidur malam anak acik sedih snagat..bukan dia buat salah apa pun..tapi menyesal kemudian jadikan kan pengajaran kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa 'alaikum salam,

      Yang saya sesalkan mengapalah saya ni tak boleh bersabar sikit bila marah. Bila dah meletup lahar gunung berapi, baru nak beristighfar... anak dah teruklah kena...itu yang airmata tak kering-kering berhari-hari. Kalau tengok Abang tu sayu betul hati saya dek kerana sikap saya sendiri yang tak boleh kawal kemarahan.

      Delete
  7. saya pun ada minta maaf kat anak-anak masa deorang kecil2 dulu..
    (dah besar ni tak marah, nasihat)...
    bukan apa, nak mengajar....kalau salah, cepat2 minta maaf.
    alhamdulillah, sekarang, kalau ditegur silap mereka, cepat2 dapatkan kita untuk minta maaf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah banyak mana pun Abang tu, ANIM tapi saya ni memang teruk betul. Tak boleh nak kawal marah. Sebenar memang jarang marah. Kalau anak-anak buat hal, memang kumpul bertimbun dalam hati aje. Itu kira macam terexplodelah. Bila dengar aje kata Abang, memang serta-merta syaitan merasuk. Ya, Allah! Memang menyesal sangat saya jadinya ....

      Delete
  8. yg penting abg dpt pengajaran MD..tahu salah dia dan mahu mengaku minta maaf..sy lagi sedih klu anak buat salah dah ceramah pun tak reti mitak maaf..mmg kecewa nangis tahap putus cinta..betul..tak tipu!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita down tu memang segala macam benda negatif kita fikir. Kalau nak ikutkan bukan besar mana pun salah Abang. Lagipun bukan sepenuhnya salah dia tapi bila kemarahan saya tetiba explode macam volcano, aduh...naya anak. Menyesal sungguh-sungguh saya rasanya!

      Delete
  9. hati abang mudah tersentuh. itulah kadang-kadang kita yang penat bila anak buat perkara yang membuatkan kita rasa nak marah kita terus nak marahkan..marah kita tak boleh nak kawal...bila dah marah mulalah rasa sesalnya...tapi benda ini tetap berulang.. ema pun perlu mengajar untuk anak-anak minta maaf nanti...apa tajuk cerita yang mummy tengok tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ema. Abang ni memang berjiwa sensitif sikit apatah lagi bila ada kaitan dengan Mommynya. Memang senang betul dia mengalirkan air mata. Saya pun silap, cepat sangat marah tanpa boleh dikawal. Kalau istighfar awal-awal, cool down betul-betul, takdalah saya bercakap bukan-bukan. Menyesallah, Ema. Memang kalau boleh tak mahu dah berlaku lagi cam ni.

      Tak ingat cerita apa tapi cerita pendek aje dalam 106. Apa ek tajuknya 'Derhaka' kot...lakonan Lydiawati sebagai emak dan Afiq sebagai anak derhaka tak silap. Pasal maknya pinjam along untuk biaya hantar dia belajar ke luar negara dan terpaksa menjual tubuh...gitulah lebih kurang ...

      Delete
  10. Air mata saya pun bergenang. Sedihnya rasa. Relationship dgn anak ni, mmg ada kelainannya tersendiri. Nak explain tak reti tapi mmg touching la. Actually apa yg abang dah buat? Oppss.. mungkin rahsia kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah ada anak, baru kita boleh relate betapa besarnya pengorbanan dan kasih-sayang mak kita kepada kita, kan ...

      Takda besar mana pun silap Abang tu, Lyd. Bukan salah dia pun kejadian berlaku. Tapi bila angin ribut taufan rasukan syaitan dah melanda emaknya, teruklah anak kena ... Aduh, memang menyesal saya nih. Sesal sangat-sangat rasanya.

      Delete
  11. Allah... N3 MD pagi ini buat airmata kakak luruhlah pulak. Abang pula jenis yg hati tissu walaupun lelaki. Aduhai... tak mahulah lagi berulang. Budak sangat abang tu MD. Kesian dia. Tapi abang ni matured sebenarnya sebab itu dia amat faham maksud titisan airmata mummy dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak. Budak sangat Abang tu. Baru 8 tahun, banyak yang kena belajar tentang hidup. Mommy pulak nak marah tak ingat dunia, tak beristighfar, beginilah jadinya. Bila dah berlaku, mendayu-dayu meratap hiba menangis, menyesal tak sudah.

      Delete
  12. MD where are you..
    really miss you..


    MD, abang ni dah mature ni..rasa terharu juga ank kecil dah boleh rasa dan faham pengorbanan mommy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai PB... touching pulak rasanya bila ada yang merindu ...

      I tengah bersedih pasal kes Abang sebenarnya tapi tulah dah jadi hal, tak boleh nak dianjak masa ke belakang semula. Jadikan pengajaran ajelah, jangan dok ikut sangat nafsu buas syaitan nih!

      Delete
  13. alahai tersentuh hati bace kak....sedih plak hah...

    mujur abang tu jenis matang dari usia die kan kak...ckp sikit terangkan sikit die dah paham ....in sha Allah kak, abang tu lieya tgk budaknye baik.... die akan jadi penyejuk hati akak....percaya lah.....tgk jek laa ayat die sebelum ni tak mo kawin sbb nak jaga akak... budak2 lain mane ade terpikir ayat mcm tu kak....lagi2 budak2 baye die .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak lagi sedih Lieya. Sebagai Mommynya, patut tunjukkanlah anak tu pekerti yang baik. Ini tidak, bila nafsu marah tak boleh dikawal, teruk anak yang kena. Bukan salah mana pun dia tapi bila dia masuk bilik, bila dia peluk kaki akak sambil merayu-rayu minta maaf dan suruh berhenti menangis, memang akak dah tak tahan dengan kesilapan sendiri, menyesal sangat-sangat-sangat rasanya buat anak begitu...

      Delete
  14. syahdunya baca walau dah selalu tgk drama cenggini kat rumah saya huhuhu! mummy & abang, like Ummi & adik kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kata Ummi, kat rumah sana pun sama. Ada aje drama airmata. Bila rasa kecewa, marah dan sebagainya dengan anak-anak, memang beginilah mak-mak jadinya, Angah. Bukan apa, rasa menyesal sebenarnya bila marah anak. Kita rasa macam masa tu cukup singkat untuk bersama dengan anak tiba-tiba kita buat perkara begini - marah marah pastu menyesal. Tak tahu nak cakap camna, Angah!

      Delete
  15. Btl la.. Marah2 sgt pn x elok jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kena rasuk. Tak sempat beristighfar. Inilah jadinya. Menyesal tak sudah but then again, menyesal pun tak guna bila nasi dah jadi bubur. Jadikan iktibar ajelah ...

      Delete
  16. MD.. lama tak drop komen. Kesibukan masa lepas.. saya baca kali kedua pun masih lagi tersentuh dengan entry ni. Arwah Abang sulung MD tu pasti baik orangnya. Tak melawan cakap ibu ni payah kita nak jumpa sekarang. Naim yg 4 tahun tu saya ada masanya risau, bila ditegur suka mengamuk cakap tak sayang mama.. namun, harapnya makin bertambah usianya nanti Naim dapat la jadi lebih baik dalam soal ni..

    Saya ada masanya marah dgn diri..masa marah tak ingat pesanan orang tua supaya tak cakap sesuka hati. Saya oenah beberapa kali sebut, naim ni kenapalah? Adik ok je. Lepas tu menyesal dan sedih sendiri. Moga tak berulang lagi....tiap2 anak tu lain2 cabarannya kan..

    Abang ni memang anak yg baik.. faham keadaan tak macam budak 8 tahun pula.. mng tinggi tahap pemikirannya tu.. macam orang yg dah sekolah menengah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last week macam tak nampak AN kerap ke sini tapi yalah saya faham mungkin sibuk dengan urusan keluarga dan sekolah. Takpalah AN. Bila ada masa free, kita berhubung :)

      Anak-anak ni bila tiada, rindu teramat. Bila ada depan mata, kadang tu cepat juga nak buat kita naik angin. Saya lama dah tak marahkan Abang. Tapi hari tu bila dengar aje pasal insiden tu, memang terus 'keluar tanduk syaitan' .Tak ingat dunia saya... teruk juga Abang kena marah, kena tangan sekali. Lepas tu fikir balik, dia baru 8 tahun. Banyak nak kena belajar. Lagipun bukan salah dia sepenuhnya. Itu yang menyesal. Buat saya sebak dan meraung tak ingat dunia tu bila dia datang peluk kaki saya minta maaf, minta ampun, minta Mommy jangan menangis. Itu yang tak tahan dah.... menyesalnya tak sudah-sudah. Tengok muka dia aje beberapa hari selepas tu, boleh bergenang air mata...

      Delete

Post a Comment