Today is the day... my birthday ~_^

Salam 12 Ramadhan kawan-kawan!

Hmmm.. begitulah alkisahnya... 

Hari ini bertahun-tahun sudah, my emak melahirkan I ke dunia ini, nun di Batu Pahat sana ~_^ Comel aje budaknya; dari bayi sampailah dewasa bertahan kecomelannya. La ni sejak jadi emak budak, tak tahulah ada lagi bersisa comelnya ke tidak ~_^

Sumber dari pokcik Google

Oh, memang I perasan! Macamlah tak tahu lagikan. Maka dengan itu, biarlah I ucap selamat ulang tahun kepada diri sendiri yang dah besar panjang, yang dah makin kurang umur dan susut nilainya... Sungguhpun begitu, I tetap gembira kerana hidup terasa lengkap dengan kehadiran suami dan anak-anak ~_^

Kalau tahun lalu, hari lahir I jatuh pada 1 Ramadhan, maka tahun ini jatuh pada 12 Ramadhan pulak. Silap haribulan, kalau dipanjangkan umur InsyaAllah, tahun hadapan pun jatuh dalam bulan puasa lagi tapi makin nak dekat rayalah ~_^

Makanya, macam selalu, tiadalah sambutan gempak ke apa. I memang low profile tak mengharapkan apa-apa dari sesiapa pun. Kalau ada, I senyum gembira. Kalau tiada, I okey sahaja ~_^

Lagi pun knowing my husband, memang kami suami isteri ni kalau ada hati nak menghadiahkan sesuatu kepada pasangan, memang tak tunggu sampai harijadi, hari ulangtahun perkahwinan mahupun hari apa-apalah. Nak bagi, beli dan bagi. Tak kiralah hari itu jatuh hari Krismas ke, Wesak ke, Deepavali ke, Hari Ibu tapi bapa yang dapat hadiah, Hari Guru, Hari Wargatua dan sebagainya ~_^

Hari-hari adalah hari berkasih-sayang katanya.... 

Tapi sekurang-kurangnyalahkan ucapan tu biarlah datang tepat pada harinya. Ya tak? Kalau dah wish pun main bantai bila-bila nak wish, lagilah haru rasanya... Oh, haru jugalah! Pandai jugalah terasa *_*

Tahun ni, yang rasa kelakar sebab Hubbydearie wish me dua hari terawal! Bukannya HD tak tahu bila my ulang tahun. Itu yang buat kelakar rasanya. Hari Jumaat lepas, masuk aje pukul 12 tengahmalam tetiba HD nak berjanji-manis dengan I sambil ucap selamat ulangtahun! I pun selamba aje jawab dalam mengantuk,

Not today, Dear! Earlier than my actual date!

Aku maafkan kamu.... Kah!

Semalam pun I tidur awal sebab penat membasuh di rumah my sister dan tolong angkat air kerana air takda! Pagi tadi bila bangun sahur I pun komplenlah kenapa  takda orang pun (orang di sini merujuk kepada HDlah...) wish me happy birthday! Kata HD, tepat pukul 12 tengah malam dah ucap selamat ulang tahun buat I. Takkanlah I tak sedar!

Yalah, isteri mithali ni kalau dah tidur, memang tak sedar apa. Kalau nak suruh I sedar, haruslah kejut sampai I menyahut. Kalau tidak, jangan haraplah I tahu apa berlaku! 

Sebab sekali lagi jatuh bulan puasa, takdalah nak potong kek bagai. Lagipun Mami ada di rumah. Malaslah nak nampak-nampak sangat ada jamuan makan-makan sempena harijadi. Ke patut kami makan-makan kemudian, sekali harung dengan HD pada bulan Ogos nanti? 

And by the way.... tarikh lahir Mami pulak jatuh pada 28hb Jun!

Manalah menantu Melesya dan mak mertua tak ngamkan.... selang sehari je lahirnya walaupun jauh berbeza  tahun ~_^

Dah cepat-cepat ucap selamat ulang tahun buat I, kalau tak, I merajuk nanti! Kena ingat, I ni kan kuat perasan dan kuat dilanda perasaan ~_^





Comments

  1. SELAMAT HARI JADI MD!
    moga panjang umur and murah rezeki ye
    sebab low profile or sebab HD tak mau buat celebration...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, YY. Jangan ditanya umur, muda sepanjang hayat ~_^

      Dua-dualah senang cerita. Kata HD boleh aje nak beli kek buat berbuka. Nanti kalau Mami nampak kek, nak kata apa? Tetiba aje berbuka teringin nak makan kek ke? Tak kuasalah den yang menimbulkan konflik dalam jiwa raga :)

      Delete
  2. Haip.. happy birthday to you
    Happy birthday happy birthday
    Happy birthday to you

    Cukup? Haha.. itu ayat anak2 saya kalau diorang menyanyi lagu birthday ni.. selagi tak suruh stop maka bergemalah nyanyian ni selama yg diorang larat.

    Makan best2 kot malam ni dengan mami tu.. ehe.. dah besday dekat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, AN. Wah, terharu rasanya ~_^ Kalau tanya memanglah nak suruh nyanyi sampai ke petang nanti tapi takut kering pulak tekak dahlah berpuasa, ya tak?

      Air takda lagilah, AN. Memang kena belilah nampaknya tapi tidak di PARAM ~_^ Silap haribulan lepas berbuka kena berkelana cari tempat nak mandi lagi sambil-sambil nangis sedih kena basuh pakaian!

      Delete
  3. hahaha selamat hari lahir MD..yg beberapa tahun entah!hahaha..

    mami pun memang jenis tak sambut besday ye MD..oklah tu bulan puasa nk sambutan makan2 apa..masak je special sikit nti buka konon untuk sambut hari lahir diri sendiri.tapi bertapis la kan untuk buka ni..bukan sebab harijadi.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, PK. Kalaulah suami den pandai melukis macam awak, tentu dari semalam dah dapat kad birthday. Tapikan...Mami pun HD tak ucap selamat ulangtahun. Mereka tak biasalah nak wish-wish birthday ni.

      Nak masak takda air. Nak beli, tak tahu apa nak makan. Nak makan di luar, bulan-bulan puasa tanpa booking ni malasnya alahai nak mencuba nasib!

      Tengoklah apa yang dapat. Kalau tak dapat makan kek hari ni, kita makan sekaligus bulan Ogos nanti ~_^

      Delete
  4. selamat hari lahir kak.... ye kak, lieya percaya masih ade sisa2 comel tuuu....tapi skit jek laa kot sbb yg byknye comel akak tu si abang ngan adik dah ambil hehheehehehehe...moga panjang umur dan dimurahkan rezeki kak yeak.....ape hadiah incik suami bagi...ade candle light dinner dak?...auwwwwwww....

    kak, boleh buat triple celebration tu kak....dgn besdei akak, besdey mami...dan coming soon besdei incik suami heheeheh jimat potong satu kek ajek ekekekeekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lieya. Hahaha...bab comel tu memanglah tak comel macam masa baby-baby dulu! Hahaha...

      Memanglah takda candle light dinner, Lieya dah mak mertua akak ada di sini. Harijadi Mami semalam tapi tak wish dan tak sambut pun sebab bukan trend mereka sekeluarga. So, akak pun rasanya kena diam-diam ajelah. Dapat ucapan pun dah bagus. Nantilah kita sekali harung makan kek bulan Ogos nanti :)

      Delete
  5. Selamat Hari Jadi! Felicidades! Sanah Helwah! Janam din mubarak hei!

    4 bahasa cukup lah ek..semoga panjang umur, murah rezeki, dapat tambah anak lagi (kalau gegurl mesti lagi cute) dan diberkati Allah dunia dan akhirat. Lebiu so much! ewah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, terharu akak rasanya, Sal! Ini kali pertama dapat wish sampai empat bahasa! Tak complete lagi tau kalau takda bahasa Uzbek/Rusia *_*

      Apa-apa pun terima kasih banyak ya, Sal. Terubat luka di hati. Eh, tetiba.... Hahaha!

      Oh, bab tambah ahli keluarga tu tidaklah nampaknya! Takda gegirl pun takpalah, akak redha dah ni ~_^

      Delete
    2. manalah saya tahu bahasa Uzbek cmane..eh kak, yang pasal baby girl tu jangan amik serius plak, kang tersentuh hati di hari jadi..abis la buvijon marah I buat menantu kesayangan kecik ati

      Delete
    3. Oh, yang itu jangan bimbang! Manalah sempat nak terasa hati kalau tengok asyik reply komen. Hehehe...

      Delete
  6. Selamat hari ulangtahun kehiran, MD.

    Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, iman yang kukuh serta rasa kasih sesama insan yang tidak berpenghujung... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak, Kakcik!

      Moga-moga Allah mendengar ucapan dari Kakcik ni. Moga dikurniakan saya semualah ya :)

      Delete
  7. alhamdulillah
    selamat ulang tahun mommy
    saya doakan mommy sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik,dimurahkan rezeki dan senfiasa di bawah lindunganNya.aamiin

    xpa buat makan makan utk anak beranak pon ok gak mommy. buat sekali harung semua. comfirm meriah (;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ciksu!

      Harap-harap air dah adalah, Ciksu.Boleh main masak-masak. Tekak memang dah tak boleh terima makanan PARAM lagilah, Ciksu. Dah tua setahun... Hehehe!

      Delete
  8. Selamat hari lahir MD... biarlah awal kan asalkan dia ingat. ?. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Maria! Nasib baik ingatkan. Kalau tak ingat, lagilah haru-biru di pagi hening gitu ~_^

      Delete
  9. Selamat Hari Lahir buat MD and your MIL..
    Moga sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian..
    Buat sekali harung senang.. sekali je penatnya.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Aiza! Fikirnya begitulah. Sebenarnya nak juga beli kek tapi itulah tak sedap nanti kalau mak mertua tertanya-tanya kenapa makan kek hari ni. Buatnya tahu hari ni harijadi lagilah susah nanti :) Birthdaynya anak tak cakap apa pun :)

      Delete
  10. Happy birthday!

    Betul2... Nak kasi hadiah, bila2 pun boleh. Tapi... Ucapan birthday ke, anniversary Ke, kena bagi tepat pada waktunya. Baru rasa lebihhhhh dihargai.

    I ni... Biasa jadi penerima hadiah. Kikiki. Bukan la apa... Tatau nak kasi apa. Blanja makan je la selalu. Kikikik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Ida!

      Itulah biasanya kalau nak bagi hadiah tak menyempat nak tunggu hari-hari penting. Beli aje terus bagi. Nak simpan memang berdebar-debar hati nak simpan rahsia. Hahaha....

      Bab tersilap tarikh tu takpalah. Berapa tahun sekalikan. Kalau dah tiap-tiap tahun silap, something wrong somewherelah tu *_*

      Delete
  11. Happy birthday si comel MD...
    Walau MD tak pernah letak gambar kat blog, tapi kalau tgk pada abang dan adik, dah tahu acuannya mesti bertambah tambah comel...

    Patut ada kek tu MD... boleh tiup lilin sekali dgn MIL.... mesti bertambah tambah sayang MIL kat menantu melesya dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Nur!

      Kalau kata comel tu, semua pun membayangkan yang comel-comel ajelah yerk ~_^ Oh, tak boleh letak lilin, tiup kek bagai. Mami sekeluarga tak main sambutan-sambutan ulangtahun ni. So, kita sambut dalam hati ajelah...

      Delete
  12. Semalam dapat cup cakes aje, Diana *_* Nak beli kek besar takut perasan pulak ada sambutan harijadi. Itu pun Abang beberapa kali nyanyi lagu harijadi dalam versi English & Mandarin sambil cium pipi 28kali. Nasib baiklah Mami tak perasan sebab semalam kami makan besar, my abang ipar belanja iftar ~_^

    ReplyDelete
  13. Assalam MD..
    Happy Belated Birthday..
    Sorry lmbt wish..
    Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat dan ceria selalu..
    MD jgn merajuk lama2 ye.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Ira!

      Terima kasih banyak. Takpalah kalau terlambat pun janji berucap ~_^

      Oh, tak merajuk pun! Saja nak 'sergah' kawan-kawan alam maya@_@

      Delete
  14. Happy Belated Birthday kak. Terlewat pulak wish. Hehehhe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Nani. Biasalah kalau terlewat tu. Akak sendiri pun selalu je wish orang lambat :) Hehehe...

      Delete
  15. hepy besday MD!!!!!

    moga terus sentiasa kekal bahagia, gembira dan ceria sampai bila2, diberi kesihatan yang baik berpanjangan, sentiasa dalam redha Ilahi, dimurahkan rezeki yang banyak, dipermudah segala urusan, dan kekal berkasih sayang bersama yang tersayang sampaiiiiii syurga amin amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kira!

      Alhamdulillah! Semoga apa yang ada sekarang terus berkekalan selagi hidup di muka bumi dan semoga bertambah-tambah murah rezeki dan dipermudahkan kehidupan :) Amiinnn!

      Delete
  16. Happy belated birthday sis..
    semoga pjg umur & murah rezeki..

    ps : sudah2 lah low profile tuh.. tayang muka skit.. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Lyn!

      Oh, bab low profile ni memang suka betullah *_*

      Sebenarnya memang ada perjanjian termenterai masa mula-mula nak menulis blog dulu. Itu yang kena patuh ~_^

      Delete
  17. Selamat hari jadi untuk MD yang baik hati.. sorry lambat mengucapkannyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, Cho. Dah ucap selamat pun dah okey. Senyum aje saya nih *_*

      Delete
  18. Happy belated birthday MD. Smoga dipanjangkan umur. Dimurahkan rezeki. Diberi kesihatan yang baik dan berbahagia selalu.

    Pssttt...yg ke berapa ni? ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fiza. Tetiba terasa diriku dihargai! Kah3x.

      Alaa... macam biasalah, umur memang maintain tak gerak-gerak kat 21 ~_^

      Delete
  19. Sahabat alamayaku,
    Selamat Hari Lahir buat mu,
    Doaku dari jauh, moga kau sentiasa dilimpahi rahmat Allah,
    diberkati usia yang selebihnya, diberikan kesihatan yang baik dan tentunya.....
    diberikan kegembiraan dalam melayari bahtera bersama suami dan anak anak....

    Ya, mungkin aku terlewat mengucapkannya...... tapi aku pasti akan mengucapkannya.....
    Kerana apa?
    Kerana aku baru tau hari jadimu hari ini hahaha.....

    Sahabat,
    Walaupun perkenalan kita atas tiket perkenalan di angin lalu,
    Tapi aku seolah olah sudah mengenalimu sejak seribu tahun dulu....
    Aku seolah olah sudah mampu memotretkan wajahmu diatas awan Nano sana....
    Bicaramu, keletahmu, usikan mu juga buat aku rindu untuk kudengari....

    Sahabat.... simpanlah wajahmu semahumu, moga kau akan puas
    Selamat Hari lahir Sahabat!

    Pergh!!! berpeluh mak buat puisi hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! Tetiba Kak Ton rasa terkedu! Jap, jap, jap...nak ambil tisu toilet nak lap air mata yang bergenang nih...

      Terima kasih banyaklah Mak sebab sudi memotret sebuah puisi di hari indah ini. Tak terucap kata-kata terima kasih buat Mak. Yalah, walaupun tak pernah bertemu terasa dekat dan rapat aje persahabatan yang terjalin di angin lalu. Terasa macam dah kenal lama sejak zaman kanak-kanak lagi. Itulah kelebihannya bila rajin usik mengusik membawa bahagiakan, Mak ~_^

      Ni tak tunjuk muka bukan apa, Mak. Sebenar-benarnya dah berjanji denga HD tak akan keluar muka isteri mithali mahupun suami TMJ dalam blog sampai semua orang boleh menatapnya. Kami bukannya selebriti macam Che Ta dan Zain ~_^ So, biarlah Kak Ton low profile. Jika diizinkan Allah, manalah tahu kita bertemu di tepi jalan Cheras-Kajang tu, maka haruslah kita berpeluk-pelukan dan bertepuk tampar macam kawan lama walaupun itulah kali pertama berjumpa ~_^

      Tahu Mak...sampai ke sini memercik peluh satu badan ketika Mak menulis puisi ni. Kesian Kak Ton tengok. Mehlah lap ketiak tu dengan tuala Good Morning ^_^

      Delete
  20. Sanah helwah MD..
    Semoga umur dirahmati Ilahi..
    dimurahkan rezeki..
    bahagia bersama keluarga tersayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, CH. Setiap kali sambut ulangtahun, makanya makin susut nilai, makin berkurangan 'tempoh masa' diberi peluang hidup di muka bumi.... Apa-apa pun, kita raikan ajelah kehidupan ini bersama insan-insan terdekat ~_^

      Delete
  21. happy belated birthday ... nape tak sambut dgn mami sekali . mana lah tahu dia akan rasa seronok sbb ada org nak raikan utk dia . orang tua ni , dia tak cakap apa yg dia nak sebenarnya sbb x nak menyusahkan ... tercepat tu ok lagi dari terlambat kan . mau haru melilih banjir karang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Vee. Mami memang tak pernah sambut birthday. Itulah ceritanya mengikut kata HD. Kalau tak kerana kami, HD pun tak kisah tentang hari lahir ni semua. Kami ni aje yang teruja lebih...

      Kalau terlupa terus barulah rasanya banjir beserta hujan lebat, kilat sambar-menyambar dan taufan halilintar semua pun ada, Vee ...

      Delete

Post a Comment