Setiap tahun pun ceritanya
sama saja... *mengeluh*
I ni memang sentiasa mematuhi
undang-undang jalanraya. Yelah, law-abiding citizenlah katakan! Jarang sekali ai melanggar peraturan. Tapi yang satu ni (mungkin sebab ia terselit dalam purse sepanjang masa) boleh tahan kerap juga ai terlupa tentangnya!
Bayangkan, selama dua kali berturut-turut I terlupa memperbaharui lesen memandu. Kali pertama, masa tu sibuk hendak menghantar emak ke hospital kerana pembedahan kataraknya. Waktu sibuk bergosip di tepi katil hospital, one of my nieces tetiba dimarahi emaknya (my sisterlah tu) kerana memandu dengan lesen tamat tempoh. Tiba-tiba aje I tergerak hati nak check my lesen memandu. Duh, seperti yang disangka, I punya pun dah sebulan tamat tempoh *sengih*
Kami pun berdua-duaan, terkedek-kedek pergi ke pejabat pos berdekatan untuk memperbaharui lesen masing-masing. Anak saudara I suruh I renew untuk 5 tahun sekaligus tapi memikirkan I selalu aje terlupa (jangkamasa 5 tahun tu panjang sangat...) lebih baiklah I renew setahun sekali. Hari-hari I ingatkan diri supaya tak lupa untuk memperbaharui lesen memandu pada tahun berikutnya (tipulah statement ni, I cuma remind myself beberapa hari selepas renew tu aje lepas tu tak kuasa nak ingat hari-hari!)
Tahun berikutnya, I berada di rumah my sister (my niece nyer maklah tu...) bila mana my same niece beritahu emaknya yang dia nak pergi renew her driving license kerana dah tamat tempoh 'beberapa hari'. Again, si emak ni pun marah-marah kerana si anak asyik terlupa perkara yang sama berulang kali.
Eh, eh, macam dejavu pulak dah! Tetiba I teringat kenangan silam bila I dan my niece terkedek-kedek ke pejabat pos setahun yang lalu untuk renew lesen memandu masing-masing. Apalagi, I pun segeralah mengorek my purse mencari lesen memandu. Suspense nyer rasa ketika tu. Dan seperti yang dijangka, memang dah tamat tempoh lama dah. Seronoknya I memandu tanpa lesen yang sah. Nasib baik tak kena tahan ketika memandu (muka I ni sungguh suci sampai polis pun tak sampai hatilah nak tahan!) *gelak* Kalau tidak, suka-suka hati aje menabur duit buat bayar saman. Maklumlah, duit banyak sangat tak tahu nak buat apa!
Kali yang itu, I decided untuk renew it for 2 years. Senang. Kalau terlupa lagi, tak tahulah apa nak dikata...
Baru-baru ni ketika raya pertama, my Hubbydearie tetiba beritahu kat I,
"Eh, dear... I rasa my driving license dah expired lah!"
Oh, alahai...sehati sejiwa betul kami berdua ni! Seronoknya memandu balik kampung dengan lesen tamat tempoh.
I tak sanggup nak bagi kata nasihat kat Hubbydearie, nanti kalau dibalas balik, teruk I kena dum dum dengan mercun. Macamlah dia tak tahu sejarah lesen memandu I nih ^_^
nasib baik tak apa-apa,,,
ReplyDeleteMemang nasib baik sungguh. Cik Abang boleh tahan bawa kete laju, kalau ler kena tahan polis, mmg double saman ler nampaknya!
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt..
ReplyDeleteOhh sofia mmg jns pelupa..haha selalu lah terlajak je time renew..tp skg ni dh ikut birthdate..macam ok lah..tak lah terlajak jauh sgt hehe
regards,
Smiley
Salam Sofia...
DeleteHubby nyer lesen ikut tarikh lahir dia itupun dia terlupa gak! Dah sampai kampung, beraya sakan baru teringat lesen dah tamat tempoh. Sadis sungguh rase nyer... Eh, btw...akak nak check lesen akak balik rase nyer sampai Jun 2014..jap nak double confirm ^_^
sama je kita , punya perasan org duk wish happy besday kat fb , ramai nya 3 hari 3 malam tak habis , tup2 ... bila hubby tanya lesen dah renew ke ? sbb saya memang bawa kereta hari2 , so bila cek .. alamak lupa ... terus lah renew 2 thn , kena denda rm2 sebab lewat , nasib la rm2 je ... kalau 200 huhhhhhh .. #pengsan mak
ReplyDeleteKita ni superwoman yang selalu multitasking. Bukan kita saja2 lupa, kan? (Eh,eh, ngaku ajelah dah tua :D)
Delete