Opocots!

Salam Rabu kawan-kawan!

Tengoklah ni pepagi Kak Ton dah melatah. Maklumlah, Kak Ton terkejut sangat tadi. Nasib baik Kak Ton sempat control ayu manja gitu ^_^ Ish, apa ni? Kalau Kak Ton puji diri sendiri je mesti ada yang nak termuntah. Eh, tak pernah dengar orang asyik puji diri sendiri ke? Pelik ke? Takkanlah....

Aha... walaupun hari ni hari Rabu, janganlah mengharapkan WW daripada Kak Ton ye. Masih belum timbul lagi azamnya nak buat WW. Jangan juga mengharap akan muncul gambar-gambar eksklusif Kak Ton suami-isteri sedang lepaking di taman kat Putrajaya nun (Aduhai, kesiannya perempuan ni! Che Ta dan Zain pun kalah dalam bab-bab over perasan nih!)

Dua hari lepas I puaslah membelek komen. Ada satu komen dari sahabat alam maya cinta sayang ni yang I  terdelete. Maklumlah bila nampak komen rasa teruja, terus check melalui he-ho. Pastu mata rabun pulak. Nak tekan publish boleh jari-jemari yang katanya mulus tu tertekan spam ke, delete ke, entahlah....

Dalam sejarah berblogging I ni, inilah kali kedua I terdelete komen tau. Yang pertama dulu milik cikgu BM kita, AN. Nasib baik cikgu tak merajuk panjang. Kalau tidak, teruk pulak I nak kena menjelmakan diri memujuk rayu si cikgu!

But the latest incident ni, I dah clever sikit berfikir. Walaupun selalunya komen yang masuk ke email tu I delete tanpa baca (because I dah approved kat blog dan replied siap-siap), nasib baik kali ni I sempat korek trash box my email dan walla, I jumpa semula komen tersebut ~_^

Disebabkan kat office tak boleh buka personal email, I bersusah-payah forwarded email tersebut ke my office email ^_^ Kalau pak admin Jepang check my computer nanti, pandai-pandailah bapaknya mahu memikirin apa yang ternoktah di situ! Bapak admin bisa berbahasa In-do-ney-sia ya ibu-ibu di luar sana... Jangan main-main sama ini Jepang! 

See, tengoklah betapa sayangnya I kat my kawan-kawan alam maya sampai berusaha habis-habisan hanya kerana satu komen! Lagilah komen ni penting sebab jiran I punya tau. Kalau jiran I perasan, mahu dia kunci pintu dapur tak bagi I masuk. Setakat ni  I rasa dia tak perasan pun..... 

Memangnya I cari pasallah ni buat satu entri berkaitan ini. Mesti I kena sound sekejap lagi. Tapi I know, I know how to pujuk her. Dia ni ada point of weakness bila kita sentuh tentang tutttttttt...... (panjangnya!)

Inilah komen yang terdelete tu. Tak dapat diselamatkan lagi untuk dipublish (or I yang tak pandai nak buat macam mana) tapi dengan penuh ikhlas hatinya I tempek kat sini untuk tatapan umum. Untuk siapa? Untuk dia, oh, untuk dia... (Tetiba nyanyi lagu Sleeq feat. Najwa Latif)


hainom OKje has left a new comment on your post "Memperkenalkan....inilah dia my beloved Hubbydeari...":

Taunya mak, Kak Ton cuti hari ni, hari Jumaat dah datang tp malas nak komen . Hari ni baru nak komen, senang sikit nak menggeledah rumah orang, tuan rumah tak de hihi.... kalau ada tuan rumah, nak tarik drawer pun takut tau.
(Mak, komen Mak ni berbaur stalker Mak....)

Gi mana Kak Ton? Bercuti ke?
(Kak Ton lepak-lepak dengan suami dan anak-anak di rumah. Guling-guling manja gitu, Mak cemburu ke Kak Ton tak keluar rumah bila cuti? Or.... Mak rindu kat Kak Ton ni tapi macam biasa tak mahu mengakulah tu ~_~)

Yelah....yelah... dlm Malaysia ni HD soranglah je yg hensem ....yg lain semua tempat kedua ...hoho puas hati tak? Tapi Pak Jilap mak lagi hensemmmm.... hihi....
(Tau takpa, tapi Kak Ton tak puas hatilah Mak. Apa-apa pun mesti nak selit nama si Yem Rambo Muo ni. Mak ni memang nak suruh Kak Ton balas statement ni kat dalam TV ke Mak, to clear the air maybe.....)

Eh ngengada tau HD tu....nak tunjuk gambo zaman tua tu pun kedekut....Tak pe tak per sorok jerlah muka tu selagi boleh, sorok sekali muka bini tu ....Hendaknya jumpalah Mak Jilap satu hari nanti ngan keluarga depa ni...masa tu nak curi ambik gambo! hoho .....
(Eh, Mak ni! Yang Mak kata ngengada tu suami Kak Ton, jiran sebelah Mak tau! Kalau Kak Ton marah nanti Kak Ton buat report polis, tak bagi Mak merapati keluarga Kak Ton sejauh 5km setiap penjuru. Hahaha...macam mana nak ambil gambar tak jelas nanti? Huhuhu....)

Mak mmg tak heran dengan laki bini yg kuat perah santan ni....maklumlah....dah lama berjiran haha...
(Memanglah Mak tak heran, tapi kalau kita orang takda, Mak juga yang asyik menerai segala kunci rumah Mak kat rumah kita orang! Kes rindulah tu....)

MakJilap........  (sobs, sobs, sobs..... nangis siap-siap.....)

Janganlah marah kat Kak Ton! Tangan Kak Ton tak sengaja tertekan entah apa-apa punat kat he-ho tu. Kak Ton dah cuba bagi CPR kat komen ni tapi tetap tak survive gak..........

Okeylahkan Mak, Kak Ton buat satu entri khas untuk komen Mak ni. Takkan Mak marah lagi. Mesti berbunga-bunga lavender kembang setaman dalam hati Mak tu. Mak kan sekarang ni tengah over the moon sejak dapat he-ho baru!

Okeylah, I minta izin melarikan diri dulu. Jiran sebelah I ni ganas tau. Mahu dia hempuk kepala I dengan PAnya tu. Kalau dia lapar pepagi buta, memang lain macam sikit ^_^

 


Comments

  1. Kakcik baca sambil gelak je...

    Tapi betullah, kan? Komen2 dari kengkawan adalah sangat bermakna bagi kita walaupun mungkin ada komen yang menghiris perasaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berharga sangat, Kakcik! Kalau satu terlepas pandang, meroyan tak sudah sampai tengah malam saya dibuatnya. Itulah tanda saya sayang kat semua kawan-kawan alam maya ^_^

      Delete
  2. kita tunggu okje punya jawapan balas hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak akan berdiam diri, Acik. Saya dah tau dah true colors jiran sebelah saya ni. Kalau dia tak ngumpat balik, mungkin ada sebab lainlah tu. Hahaha....

      Aduhai... beratnya bahu sebelah kiri nih!

      Delete
  3. Untunglah mak jilap ada orang buat n3 khas untuk dia...hehehe... Tapi betul lah, kalau terdelete komen memang rasa frust sangat. Komen² itu adalah sangat berharga. So far alhamdulillah...belum pernah ter delete komen lagi. Minta di jauhkan.

    MD, mcm mana komen boleh terus masuk email erk? kena setting yerp. Nak buat back up plan gak. Mana tau kan...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, MakJilap ni suka ikut pintu dapur! Sebelum dia perasan komennya takda lebih afdal kalau berterus-terang. Takdalah kena hempuk dengan kuali kahwinnya yang tahan rentung tu.

      Saya setting siap-siap. Nasib baik otak clever sikit tau. Teringat kat komen yang masuk dalam email. Terus saya selongkar trash folder. Saya ni kalau komen masuk kat email main delete je tak pandang. Rajin juga terdelete email masuk. Hahaha ....

      Delete
    2. Maklumlah kecleverannya tu menurun jiran sebelah....kehkehkeh....

      Delete
    3. Errrkkkk....betul ke ni blog Kak Ton? Jap nak reset password! Macam kena ceroboh pulak malam tadi ^_^

      Delete
  4. Mana adinda kakak tak baca lagi ke N3 MD ni?
    Jgn-jgn masih melingkar dgn TLBD sebab kan sekerang cuti sekolah dia seronoklah bercuti macam anak-anak dia juga:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adinda kakanda tu biasalah pagi-pagi ni, kak... Kalau PakJilap ada, langsung tak jeling blog. Kucing curi ikan goreng pun dia tak berani nak belasah dengan penyapu. Yalah, takut tahun depan tak dapat hadiah anniversary lagi!

      Keh3x.... lazatnya mengumpat depan-depan ni. Dosa pun berjujuran ditanda....

      Delete
  5. Dah ...dah....tak payahlah nak pancing mak dengan gambor laki bini, mak dah tak tertunggu tunggu dah.....Jangan perasan!

    Walaupun mak ganas tapi mak tak sanggup nak hempuk jiran sebelah dengan PA Umialya tau...tapi mak nak hempuk dengan kuali kawen mak boleh tak? haha....

    Nasib pandai pujuk buat entri khas.....terus tak jadi marah tau!!
    Mak memang dah tau dah kebarangkalian komen mak nak terdelete mmg tinggi dalam blog ni sebab tuan blogkan ada klimaxus rabunus dekatus, so redho ajelah...

    Biasalah Kak Ton ...... abe Yem kenalah ada kat mana mana, lebih lagi kat rumah jiran sebelah, meme ado sokmo! Katanya lovey dovey.....
    Mmg sengaja nak kasi Kak Ton nyampah......lagi nyampah lagi best tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa dia OKje? klimaxus rabunus dekatus?
      mak aiii, berbelit lidah melayu kacukan jawa ni nak menyebut =)

      Delete
    2. based pada komen dekat atas, selamat MD!
      hehe...idak mau kena hempuk dengan kuali kawen dia
      saya pun seronok juga datang ambil laporan, maklumlah reporter!
      boleh bayangkan tajuk dah ni, KERANA KOMEN: JIRAN KETUK JIRAN!

      Delete
    3. Alaaa... Mak ni! Taknaklah kena hempuk dengan kuali kahwin. Nak pemanggang ajaib juga. Barulah kelas kalau nak masuk paper nanti. Wah, wah, wah...sejak Kak Ton jadi consultant otak ni, Mak cemburu juga ya. Banyak dah penyakit lama Mak beri nafas baru. Tapi klimaks-klimaks tu jangan letaklah, Mak. Lain macam je Kak Ton baca tau. Huahaha....

      Eleh, setakat Arjuna & Arjuani, PakJilap & MakJilap, Kak Ton dah lali mendengarnya. Mak tu kata Kak Ton perahsantan banyak sangat tapi Mak pun sama je 2x5=18. Errkkk...sikap calculate!

      Delete
    4. Maafkanlah jiran saya ni, YY. Dia sejak berjiran dengan consultant/pakar otak&urat saraf, entah kenapa selalu je keluar nama penyakit tapi silap. Kalau tak tus, mus, lus itu ajelah yang dia pandai... Hahaha....

      Amboi, amboi, amboi.... ada pulak 'penunu bunsen' kat sini tolong mengapi-apikan jiran-jiran ya! Eh, kalau nak masuk your paper, sanggup ke bayar royalti I? Nak masuk cerita sensasi I mestilah letak kat front page, full story. I tak nak bahagian iklan ke, bahagian sukan tau! Lagi satu gambar yang kena hempuk tu, touch up elok-elok sikit. Jangan sampai jiran I lagi comel pulak. Harus kusaman newspaper mu nanti!

      Tapi...bab tajuk memang tak boleh blah ^_^

      Delete
    5. haha..meriah tul korang ni.. dah macam ahli mesyuarat tingkap dah ni....

      Delete
    6. Ada bran? Kita lawan gusti lengan persahabatan dulu Kak Ton....
      Tak berani ar tu.....eleh taunya tak berani sebab lengan halus mcm lidi ....takut patah, sekali mak kruk terus berkecai haha....

      Apa ar YY ....tajuk tak hot langsung....Tulislah....Lengan lidi hancur berkecai angkara jiran haha....

      Delete
    7. Sarapan entri lengan lidi dulu pepagi ni ....hehe

      Delete
    8. Tengoklah tu, AN. Selalunya MakJilap mengata saya perasan tak sudah. Cuba tengok siapa yang terlebih perahsantan pagi ni? Habis disapu bersih jawab komen kat blog saya. Terkejut saya pepagi macam ni. Nasib baik tak kena heart attack tau!

      Delete
    9. Mak oh Mak! Mak sedar tak ni apa Mak buat? Mak ni dah salah masuk blog pepagi buta. Tahulah semalam Khamis malam Jumaat Mak tak cukup tidur! Kalau ya pun jealous orang makan sate, janganlah buat freestyle gaya gini!

      Ni nak tanya, mana Mak tahu lengan Kak Ton macam lidi penyapu? Semalam Kak Ton timbang lengan takda pulak mesin penimbang tu kata - Amaran! Lengan anda 'underweight'. Mak ni belum jumpa belum tahu...Nak sangat gusti nampaknya....

      Delete
    10. Hihi....tak pelah....mak bayangkan aje le fizikal jiran sebelah, nak jumpa mmg dia tak mo kannnn nak buek camno.....Selalu skodeng kat lubang pintu jarang nampak lenganlah pulak.... haha....Jap nak bayangkan kalau kita terjumpa.....emm mesti malu yek....rasanya kelu tak terkata kalah jumpa pak we ni....hihi

      Delete
    11. Kalau gini gayanya memang takda malu-malunya, Mak. Habis orang keliling tu tahan telinga dengar kita berdekah tak ingat laki masing-masing. Eh, masalah utamanya adakah suami-suami kita akan benarkan kita keluar hang out?

      Itulah masalahnya. Hahaha... .Ada je nak buat alasan ^_^

      Delete
    12. duk reverse reverse komenni..... nak cari pasal mami bila nak sampai..... tak jumpa! ceh... Sengaja delete ke apa ni....

      Delete
    13. Alah, Mak cakap jelah Mak teruja nak baca balik komen-komen yang ada. Maklumlah katanya suruh beri laluan seentri ^_^

      Mana ada dalam entri ni cerita Mami nak datang. HD kata Mami dan Dada dah apply kebenaran untuk ke luar negara. Jangkanya mungkin bulan satu. Sebulan je sebab bulan Feb anak bongsunya nak balik ke kampung halaman. Kan tahun ni tak jadi balik si adik HD tu...

      Delete
  6. Ehehe.. LM adalah beberapa kali terdelete dan x tau entah sape punya komen sbb x kenal nama tu. sian.. Dah la x dpt balas kunjungan dia, terdelete pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sadis kalau kita tak kenal siapa pengomenkan. Tak sempat nak balas jejak. Setakat ni saya terdelete pengomen tegar saya je. So senang sikitlah nak minta maaf di pagi raya nanti ^_^

      Delete
  7. saya tak pernah tau pulak..komen saya dipublish atau tidak melainkan sewaktu dikomen akan terus publish..hehehe..
    punyelah MD bertungkus lumus memang MD sayang Mak Jilap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...jangan bimbang, Mar. Ini bukan kebiasaan. Ini ralat ^_^ Tapi setakat ni komen Mar kat sini tak pernah pulak terdelete. Beresponse lagi adalah....

      Saya sayang semua kawan-kawan alam maya. Pengomen tegar apalagi... *_*

      Delete
  8. yeeeee...faham dahh..kak ton dan WW tak mungkin terjadi gituuu ekekekeke...kdg2 lieya kagum dgn akak sebab akak byk celoteh...ade jek idea...lieya ni kalo takde gambar lagi tak jalan laa nak tulis ape...dok laa padam pastu taip past padam balik...lame2 fedup...tu yg sekrang rompomg2 update blog tu kakaakakakak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi Lieya dah faham sekarang mengapa akak tak letak banyak gambarkan. Sebab akak bab menceceh ni dah membesar sebagai johan. Kalau akak letak gambar banyak macam blog Lieya, memang nangis-nangis kawan-kawan yang datang membaca ni. Mesti ramai yang skip -tengok gambar dan baca ending jek ^_^

      Delete
  9. heheheh...kuat mengeledah rupanya Okje nih??...kebetulan betul..komen dia pulak tu yang didelete..ekekek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah namanya jiran sebelah rumah, sebelah town, dan se-state, Diana. Macam nilah jadinya bila Jaws jumpa perempuan Melayu terakhir. Hahaha....

      Dalam banyak-banyak komen yang ada, komen Okje yang terdelete. Nasib baik saya dah baca. Masa saya reply komen dok fikir mana pergi komennya yang saya dah baca. Tengok dalam email ada tapi dalam blog takda. Sahlah dah kena hantar ke 'delete'. Hahaha....

      Delete
  10. caring betul MD ni ye.....mesti rakan2 blog syg sama kamu...muah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah kak mereka sayang kat saya ke tidak tapi saya memang sayang bangat kat mereka. Hahaha....

      Delete
    2. Erkkkk....confused betullah Kak Ton pagi ni! Dahlah pagi Jumaat takda mood nak kerja. Ada pulak yang minta kena umpat ni. Aduh, bertambah berat dosa pagi nih.....

      Delete
  11. hehehe terhibur baca konversasi.. (errr... ada ker perkataan tu?) u berdua ni. kontrobersi sungguh.
    eh I semalam dah datang jugak tau geledah rumah u, tapi maaf la tangan hamba bergari masa tu sebab posisi meriba si jijah tidak membenarkan jari jemari mulusku bertarian di keyboard. oh no I terpengaruh sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jap, jap, jap.... konversasi ni dari bahasa omputih ke, Jerman ke atau Indonesia ni, Nas? I ni macam kamus bergerak tau. Banyak juga perkataan baru I perkenalkan tapi yang ni macam takda dalam kamus! Hahaha....

      Ish, mana ada kontroversi (rasa cam Angelina Jolie dengan Julia Roberts bergaduh pulak dah....)

      Oh, I faham. Mak yang ada budak-budak kat rumah memang gitulah gayanya. Semua nak buat serentak. Mana bisa kan Bu..... Dah datang tu pun okeylah. I dah happy. Kalau tak datang pun I tak marah. See, I memang jiran yang baik. Untung sebenar siapa yang berjiran sebelah dengan I ni. Cuma ...jiran yang ada ni tak sedar betapa untungnya dia....

      Delete
  12. Salam perkenalan...

    Sy xnak komen apa2...nnt kena delete...heh3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Yang ini memang lawak. Nasib baik masa baca tak terdelete ^_^

      Delete
  13. kawan2 di blog lah buat kita rasa dkt sebenarnya even ada yg tak pernah jumpa. tapi klu jumpa mau havoc rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam dah kenal lama. Rasa macam kawan sekolah je gitu. Membesar bersama dari kecil sampai jadi mak-mak ^_^

      Kalau jumpa, memang buat malu laki masing-masinglah. Memang havoc tak ingat dunia pulak!

      Delete
  14. Haha..
    Release tensiom mlm2 buta ni baca entri MD.. lya pom pnh terdelete msa time nk klik publish tu.. guna plok hp..jari ni x runcing.. ttekan delete tu.. dh la skali tekan tu lbh 10komen gak tdelete

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akak tak suka tengok blog thru handphone ni. Banyak masalah. Tapi bila ada komen tu tangan memang tak sabar nak tengok. Itulah yang jadi insiden yang tak diingini macam nih ^_^

      Delete
  15. wah rajin sungguh kak ton....sangat prihatin dgn kawan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton memang begini gayanya. Maklumlah peramah... Hahaha!

      Delete
  16. Sama la MD. Pernah terdelete komen tp kat email. Ingtkan x effect kat blog tp padam rupanya. Huhu... Sedih pulak hati kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terdelete dalam blog tapi dalam email ada lagi komen tu. Cuba nak publish tapi komen dah takda dalam blog. Maka saya pun buatlah kerja panjang lebar sebagaimana saya menulis dalam blog. Kopipes, forward dan type entri nih ^_^

      Delete
  17. untung mak jilap jugak ler dapat entri khas..bukan sikit tau panjang bebenor karangannya..MD kalo tak menulis panjang memanh tak sah..ada jer idea bernas..ni kompem BM dalam A++..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau tak menulis panjang memang tak lepas tension seharian. Hahaha... MakJilap memang suka kalau saya warwarkan dalam blog sebab dia rasa dialah yang paling comel sekali kat Muo! Eh, apa kes ni termengumpatlah pulak. Harapnya dia tak datang berzikir lagi kat entri ni!

      Delete
    2. Well....well nak buat cam ne Zee orang dah sayang kat mak..... mak hanya mampu redho aje, mak tak mintak semua ni sebenarnya ......
      Hihi.

      Delete
    3. Eleh...bukan ke Mak dah WA suruh buat entri minta maaf in public? Huahahaha..... Pantang puji sikit mulalah tu, mulalah tu.....

      Delete
  18. Kalau dalam blog Kak Ton ni, saya tak heran kalau bab puji diri sendiri ke, penambah rasa tu.. memang blog ni happening sebab elemen macam ni yang menjadi...

    nampaknya namaku diseru kat situ ya, yelah, saya kan jenis baik, tak kisah kalau orang nak delete komen saya. apa nak buat, redho jelah, ini kan pula apa yang dikatakan tidak disengajakan, ai,, takkan nak marah-marah, tak sesuai gitu...

    diulas panjanag komen Mak Jilap kat sini ya. wah, ini memang jiran yang penuh kasih sayang nampaknya ni, Anak-anak boleh je keluar masuk kedua-dua buah rumah ni nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu mmg baik pun.....mesti lemah lembut tutur kata orangnya kan.....jumpa lak ngan MD yg ganas mcm cat woman.....ops? Termengumpat jiran lak.... haraobya tak terkejut yer AN....maafkan jiran mak yg sorang ni hihi

      Delete
    2. Uwaaaaa.....Tengoklah cikgu apa budak ni dah buat kat saya! Semalam dia nak gigit lengan saya. Hari ni dia stalk diari kehidupan saya pulak! Uwaaaaaa....Cikgu, sebat 18kali budak ni cikgu! Dia memang degil tak dengar kata! Tengok tu, dia ejek saya dari jauh pulak!

      Delete
    3. Cikgu mesti sentiasa sabar dengan murid-muridkan, AN. Maklumlah murid-murid semua 'ohsem' perangainya ^_^ Masa AN dulu saya tak clever lagi. Lampu kalimantang tak keluar mengerlip dalam kepala. Kali ni dah terror sikit. Walaupun terseksa jiwa raga nak buat itu ini, saya buat juga demi jiran sebelah yang ganas nih....

      Delete
    4. Haha.. ini macam cikgu nak kena hantar korang berdua ke bilik kaunseling ni, kasi selesai ni kes dengan kaunselor je.

      Ha..jangan pula nak rasuah kaunselor dengan ajak ke KLCC tau..hukuman bertekak ni..

      Delete
    5. Cikgu, kalau kita orang nak rasuah pun setakat Aeon BMC je, cikgu.... Jiran saya ni tahu bawa kereta tapi tak tahu jalan kat KL ni. Mengharapkan Arjuna jek kerjanya. Tapi takpa, kalau nak saya bawa cikgu je. Dia saya kuncikan kat dapur rumah saya! Habis cerita!

      Delete
  19. sabaq je la.tahan gelak baca komen okje..
    saya doakan smga akan ketemua dua kekanda ni nanti aamiin

    btul tu mommy, kalau terdelete komen mak aii!! rasa mcm nk ketuk je jari jemari yang terlLu runcing tu sbb laju sgt kan..

    comfirm okje x ambik sbb mommy siap karang satu entry khs buat jiran tersayang tu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. QR ....nasib dia buat entri khas tau....kalau tak, mmg putus sudah kasih sayang semalam jugak haha....
      Ingat tak penat ke nak ngomen entri dia yg 10 km tu....pas tu nak buat toye jer bila terdelete!!. Ceh.....

      Delete
    2. Minta maaflah, Ciksu. Pagi ni saya confused sebenarnya...Saya ingat dah silap masuk rumah! Rupanya ada peminat tegar saya kat sini yang katanya sayang sangat kalau saya penat membalas komen, maka ditolongnya dengan percuma ^_^

      Kalau saya dah buat entri khas untuk dia, untuk dia (Eh asyik nyanyi lagu ni je dari hari tu....) dan dia nak mengamuk lagi, memang saya blacklist je dengan talipinggang hitam taekwando. Aha....tak faham punya dia apa saya cakap nih tapi takpalah, biarkan ajelah Ciksu ^_^

      Delete
    3. Oi, Mak.... sejak bila pulak kita berkasih-sayang ni? Kata Mak PakJilap je sentiasa di hati. Nyampah nak ulang statement ni tau. Nak muntah kaler-kaler pun dah habis kaler!

      Alaaa... Mak tu selalunya komen tak sampai satu entri Kak Ton pun apalah sangat. Itupun penat. Cuba Mak tengok Kak Ton mengomen, lagi penat tau. Habis tenaga kena perah. Jari jemari mulus jangan katalah, sampai rosak kuku sebab nak mengutuk Mak kat rumah sebelah!

      Delete
    4. Haha.. tu dia.. patutla OKje top geng meroyan sini.. memang hebatla komen sana sini.. betul2 kagumla saya dengan OKje dan MD ni..

      Delete
    5. OKje memang pantang kalau saya buka pintu, AN. Asyik nak skodeng orang jek.... Hahaha....

      Delete
    6. Suka hatilah org nak komen banyak banyak pun.... entri ni kan khas utk mak walaupun kat rumah org lain pun.....Mak teruja tau!!!

      Delete
    7. Mak memang tak reti balik rumah tau..... Takpalah bertabah ajelah saya kali ni. Lenkali Mak buat pulak entri untuk jiran. Saya nak menghadap lepak-lepak kat rumah Mak pulak. Tengoklah nanti camna..... ^_^

      Erk, takutlah tu! Mesti dia tak berani dah nak letak link kita!

      Delete
  20. Opocot!!!... saya pun melatah sama baca entry dan komen kat sini....
    Amboi mak aka Okje aka Arjuani aka Mak Jilap (rasanya ada lagi, tapi tak larat nak senaraikan), kesian kat tuan tanah.... Gara2 komen kena delete, terus entry ni dinobatkan jadi kawasan jajahan sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Nur. Tetiba je saya rasa saya salah masuk rumah. Pening-pening lalat sekejap. Tapi takpalah kita bagi laluan kat jiran sebelah skodeng habis-habisan. Lepas ni memang tak buat lagilah nampaknya! Hahaha....

      Delete
  21. pernah juga terjadi pada sy..tu yg leceh klu publish komen pakai hp..nak tekan publish cmna boleh tertekan delete..dah la malas nak check email..nasiblah klu terdelete.nasib baik takde jiran yg prihatin sgt dekat sy macam hubungan mak jilap dan MD.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata tu dah rabun, buatlah style orang rabun, Ni excited tak kena tempat, tak menyabar nak buka pc. Padanlah muka... Eh, padan muka saya ke padan muka jiran saya? Jiran saya cam happy je habis ditaramnya menjawab on behalf of Kak Ton!

      Delete

Post a Comment