Puding roti ala-ala Cik Lyd katanya ....

Salam kawan-kawan semua!

Macam lama aje tak bersiaran padahal campur hujung minggu dan Isnin baru aje tiga hari tapi rasanya macam dah berbulan-bulan tak berceloteh. Itulah kisahnya kalau orang yang suka berceloteh ni tetiba kena tutup mulut tak banyak cakap ... Kelam aje dunianya. Itu I yang rasalah, you all semua memang happy, glad, merry go round mendengar dan melihat takda entri si MD ni nak putar belit *___*

Hari ni, kita nak bersatu tenaga tapi makan sendiri-sendiri aje berkongsi cerita tentang resepi kopipes terbaru. Ni nak ingatkan jap... yang sebenarnya bukan dua resepi ni aje yang I dah pernah cuba. Banyak tak terkira tapi sama ada ketika itu tengah lap peluh masa membuatnya, he-ho takda di sebelah, tak menjadi sangat, gambar haru-biru dek kerana sibuk mencuba resepi di dapur, malu-malu kucing dan banyak lagi alasan yang munasabah menyebabkan I terlupa nak up entri.

Lagipun my blog ni bukan mengkhusus kepada resepi sharing is caring when-you-follow-follow-I-make-it. So, takdalah terliur sangat nak share resepi bagai kat sini. Akan datang, tak tahulah pulak. Tengok mood kerajinan dan keterujaan ...

Ok, jangan sentap dengan ngomelan panjang I ni! Marilah kita belajar buat 'Savory Bread Pudding' ala-ala Cik Lyd (namanya pun dah tergeliat lidah I, napalah si Lyd ni tak tukar ke Bahasa Melayu rojak yang mudah difahami oleh orang muda cam I nih...) Sila jangan muntah dulu kerana this bread pudding memang sedap sehingga menjilat pinggan  when your perut is kosong ~_^

I'll make it easierlah kalau tiru gaya Lyd menulis resepi, mahu lagi pengsan with the singular and plural nouns nya lagi .... (ngata orang memang dia aje yang lebih tau, MD nih...) Serius, I sendiri nangis-nangis nak kopipes resepi nih tapi sebab nampak cam sedap aje, kuharungi juga segala kesusahan.

Savory Bread Pudding (Puding roti masin) ala Lydsunshine

Bahan-bahannya :
1. Roti, mini bun or whatever you call the rotilah
2. Telur (ikut suka hati berapa banyak nak)
3.Garam dan lada sulah
4. Mayo (ah kak suka...)
5. Keju
6. Bawang besar 
7. Susu cair

Dan pilihan yang tak wajib
1. Kacang pis
2. Cendawan
3. Brokoli/Asparagus
4. Sosej
5.Daun bawang

Cara-caranya :

1. Potong bun molek-molek menjadi kepingan kecil.
2. Panggang (?) itu bun dalam pemanggang ajaib yang disapu butter.
3. Campur telur, susu cair, garam, mayo dan lada sulah *
4. Tumis bawang dan sosej. Masukkan segala pilihan tak wajib yang diingini.
5. Masukkan campuran * tadi sampai tenggelam segala bun dan suku-sakatnya.

Oklah, boleh dihidangkan untuk diri sendiri merasa ....

Ini kes tak potong terus excited snap photo sebelum dingap sayot
 Ada soalan nak tanya ke?

Kali ni MD menderhaka tak, ke taat setia hingga ke akhirnya?

Soalan biasa dah nih... (chewah, kalah Iron Chef tau...)

Dan ini jawapan yang cliche juga:

Menderhaka tu pasti apatah lagi bila half way tengah membuat tetiba dikacau dek Bubbly Abang mahupun Adik Cute. Well, I buat this pukul 9 malam ya lepas settled segala urusan kerajaan persekutuan !

1. I guna 3,4 roti bun yang besar
2. Anak-anak tak suka sayur tapi MD ni nak gak deco-deco warna-warni, so semua bahan pilihan kita tolak ke tepi kecuali sosej. Pastu macam biasalah, MD setia dengan lada benggala hijau, merah ni.
3. I tambah meat loaf lagi, kasi potong jalur-jalur gitu.
4. Yang sebenarnya, my favorite mayo I terlupa nak letak!
5. I tak guna my PA (Pemanggang Ajaib) tapi I guna oven. So loyangkan baru beli hari tu lepas sesi ramah mesra dengan budak cashier. I guna loyanglah lagi senang.
6. I malas nak menghias bagai puding roti ni sebabnya hiasan itu akan ditolak ke tepi pinggan oleh semua ahli keluarga.

Itu ajelah tahap penderhakaan pada resepi kali ini. 

Komen ahli jemaah makan-makan :

Si Abang first time makan bukan main memuji lagi...

Thank you Mommy for making this great food for me!

Hah, ucapan terima kasih memang tak lekang di bibir....

Lepas tu, mulalah terpacul soalan,

Apa ingredient dia yek Mommy? Abang rasa lain macam aje....
 

Abang ni sebenarnya tak makan sayur, telur, mayo mahupun cheese...so terpaksa Mommy 'bohong sunat' supaya dia habiskan makanannya tapi dia boleh detect kesan-kesan sampingan bahan yang tak disukainya...

As for Adik Cute memang mulut mungil tu tak berhenti-henti cakap,

Hmmm...sedapnya! Hmmm....sedapnya!

Untuk Hubbydearie pulak,

Betul ke you first time buat nih?

You pernah makan ke yang I buat sebelum ni? So sedap tak? Boleh hadam tak?

Senyum simpul sambil menjeling manja lagi kat isteri mithali tersayang ni.... Sedaplah  tu (kata I dalam hati) 

Itu ajelah kisah resepi 'Savory Bread Pudding' yang selamat dikopipes ini. Kalau nak gambar lagi menawan, pergilah tengok kat blog ah kak anak satu nih....


 
 




 


 



 

 

Comments

  1. sedap ni MD..tgok kt blog Lyd dah terliur,dtg sini MD plak buat..semua ni macam magnet menarik sy turut sama terjebak..pending dulu,tggu angin rajin mai..nafsu tgh berkecamuk bimbang berat badan bertambah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah pending lama-lama, PK. Lupakan dulu tang diet tu. Apakata cuba buat, kalau tak sedap barulah berdiet ye :)

      Delete
  2. jeles ngan orang pandai baking ni...SA pandai masak lauk je...sedih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda pandai mana pun SA. Kalau tengok SA memasak, main campak baling aje lagilah jealous. Kita ni amatur aje :D

      Delete
  3. nampak best aje, nanti2 saya nak cuba juga .http://pearlvelvet.blogspot.com/2014/04/macaroni-bakar-3-layer-yang-mabeles.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angah pandai bab-bab ni mesti cuba. Mesti marbeles hasilnya, kalah Aunty nanti *tapi janganlah beritahu dalam blog Angah lagi terrer yek*

      Delete
  4. wah, dapat pujian dari tiga hero yer..clap3x....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, thank you, thank you! Kalau mereka suka, lagilah excited nak membako kat dapur tu :)

      Delete
  5. Wah..makin rajin tepek resepi ni. Gelaran Minah Potomayo tu nampaknya kena tukar ni..

    mesti sedap sangat tu sebab dapat pujian.. saya nak cuba buat jugalah resepi ni. Harapnya Naim suka. Risaukan dia seminggu ni..buat perangai tak nak makan.. lepas tu sakit perut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tukar gelaran yang ala-ala Chef ternama lah ni..keh3x. Bread pudding ni saya sukalah memang sedap. Apalagi untuk peminat cheese-mayo ni....

      Kebetulan aje nasib kita ni sama, AN. Si Abang tu pun sakit perut dek kerana cerewet sangat makannya. Pening kepala saya. Bawa ke doktor katanya banyak angin dah...

      Delete
  6. Dpt pujian ek? Sdp sgt la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu pulak rasanya tapi tak bolehlah nak lawan pro :)

      Delete
  7. alamak.. terliur pulak pagi2 ni...
    nasib baik lah ku diet kan.. tahan jer nafsu ni..
    tapi takpe.. weekend boleh gak buat... sesekali menderhaka skip diet apa salahnya.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum sampai 50kg lagi tu, Lyn. Boleh aje kalau nak mencuba. Kan kat rumah mak Lyn tu ramai tukang masak handalan. Bergabung tenaga ajelah :) Hehehe *sambil keluar tanduk kat kepala*

      Delete
  8. Macam teringin pulak nak buat macam sedap je gayanya tu....
    Tengok resepi pun dah tau sedap.
    Biasalah mak mak yg dah banyak pengalaman rentung, tengok resepi sebelah mata pun dah tau sedap ke idak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buatlah OKje. Awak kan ada PA kat rumah sekarang ni. Bako aje. Eh, silap... panggang aje apa yang patut.

      Wah, dasat ni! Jeling sebelah mata pun dah tahu sedap tak sedap. Memang chef ternama kalah Chef Wan (part membebel ler...)

      Delete
    2. Potamayo sungguh!!!....picit baru tau....hehe....

      Delete
  9. alhamdulillah menepati citarasa ahli jemaah..
    biasa la kan kalau nak kena menderhaka sikit tu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, licin sudah! Meninggalkan loyang yang licin berkilat aje :D

      Kalau tak menderhaka tu macam tak berapa best, kan Ciksu!

      Delete
  10. tunggu cuti sekolahlah baru dapat bereksperimen, huhu..
    nanti kabo hasil koipes resipi derhaka MD ni..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap aje buat ni ANIM. Kalau Abdul kecil suka, bolehlah join sekaki, sambil-sambil dengar ceramah ustaz kat TV tu.... Hehehe, jahatnya saya nih!

      Kabo, jangan tak kabo yek!

      Delete
  11. Hahahah.. lawak je. Dia kutuk kita ye.. Bertukar jadi smaug kang nak? Bila tengok tajuk tu saya dah saspen, karang buatnya MD copy paste resepi saya betul2 mcm dlm blog tu, habis la lingkup bahasa malaysia. Dgn bintang-bintang tu. Selamat le MD ada inisiatif utk gunakan bahse sendiri.

    By the way, nape abang tak suka cheese tu semua? Rugi betul cakap kat dia. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamana...dah terkutuk dah...tak boleh ditarik balik kata-kata kalau dah terlajak perahu...Hah, amik peribahasa terbalik lagi dah I beri...

      Alah, Lyd...jangan takut jangan bimbang. I kalau kopipes memang tak tiru bulat-bulat broken BM awak tu...huahahaa...

      Eh, kita punya 'bintang di langit' ok aje tak payah nak taip panjang-panjang cam orang tu.... Nanti bila kita buat GA kita hadiahkan keyboard khas kasi awak menang penuh gaya ye! Keh3x.

      Entahlah Abang ni, bukan cheese saja hampir kesemua pun tak suka. Susah nak masak untuk Abang yang cerewet ni. Takkanlah hari-hari nak makan ayam+nasi+kicap. Mommy pun fed up takda variasi masakan tau :)

      Delete
  12. kalau md masak haruslah sdap..

    org perempuan memng x reti ikut resipi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke PB? Macamana awak tahu nih? Pernah skodeng kita masa memasak kat dapur ke? Hahaha...

      Orang perempuan hampir semua perkara pun nak menderhaka 'sikit-sikit' Hahaha...

      Delete
  13. abang memang mulut manisler... pandai diakan ,,,
    oo sedap yerk... tengokpun cam sedapjer...
    suamipun dah suka tentulah kena dengan selera diakan...
    adik lagiler... kemain lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik semua pun sumbat masuk mulut. Bila tak berkenan, baru mencemik-cemik muka nak keluarkan. Si Abang ni memang sangatlah super picky eater. Memang susah nak sesuaikan dengan selera tekaknya yang very limited tu. Saya takdalah nak deco bagai. Ambil gambar pun mana dan aje. Rasa memang sedap (eh puji diri sendiri ni nampaknya!) tapi part presentation tu, memanglah tak menang!

      Delete

Post a Comment