Macam-macam hal...

Salam sayang kawan-kawan!

Kalau ada yang perasanlah ya, my superheroes ni memang tak suka pakai shoes kalau berjalan. Mereka lebih suka pakai sandals je. Kalau dah sukakan satu-satu attire tu, memang itulah aje yang diulang pakai 18kali. Walaupun usia masing-masing baru setahun jagung, tak kuasa dah Mommy ni nak membebel suruh ikut kata apa nak dipakai kalau keluar berjalan bersama.

Suka hati merekalah asalkan tak sakit mata I memandangnya dan tak selekeh sangat. Begitu juga dengan cap. Budak berdua ni memang tak suka langsung pakai cap. Kalau panas berdeting macamana sekali pun, mereka tak akan sarung cap. 

Tapi bila berjalan ikut Mommy pergi shopping, rajin alahai mencuba itu ini. Paling tak menahan, disuruhnya Mommy snap photo mereka. Itupun masa mood tengah baguslah. Kalau tak bagus, memang jangan haraplah. Muncung aje dah sedepa!

So, bila mood mereka bagus, Mommy pun apalagi jadilah photographer-tak-berapa-nak-menjadi sampai penat. Bolehlah letak dalam blog buat modal untuk bercerita *__*



Si Abang tu, tak muat pun takpa. Janji dapat ambil gambar. Lepas tu bergelak sakan seronok dengan Adik macam mereka je yang ada saham syarikat kat situ. Memang suara mereka bergelak aje yang kedengaran di celah-celah pelanggan yang asyik memilih barang ^__^

Eh, macam pendek pulak entri ni. Langsung tak sinonim dengan style Kak Ton yang biasa-biasa tukan... 

P.S. Kak Ton sibuk usha barang online sebenarnya. Tengahari nanti Kak Ton nak gi melawat kawasan parlimen. So, buat ajelah revision apa yang Kak Ton tulis ni yek. Kak Ton nak reward diri sekejap ^__^

Comments

  1. Macam comel jer bila dipakaikan topi angry bird tu...haha! sampai mata pun tak nampak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang topi lebih besar daripada kepala, sorang lagi kepala lebih besar daripada topi! Memang adik beradik sehati sejiwa!

      Delete
  2. amboi kak tooonn usha barang online....nak soping ape tu lagi kak ton....kang abg kak ton bising tgk posmen datang selalu anta parcel tiap2 hari eheheeheheh.... ckp akak, lieya ni pun baru je buat purchase online kak hahahaahah...gatal jadi kalo tak membeli sekurang2nye sebulan sekali heheeheheheh

    kak, same laa anak2 lieya lebih suke bersandal...kalo pakai kasut manjang mintak bukak nak menggaru...hahaahah tak bandar betul kan heheheeheh...comel tgk gelagat anak2 bujang akak...mesti riud dgn gelak tawa dieorg kat mall tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton bijak, okey.... Barang Kak Ton semua hantar ke pejabat. Lepas dapat, terus sumbat dalam kereta. Lepas sebulan dua, barulah pakai. Maka, suami Kak Ton tak perasanlah bila Kak Ton membeli. Hehehe....

      Kak Ton tak beli apa-apa, usha jek. Cuma Kak Ton terbeli kasut, baju, cosmetics dan adalah sikit-sikit. Huahahaha....

      Anak akak langsung tak suka pakai kasut dengan stokin. Si Abang tu muncung berdepa kalau kena paksa. Si Adik pulak meronta suruh cabut stokin jam-jam tu jugak. Tak pandai menye-mart (perkataan asal 'smart' okey...) langsung!

      Delete
  3. Sama lah dengan Zarif...lebih selesa dengan crocs biru dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, zaman sekarang budak-budak bukan macam dulu. Kalau dulu, apa makpak kata suruh pakai, suruh buat, ikut je tak banyak cerita. Nak buka mulut membangkang pun takut kena rotan. Budak-budak sekarang, mereka yang decide apa nak. Kalau tak nak ikut, mereka meronta. Kita tak tahan bab meronta-ronta ni so kita redha ajelah....

      Delete
  4. Md, online apa yang best sekarng ek?
    nk jamu mata..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey, I tengah usha barang kat hermo.my. Jom lah kita jamu mata bersama-sama. Tengok je bukan beli. Tangan dah ikat kat kerusi supaya tak proceed terus ke checkout :)

      Delete
  5. Salam Singgah jgk bila ada kelapangan sikit hari ni & tq terus menyokong KA yer. Tak dan nak komen dan kejar n3 yg lepas, ada yg KA dh curi2 baca tpi x dan nk tinggal komen. Apapun kisah anak2 paling KA suka di blog MD ni ! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat kembali, KA.

      Takpa, tak payahlah nak bersusah-payah mengejar entri yang lepas-lepas. Mahu semput nanti, KA. Mana yang dpt ajelah membacanya *__*

      Sibuk sangatlah sekarang ni ya sampai terpaksa curi-curi masa BW. Tapi takpa, Insya Allah bila ada kelapangan nanti jomlah menyinggah. Pintu sentiasa terbuka buat KA *__*

      Delete
  6. Oklah jugak mereka pakai sandal...anak anak mak lagi teruk pakai selipar jer.... dari bapak ke anak anak.... Mak meraka ajelah yg sikittttt ada up juga hehe ...sandal....
    Tak kiralah pergi mana pun.... waktu bila pun. Hari Raya baru ni pakai selipar jugak tapi beli baru le tapi sama pattern hehe....

    Belasah ajelah janji berselipar...... nak paksa memasing dah akil baligh! Suka hati tekau hihi....

    Panaslah weyh pakai cap tu agaknya.... berpoloh poloh.... terperap tau rambut yg stylista adik ngan abang tu....
    Tapikan Pak Jilap kekadang suka pakai cap......bila nak gi Pasar Tani.... menci mak! Mcm remaja tau pakai cap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat duit makpak sebenarnya, OKje. Kalau dah satu yang dipakai, itu ajelah ke hulu ke hilir. Nak ke taman pun nak pakai sandals jek! Saya dah malas nak belikan kasut untuk superheroes ni. Memang membazir. Dah banyak kali kena bagi orang tanpa sekali pun mereka pakai.

      Mungkinlah tak selesa bercap bagai sebab panas berpeluh. Cap percuma banyak kat rumah tapi tiada siapa yang peduli. Lepas ni saya tak mahu dah terima cap percuma macam nih. Buat menyemak rumah je..

      Delete
  7. Ha.... jangan lupa lepas usha online tu kasi tunjuk apa barang juga beli.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, itu tak bolehlah jiranku sayang. Kita bukan artis terkenal yang apa dibeli, dipakai, semua orang nak tahu. Cukuplah buat kepuasan diri sendiri jek....

      Delete
  8. hihi...maybe dia lg suka pkai sandle sbb xpanas kan..klo kasut tertutup.. berhaba sikit..
    amboi semua nak try tu..

    waaa...nak beli ape tu MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah tu, Lya. Satu hal lagi, memang dari kecil dah terbiasa begitu. Silap akak jugalah tak biasakan mereka berdua pakai kasut dan stokin. Sampai sekarang tak suka!

      Adalah....dah sampai dah pun semalam :)

      Delete
  9. camne la hai kai topi tu..
    anda ditag
    http://jnjikita.blogspot.com/2014/09/first-giveaway-giveaway-contest.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu tak muat topi atas kepala, satu lagi kepala kecil pulak... Yang penting mereka suka bergambar je, bila tanya nak beli ke tidak, dua-dua geleng kepala.

      Lepas baca komen ni terus buat entri giveaway, Mar....

      Delete
  10. Seronok tengok aksi dorang berdua.. comel je.. geram lak nengoknya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat keluar rumah, memanglah suka bangat !

      Delete
  11. Sandal kan berangin.. kalau kasut kena pakai stokin pulak.
    Tapi kakak perhati adik ni suka posing berbanding abang yg cool gitu
    Tengok mereka gelak kakak pun boleh senyum sendiri macam tahu-tahu aje apa yg buat mereka gelak. Suka kan tengok macam tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah saya jugalah sejak mereka kecil tak biasa pakaikan kasut dan stokin. Sampailah anak dah besar, langsung tak pandang kasut lagi. Kalau terdesak nak pakai kasut, memang jenuhlah nak pergi mencarinya...

      Delete
  12. boleh jadi model lah klu gitu.. hehehe
    budak2 mmg gitu.. apa yg dia minat mmg dia akn pakai sampai jemu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masa shopping macam ni, okeylah tak payah suruh posing, mereka sendiri minta kita ambil gambar. Nasib baik takat nak bergambar je, tak mahu beli. Jimat duit. Hahaha.

      Delete
  13. Ai..sibuk ke apa ni? Dah beberapa kali entry mcm tak cukup tanah je.. ke tengah sibuk ni? Yang jelajah kawasan tu bukan ke nak g shopping?

    Haha.. macam tak percaya saya kalau pendek ni. Bimbang kot ada yang tak terbaca pada mulanya..

    Seronokla dua beradik ni ya.. pakai sama pulak tu cap tu.. saling ikut apa yang adik atau abang buat ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berusaha untuk berubah ni, AN. Kononnyalah...

      Sibuk tu tidaklah sangat cuma fikiran ni ke tempat lain. Hahaha... Silalah percaya apa jua yang saya sampaikan dalam blog walaupun tiada kebenarannya. Aduh, camna nak menipu ni kalau tak pandai!

      Berebut nakkan cap yang sama. Bila tanya nak beli ke tidak, dua-dua geleng!

      Delete
  14. alah anak2 gituler tak macam zaman kita jadi kanak2 dulu.. mak bapak suruh pakai tak berani nak engkar.. .. anak2 akakpun gitu suka ngat selipar buruktu.. belikan sandal cantik sikit kot tak suka kasut di pakainye rjuga sliper pantaitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Cho. Kalau kita dulu, apa makpak beli, apa makpak suruh pakai, ikut aje tak banyak songehkan. Takut sebenarnya kalau kena marah. Tapi budak-budak sekarang ni, makpak dah macam kawan pulak!

      Delete
  15. mungkin mrk rasa rimas klu pakai cap . face tak feeling angry lak tapi feeling happy jer semuanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencuba memanglah happy. Kalau suruh pakai, mahu tak nak mereka ni. Eksyen berposing jek, Vee ...

      Delete
  16. saya tak berapa perasan diorang pakai sandal atau cap
    tak mengapalah,, janji bukan berkaki ayam
    macam afif pula pakai selipar jepun aje
    dia tak suka pakai kasut, tapi cap depend pada mood
    mood ke laut, dia tak pakai ler

    aisyah fashion star! kalau dia kata tak nak pakai, tak naklah
    dia nak pakai ikut apa yang dia suka je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak sekarang bukan macam kita dulu-dulu. Apa makpak suruh pakai, ikut aje. Sekarang ni mereka yang pilih, kita kena ikut. Si Adik tu ada sandals yang dia suka. So itu ajelah yang nak dipakai. Kasut memang tak mahu. Abang pun sama. Jimat juga duit makpak kalau cam ni:)

      Delete

Post a Comment