Ini memang seram tau ^_^

Salam 19 Zulkaedah kawan-kawan!

Kak Suria ok Kak Suria! Kalau kita nak cantas tempat awak sebagai penglipur-lara kisah seram untuk hari Khamis boleh tak?

Apa? Tak dengarlah!

Tak boleh?

Okey, tak boleh takpa!

Tapi kita nak juga cerita seram hari ni ~_^

I lupa sama ada pernah bercerita tentang hal ini atau belum. Rasanya macam pernah tapi I malaslah nak  skrol entri lama-lama hasil usaha sendiri. Kekeliruan ini semuanya berpunca dari jiran sebelahlah ni. Dok tanya satu soalan pasal anak saudara I yang terbuka hijab tu.

Weyh, jiran! Ingat lagi tak komen tu? Awat hang komen lebih-lebih? Kan dah datang idea nak re-run cerita lama! 

Tak kisahlah, ya. Kalau ada yang tetiba rajin nak baca my entri lama dan panjang berjela  dan terjumpa cerita ni mahu pun memang betul I dah pernah menulis tentangnya, anggap ajelah ini kali pertama you all membacanya. Habis cerita ~_^

Kisahnya begini.... (sound please.... 'Jeng! Jeng! Jeng!'.... 'bido...bido...bido...' erk silap sound pulak! Itu bunyi si Minion Adik Cute ~_^)

Weyh, janganlah gelak! Kita nak cerita seram ni! Serius seram tau!

Kisah bermula bila my niece sibuk mencari rumah ketika sedang belajar di Bangi. Cari punya cari, dapatlah sebua rumah flat ni. Murah betul. Deposit pun tak banyak mana. Rumah memang kosong. So, lepas bayar deposit sukahatilah bila nak masuk rumah. Lepas Maghrib ke, tengah malam ke, esok lepas Subuh ke, tak kisahlah!

Kalau tak silap I, my niece menyewa rumah tersebut dengan tiga orang rakan sekuliahnya. Mula-mula semuanya okey. Bila dah lama sikit, masing-masing menyimpan rahsia. Yalah, bila rasa tak berapa seronok nak bercerita, mereka pun simpan dalam hati ajelah. Malas nak takut-takutkan member satu rumah kononnya.

Sehinggalah mereka semua diganggu. Ada yang rasa seolah-olah diperhatikan. Ada yang macam ternampak-nampak sesuatu. Mulanya bila terkena, masing-masing kunci mulut tak bercerita. Tapi bila si hantu laknat ni dah berani, dia jadi over teruja mengacau. Dikacaunya serentak satu rumah. Kalau nak muncul pun tak mainlah target-target siapa yang nampak. Semua pun diberi peluang sama rata untuk melihat. Nah, amiklah korang! Silalah renung wajahku yang hodoh. Tengoklah berapa lama korang sanggup menyewa di situ. Begitulah kononnya niat di hati... 

Antara kawan-kawan yang menyewa, ada seorang budak ni si ayah memanglah rapat dengan alam mistik gaya gini katanya. Tak tahulah I bapa budak tu pawang ke, bomoh ke, ustaz ke apa... Malas nak korek rahsia bab itu. Kebetulan, yang pertama dapat melihat dah tentu-tentulah budak perempuan ni. Rupanya nak dijadikan cerita, 'hijab'nya memang sudah lama terbuka. Pun dia tak pernah bercerita dengan kawan-kawan serumah sampailah mereka semua diganggu serentak.

Masa tu barulah mereka sedar mengapa  rumah tu kosong ketika mereka mula menyewa. Mengapa bila mereka masuk, jiran-jiran sebelah bukan main sibuk mengintai dari lubang pintu rumah mahu pun tingkap kamar masing-masing ~_^ Ada cerita di sebaliknya rupanya...

Sebelum tu memang ramai penyewa yang keluar masuk. Semua tak tinggal lama. Bulan ni menyewa, bulan depan dah keluar (adatlah takut rugi duit sewa sebulankan... kenalah bersabar dengan dugaan).

Dek kerana tak tahan dengan gangguan, my niece pun mengadulah pada emakbapaknya (emaknya dah tentulah one of my sisters ya). Maka diusahakan jugalah oleh emakbapa nak buat macamana. Kawan-kawan yang lain pun begitu juga. Tapi tetap takda jalan penyelesaian. Entah spesies apa yang mengganggu, memang keballah. Jenis tak takut kena acah-acah macam tu. 

Kata my niece ada dua 'ekor' yang sering mengacau. Kekdahnya macam 'emak' dan 'anak' aje sebab yang satu tu macam bentuk perempuan (dengan rambut panjang mengurai), muka tak payah elaborate lebih-lebihlah, tak sanggup nak habaq! Yang satu lagi tu macam budak, kecil aje ^_^

Habit depa ni suka memunculkan diri aje. Kacau lebih-lebih tu takdalah... 

Jadi, kerap jugalah budak-budak ni berlarian tengah malam keluar rumah ketakutan. Terpaksa bermalam di rumah kawan-kawan. Dek kerana tak tahan, mereka ambil keputusan untuk cari rumah sewa lain. Itu pun sebab pontang-panting keluar rumah, nak balik ambil barang-barang pun takut.

Dalam pada diganggu inilah baru my niece menyedari yang 'hijab'nya sendiri pun terbuka sama! 

Pada hari mereka nak ambil saki-baki barang-barang, mereka bawa 'bodyguard' kawan-kawan lelaki buat peneman (macamlah si hantu ni takut bila tengok lelakikan...) Ramai-ramailah masuk rumah kemas barang mana patut. Yang nampak, nampaklah. Yang tak nampak tu selamatlah!

Selesai berkemas, mereka pun cepat-cepat tinggalkan rumah tu naik dua buah kereta. My niece ni naik kereta di belakang kot. Sebabnya on the way tu, dia boleh nampak lagi si hantu ni 'mengikut' kereta depan! 

On the way tu singgah juga kat petrol station. Sampai kat situ katanya ada satu pakcik yang tengah pam minyak keretanya dok perhatikan mereka. My niece tak kata apa-apalah tapi dia tahu something - memang benda tu mengikut mereka!

Separuh jalan jugalah baru menghilang. Lega sikit hati my niece ni. Ingatkan depa nak ikut pindah rumah sekali. Kalut dah hati dan perasaan my niece masa tu! 

Tapi yang jadi tak best, sejak kejadian di rumah sewa tu, my niece boleh nampak pelbagai jenis spesies hantu ni ya. Asal ada je, memang dia nampak. Katanya yang lonjong tinggi ada, yang terbang riang ada, yang pendek ada, yang kepala aje ada...macam-macam jenis tau. Muka toksah ceritalah, semua tak semegah mana. Kalau tak kuat iman, memang stress gila!

Mulanya my niece memang tak tahan. Lama-lama dia jadi tak kisah. Itu yang bila dia ke rumah I, I sound siap-siap janganlah dia kata apa-apa. Mujur juga rumah I 'bersih' tapi kata my niece on the way nak ke my house tu memang adalah juga bergayut - langsuir katanya!

OMG....serius berdiri bulu romaku! Gempak je lebih suka gelakkan hantu tapi yang sebenarnya, kalau terjumpa face to face, mahu pengsan bermaharajalawak jadinya!

According to my niece, highway dari Pagoh ke JB tu memang hebatlah dugaannya (my sister tinggal di JB ya, so my niece ni memang biasalah nampak mereka tu bersidai tepi jalan, terbang riang, ikut kereta sukahati dia je nak pilih kereta apa! )

Kalau nak pulang ke rumah my emak atau Chik di BP, jalan lama Pagoh tu pun hebat juga katanya! Pendekata petik jari nak tengok apa, macam-macam ada! 

Rumah my mother pun ada juga especially di satu bahagian menuju ke dapur tu. Kalau you all tengok muka my niece, tak tahu pun dia nampak apa. Serius jerk walaupun benda tu depan mata dia bersidai. Tapi kita boleh perasanlah bila dia tengah rancak bersembang  tiba-tiba senyap. Atau pun kalau dia tengah buat apa-apa, tiba-tiba tak bercakap sepatah apa. Itu memang tandanya dia nampak sesuatulah tu!

Alkisahnya, sekarang ni hijabnya dah tertutup semula. Makpaknya of courselah susah hatikan. Makanya dicari juga jalan kalau boleh tak mahulah nampak semua jenis makhluk yang ada dalam dunia ni. Nampak manusia dan apa yang perlu aje cukuplah... 




















Comments

  1. mak aii.. rumah tu kalau bagitau nama lokasi yang tepat pun bagus... Yelah.. saya pun terbuka hijab nampak hantu dalam filem je... tak nak la terbuka sangat sampai nampak hantu mana2 pergi. Boleh naik hantu jugak jadinya.. Depa ni dah la semua port depa nak lepak. tak kira la hutan ke, tepi jalan, highway,rumah kosong, rumah orang, rumah lama, rumah baru.. kalau boleh nampak rasanya kita pun dah tak macam manusia jadinya, hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pssttt.... semalam kita tengok cerita seram Thai, The Victim. Entahlah tahun bila punya. Kalau rajin pi lah terjah pastu buatlah review. Bolehlah kita tumpang mengomen berkoyan-koyan macam entri tu kita punya ^_^

      Laa... tak tahulah apa nama pangsapuri/flat tu. Kalau tahu pun mesti nak letak 'bukan nama sebenar' takut para seekers yang lain sibuk nak cantas line cerita seram kita. Hahaha!

      Depa ni memang over tau sekarang. Semua tempat nak. Tak mahu share pulak tu. Pandai dah sekarang nak ganggu gugat iman orang kononnya. Kang kena panggil dengan bomoh Siam baru tau! Lintang pukang nanti lari. Bukan apalah, sebab tak faham bahasa Thai aje...

      Kalau kita boleh nampak mereka, rasanya memang kita yang gila *_*

      Delete
    2. yang filem siam tu nanti cari dvd. tak banyak dvd filem thai di pasaran sekarang. maybe yg jual dvd pun di hantui hantu siam kot

      Delete
    3. Tetibakan dua hari lepas tengok bukan main banyaklah cerita seram Thai kat youtube tu. Akak tengok sambil menguap. Cerita tak habis dah tertidur. Penatlah pegang smartphone :)

      Eh, dah lama tak baca kisah hantu. Rindu ni tau... (ini bukan ampuan...) Nantilah kita berjemaah cerita seram yerk :)

      Delete
  2. eh...habis dah ke...ke ada sambungan ni
    ishhh...suka ganggu feel orang tengah khusyuk baca tau
    ni berapa bintang mau kasi ni...emm...boleh lah 4 bintang
    eh tak jadilah...3.5 bintang ajelah. cite tergantung =)

    kalau orang lain cite mungkin seram kot
    tapi bila MD cite...tak rasa seram pun
    rasa nak gelak plak...hehe

    p/s-cite seram memang kena cite time hari khamis ye MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam sejuta readers yang I ada (kah3x), ini aje reader yang tak pernah puas hati dengan ke'lengthy'an esei dalam setiap entri tau! Aha, punah ranah dah bahasa ibunda gitu ~_^

      Kena fair and squarelah, YY. Mukadimah aje selalunya dah makan ruang separuh entri, makanya HARUSlah penutup cerita pendek aje. Kalau dah sampai penutup cerita pun kita corner baring ikut suka hati, memang berpeluh-peluhlah readers I tau (kah3x sekali lagi, geli hati pulak sendiri membacanya!)

      Sampai hati tau... kita dah buat sehabis seram dah ni. Tapi itulah, kita kalau cerita seram kalau kita tak gelak tak boleh tau. Entahlah, kotnya kena letak potret mambang di awan tu depan pc ni barulah laju sikit menaip dengan penuh keseraman ^_^ Opocots! Minta dijauhkan!

      Mestilah nak cerita hari Khamis malam Jumaat. Waktu macam ni katanya tahap keseramannya tinggi sikit ^_^

      Delete
    2. yelah.. tengah syok feel.. tetiba habis dah.. rasa macam tengok filem lak.. tak pueh.. sambung lagi plzz...

      Delete
    3. kan...penutupnya camtu...cam tergantung
      kalau buat ayat contohnya macam..begitulah cite seram kita pada arini
      puas juga hati...ni tetiba aje habis
      ibarat baru nak syok makan kek coklat, pastu habis dah...stress betul!

      MD aje cite hantu tak seram
      orang lain cam suria, bolehlah buat seram pastu teringat
      hak ni saya boleh kata...eleh...tak seram pun...hehe

      Delete
    4. Ahah, itulah pasal kena minta izin dengan Suria nak menulis kisah seram hari Khamis. Kasi dia rehatlah hari Khamis tak payah tulis cerita seram dalam blognya yang menyeramkan tu ^_^ Ni nanti macam kena sambung jerk. Walaupun katanya cerita seram ni kelakar, ada juga yang skrol 2,3 kali tu baca komen. Hahaha...

      Delete
    5. YY, cerita yang best memang kena buat ending tergantung gitu ^_^ Taktik tu.. kena belajar. Orang tengah syok-syok membaca sambil berangan tetiba dah tamat. Jadi nanti dia datang lagi dan lagi nak tahu sambungan cerita. Macam YY lah... Hahahaha....

      Ya ke tak seram? Nak saya tambahkan 'watt' keseraman tu yerk? Nantilah ya saya fikirkan. Tapi kalau cerita seram takda unsur kelakar macam bukan cara sayalah. Eh, Suria pun kalau tulis cerita seram mana seram. Cerita aje yang seram, garapan dia memang menyeramkan kalau tak boleh gelak tau! Ada masalah urat dan saraf yang tak connect sampai tak leh senyum!

      Delete
  3. Best ar baca cerita hantu Kak Ton ni..... syok pulak ......
    Tapi mak pun seram kalau ternampak ......janganlah terbuka hijabku ...Takutttt...
    Tapikan dulu sekejap mmg ada viral pasal rumah sewa berhantu....Tak ingatlah kat mana tapi mmg ada. Samada itu ke bukan Wallahuaalam.....

    Kira berani jugaklah depa tukan, tahan gak duk lama kat situ....Yelah.....kalau dah hari hari jumpa, mau trauma weyh.
    Macmanalah agak ghupernya ek.....
    Cite pasal nikan Kak Ton baru baru ni si TLBD ada cite kawan dia pun boleh nampak .....Selalu duk ckp nampak benda kat sekolah . Mak macam percaya tak percaya jer....tapi mungkin jugak tu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan Mak. Erkk... best tu maksudnya seram ke kelakar, Mak? Hehehe... *bacamacamhantumengilai*

      Ish, kalau terjumpa memanglah seram, Mak! Kalau tidak, boleh lagilah nak buat kelakar ~_^

      Kita yang mendengar pun dah naik seram. Kalau terjadi macam tu, rasa nak keluar rumah masa tu juga. Tak nak dah tunggu lama-lama. Takut weyh...

      Mak janganlah bayangkan rupanya. Macamana Mak selalu nampak orang bayangkan, macam itulah Mak ceritanya... Lebih baik jangan susah-susah nak membayangkannya, Mak. Nanti Mak juga yang tak boleh tidur tau!

      Benda tu memang ada. Cuma sebab kita tak nampak, makanya nak percaya dengan tidak tu 50-50 lah gitu, Mak ^_^

      Delete
  4. aiyo, seram ni! memang stress kalau nampak!saya ada kawan macam ni, kalau dia dah lain macam kitorang pun akan cecepat ajak dia blah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak stress kalau boleh nampak. Memang tak aman dunia. Lama-lama kita yang jadi gila dok tengok kirikanandepanbelakang muka depa aje yang muncul. Stress oiii....

      Pernah tau sekali tu dia balik kampung dengan kakaknya tengah rancak berbual tetiba dia berhenti bercakap. Kakak pun tanyalah nampak apa, kat mana. Dia tak jawab. Dah sampai rumah baru dia beritahu tadi member tu bersidai kat cermin kereta belah pemandu (si kakaklah). Dah sampai rumah neneknya di kampung barulah member terbang blah entah ke mana.

      Boleh gitu. Dia serius aje bercerita. Kita yang mendengar ni rasa dah nak terkencing pun tak berani nak lari pergi bilik air tau!

      Delete
  5. alahai MD..memang susah kalau hijab terbuka ni..macam SA baru bangun dari koma tu la...memang siksa..tp hadapkan aje la kan...apapun biar la hijab tu tertutup semula dari sentiasa terbuka...penat..trauma sampai sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya! Teringat dulu pernah baca kisah SA masa baru bangun dari koma tu. Seramkan SA kalau boleh nampak dengan mata kasar macam kita nampak orang! Mula-mula maybe stresslah tapi kalau dah biasa, okey kot. Tapi still lah kan, lebih baik tertutup hijab tu dari terbuka. Scary weyh!

      Delete
  6. Seram semacam je baca entry kak ni,hiihih...memang seram la kan kalau ada orang yang boleh tengok macam-macam ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...seram semacam tu maksudnya memang seram betul ke atau seram tapi kelakar? Konpiuslah dengan komen-komen kat atas tu tau ~_^

      Delete
  7. kira beruntung la jugak dia sebab sempat nampak semua tu...tapi betul la..nak buat apa boleh nampak , kalau benda2 tu boleh buat hilang selera makan,dan tak tidur malam..heheh..
    berdiri bulu roma baca entry ni..lepas ni buat entry lawak satu....
    hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada nampak lebih baiklah tak nampak, Diana. Kalau tidak, kurus melidilah merana. Takda selera makan katanya... Siang malam terbayang-bayang depan mata dan dalam kepala!

      Eh, awak sorang je tau kata entri ni seram. Geng lain kata kelakar. Tak ke kita rasa konpius yang amat sekarang ni? Hahaha!

      Delete
  8. bab terbuka hijab ni memang kna berubat la..tak sanggup rasanya seumur hidup..hidup dibayangi bnda ygvtaj sepaturnya dilihat manusia normal

    baru ni jugak ada smbg dengan group wasap pasai terbuka hijab.anl sorg kawan boleh nmpk bnda2 halus ni..mmg haru biru tak sanggip nk.cerita kat sini kang tak padai jadi satu entry.huhu

    nsib ur nice dh tertutup hijabnya kan..

    pstt baca entry seram pepagi buta ni tak rasa seram pun.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, buat kelakar bolehlah! Kalau muka sendiri yang kena nampak itu ini, oh man.... mahu melalak takut! Wah, siap ada group WA lagi hah dok cerita pasal hijab terbuka. Ni hijab matakan bukan hijab tutup aurat tu kan? Hahaha...

      Sekarang dah tak kisahlah kalau dia ada. Dulukan kalau nak balik kampung memalam lepas tu dia nak tumpang, aduhai...siap gigil kepala lutut. Mana tau tengah syok berborak dalam kereta tetiba dia senyap. Mahu syahdu penumpang lain dalam kereta. Takut weyh!

      Ni satu lagi tau. Tak mau genglah macam ni. Lain kali kena sokong kawan-kawan. Kita dah kata ni entri seram tapi apahal pulak kata tak seram ni. Nak merajuk lari bawah pokok semalulah macam ni....

      Delete
  9. OMG ! Kali ni memang betul2 seram bukan acah acah. Huwaaa takutnyaa lah kalau kena macam tu. Ye lah kalau Nani pun dah dapat rumah sewa duduk je lah tapi bila kena macam tu memang rasa nak keluar terus dari rumah. Mujurlah benda tu tak mengikut anak buah akak. Kalau tak satu kerja pulak nanti. Seriauuu pulakk rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani sekarang ni dok kat rumah sewa ke atau kat asrama? Bukan apalah...saja aje tanya. Kalau dok asrama lain kali akak nak cerita kisah seram kat asrama pulak. Kah3x....

      Kalau akaklah memang terus keluar dari rumah sewa tu. Seminit pun tak sanggup tunggu. Tapi yalah, kalau dah masing-masing keluarga jauh, nak duduk mana lagikan. Kenalah bersabar dengan gangguan sampailah dapat cari jalan penyelesaian....

      Delete
  10. ok yg ni mmg seram. tegak bulu roma kak woiiii.
    seram betul klu hijab terbuka mcm tuh..semua dia boleh nampak... alhamdulillah dah tertutup semula. tkut kena pd yg tak tahan, sure pengsan sokmo..
    teringin cerita kat astro... tak ingat tajuk apa, tapi berkenaan hijab gak lah... serammmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak seram. Tengah syok-syok buat kerja tetiba dia muncul depan mata. Kalau dah biasa sekali pun tetap juga terasa keseramannyakan. Eh, tapi lama-lama mungkin terasa bosan kot. Menyampah pun ada. Hahaha....

      Delete
  11. Hehe suka ayat.. Mcm la hantu tu takut lelaki. Tp bila ada lelaki rasa berani la sikit kan..


    Mujur dia dh x nmpk lg. siannya, walau blh cool je sbb selalu nmpk tetap terganggu gak klu asik selisih dgn makhluk rupa hodoh tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn....! Macamlah hantu tu kalau nampak lelaki aje, dia bersopan tak menyeringai gitu ~_^

      Kononnya kalau datang ramai-ramai tu, kuranglah sikit rasa takutnya. Lagi pun cepat sikit buat kerja mengangkut barang-barang dalam rumah. Maklumlah tak tahu bila si hantu tu nak menonjolkan diri menyakat!

      Delete
  12. Aip. Kak ton cerita kisah hantu ni macam pro tau.. xsenang hati baca kena juga follow dari awl ke akhir.. tapi xsoh la selalu buat kisah seram ni..bikin xlena tdo nanti kesnya asyik terbayang2 nanti.. hihu..
    Lama jugala ye anak saudara MD ni terbuka hijabnya.. bukan senang tu ya kehidupan dia.. pasti jenis orang yang tabah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, AN ni... kita baru nak jadikan ni macam WW gitu.... Barulah best sikit mengarang cerita seram sambil bergelak sakan menaip! Hahaha...

      Takut eh.. kalau takut, Khamis ni saya nak teruskan dengan kisah hantulah ^_^

      Delete
    2. Haha.. ni dh mcm naim la ni.. tau mama dia pening r takut pasal tu, lagi dia suka nak usik!!!

      Delete
    3. Mengusik itu mengeratkan silaturrahim asalkan tak keterlaluan... Hahaha!

      Delete
  13. wuwuwuwuwu akak seramnyaaaaa. owner pun kenapa tak buang aje benda tu. ke dia yang saje bela konon nak menjaga rumah macam owner lama rumah kira dulu tu haihhhh. berdebar hati kita ni baca tau.

    kat pagoh tu kan ada kawan kena jugak. dia naik kat cermin belakang. suami dia nampak. tapi alhamdulilah suami dia mampu kawal kereta. tapi kereta jadi beratttttt sangat wuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah kenapa tapi dari penceritaan mulut ke mulut katanya kawasan flat tu yang 'bermasalah' dan rumah sewa budak-budak ni memang kira pusat 'mereka' berkumpullah! Owner pun nak rumah bersewa jekan tentulah tak mahu cerita banyak pasal keseraman rumahnya ni. Kata anak saudara akak kadang-kala kita tengah mandi, terasa-rasa ada mata yang memandang sambil menyeringai. Ish, scary jugalah!

      Pagoh tu memang happening, Kira ^_^ Sebab itulah akak tak suka balik malam-malam. Takut sebenarnya. Hehehe!

      Delete
  14. Perghhhh...seramnya. Takkan owner tak tau yang umah tu keras? Tak cuba nak pulihkan ker. Ni nak untung jer lebih nih. Tapi berani lah anak saudara MD tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owner tu cuma nak rumahnya bersewa aje. Memanglah tak cerita apa-apa pun. Cuma masa mula berpindah kata my niece, jiran-jiran tu ada juga menjenguk. Dah nak keluar rumah barulah bercerita perihal rumah yang mereka sewa tu.

      Kira beranilah budak-budak tu masih bertahan. Kalau I lah kan, hari pertama dah meracau nak pindah keluar tau!

      Delete

Post a Comment