Adik yang sentiasa comel

Salam sayang semua!

Baru je mengeluh panjang pagi tadi tentang usb cable tetiba keluar mentol dalam my kepala. Uhuh, tarik nafas lega rasanya! Kiranya terror jugalah I ni. Godek sana, godek sini akhirnya berjaya juga menyelesaikan masalah berat sesangat ni *sila jangan menjuihkan mulut sebab meluat dengan statement akhbar I ni*

Meh tengok muka si Adik yang baru baik dari demam, batuk dan selsema,

Walaupun demam, senyum tetap kena menawankan, Adik!

Walaupun terserrot, serrot hidung tu dengan suara yang lemak merdu akibat batuk dan selsema, main tetap main. Aktif melasak tetap macam biasa. Takda kurang pun. Mommy je kena kerja lebih masa sebab lepas Adik tidur, dia akan merengek tak tahu mengapa lepas tu batuk sungguh-sungguh dan akhirnya muntah. Then, okeylah dia tidur sampai pagi.

Part bangun malam merengek tu yang sengsara jiwa raga Mommy. Jenis merengek tapi mata tak buka. Kalau setakat seminit, dua okeylah juga. Kalau dah setengah jam, sejam begitu mahu Mommy tak cukup tidur...

Tapi dah namanya buah hati Mommy, tetap jugalah tabah menghadapi kerenah anak-anak. 

Adik sekarang dalam fasa bercakap tanpa fullstop (Hah, jangan ngengada nak nyambung ayat - 'sama je macam Mommynya!')

Memang tak tahan melihat keletahnya bila membebel. Kalau Adik tengah buat sesuatu dan tetiba dengar Mommy memanggil namanya, teruslah dijawab dengan muka penuh  'kekejutan' ...


Uh,  apalah Mommy ni! Terkejut Adik tau ....

Adik memang rajin menyepahkan rumah tetapi sangat malas berkemas. Sudahlah disepah-sepahkan toys yang ada, bila kita nak kemas dimarahinya pulak. Sakit je hati si Adik ni kalau nampak Mommy sibuk mengemas toysnya. Mulalah datang kat kita nak ajak bertepuk bertampar.

Kalau kita paksa Adik kemas jawapannya mestilah...

Adik taknak, taknak, taknak!


Fullstop.

Malas nak menjerit bagai. Lagi afdal Mommy senyap-senyap je masukkan toys dalam tempatnya bila Adik tak perasan. Kalau Daddy ada memang nama Abang je yang naik disuruh mengemas toys Adik. Mana keadilannya?

Tapi bila tiba mood merajinnya datang, bukan main lagi Adik tolong berkemas lepas tu membebellah mulut mungilnya,

Apalah Mommy ni! Asyik sepahkan aje! 

Eh, Mommy pulak yang kena? Ni siapa mak, siapa anak ni?

Adik ni terang hati. Kalau dia kerap mendengar kita membaca sesuatu, dia akan ingat. Contohnya masa bulan puasa yang lalu. Bila Abang baca niat puasa, Adik pun ikut sama. Sampai sebulan puasa, Adik dah hafal ya niat puasa! 

Begitu juga dengan doa. Kalau kita ajar Abang, dia mesti nak suruh kita ajar dia juga. Akhirnya dia pun boleh hafal doa tersebut. Yang pendek-pendeklah. Kalau doa panjang, ada juga lobos depan, tengah mahupun belakang *__* Yang penting, Adik boleh ingat dengan cepat!

Sekarang ni kalau disuakan makanan, mesti nak tanya soalan,

Mommy! Mommy! Beli kat mana?

Beli kat kedailah, Dik....

Oh, gitu....

Sama juga kalau keluar berjalan-jalan. Masuk je kereta  terus tanya,

Mommy! Mommy! Kita nak gi mana?

Nak pergi MidValley....

Oh, gitu.... 

Sampaikan nak makan ubat pun Adik akan tanya,


Mommy!Mommy! Beli kat mana?


Beli kat klinik!


Oh, gitu...

Bagusnya si Adik ni sebab sangat senang nak bagi makan ubat. Kalau panggil aje suruh makan ubat, mestilah duduk bersila dengan secawan air di depannya. Bagi ubat macam minum air je kekdahnya. Kalau diberi tiga jenis, memang sampai habis ubat nak tiga jenis juga walaupun dia dah sembuh.

Kalau jumpa doktor pun tak takut. Tak perlu susah-payah bercakap dengan doktor. Adik akan jawab kalau doktor tanya...

Siapa nama? (tanya doktor)


Adik...


Adik apa?


Adik Luqmann


Sakit ke?


Ha'ah, sakit!


Nak ubat?

Ha'ah, nak ubat (sambil angguk-angguk kepala)

Nak MC tak? (tanya Mommy)

Ha'ah, nak emci! 

Adik, adik... kalau Adik takda tak tahulah macamana gelapnya hidup Mommy!






Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, Adik dah sembuh dari demam. Dah aktif macam selalu :)

      Delete
  2. Adik baru baik demam? samalh irfan pun baru baik demam..demam panas...3 hari sy el

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila anak demam, mak-maklah yang terseksa jiwa raga. Merengek aje kerjanya tak tahu mana sakit. Mujurlah dah sembuh. Harapnya Irfan pun dah okey sekarang.

      Delete
  3. Moga cpt sembuh ye adik. X selesa tido ada kahak dan hidung tersumbat tu..

    Adik makin pandai bercakap ye.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik suka potpet sekarang ni. Jangan dilayan. Sama macam Mommy. Tak tahu mana nak berhenti :)

      Delete
  4. masa nilah kita tengah syok nak main dengan dia MD..
    kalau boleh nak gomol manjang, hihi..
    geram betul baca keletah dia menjawab...dok bayang mulut dia kumat kamit menjawab "ooo gitu", heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Anim. Masa nilah yang paling best. Seronok melayan mereka. Sebenarnya setiap peringkat umur anak tu memang meninggalkan kesan dalam hati kita mak-mak ni kan...

      Entah mana Adik dapat 'oh gitu.. oh gitu...' Selalu je buat surprise Adik ni.

      Delete
  5. get well soon adik..
    budak2 ni cepat tangkap apa yg kita baca.. otak dorang masih fresh lagi..
    sekali dpt peluang berckp, mmg ckp tanpa henti lah nampaknya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda fullstop. Sama macam Mommynya. Hahaha. Kena mengakulah jugalah ni.

      Delete
  6. salam MD. ni tgh mood ada skt ni. blh la lyn bw guna lappy ms anak tgh tido smbl mkn jajan. haha... adik nak emci buat apa? keje dgn mommy eh? bkn ke adik bos? mcm2 la adik ni. anak2 sy ni br br je baik batuk dgn selesema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak ada mood, kita pulak tak free. Hahaha.

      Seronoknya mak dapat bersenang lenang kat rumah sambil makan jajan ni. Macam dah lama tak buat tau :)

      Adik bukan tau pun MC tu apa. Kalau Adik dapat, memang Mommy minta tukar nama Adik kepada nama Mommy kat MC sheet tu :)

      Delete
  7. comelnya adik..tenang sikit acik tengok senyuman adik..kepala tengah serabut..telefon tinggai atas meja diopis hilang dari pandangan..belum jumpa sampai sekarang..dah la ada no.telefon mami adik ada dalam tu..bukan senang nak dapat tau dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jumpa lagi ke, Acik? Siapalah agaknya yang sengaja ambil atau terambil tu.... Itu tanda-tanda nak handphone baru tu, Acik. Nanti dah dapat nombor baru, rogerlah. Saya bagi no he-ho saya semula :)

      Delete
  8. alahai adik tak sihat ke..punya lama tak kesini menantu sakit pun tak tau.haha..

    budak2 baya adik ni mmg mudah ingat,nti dah besar sikit macam abang tu yg geram klu nak suruh hafal doa..byk sgt dia ingat game..ehh ni sebenarnya nak komen pasal anak sendiri.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik okey dah. Kalau macam ni gaya mak mentua memang kena pantau ni bila turn balik sana. Mak mentua spesies tak peduli apa. Hahaha....

      Sekarang nilah kita kasi sumbat segala ilmu dalam kepala Adik. Dah besar sikit nanti, banyak pulak ilmu lain yang nak dipelajarikan...

      Sama je PK. Si Abang ni pun hidupnya hanya untuk game je. Lain-lain Mommy je yang peduli lebih...

      Delete
  9. Memori adik belum full lagi sebab itu banyak dan cepat aje masuk dlm ingatan. Itu yg usia macam ini jgn nampak dimata benda yg tak baik cepat aje dia ingat.

    Muka ceria adik tu yg buat tak nampak budak tak sihat. Senyum selalu. Cergas selalu. Tidur tu mummy ajelah kena tahan kan dik.. dah adik tak sihat. Nasib baik senang makan ubat.

    Cepat sembuh ye sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau teruk demamnya, barulah dia lembik. Tapi jarang berlaku. Alhamdulillah. Setakat batuk-batuk lepas tu muntah mahupun hingus meleleh, suara berubah memang tak Adik tak heran. Yang penting tangan kaki semua boleh guna untuk menyepahkan rumah :)

      Delete
  10. dah boleh bayangkan keletahnyer...
    memang ngan anak yng kuat bercakapni kalau dia kurang bercakap rasa cam sunyinyer.. mesti kata eh mana suaranyer...
    oh gitu cam sweetjer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Superheroes berdua ni memang banyak cakap selalunya, Cho. Kalau berdua ada di rumah, memang tak merasa suasana sunyi sepi, lonely lonely gitu. Tapi memang betul, kalau seminit je mereka senyap, kita pulak yang susah hati, rasa tak best aje!

      Delete
  11. ololo cian adik tak sihat...samalah ngan auntie kat sini pun tak sihat....huhu.
    comel tau keletah adik..memang bebudak memang suka tanya layankan ajer...samala ngan adik sara...oooo gitu tu yang comei tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat mulut Mommy nak melayan story mory Adik ni, Lizz. Si Abang punya story mory lagi... Like never ending punya story. Hahaha...

      Delete
  12. adik oh adik dapat emmci bagi kat mummy tau! comel betul adik tu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat, memang Mommy suruh doktor tulis nama Mommy je, on behalf of Adik yang demam. Hahaha.

      Delete
  13. Oo Abang Luth dan Adik Luqman ya.. lawa nama2 anak MD ni. Saya pernah terfikir nak letak nama anak Nuqman..kamikan versi N.. hihi.. adik bongsu kesayangan saya pun nama Luqman...

    Eh komen benda tak berkait pulak. Moga ceoat sembuh ya Adik. Eh ke hari ni blog sunyi sebab MD cuti menjaga Luqman? Nati update perkembangan adik ya.. risau kalau anak2 sakit kan.. malam diorang tidur tak macam biasa. Siang ok lagi bermain tu kita legalah.. malam terasa panjang kalau anak2 tak sihat. Mana mama leh lena kalau anak merengek sikit pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama anak-anak memang pendek-pendek je walaupun masing-masing ada dua nama. Nasib baik bapaknya setuju tak payah nak letak nama keluarga belah sana dalam nama anak-anak. Kalau tidak, tergeliat lidah Mommy dan keluarga belah sini nanti. Cikgu pun susah. Ya tak? Hahaha....

      Adik dah lama baik dari demam. Saya je yang sibuk sangat tak sempat nak bersiaran. Baru hari ni free sikit.

      Delete
  14. hehhe...bagusnya dia..mesti dengar cakap nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar cakap? Oh, tidak sama sekali. Pening lalat Mommy melayan si Adik ni. Tak dengar kata langsung :)

      Delete
  15. Adik tetap menten... langsung tak nampak muka orang demam...
    mcm2 keletah adik... baru nak komen byk ckp mcm mommy, tapi MD dah highlight awal2... tak kira, nak komen jugak... ampun yer MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah... Nur beranilah nak kata Adik ikut saya... Kena blacklist nanti baru tau. Hahaha.

      Adik happy demam sebab dapat makan ubat 3x sehari. Uhhh...syoknya - kata Adik!

      Delete
  16. "oh gitu.." comel sungguh bunyinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rakam patutnya. Sikit-sikit 'oh, gitu...' Tenat mendengar 'oh, gitu' si Adik ni :)

      Delete
  17. Dah la comel, bijak pulak tu, meh rumah auntie sini. Mesti kakak 4farahs cubit2 pipi comel adik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak beranilah kak nak hantar Adik ke sana. Kang pergi muka tembam berisi, balik cekung penuh bekas kena cubit. Hahaha ....

      Delete
  18. alolo...siannya muka budak baru baik demam....tp betullah kata Auntie Bijen, adik tetap maintain cergas gitu hehe....
    Jap...jap..... mana pigi ni? lama menghilang? pajuk ke?

    Senanglahkan weyh kalau anak tak bersilat nak makan ubat. Budak pun cepat baik sakitnya. Mommy pun taklah tension kan.... Kat sini TLBD tu senang nak makan ubat dari kecik.... Yang 2 tu masyaallah susahnya ...... siap paksa lagi. Belum muntahkan balik lagi hish kalau tak sabar mmg rasa nak lempang jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dah kembali bersiaran, OKje. Napa? Rindu separuh mati ke? Huahahaha...

      Yang kecik ni senang sikit. Tapi kalau dia demam teruk sangat, mulalah keletah lebih. Semua masuk dikeluarkan balik lepas tu main muntah-muntah. Memang tension. Kalau demam yang membolehkan diri aktif macam biasa, okey, dia duduk bersila tunggu ubat mari ...

      Si Abang lain cerita. Memang siksa kalau cerita bab 'makan' ni termasuk makan ubat.

      Delete
  19. Assalamualaikum,

    Alaaaa comelnya adik nih..keletah die sangat comeeeellll...geram je rasa baca mulut die yang pandai cakap nih...

    kak...sure kepala yg stress keje..bile balik umah layan anak2 akak macam ni blh hilang kan stress..even rs penat tu ade..tp at least stress keje akk blh hilang layan budak2 ni kan...

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Adik cakap laju sampai kita yang mendengar ni pun macam nak semput jadinya. Mula-mula fahamlah lepas tu memang tertinggal train habis. Entah apa-apa yang dia nak cakap pun tak tahu...

      Yalah, Sofia. Kalau kerja tu memang ingat nak balik je. Melayan keletah mereka memang best. Tapi bila mood merundum tu, boleh amarah gak kadangkala. Adatlah tu, ibu bekerjaya. Kah3x.

      Delete
  20. salam MD..singgah sini.
    moga si comel dh sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah sembuh lama, Lya. Terima kasih kerana mendoakan.

      Delete
  21. HI MD..lama tak bertandang2 kan. Hiks...my blog baru sihat dr sakit kronik beb.

    Syomelll je adik menjawap!! Tp tu..anak2 kita ni..
    Dialah racun, dialah penawar kan.

    Klu ada, jd teman gaduh.
    Bila dah takde, isk..sunyi sepi idop kita nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Mak... awat datang lepas raya? Hehehe...

      Blog Mak kena penyakit kronik apa lagi pulak kali ni? Lama tak potpet kat sana. Nanti-nanti sampailah ya. Kita potpet berjemaah.

      Betul tu, Mak. Kalau ada, rasa nak pitam dibuatnya. Kalau takda, kalut semacam je perasaan ni...

      Delete
  22. Ayt dan keletah tu sama mcm ank sulung sy... Mmg suka bertnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya dua-dua pun sama. Campur Mommynya. Memang meriah dunia di rumah :)

      Delete
  23. Akak pun tgh pening jaga anak demam juga MD .. mula2 Nabil demam, hari ni kak jeeha pulak.... jgn kak Nabilah demam masa exams UPSR sudah..
    Bila anak demam muka ceria dan masih aktif kurang sikit cuak kita menjaganya.. takut yg jenis lembik ajer.. pastu payah pulak nak mkn ubat..cepat sembuh Adik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga mereka cepat sembuh. Superheroes saya dah okey sekarang ni. Alhamdulillah. Kalau tidak, memang tak cukup tidurlah nampaknya. Anak meragam, mak pun nak meragam sama. Penat. Hahaha...

      Delete
  24. Salam
    Terimakasih kerana dtg ke teratak mama.
    Mama baca blog ni. Menarik.
    mama ju,

    ReplyDelete
  25. Replies
    1. Aduhai... kena banyak bersabar ajelahkan, Bunda :)

      Delete

Post a Comment