Bahasa Rusia *_*

Salam Jumaat kawan-kawan!

Kak ti-ba za-wut?

Mi-ya za-wut 'MD'!

Horosho! ~_^

Yeah, yeah, I can speak Russian! Huhuhu.....

Tapi itulah aje yang I tahu. Selalu dengar Hubbydearie ajar superheroes sebelum ni. Apa maknanya? Pi lah google sendiri. Internetkan ada. Blogwalking pandai takkanlah google tak pandai ^_^ 

Nanti I tanya Hubbydearie yang lain-lain. Lepas tu bersamalah kita belajar Bahasa Rusia ya! 

Apa?

I tak layak jadi cikgu sebab tak speaking Rusia?

Oh, memperkecilkan niat I yang murni ya! Takpa, takpa... biar I sorang je yang belajar. You all dok senyap-senyap baca sambil tercengang, meleleh-leleh air liur ^_^

Kalau suatu hari yang indah nanti I dapat tulis entri dalam Bahasa Rusia, jangan jealous nangis-nangis bawah meja tau! Oh, bukan jealous apalah; jealous sebab tak faham apa si MD ni cerita! Kesian I tengoklah!

Honestly speaking, I tak berbahasa Uzbek apatahlagi Rusia. Bila I suruh Hubbydearie ajar, inilah dua point penting yang ditekankan oleh HD :

1. Belajar sendiri. You nak bercakap dengan siapa kat Malaysia ni?

2. You dah bertahun kerja dengan Jepun pun tak boleh cakap Jepun. Tengok drama Korea setiap malam pun, satu patah pun tak mahu belajar. Nak belajar Bahasa Rusia? Hahahaa...buat gelak I jerk!

Yang sebenarnya, apa yang tersirat dalam kata-kata sinis Hubbydearie ni ialah :-

Kalau you tahu cakap Rusia, habislah semua rahsia I. Nak mengumpat pun tak dapat!

I ni bab lain-lain boleh tahan terrornya tapi bab belajar bahasa ni memang amat malas. Takda improvement dari dulu sampai sekarang. Hari pertama I kerja dengan company Jepun, I dah berazam untuk mempelajari Bahasa Jepun. Buku, audio (masa tu internet tak famous lagi) semua dah siap beli. Sampai sekarang simpan elok-elok dalam almari. Ada tu plastik pun tak buka lagi! Nampak tak kemalasan yang tak dapat dibantu dalam diri I ni bila menyentuh bab belajar bahasa? 

Nampakkan... so  tak payahlah I stress bagai nak pengsan kat sini ^_^

Kalau Mami datang, lagilah huru-hara hidup I ya. I cakap English, Hubbydearie translate lepas tu Mami balas dalam bahasa Uzbek atau Rusia. Begitulah sebaliknya tapi tukang translate I ni bukan boleh percaya sangat. Kadang tu panjang ayat kita tapi bila dah kena translate tinggal 3,4 patah je. Lama dah I syak something 'fishy' di sini tapi I buat selamba tak pandai jelah. Eh, memang tak pandai pun!

Bila Mami nak balik, pesanan penajanya tetap sama :-

Ajarlah isteri dan anak-anak kau ini bahasa kita serba sedikit. Senanglah Mami nak berbual dengan mereka. Kalau tidak, susah Mami nak bercakap dengan cucu-cucu Mami yang keletah ni! 

(Eh, dah macam mak mentua Kasim Selamat pulak cara Mami bercakap nih! Sah MD tokok tambah sebab translator punya kerja jugalah!)

Oh, Mami ni..... cucu-cucu aje yang di'stress'kan! Menantu mithali tak suruh pun anaknya ajar bahasa sungguh-sungguh! Sudahlah anak lelaki buah hatinya ini suka mengelat.

Kalau mereka berdua berbual dalam kereta, I memang selalu rasa macam I tersalah naik kereta. Rancak okey mereka dua beranak berbual sambil gelak-gelak. Bila I mencelah tanya apa yang kelakar, inilah jawapan yang I dapat :-

Nanti! Takda kena mengena pun dengan you!

Tak ada apa-apalah. Kisah dulu-dulu masa kat kampung I!

Oiiiii.... berbulu je bila I mendengarnya! Maka I tak bertanya lagi. Lantaklah nak ketawa gelak-gelak dua beranak kat depan tu. I dengan superheroes di belakang gelak juga. Kita gelakkan Daddy dan Buvi-jon sebab kelakar je bunyinya bila mereka berborak dua beranak ^_^ (Yang sebenarnya kita tiga beranak tension sebab tak faham dan rasa macam berada kat Tashkent je walaupun dalam kereta sendiri di Malaysia je!)

But then, sungguhpun I tak pandai berbahasa Rusia, I tahu membezakan bila mereka bercakap dalam Uzbek mahupun Rusia. Dan sepatah dua perkataan tu pun I tahulah maknanya. Even tulisan cyrillic Rusia tu I boleh baca sikit-sikit ler sebabnya keyboard komputer Hubbydearie ada abjad cyrillic Rusia tu ^_^ Oh, bangganya I tau!

My superheroes pula Daddynya ajar sikit-sikit bahasa Rusia demi memudahkan perbualan. Plan kami memang nak ambil tutor untuk mereka belajar bahasa ni nanti selepas Abang betul-betul fasih berbahasa Mandarin.

Hubbydearie ada seorang kawan senegara di sini, a Korean Uzbek yang juga berkahwin dengan lelaki Melayu. Anak perempuannya yang setahun, dua lebih tua daripada Adik Cute can speak Russian okey! Once budak tu buka mulut bercakap dengan ibunya, ternganga mulut I! Dengan emak dia bercakap Rusia and dengan bapak dia berbahasa Melayu. Oh, I sangat jealous okey! I kerahkan Hubbydearie to make sure anak-anak I fasih bahasa Rusia supaya I senang nak tahu apa apa yang Hubbydearie cakap dengan kawan kawannya

Tiba-tiba I rasa 'shy' dalam diri sebab kat rumah I nanti, my Hubbydearie, my superheroes semuanya akan  bercakap lebih daripada dua bahasa tapi I je yang terkial-kial bangga dengan dua bahasa yang I pandai sangat tu!

Patutkah I buat azam tahun depan untuk belajar bahasa Rusia, Jepun dan Korea?

Oh, minta maaflah ya! I ni kan kalau nak buat sesuatu memang berlagak terror. Sekaligus nak belajar semua cuma entah bila dia nak buat bersungguh-sungguh tu tak tahulah lagi ^_^

Che-roy-la!

Erkkk...itu bahasa Uzbek maksudnya 'cantik' ya. Udah, udah, tak payah google cikgu dah bagi tau maksudnya ya, murid-murid sekolah tinggi-tinggi ni semua!















Comments

  1. Elehhhhhh setakat 4 perkataan....mak pun bolehlah.....hihi

    Ha'a Kak Ton...... kita pun rasa sebenarnya HD tu tak mau ajar awak sebab dia takut awak cepat terer hihi.... maklumlah bini dia kan clever sejak darjah 1.....
    Yelah....kalau OKje pun malu jugak tu....anak beranak terer banyak bahasa, mommy pulak seketul dua taunya..... Dah petang ni balik kerja jangan lupa pergi masuk tuition bahasa .....

    Kita kena tunjukkan orang Johor boleh!!! Hidup Johor! Hidup Johor! Eh? apa lak ni semangat Johor pulak tetiba? kehkehkeh



    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, Mak memang memanjang aje lebih clever daripada jiran. Takpa, jiran tabah ajelah mendengarnya. Jiran tak marah!

      Itulah sebab isteri mithalinya double clever bak kata Nurbijen, sebab itulah HD takut nak ajar semua!

      Mak, ada tak kelas tuition dekat-dekat situ? Bukan apa, senang nak cari jalan pi ngeteh dengan Mak! Hahaha....

      Erkkkk....Kak Ton pun tak tahu kenapa Mak bersemangat negeri kali nih! Kita ada lawan bola sepak lagi ke Mak?

      Delete
  2. Kenapa HD tak nak mulakan dari awal berbahasa Rusia/Uzbek dgn dua hero ye. Kakak rasa kalau dari awal dimulakan sekarang ni abang dan adik dan pandai tau MD. Macam bapak kakak kan cakap jawa dgn kak long dan abang akak so mereka pandai tau. Bahasa ni nak kena selalu. Macam kita ni dek selalu cakap melayu dan english ini ajelah yg kita tahu. Kakak ni pun mujur berbelas tahun ada bibik dpt juga catched-up bahasa jawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD tu cakap jelah, kak. Bila bab kerahan tenaga ni memang saya yang kena. Nasib baik saya tak pandai bahasa Rusia, kalau tidak memang dah mahir dah superheroes saya ni!

      Betul tu, kak. Bahasa kalau selalu praktik memang cepat pandai. Macam saya ni memang lemah sikit subjek ni. Tak tahu macam mana dulu boleh selalu dapat A. Nak salahkan cikgu macam tak patut pulak. Hahaha...

      Delete
  3. Korean Uzbek? belajar kak MD, nanti mak mertua bertambah sayang.kalau saya bab bahasa ni senang sikit pick up.pengalaman bertahun-tahun tengok hindustan, saya rasa saya boleh survive kalau gi Mumbai atau Delhi..hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, Sal. Di Uzbekistan ada bangsa Korea makanya kita panggil mereka Korean Uzbek!

      Ni niatnya nak belajar jugalah, Sal. Bukan sebab nak Mak mentua lagi sayang (susah nanti asyik nampak muka menantu jerk) tapi nak lebih kasih sayang dari suami dan anak-anak. Hahaha....

      Wah, pandai cakap Hindustan rupanya! Tak sia-sia tengok cerita Hindustan depan TV berpuluh kali.

      Delete
  4. belajar la MD...rugi wooo...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, liat sangat bila tiba bab bahasa ni. Bab lain bukan main laju lagi. Hahaha...

      Delete
  5. belajar la mana-mana bahasa pun tapi kena komited. jgn hari nie belajar esok dah tak nak dah cakap bahasa rusia, mcm Cik Iman belajar bahasa arab dulu, tapi pastu tak dah nak amalkan adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena praktik selalu. Kalau rajin bercakap memang pandai juga akhirnya. Suami saya macam tulah. Tapi saya ni tak sealiran dengannya. Malas sungguhlah bab bahasa nih!

      Delete
  6. kenap bila baca satu satu saya rasa macam nak terburai perut
    rasa macam menyebut benda lucah pula..hehe
    horosho tu apa? macam bunyi bahasa jepun ye juga tu

    kena belajar juga kot MD, untuk jangka masa oanjang =)
    mak saya pure melayu, kahwin dengan abah tetiba boleh cakap jawa
    janganlah berani mengumpat dia dalam jawa, kena smash nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang lucahnya tu, YY? Ni contoh student yang tak concentrate dalam kelas. Hahaha!

      Horosho tu bukan horror show ya. Jauh beza. Maknanya 'good'!

      Patutnya ada peluang memang kena belajar tapi entahlah. Dari dulu saya minat Jepun tapi sampai dah bertahun kerja dengan Jepun pun tak reti-reti nak belajar cakap macam depa tau!

      Delete
  7. thanks MD datang blog kita.. memng nak tunggu MD datang dulu baru balas balik tapi kalau lama sangat nak datang ler jugak.. .blogger paling dirindu.. esp bebelan nya yang panjang lebar tapi tetap di baca oleh CZ...
    ha.. akak ni satu bahasajer pandai MD... lagi teruk.. BI pun gagap2 gak ... ah nak buat camner yerk...
    cheroy tu macam bahasa orang utarajer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama nak terjah tapi tengok Cho macam menyepi je. Bila ada masa pi lah terjah. Dah lama tak sampai 'rumah' Cho, kan. Thankslah anyway Cho, dalam nak pecah kepala belajar, masih ada masa nak baca entri saya yang panjang tak reti nak stop nih!

      Eh, ya ke ni paling dirindui? Yabeda bedu! Happy nya saya.... Kalau boleh nak publish komen ni 21kali tau!

      Kalau tak pandai kena belajar, Cho. Kena rajin belajar. Hahaha... pandainya mengajar orang. Diri sendiri malas tak tahu nak kata dah!

      Delete
  8. u kena pujuk husband betul betul....nak pandai cakap Russia/ Uzbek pun, demi kepentingan nak berkomunikasi dgn mak dia...hahahaha

    so, your husband mmg fluent betul cakap Melayu?

    If i jadi u, i akan belajar bahasa russia..i akan gigih belajar, cikgu dah dalam rumah...hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ lainlah orang lelaki. Tak banyak komitmen rumahtangga. Hahaha...alasan memang banyak sungguh tau! Saya rasa macam nak belajar tapi mood tu tak mari-mari. Saya ni bab bahasa memang lemah sikit. Kalau saya rajin, rasanya Mandarin tu pun saya lagi cepat belajar berbanding Abang walaupun tak pi sekolah Cina.

      DZ gigih, saya ni gigil sikit nak belajar dah tua-tua ni. Hahaha!

      Delete
  9. bagus3x...boleh buat azam tahun baru tu MD.....caiyok2...moga maju jaya...sbnarnya byk untungnya faham pelbagai bhs nie.....akak ni pn bab2 bahasa mmg fill lah......tapi tgk Beby tu baru 1 sem blajar bhs mandrin dh berhabuk lwn ckp cina dgn jiran...terngangga akak tgk smpai meleleh air liur....sem dpn dia nk ambik korea plk.....adeh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat azam ke ni, kak? Entahlah.... tapi apa kata cuba pulak selepas berpuluh tahun katanya nak belajar bahasa. Hahaha...

      Kira anak akak cepat tangkap tu. Belajar satu sem dah pandai cakap Cina. Saya pun belajar satu sem juga tapi tau perkataan je, cakap takda habuk pun kak....

      Delete
  10. wah bestnya kalo boleh cakap bhasa mcam ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh cakap memang best. Ni ceritanya malas nak belajar :(

      Delete
  11. itulah kita dh tua2 ni nak belajar bahasa mmg berkarat sikit...sy ni english pun tak fasih,apatah lagi arab.bahasa al-quran n bahasa akhirat.huhu

    nak fasihkan anak dengan banyak bahasa ni kena mula dari baby..yg penting HD kena ada azam..klu setakat nak ajar gitu2 aja..gitu2 ajelah pandai berbahasa..ssh nti MD nak korek apa2 rahsia biula mami datang lalaysia.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni sebab saya malas bab belajar bahasa, saya hantar anak-anak supaya jangan jadi malas macam saya. Nasib baik dapat suami boleh cakap Rusia, kalau tidak memang saya ajar anak-anak BM dan BI ajelah nampak gayanya!

      Delete
  12. Gigih lagi MD, u kena tunjukkan kesungguhang nak belajar bahse rusia dan uzbek tu. Kalo i setiap benda yng i pegang, i akan tanya dia,. Contohnya i pegang sudu, i tanya, ni dlm bahse rusia dipanggil apa? Mula2 kayakan vocab dulu. Pastu baru le buat ayat. kehkeh. lagi skali aku berlagak pandai dalam memberi pendapat. Hahahaha.. Maafkanlah daku ye. Akhir kalam... chaiyok chaiyok MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lyd, macam tu lah HD belajar bahasa Inggeris di negaranya dulu. Sekarang kalau bercakap main slang ikut suka makpak tau!

      Anak-anak pun gitu kekdahnya. Satu-satu belajar perkataan daripada Daddynya. Mommy jangan ajarlah. Kalau tidak, pening kepala Daddy sebab Mommy terlebih terror!

      Delete
  13. Jadan, dva, tri, cetri.. cer tanya ur husband dia tau tak apa dia ni? hahahaha ini bukan bahasa Russia tapi bosnia yang bunyi seakan sama, tapi I pun ini jer la yang tau. Haru hidup kan.. mcam I ni dah la nak kena belajar bahsa Jerman,, nak jugak belajar bahasa bosnia jugak.. aishh huru hara last last satu apa pun tak dak. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti I tanya kalau I tak silap sebutlah. Kalau I tersilap sebut, opkos HD tak faham. Eh, tapi Bahasa Uzbek dengan Turki pun lebih kurangkan....

      At least, you kuat juga semangat belajar Bahasa Jerman. Ni mentang-mentanglah dok kat negara sendiri boleh sesuka hati cakap BM/BI langsunglah takda inisiatif nak belajar bahasa ibunda suami tercinta.

      Okey, sebelum I mengeluh lebih baik I stop komen dulu ^_^

      Delete
  14. Sabar ajelah.. saya taip panjang tadi tapi dikatakan conflict in apa tah..hilang semua.. ini betul2 hilang, tak tipu..

    Pendekkan komen tadi, seronok kalau orang tak faham bahasa yang kita cakap tu.. haha.. rasanya itu salah satu sebab HD tak nak ajar sangat bahasa Rusia dan Uzbek..

    Eh, Ajerbaijan tu dekat ke dengan uzbek?ada sedara saya yang transfer ke sana, anak2 pun bawa sekali.. agaknya balik nanti anaknya tahu bahasa Ajerbaijan la.. apa bahasa pun saha tak tahu..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau orang tak faham, kita lagi suka. Macam kawan saya, suami isteri boleh berbahasa Jepun. Makanya bila ada 'konflik' di rumah keluarga mereka, tak mahu orang tahu apa pendapat mereka, mereka cakap Jepun jek suami isteri.

      HD dulu pun sama. Pernah naik teksi dengan kawannya. Lepas tu teksi driver dok cakap apa ntah, lantas terus HD speaking Melayu.... Tergamam drebar teksi tu ^_^

      Azerbaijan pun NIS Countries macam Uzbek. Tapi Uzbekistan under Western Asia and Azerbaijan pulak kalau tak silap under European kot! Bahasa mereka berbeza tapi mereka share satu persamaan- since both pun ex Soviet Union makanya bolehlah berspeaking Russian ^_^

      Delete
  15. mnarik kan.
    ala pujuk pujuk la hd soh buat kelas malm utk mommy n anak anaknya.

    tak tahan sungguh sedas aje hd bagi ke mommy.. kalau la mommy blh kuasai bhas korea n jepun tu comfirm hd ajarkan mommy secepat yg boleh kan. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD ni memang macam tu. Ini pun saya banyak kali suruh ajar anak-anak cepat sikit. Jangan bila budak-budak dah besar baru nak ajar. Rugikan bapaknya boleh cakap anak-anak tak boleh!

      Delete
  16. Hihi.. tu la kan MD .. cubalah belajar.. lps ni HD xleh lagi nak cko lebih2 .. tp bhs paling senang.. hindustan.. hahah.. peminat citer ni at least mesti tahu jugak translate sikit2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu selalu juga tertengok cerita Hindustan sebab kakak-kakak minat bangat. Satu patah pun tak pandai cakap juga! Senang cerita memang bab bahasa ni saya lembap ya amat!

      Delete
  17. 2. You dah bertahun kerja dengan Jepun pun tak boleh cakap Jepun. Tengok drama Korea setiap malam pun, satu patah pun tak mahu belajar. ~ ok saya gelak guling2 macam filem hindustan...ahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bab bahasa ni memang lemah banyaklah. Saya pemalas sebenarnya. Kalau tidak dah tentu berlawan cakap dengan HD pelbagai bahasa. Anak-anak pun kalau dengar mahu pening!

      Delete
  18. Pernah juga berangan nak dok speaking Rusia dengan HD in public. For sure glamor je. Hahaha...

    Macam kawan sayalah, suami isteri boleh berbahasa Jepun. Kalau ada masalah dengan keluarga, mereka speaking Jepun berdua. Sure tension seluruh family yang lain sebab tak faham!

    ReplyDelete
  19. klu saya jadi MD , saya akan belajar bhs rusia , uzbek dan jepun . saya mmg x blh bila org perlekehkan saya sampai thp gitu ... bhs jepun blh belajar perlahan2 dgn rakan sekerja kan ... saya ada kwn buat phd di rusia tapi rasanya x tahu kot bhs russia ... heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ceritanya. Saya ni bab bahasa memang lembab sikit. Malas sebenarnya so tanggunglah kerugian itu! Ingat nak belajar jugalah tapi kalau buat azam ni, mahu tak menjadi juga. Azam nak belajar bahasa Jepun since 10 tahun lepas pun tak terbuat sampai la ni ^_^

      Delete

Post a Comment