Selamat Datang Jun ^_^

Salam kawan-kawan!

Apa khabo? Baik-baik semuanya? Cuti sekolah panjang macam ni tentulah happy walaupun tak pegang title pelajar lagi ^_^

Sepatutnya entri ni keluar semalam tapi Kak Ton cuti semalam sempena cuti sekolah ~_^ Eh, kalau bukan sempena cuti sekolah pun sempena Dayak Festival katanya... Entah apa yang membabitkan ah kak untuk menyambutnya pun tak tahulah! Suka-suka hati aje nak menghabiskan cuti yang tinggal secoet tu!


Sekejap aje ya dah sampai bulan Jun. Bulan ni istimewa sikit buat Kak Ton. Bulan kelahiran Kak Ton ni ^_^ Bulan Kak Ton bertambah angka usianya tapi semakin susut nilai. Bulan Kak Ton kena renew lesen memandu juga. Eh, Hari Abah Bapa bila yerk? Hari Ahad minggu ketiga bulan Junkan? Oh, bertanya macamlah nak menyambutnya! Tau ajelah keluarga Kak Ton ni, kalau boleh kata Hubbydearie semua hari tak payah sambut sebab sepanjang 365 setahun kita menyambutnya.... 

HD biasalah suka beri kata dua. Nak sambut hari istimewa sehari sepanjang tahun ke atau tiap-tiap hari selama 365 hari setahun? Makanya Kak Ton terpaksa akur walau kadang-kala Kak Ton 'melawan' juga *_*

Cuti sekolah yang baru bermula dah pun Kak Ton susun jadualnya. Nanti kita tengoklah entri apa yang keluar. Kalau Kak Ton tak sibuk, setiap hari pun ada turun naik roller coaster, don't you worry, bebeh  @_@

Target Kak Ton nak buat 30 entri di bulan Mei pun dah punah-ranah. Bukan sebab kekeringan idea tapi Kak Ton tak dan nak mengejar masa menaip entri. Kalau ikutkan idea, lebih 30 ada dalam kepala tapi apakan daya. Sehebat mana sekali pun Kak Ton mengolah entri merapu dalam entri kalau kata-Nya tak bisa, tak bisalah jawabnya....

Takpa, Kak Ton tak susah hati pun. Bulan ni kita cuba lagi. Kalau 3 bulan berturut-turut Kak Ton nak mencuba tapi tak daya juga, makanya Kak Ton ambil langkah selamat dengan tidak menetapkan target lagi ~_^

Dan kepada semua pengomen tegar Kak Ton, terima kasih banyak atas kerajinan you all 'melawan' Kak Ton mengomel yerk. Jangan bimbang, lama lagi baru pengomen semua dapat menandingi Kak Ton dalam hal berbicara merapu macam ni. Keep trying yerk! Manalah tau Kak Ton tetiba bermurah hati lagi tapi macam biasalah tahun berikut baru sampai souvenir *_* 

Okeylah, izinkan Kak Ton mengundur diri dulu! (Errkk...erkkk...erkk..... tulis cerpen ke?) Nanti-nanti kita up lagi entri baru yerk ^_^




Comments

  1. sekejap aje amsa berlalu dah masuk Jun rupanyaaa. Ihiksss. Jangan lupa 12JUN birthday Nani. Hahahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..potong stim betullah. Ada je pulak yang sambut hari ulang tahun bulan yang sama.... Okeylah, nanti akak pi wish kalau ada entri di hari yang indah itu, ya Nani ~_^

      Delete
  2. Bila hari lahir MD tu..
    Ucapan awal2 lah buat MD..
    "Selamat Hari Lahir, semoga umur diberkati Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik ye MD"
    Keep on MD untuk mencapai target 30 entri tu...
    InshaAllah boleh tu :)
    Cari gambar kat folder tu.. buat lah entri..
    Macam MD kata pada jiran MD tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung bulan Jun, CH tapi biasalah terover excitednya mengalahkan Adik Cute nak sambut birthday!

      Terima kasihlah CH untuk ucapan in advance ni....

      Hahaha...saya tak boleh guna gambar dalam folder jerk, CH. Saya ni tak pernah buntu idea. Kalau takda tulisan ala-ala novel, saya yang meroyan nanti idea tak lepas keluar dari kepala ke blog!

      Delete
  3. nak ucap awal2..selamat menambah angka ..selamat hari lahir MD..en,suami acik semalam..1jun..
    hari ni kan..n3 MD kan..lansung tak de gambar superheroes..selit2 pun tak de he he..rasa macam dah lama pulak tak tengok gambar adik abang tu..naasib ada kat header

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Acik... datang mai baliklah buat ucapan pada 29 June nanti *_* Masa tulah best saya buat satu entri bermaharajalela panjangnya sempena menyambut tarikh lahir yang ke dot,dot ~_^

      Oh, kali ni nak cepat publish sampai tak sempat nak keluar gambar superheroes. Macam takda kena mengena pulak gambar mereka nak tempek dengan entri ni. Nanti lepas-lepas ni kita letak banyak-banyak yerk *_*

      Delete
  4. HD tu lebih kurang abanglah MD. Kakak tak pernah pun sambut itu-ini tapi dek kerana anak-anak biasa abang akan mengalah. Apa lagi anak perempuan apa pun date dia ingat aje. So... tunggulah dua hero MD itu besar sikit pasti apa pun special days akan dgn 'terpaksa rela hati" akan disambut juga walau setakat makan-makan aje pun biasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya pun saya yang over, kak... Kalau ikutkan HD semua tak perlu disambut. Ikut kalendar Islam jerk yang penting, macam nak menyambut kedatangan Ramadhan katanya....

      Hari-hari penting hidup sayalah paling sadis. Sebab mereka buat derk jerk. Dah Daddynya buat tak kisah, anak-anak apalah upaya nak buat macamana. Setakat dapat kad ucapan ajelah. Nak beli apa-apa tak mampu katanya, takda duit. Duit poket tak cukup kalau nak ikutkan kemahuan Mommy. Hahaha!

      Delete
  5. Dah macam entri cover untuk sebulan dah ni hahaha... samelah saya pun, idea menchanak2, tapi nak menghadapnye tu yg terjejas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kiranya paling pendeklah. Kalau entri yang tak berfokus macam selalu, waduh... pengsan nak baca. Memang kena skip je sampai ayat yang terakhir gitu ~_^

      Itulah kekangan masa yang buat tak dan nak menulis entri hari-hari. Setakat idea tu, masih banyak lagi dalam kepala *_*

      Delete
  6. Mentang mentanglah bulan ni bulan kelahiran dia katanya....awal awal dah siap itinery yeh! Patutlah HD ckp sambutan sepanjang tahun.

    Eleh.....mengalahkan orang cuti banyak je gayanya...sikit sikit cuti....

    Cuti sekolah mmg best pun Kak Ton, tak yah mak berpanas nak ambik budak sekolah tau.....perit tau kulit muka, bertambah tau jeragat kat muka ni, kak Ton lainlah..... duk ekon...




    ReplyDelete
    Replies
    1. Alalalala... Mak jealouslah tu tak dapat apply cuti macam orang bekerja. Mak tu hari-hari pun cuti. Entah apa sibuk kat rumah, Kak Ton tak tahulah. Kalau Kak Ton ni dihantar buat kerjarumah, split second dah siaplah, Mak....

      Itinerary cuti sekolah Kak Ton ni takdalah padat mana pun. Main mimpi-mimpi lepas tu kita pergi terjah. Senang cerita....

      Mak.... hari Jumaat ni Kak Ton mengcutikan diri lagi ya, Mak.... Janganlah rindu bangat sampai ketahuan. Malulah :)

      Delete
  7. Semoga berjaya capai target 30 entri dalam sebulan..
    Tapi kalau tak capai pun, tak pe la kan, asalkan ada update..
    Hihi.. nanti tak terkejar plak ira nk membaca nya.. sekarang ni pun da ketinggalan.. hahaha..
    Apa2 pun.. ira seronok baca entri MD.
    Birthday bulan jun ye..
    Nak wish dulu..
    Happy Birthday.. semoga panjang umur, dimurahkan dan diluaskan rezeki, semoga diberi kesihatan yang baik, semoga gembira disamping keluarga, semoga bahagia dunia akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tengah berusahalah, Ira. Apatah lagi kena dare oleh seseorang. Lagi teruja semangat nak menaip entri banyak-banyak. Ayok, pengsanlah geng semua kalau datang membaca. Mahu ada yang lari tahun depan baru datang lagi *_*

      Eh, tak payah susah hati mengejar entri saya! Kesian... saya tahu betapa sukarnya baca senafas entri-entri saya ni *_* Mana yang dapat ajelahkan....

      Oh, terima kasih banyak *rasamacamAngelinaJoliepulakdah*

      Nanti June 29 datang lagi yerk *_*

      Delete
  8. jun bulan kelahiran u rupanya MD
    tapi lambat lagi dengar cite nyer...over excited ler tu =)
    takpe...kasi can...

    yeke hari abah minggu ke 3, tak tahulah plak
    maleh ambik tahu...hehe.
    kang beria nak celebrate dia kata membazir plak...

    wah...baguih cite2 tu. moga tercapai ye. saya surrender dah
    tapi pernah tiga bulan in a raw berjaya buat...hehe
    boleh lawan ke? cam tak boleh aje...hehe
    i dare u! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu... kitakan walaupun sebaya tapi sebenarnya saya lebih muda kalau ikut bulan (jangan ikut tahunlah) *_*

      Hahaha....Jun baru bermula tapi ulangtahun kita yang ke dotdot tu akhir bulan nanti. Senang cerita lepas dapat gaji, dalam bulan puasa lagi. Memang tak merasalah nak makan kek gamaknya!

      Eh, yalah.... 21 Jun katanya. Tapi kita tak sambut-sambut Hari Abah, Hari Mak-mak ni kan... kan...kan... (saya tak sambut, awak tak payahlah sambut juga YY....)

      Oh, nyampah dengar dah pernah berjaya buat 30 entri sebulan selama 3 bulan. Oh, nyampahnya... nyampahnya...Awat aircond pejabat ni tadi sejuk tetiba panas membahang nih.....

      Delete
    2. tadi rasa nak jealous juga dengan nama cik kiah...bergetah
      (eee...uweekkk, loya tekak perkataan bergetah tu)
      tapi dia jealous juga ni, tak jadi nak jealous pasal nama tu...wahaha

      Delete
    3. Eh, haruslah nak muntah dah namanya bergetah! Yang suruh makan getah tu sampai loya watpa! Kita suruh baca jerk lepas tu puih ke lantai gitu.

      Tak baik tau jealous menjealous sesama insan. Ramadhan dah nak dekat. Buat baiklah selalu...nanti tak pasal-pasal kena hantar kad raya minta ampun minta maaf dari hujung rambut sampai celah kaki tau!

      Okeylah, Cik Kiah bergetah nak pi jenjalan blogwalking sekarang! Nak pi rumah hantu jap lagi kalau sempat!

      Delete
  9. selamat hari jadi in advance..disebabkan tarikh tak sama, tak dapatlah special entry macam hakak mertuaku..
    semoga tercapai impian satu hari satu entry!nak try gak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sayang Dik Sal! (ala-ala Adik Cute cakap bila marah kat Mommylah tu...)

      Alaaa...janganlah ucap cepat sangat. Nanti June 29 datanglah rumah. Kita jamu alam maya jerklah sebab bulan puasa ~_^

      Delete
  10. Kejap je masa berlalu.....dah jun.....jap g pose..pas tu raya.....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu tau-tau dah hujung tahun balik. Haru-biru rasanya. Nasib baik tak pasang azam. Kalau tidak, memang hancur leburlah jawabnya ^_^

      Delete
  11. Erm tak lagi dah nak puasa. Sekejap jer kan. Sat2 lagi dah nak thn baru..
    berganjak lagi umur ku. huaaaahhhhaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lyn. Cepat betullah masa berlalu. Rasa macam baru semalam sibuk nak raya tetiba dah nak masuk puasa balik. Lepas tu nak raya balik. Lepas tu Krismas, lepas tu tahun baru sekali lagi. Harapnya walaupun umur berkurangan kita masih lagi diberi peluang bernafas di dunia ini tahun depan *_*

      Delete
  12. hai dah surrender. nak letak target?haha target tu penting..Capai tak Capai lain cerita kak ton.huhu

    happy birthday in advance buat kak ton..Jun ni bulan annivesary kita ok..tp encik Kutu macam HD la tak kuasa nak menyambutnya.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mana ada surrender! Tak nampak ke betapa rajinnya kita sejak bulan Jun ni. Itu tandanya InsyaAllah, tercapailah target bulan ini, bulan kelahiran. Hahaha....

      Alahai, janganlah ucap dulu bakal besan! Tunggulah hujung bulan nanti. Sebab musabab beritahu cepat ni sebab nak suruh buat tabungan untuk hadiah kita. Apalah depa ni semua...motif yang penting macam ni depa tak perasan! Ish, Ish, Ish.....

      Delete
  13. Kalau bulan kelahiran ada banyakla entry boleh tulis nanti.. sambutan dgn anak2 dan suami mcm mana, hadiah yg dapat apa, ucapan sempena lebih tua apa pulak.. haha.. insyaAllah boleh 30 entry bulan ni..

    Meh nk ucap happy besday siap2.. kot2 lepas ni rajin menamda paper exm tu taklah terlupa nak bg ucapan ni. Moga makin sihat, ceria dan bahagia bersama insan tersayang.. of course umo ialah angka saja, .. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..bab sambutan tu no komenlah, AN. Bak kata saya, HD ni bukan suka sambut-menyambut harijadi ni. Kalau tidak, dah lama saya buat sambutan harijadi anak-anak ikut tema tertentu setiap tahun! Yalah, tak elok juga di sisi agama tiup lilin ke apa nikan...

      Alahai, janganlah macam tu! Nantilah tunggu hujung bulan ni barulah ucap. Tak seronoklah macam ni :)

      Tapi apa-apa pun, terima kasih banyak atas ucapan in advance tu yerk ~_^

      Delete
  14. sambut bulan puasa lagi la kan tahun ni

    sekejap je kan.. rania pin bln ni dah nak masuk 10 bulan 10/6/2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Ciksu. Dah dua tahun harijadi jatuh dalam bulan puasa. Kiranya beberapa tahun berturut-turutlah macam ni. Jimat kos. Bulan puasa bukan boleh makan banyak sangat!

      Sekejap aje dah besarkan. Lagi dua bulan dah setahun si Rania. Seronokkan Ciksu melayan anak ni ^_^

      Delete
  15. Kejap jer dah june kan. Cepat betul masa berlalu. Kita ni lately pon jarang update blog. Apa lagi nak jalan2 kat blog kawan2. Tu yg selalu buat komen maratghon kat blog MD ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, Fiza. Adakalanya memang tak sempat nak datang setiap hari. Komen marathon pun boleh juga. Saya pun selalu buat begitu gak *_*

      Delete
  16. bila lah tu birthday dia ... betullah semakin tambah usia semakin susut nila tapi semakin berharga pada anak2 dan suami . tu kena percaya ya kak ton ... saya pun dah x nak target dah . ada je yg buat plan saya tergelincir ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bukan makin bertambah pun usia, makin berkurangan adalahkan...

      Itulah sebab kena live life to the fullest bak kata omputih. Tapi dalam masa yang sama, jangan dilupa yang kita ni makin berusia. Beramallah selalu ~_^

      Oh, end of this month! Lagi tepat - 29 Jun ~_^

      Delete

Post a Comment