Liebster Award khas untuk Cindyrina

Salam sayang kawan-kawan!

Hari ni I takda mood merapu sebab I nak cuti esok. Walaupun takda mood, I tetap upkan entri merapu sepanjang hari macam biasa ^_^

Okey, this is the second time I kena tagged for Liebster Award ni. Yang pertama boleh baca di sini kalau tak semput. Yang kedua pulak, ditagged oleh Cik Cindyrina yang cantik molek, yang katanya jenjalan kat Korea best sangat ^_^ Hoping for Korean pretty boy ke, Cik Cindy? Hope you get one *wink-wink-sambil-nyanyi-twinkle-twinkle-little-stars*

Ini je I rajin gogol, eh google!

Macam biasa, I  telah cantas semua perjalanan Liebster Award ni dan I cuma akan menjawab pertanyaan Cindyrina sahaja. Lain-lain I tak ikut peraturanlah apalagi nak tag orang sebab I kesian nak tag orang lain. Dahlah sibuk dengan kerja pejabat, ditambah dengan kerjarumah lagi, kerenah anak-anak lagi, meja pejabat yang dah penuh semak samun dengan kertas bertimbun, rumah dah macam kapal karam, diri pun dah serabut sakan sampai tak sempat berhias bagai (Cer tengok dalam tudung you all pakai tu mana tau ada sepit baju terlupa nak buka, jangan-jangan shower cap pun ada lagi tersarung dok pikir dah pakai anak tudung!), eyeshadow kat mata tu pun dah sebelah kiri kaler lain, sebelah kanan kaler lain! Yalahkan, orang sibuk. I cukup memahaminya! (Yang sebenarnya I mudah sangat kecil hati kalau orang tak buat nanti. Huahaha....) 

Apa ye pertanyaan Cik Cindy kita nih.... Mehlah I jawab...

1.Describe yourself in 3 words
Eleh, senang sangat Cindy - Banyak.sangat.cakap.

2. If you could have one wish granted, what would you wish for? Why?
Oh, banyaknya my wishes yang belum digranted lagi so I tak tahulah nak pilih mana satu yang paling penting. Sebab I tak boleh jawab clearly, so I tak jawablah yek ^_^

3. When is the happiest moment in your life?
Alamak, ini pun susah! Banyak sangat happy moments. The happiest must be, must be, must be..... Eh, let me think thousand times first! I tak tahulah samada bertemu Mr. Right, berkahwin dengan Hubbydearie, dapat Bubbly Abang, dapat Adik Cute yang mana satu paling happy yek..... (Baru tiga soalan tapi I rasa macam nak pitam pulak....)

4. List 3 things you wanna achieve before you leave this world
Alamak, Cindy! Kenapa soalan you makin lama makin mencabar minda I nak jawab nih! 

I am happy with my life now. Takdalah nak apa-apa lagi kot. Tapi kalau boleh nak sangat tengok anak-anak membesar dan berjaya dalam hidup masing-masing. Itu jek! ( I'm an emotional person, I dah laplap peluh airmata di lengan baju tau bila bercakap pasal nih.... Please don't make me emo with your next question!)

5. What is your favorite food?
Alahai, senangnya soalan.... *kembali ceria*

Yang sebenarnya Cindy, I sangat suka menikmati makanan walaupun I ni picky eater macam Bubbly Abang. Eh, awat terbalik pulak ni Mommy ikut anak, bukan anak ikut perangai emak ke? 

I suka durian, spaghetti oleo, lontong, kentang masak apapun boleh, blahblahblahblahblah...... 

6. What is your favorite color?
Well, as you can see clearly from the colour of my blog, I like purple ~_^

But then again, I ni kalerpsychokriptomania (sorry, ini word memang  you takkan jumpa dalam kamus sebab I create sendiri) maknanya - I tukar my favorite colour untuk setiap tahun. Next year nak pilih kaler apa pulak ek! Hiks!

7. 3 things you must bring with you when you are out from home
Kalau dengan I ni, you tak boleh bagi soalan like - 3 things you like the most, the most favorite blah, the most important blah.... I memang tak tahu nak jawab macamana...

Kalau I keluar rumah, I mesti ada handbag yang penuh sampah-sarap, makeup bag yang penuh sampah sarap juga dan satu lagi apa ek barang peribadi I yang dah macam sampah sarap juga....

See, I dah kata... I tak leh jawab soalan cam ni. Try to be more generallah, Cindy! Susah hati I dapat soalan cam ni ^_^

8. If you could learn to do anything, what would it be?
Meh sini, rapat sikit.... I nak beritahu you sorang jek tapi you jangan sebarkan kat orang lain. Malu I nanti. Aib pulak seluruh tubuh badan I nanti. Keh3x.

I naklah....

I naklah....

I nak sangat tau.....

I nak study study menjahit....  *auw, malunya*

But you know what the masalahnya? 

Jari-jemari I ni tak pernah sekali pun pegang mesin jahit. Kalau nampak mesin jahit I kenallah (sambil nyanyi lagu 'Singer, menawan keluarga bahagia! Ingat tak iklan Singer tu dulu-dulu?) tapi kalau suruh I 'operate' mesin jahit tu mahu I terjahit 5 jari tangan I sendiri tau! I ni jahit butang baju pun tak reti. Kalau lengan baju kurung I tetas, I jahit sikit punya lawa sampai tukang jahit yang baru belajar pun geleng kepala tengokkannya tau tak! 

9. List 3 things you like when you visit my blog
I suka baca you menceceh pasal makanan, jalan-jalan makan angin you tu dan your product review. And just only, I gi redeem sample of Estee Lauder kat blog you tu.... Harapnya dapatlah yek. Kalau tak dapat, I guling-guling nangis atas kerusi pejabat je nanti! 

Lagipun cara you berstory-mory dalam blog memang sesuai benarlah dengan jiwa raga perempuan anak dua ni. Santai je, lepas tu cam orang gila dok kekeh-kekeh sorang diri ^_^

10. What is your perception about my personality when you read my blog?
I rasa you ni happy go lucky orangnya, suka shopping, tak sabar menunggu, peminat Korean drama dan memang suka melenjan eh, jenjalan makan angin. Habit yang tak baik tu tak payah ceritalah nanti satu dunia tau. Keh3x. ( Eh, I ni describe your personality ke or mine?)

Okey, Cindy lunas sudah hutang Liebster Award ni dengan you and before I jadi pelupa, I nak ucapkan terima kasih sebab sudi tag I walaupun masa I baca kena tag tu, I rasa macam nak naik atas meja dan menjerit sambil pukul dada je tau ^_^

Kawan-kawan blogger yang kusanjungi dan sayangi muahhahah selalu, silalah ringankan jari jemari yang mulus tu untuk bermuafakat membawa berkat menyinggah kat blog Cindyrina si cantik manis peminat K-drama macam MD nih.... 

















Comments

  1. Thank you thank you kerana menyahut cabaran liebster ku! you response so funny...kot ketawa sorang sorang sambil baca nih. Nice meeting you in blogsphere!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas berhari-hari I tak tidur malam memikirkan macamana nak start menjawab tau. Kesian kat I... Nasib baik masih boleh mengomel lagi. Hahaha.

      Delete
  2. Kena tag ngan cindyrina yg gojes ni jugak. Tapi tak terbuat lagi..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I ni bagi jelah apa suruh mengomel, laju jek... Tapi yang ni pun dah berminggu juga I perap kasi masak sikit kepala otak nak memikirkan idea nak mengomel!

      Delete
  3. byknyer persamaaan MD dengan KA & Angah hehehe except KA x suka & tk mkn doyan, dan Angah mmg terror bab jahit menjahit ni, yg len mcm byk persamaan ler kita bertiga hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang ditakdirkan untuk duduk satu kumpulan, KA. Hahaha... Angah tu kira second generation yang macam kita. Patut Angah rasa bertuah ke tidak?

      Apa? Si Angah pandai menjahit? Ini sudah menaikkan larva gunung berapi ni, KA! Sat! Esok juga saya nak gi daftar kelas menjahit!

      Alamak...baru perasan mata dah tak nampak camna nak cucuk jarum? Kang tercucuk diri sendiri dah ke spital pulak kang....

      Delete
  4. belajar menjahit? seriously?
    nak tergelak sebenarnya, tapi tak patutlah pula
    apapun all the bestlah ye besan to be =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, gelaklah, gelaklah....saya tak kisah. Seee... tak seinci pun lemak terbakar dek gelakan YY tu. I memang hati kebal tau....

      Sebenarnya, saya pernah bermimpi menjahit dress Cleopatra untuk masuk pertandingan tetiba Fashion Police kata itulah dress terburuk pernah dihasilkan oleh umat manusia sehingga abad ini. Saya terus give up....

      Tapikan...saya teringin nak letak satu mesin jahit buat perhiasan kat rumah ^_^

      Mak mentua den dok gelak sebab menantu terbaiknya ni tak pandai menjahit sedangkan semua wanita uzbek yang jadi surirumahtangga fullstop kat sana pandai bab-bab ni. Saya kalau Mami datang, first thing saya minta tolong jahit lencana dan nama kat baju sekolah Abang. Dan tolong jahit mana-mana seluar anak lelaki kesayangannya yang dah koyak rabak tak diuruskan dengan baik oleh menantu luar daerahnya ini ^_^

      Delete
  5. Alahai adik... jenuh kakak membaca N3 ini sambil senyum-senyum sendiri. Moment indah mestilah banyak kan apa lagi jadi anak busuk (eheh.. bongsu hiihi...) duduk merantau, jumpa buah hati.. dpt hero comel mesti banyaklah kan..

    Tapi itulah jahit-menjahit memang rugi kalau tak tahu. So... kena belajarlah sikit-sikit. Buat baju kurung yg tegak aje cara jahit tu pun jadilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, kak... kalau suruh pilih-pilih ni susah nak pilih tau. Kalau suruh senaraikan, hah habislah saya dok senaraikan sampai tertidur-tidur orang membacanya. Kesian jugakan...

      Kak, saya teringin nak belajar menjahit ni tapi itulah sengal is bengal betullah.... Nak jahit butang pun boleh sakit hati sampai tertusuk sembilu gitu rasanya... inikan pulak nak jahit baju...

      Delete
  6. Fuh berpeluh akak baca jwpan kpd soalan2 tu. Kalau ambil spm confirm dpt A+++++

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kan dah suruh standby air barang sejug dua. Napa akak tak dengar kata? Hihihi....

      Saya ni kalau takda soalan bocor pun memang dapat A++++, kak. Cikgu tak payah susah-susah hati nak tanda karangan. Kalau time cikgu tengah gaduh laki bini, karangan sayalah agaknya satu-satunya yang dapat A ^_~

      Delete
  7. suka makan lontong?
    kita geng!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang selatan, DZ. Apalagi, lontonglah favoritenya.... Jom borak sambil makan pisang goreng cicah sambal kicap!

      Delete
  8. Replies
    1. Terima kasih. Cuti sehari je, takdalah ohsem sangat!

      Delete
  9. lawak la jawapan MD ni saya baca pun rasa geli hati je..rasa macam MD dok sembang pot pet pot pet depan saya je..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak boleh menulis straight forward ni, Diana. Dah terbiasa corner baring ^_^

      Delete
  10. panjang lebor jawapan MD..sampai yang membacanya terkedu lepas tu gelak sorang-sorang..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, tulahkan... sampai habis bateri he-ho dok baca. Kalau ikutkan hati nak tulis panjang lagi tapi kesian pulak. Nasib baik Cindyrina minta 10 je. Kalau dia minta 100 jawapan, mahu nangis kawan-kawan. MD okey je setakat nak menulis 100 jawapan. Macam makan hazelnut gitu. Hahaha!

      Delete
  11. Ur blog memang menghiburkan!!! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, thank you, Eynda. Kalau takda kawan-kawan yang datang, takdalah saya teruja nak mengomel panjang lebar ^_^

      Delete
  12. Hehe... Tak sah kalai x senyum.baca entry dr MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum tu satu sedekah, Maria.... tak gitu? Hahaha...okey, gelak besar bukan sedekah ya!

      Delete
  13. Replies
    1. Best Lyn, boleh tidur di siang hari. Uhuh, seronok sungguh. Masih rasa lagi kemalasan nak pergi kerja pagi tadi!

      Delete
  14. Hihi.. panjangnye.. seronok bila pandai jahit.. mcm2 kite boleh buat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak panjang, memang bukan blog MD ^_^

      Itulahkan untung kalau pandai jahit ni. Saya ni memang spesies yang sungguh menyedihkan... dahlah tanam pokok mati je selalu, pegang jarum pun gigil-gigil gitu... Nasib baik dapat kahwin ^_~

      Delete
  15. MD kalu tak pot pet bukan MD lah tu...haha kelakar lah MD ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... betullah tu, Bunda. Kalau MD tak potpet, maknanya dia tak sihat ler tu, tak pun mulut kena ulcer. Hihihi!

      Delete
  16. Mmg lega kalau hutang dah bayar ek jiran...... Tapikan mak mcm terasa rasa pulak yang Kak Ton cakap kak Ton sentap kalau Kak Ton tag tapi manusia yg ditag tu buat donno.... Harap Kak Ton tak marah yek sebab kita inagat Kak Ton ada tag satu segmen tu tapi malangnya mak tak respond sebab lappy mak rosak sampai la ni tak try bukak pun.... ni guna mini lappy ni tau, rasa mcm kecik jer dunia mak tau pakai benda ni..... Tulah kan mak dah cakap mak nak buat photobook ..... sebab ginilah gambo berkepuk kepuk dalam tu huahua......macam burn jer akhirnya.....

    Eh? ni blog sapa ni? Lupa pulak kat blog orang haha....
    Mak dapat bayangkan tu handbag yg penuh sampah sarap sebab keadaannya lebuh kurang jer dgn bag mak hihi
    Bolehlah lepas ni mak melawat Cyndi jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Mak ni. Janganlah terasa. Kak Ton taulah lappy Mak rosak. Takda sikit pun Kak Ton kecil hati dengan Mak. Usahlah risau yek! Mak kan tau Kak Ton kalau bercakap dalam blog suka-suka aje, mana ada kecik-kecik hati ni. Lainlah di alam nyata, cepat jek kecik hati. Maklumlah hati pun tak besar, ya tak? Hihihi!

      Hah, selalu ngumpat orang komen tak ingat dunia kan dah kena tempiasnya. Tapi,bila saya kira balik bilah patah perkataan kat komen ni, rasanya eleh, takdalah panjang mana pun.... Silalah mencuba lagi kalau nak lawan Kak Ton ya!

      Entahlah, Mak. Walaupun ada organizer kat dalam beg tetap juga macam sampah. Konpius tau! Tapi terimakasih kerana memahami. Kita gengkan!

      Delete
  17. Yg MD tag sy pn x terjawab lg. Adoii la... Mood ke laut btl. Skg ni pujuk2 diri utk berblog semula. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah mood ke laut dalam bila buat sesuatu tu, Sal memang ginilah gayanya. Nak kasi datang mood tu sikit punya susah ^_^

      Takpa, takpa, tak jawab pun takpa. Dah takda masa, mood pun tak datang, nak jawab apanya Sal. It's okey, I tak merajuklah .... *_*

      Delete

Post a Comment