Bubbly Abang yang Mommy kasihi ...


Buat Abang yang Mommy kasihi selalu....


Hari ni, tanggal 2 September, genaplah 8 tahun usia anak Mommy tersayang. Sekejapnya masa berlalu. Bila dibelek-belek segala gambar Abang yang ada, tanpa sedar rupanya dah besar panjang anak Mommy. 

Mommy tahu, banyak yang sudah Abang pelajari dalam hidup ini dan Mommy pun belajar banyak perkara baru sejak bergelar ibu lapan tahun yang lalu. Semuanya memori indah belaka. Tiada yang lara. Cuma sekali itu ajelah yang menyentap kalbu, meragut senyuman di wajah Mommy berhari-hari lamanya.

Doa Mommy setiap masa sama sahaja. Tidak kira hari-hari biasa mahupun hari penuh bermakna buat Abang. Mommy cuma memohon agar Abang berterusan menjadi anak yang mendengar kata, menyenangkan hati MommyDaddy dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi serta menjadi anak yang soleh. 

Ingat selalu ya, Abang - Syurga di bawah tapak kaki ibu. Bukan Mommy berbangga tapi Mommy mahu Abang tidak melupai asal-usul dan sentiasa menghormati MommyDaddy, walaupun syurga tidak terletak di bawah tapak kaki Mommy sekalipun. 

Hormati MommyDaddy dan mereka yang jauh berusia daripada Abang. Sayangi satu-satunya adik yang Abang ada. Mommy cukup berharap ikatan Abang dan Adik tak akan pernah diduga selama hidup di muka bumi ni. Bersatulah selalu dan saling kasih-mengasihi, anak-anakku sayang!

Walaupun banyak yang Abang sudah pelajari sejak 8 tahun yang lalu, akan ada banyak lagi ilmu yang harus  Abang tuntut demi masa depan yang cerah dan diberkati. Mommy harap Abang tak akan mudah menyerah kalah dengan dugaan yang datang.

Sentiasa bangkit berusaha dan ingat kata-kata Mommy. Mommy tak akan selamanya di sisi tapi walau apa pun terjadi, doa Mommy akan sentiasa mengiringi kehidupan Abang. 

Hidup tak sentiasanya indah ya, sayang Mommy. Adakalanya kita akan jatuh terduduk, adakalanya kita akan berdiri megah menongkat dunia. Walau apapun yang berlaku, belajarlah untuk bersyukur. Tabah dan sabar menghadapi segala cabaran yang datang. Ingati Allah selalu. Dan, jika Abang berada di puncak kejayaan, jangan memandang rendah insan-insan di bawah yang tidak senasib dengan kita. Ketika itu, belajarlah untuk lebih mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. Jangan sesekali melupakan-Nya tatkala kita megah berdiri. 

Walaupun berkali-kali Abang berjanji untuk 'membayar' segala pengorbanan Mommy membesarkan Abang, ketahuilah anakku sayang, Mommy tak pernah mengharapkan apa-apa balasan. Hati Mommy akan tenang dan senyum tak akan lekang bila mengetahui Abang melalui kehidupan ini dengan penuh bererti, mensyukuri nikmat diberi  dan sentiasa di jalan yang benar. 

Selamat Ulang Tahun buat Luth, anak Mommy tersayang!

My dearest 8 years old boy, Luth


Comments

  1. wah...hari special ni nampaknya.. walaupun mummy dia sibuk, rela taip entry malam2 buta ni..ke dah ada dlm draf ni, saja publishkan ni? hihi..

    Happy birthday to Abang Luth... Moga sihat selalu, belajar rajin-rajin, jadi anak yang menggembirakan ibu bapa serta sentiasa baik-baik je dengan adik Luqman ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Dalam draf tapi memang intention Mommy Luth nak publish pukul 10.21 malam, 2 Sept sempena hari lahirnya ke muka bumi 8 tahun yang lalu :)

      Thanks, AN. Setakat ni behaviour bagus tapi part berperang mulut (tangan tak lagi) dengan si Adik Luqmann memang belum bisa dibendung. Kena Mommy lari masuk gua Bt Caves barulah mereka sedar kot :D

      Delete
    2. Ooo..masa lahir pun penentu masa publish entry ni ya? Teligi betul mommy dia ni..

      Delete
  2. Happy Birthday abang..jadi anak yg soleh..cemerlang dunia dan akhirat ye...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Dee. Harapnya begitulah juga. Aminnn...

      Delete
  3. Happy birthday to Bubbly Abang aka Abang Luth...
    Ingat tau pesan Mommy....
    Tacing nya baca coretan MD hari ni..
    Rasa cepatnya anak2 kita besar, kan? Belum puas nak peluk cium mereka setiap hari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, Nur. Cepat betul masa berlalu. Tengok muka anak-anak rasa macam bila masalah anak-anak ni membesar begini rupa. Rasa macam baru semalam je lahir. Sedih tau, bila mengenangkan tak dapat nak gomol peluk cium anak-anak lagi. Yalah, anak-anak pun lelaki. Bila dah besar sure malu. Nasib Nur ada satu bunga dalam taman. Boleh lagi berpeluk cium sampai besar anak dengan mak :(

      Delete
  4. Selamat hari lahir abang Luth.
    ingat selalu, besarnya harapan mommy abng jadi anak yg soleh.
    jgn lupa keluarga selalu.. semoga abang dpt berbakti kepada agama dan bngsa kita. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Aunty PB. Harapnya impian Mommy termakbul. Bukan nak apa-apa, asal anak berjaya dalam hidup dunia dan akhirat, leganya hati mak nih!

      Delete
  5. Happy birthday to abang Luth...semoga menjadi anak yg soleh..
    nanti mintak mummy masak yg sedap2 dan special hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni Mommy tak masak. Mommy tanya nak apa. Mommy kotakan sahaja. Hahaha .... Nampak sangat dasar Mommy pemalas di dapur kan!

      Delete
  6. selamat hari ulang tahun ke 8 buat abang Luth..
    menusuk ke kalbu coretan MD hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mar. Harapnya anak saya pun dapat menghayati harapan si Mommy ni....

      Delete
  7. Sebak pulak kakak dibuatnya. Membaca N3 MD kali ini bagaikan sebuah pengharapan buat seorang anak yg jika mengikut pemerhatian mata kakak akan menjadi anak yg cemerlang (insya-allah).. MD & HD menjadi 'dalang' utk membentuk abang. Jgn takut - baik yg kita baja akan baik jugalah hasilnya.

    HAPPY BIRTHDAY LUTH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitu jugalah, kak. Ibu mana yang berharap anak bertukar sikap menjadi jahat. Kalau mengharap, memang yang baik-baik sahaja. Walau apa pun pandangan orang, anak kitalah yang terbaik di mata kita sebagai ibunya. Tinggi harapan saya pada anak-anak tapi tak pernah pula mengharapkan balasan. Mak-mak semuanya samakan, kak!

      Delete
  8. Mesti sedap nama Bubbly abang nikan Luth dot dot dot tak pun dot dot dot Luth...... For sure mommy yg bagi nama tu .... Tau dah....lebih lagi anak sulung, memang mommy konker punyalah hehe....
    Rupanya Bezday abang sama bulan dengan SA. SA 6/9/96..... tengoklah....mommy SA punya pesanan pulak hehe....

    Kalau ikutkan rasanya tak sudah lagi tu pesanan Mommy tu abang...kotnya sambung dalam kad hehe...

    'HEPY BEZDAY buat Abang yang bernama LUTH'..... moga apa yang Mommy doakan tu akan dimakbulkan oleh Allah....

    Abang jangan lupa kalau bawak mommy jalan naik keta mahal abang tu singgah rumah auntie kasi angkut sekali ini orang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, anak-anak saya namanya pendek je walaupun dua patah perkataan. Senang nanti girlfriend nak ingat. Keh3x. Orang biasanya panggil anak dengan nama pertama tapi saya dengan HD ni panggil anak dengan nama kedua.

      Cantiklah birthday SA -6996. Tak buat plate number ke? Hehehe.... Si Adik dulu plan nak keluarkan 11.11.11 tapi dia punya meronta nak keluar cepat dua hari. Sadis sungguh. Mommy terpaksa redha je tau.

      Terima kasih Aunty sebelah rumah yang comel dan peramah ni. Nasib baik Aunty takda anak sebaya, kalau tidak Mommy kita dah meroyan nak ajak berbesan. Mommy bukan boleh nampak anak perempuan orang yang comel-comel :) Semua nak buat menantu walaupun kita dah shakap kat Mommy tak mahu kahwin, nak jaga MommyDaddy!

      Okey, set! Nanti kalau kita beli Bugatti Veyron, kita singgah rumah Aunty bawa Aunty gi taman bunga berkelah. Tapikan Aunty... kereta kita dua pintu je camna nak sumbat MommyDaddy, Adik dan Aunty sekali? Pening kepala kita nak fikir! Lebih baik kita gi main game. Lagi aman dunia!

      Delete
  9. alhamdulillah

    selamat hari lahir abang comel..
    semoga trs membesar bagaikan JUARA
    berjaya di dunia serta akhirat..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lya. Harapnya yang baik-baik sahaja buat anak-anak tersayang :)

      Delete
  10. Selamat ulang tahun sayang.. Moga jd ank pintar ye sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aunty LM. Insya Allah, sentiasa berpijak di bumi nyata hendaknya....

      Delete
  11. Happy birthday Luth!!

    Moga jadi anak yg soleh...anak yg cemerlang dunia & akhirat..Insya Allah

    ReplyDelete
  12. Happy 8th birthday Luth..

    Touchingnya surat MD untuk Luth ni..
    Mudah2an satu hari, bila dia dah memahami erti hidup...catatan bondanya ini menjadi titipan semangat dan perangsang untuk dia meneruskan kehidupan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aunty Anim :)

      Harapnya semoga Luth sentiasa hidup dalam penuh keberkatan dan berjaya dunia akhirat.

      Delete
  13. alahaiii kak besdei si bujang hensem ni yeak....dah besar teruna akak....umur 8 tahun kak tapi pemikiran abg matured...teringat lagi entry2 akak sebelum ni tau... heheheeheh....so ape hadiah abg mintak kak...jeng jeng jeng.....

    selamat hari lahir luth sayang.....dah 8 tahun....semoga membesar menjadi anak yg bijak, soleh dan sihat selalu....jadi anak yg sentiasa membanggakan mummy dan daddy okey....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya kat Abang nak apa? Dia sendiri tak tahu nak jawab. Apa kita nak beli dia macam tak tunjuk interest je. So, belikan Lego set ajelah. Ni nak bawa budak-budak pergi Legoland entah bila agaknya boleh sampai. Cuti dah habis dah ni. Huhuhu....

      Terima kasih Aunty Lieya. Tak nak jadikan kita menantu ke? Hahaha....

      Delete
  14. hensem menantu aunty ni..ehhhh..hehehehehe..happy birthday abg..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya..jaga adik dan mommy tau..

    bila agaknya kita boleh jumpa ye kak? teringin nak bersua muka dgn akak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....dah dapat satu calon. Kena segera belek gambar bakal menantu perempuan sulung. Hehehe....

      Kita jumpakan anak-anak jelah, Sue *__* Hahaha. Dah macam zaman 50-an pulak rasanya main matching-matchingkan anak nih!

      Delete
  15. entry ni buat saya rasa macam saya pula luth, touching la plak
    jab ambik tisu, cam masuk abuk mata ni

    anyway happy belated birthday luth, dah lapan tahun kamu rupanya
    semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dans etiasa dalam rahmat ALLAH
    betullah cakap mummy tu, syurga luth memang pada dia
    jadi anak yang soleh tau,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah, nah...memang saya dah sediakan berkotak-kotak kat atas meja. Silalah ambil :)

      Thanks Aunty Yana (Janganlah terasa tua walaupun seluruh dunia kata awak muda, hiks).

      Delete
  16. Salam. Hee selamat ulangtahun juga untuk Luth.

    ReplyDelete
  17. hepi belated besday abang bubbly... heheheee.. dah besar pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Zee. Dah besar dah itu yang Mommy risau. Tak lama lagi dah boleh terima menantu. Hahaha.

      Delete
  18. Terima kasih Aunty Diana!

    Itulah kalau boleh nak hentikan aje masa. Suruh stop barang 2,3 tahun. Bila dah besar nanti tak dapatlah lagi peluk cium selalu dari anak-anak. Nama pun anak lelaki. Huhuhu.

    ReplyDelete
  19. happy belated birthday Abg
    Semoga menjadi anak yg soleh pd mummy & dady.. belajar rajin2 tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Aunty Lyn!

      Insya Allah Abang tak akan lupa daratan bila besar nanti :)

      Delete
  20. hepi belted bufday...huuu
    moga mjadi ank yg soleh..yg mnyejukkan pewot MD yg tlh mgndungkannya ni ^,^
    aminn =)

    ReplyDelete
  21. memang dah ditakdirkan, anak-anak yg bernama luth ni hensem orangnya. kan? bagus jgk buat entry berbentuk surat tak rasmi mcm ni. Nnti dia dah besar boleh le dia baca kan? Bijak...bijak.

    Hepi belated bday Abang Luth.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok acuan juga, takleh serahkan pada takdir je. Hahaha...

      Sesekali nak terlebih emotional masa hari jadi anaklah. Manalah tau in future nanti dia terbaca blog maknya, maknya pulak dah lama takda.... ish, ish, ish...I pulak yang sedih!

      Terima kasih, Aunty Lyd! Ucapan aje ke, tak mahu jahitkan baju melayu teluk belanga satu ke?

      Delete

Post a Comment