Cerita makan dan Ilham Nasi Kukus

Salam 17 Sya aban kawan-kawan!

Mak ai... baru aje jari-jemari ni menari-nari di atas keyboard nak mengarang entri tetiba tertengok jumlah entri 'terkarang' ialah 666! Kus segamat semangat!

Comelnya nombor ... takut ahkak tau ^_^

(Argghhhh...stress macam ni! Dah taip sikit punya panjang tetiba line internet jadi sengal. Hilang dah semua nukilan tak dapat saved tadi!)

Hmmmm...tarik nafas panjang-panjang! Lepas! 

Tarik lagi!

Lepasssss.... !

Apa tadi ek yang I dah  taip? Nyampahnya macam ni! Nasib baik mood rajin hari ni kalau tidak, memang takda entri lagi hari ni tau!

Alkisah, Sabtu lepas pepagi I dah bangun menyediakan sarapan pagi. Nak tahu kami bersarapan apa?

Spaghetti carbonara, babes!

Ahah, you all ada bersarapan spaghetti pepagi hari?

Takdakan... 

Tapi, bila Bubbly Abang dengar Mommy nak buat spaghetti, makanya dia request buatkan jemput-jemput manis dahlah! Nak request nasi lemak dan ayam goreng, memang Mommy tak layanlah! Siapa nak buat dua heavy meals sepagikan! You all rajinlah tapi I tidak ^_^

Siap warning lagi tu, jangan buat jemput-jemput jagung. Ada satu hari tu I buat jemput-jemput jagung, mereka dua beradik bekerja keras mengeluarkan jagungnya tau tak. Makanya, memang takdalah peluang jemput-jemput jagung tergoreng di dapur ahkak nampaknya lepas ni!

Gambar spaghetti carbonara takdalah, ahkak tengah ketibas kat dapur tak sempat nak snap gambar (alasan sangat!) 

Selesai bersarapan, kami pun bersiap-siap nak keluar rumah!

Asalnya nak ke Aeon aje tapi entah macamana boleh parking kereta di Sg Wang! Dah lama sungguh tak ke sini. So, sahajalah nak mengukur jalan. Ingatnya nak ke Berjaya Times Square tapi I malas nak catwalk ^_^ Nak suruh HD pergi parking kereta pulak kat BTS, memang minta kena lepuklah walaupun katanya sayang isteri!

Kalau I yang memandu, takda hal punya. Memang I keluar parking Sg Wang dan park pulak kereta di Berjaya Times Square. Eh, no hal punya buat kerja tak berfaedah macam ni ^_^

Bila dah berjalan tu tetiba rasa lapar pulak. Kononnya nak pergi mencari minum petang tapi menu yang keluar dalam kepala memang tak sesuai langsung untuk minum petang! Ada ke keluar nasi kukus pulak tetiba dalam kepala! Tapi takpa. Kita tapau aje buat makan lewat petang. Malam nanti tak payah makan dah. Cukuplah tu spaghetti carbonara dan nasi kukus menari-nari dalam perut for that day!

Maka, ke Mutiara Damansaralah kami mencari Ilham Nasi Kukus ^_^ 

Sampai-sampai sahaja di sini, susah betul nak cari parking. Dua kali HD kena pusing keliling sampai selesai I tapau nasi kukus ni. Kalau nak makan di sini memang tidaklah. Suamikukan esklusif sikit. Bila bersesak-sesak nak cari tempat duduk, nak makan dalam keadaan penuh pelanggan macam ni memang tidaklah digemarinya! 

Inilah rupanya nasi kukus dari Ilham ni ...



Ayam gorengnya besar juga saiznya. Paling I suka sambal belacanlah. Entah mengapa lidah Itali I tetiba suka betul sambal belacan ni sampai simpan dalam peti sejuk kotnya esok boleh makan lagi dengan nasi putih ^_^ 

Malam tu semua pun komplen apalah bau kurang menyenangkan dalam peti sejuk ni... Baik si Adik Cute, Bubbly Abang mahu pun Hubbydearie! Semua komplen! Ohhhh...mentang-mentanglah tekak masing-masing bukan tekak Melayu, sambal belacan pun tak kenal bau! Cis!

Esok paginya I masak lagi untuk sarapan you.... ~_^

Rajin tak I ni?

Of course rajinlah. Bukan selalu macam ni tau di hujung minggu!

Kali ni kita bersarapan nasi lemak full set pulak ^_^ Semalam kira Bubbly Abang kebuluranlahkan sebab makan jemput-jemput manis 2,3 ketul aje buat sarapan. Maka, pagi Ahad Mommy buatkanlah nasi lemak idaman hati. Siap request lagi tu nak bawa bekal nasi lemak pergi sekolah esok harinya pulak. Oh, no! Cannotlah direalisasikan gitu...

Kata HD lepas tu tak payah makan lagi. Cukup-cukup sudahlah melantak gamaknya. Tapi, rasa kasihan pulak kat superheroes ^_^ Makanya, I pun buatlah makaroni goreng pulak di petang hari. Kita jamu diri lewat petang lepas tu malam tak payah makan dah! Jimat tenaga Mommy tau!

Memang teballah lemak kat perut masing-masing hujung minggu yang baru ni ... 

By the way, jumpa  gambar ni dalam folder gambar. Entah kat mana pulak kami makan ni, lupalah! Maklumlah usia dah meningkat, penyakit lupa-lupa ingat tu kerap betul menerjah! Makan aje yang tak lupa ^_^



Tapi I suspek ni kejadian di restoran Beriani Power, belakang hospital Batu Pahat nun.

Ya! Ya! Ahkak memang ada balik kampung baru-baru ni tapi tak celoteh pun dalam blog! 

Kononnya nak JJCM kat kampung halaman yang lama kutinggalkan sendiri tapi baru pekena Beriani Gam Power dan Sirap Bandung Soda Special, terus terdampar atas katil di rumah my Chik. 

Nak ke Beriani Benteng depan Hospital Putra tu dah muak sungguh. Kedai keponakan ahkak tu. Terkait belah mana lupa pulak nak tanya dengan my emak. Rasanya sebelah my late father kot tapi maklumlah kaitnya tak berapa kuat makanya ahkak ni memang mudah lupa sedara! Hehehe...

Masa balik ke KL my Chik tanya pada anak-anak bila nak balik kampung rumah Makcik lagi, I tolong jawabkan...

Setahun lagi ler...

Eh, apa ni merepek kalut sana-sini ni, MD! Dah habis dah kisah makan dan Ilham Nasi Kukus! Awat masuk intro pasal kampung halaman pulak ni...

Okeylah, ahkak berundur diri dulu ya! Nak tarik jari-jemari yang macam kena magnet ni jauh dari keyboard! Kalau tidak, memang tak habis-habis entri ni nanti!

So long ~_^

(Eh, byebye in Itali apa ek? Ahkak lupa pulak bahasa ibunda sendiri! Hehehe!)   

 

 



 
  

   



        






Comments

  1. alahai sambal belacan tu sama mcm sayta hihi.kalau ade pbh msti simpan dlm esbok utk hri esok.hiks

    tgk gambar mknn tetiba lapar lah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau beli apa-apa ada sambal belacan, memang saya tapau lebih sikit. Lepas tu simpan dalam peti sejuk. Manalah tau esok-esok nak lagi ^_^

      Delete
  2. Waduh...kok orang Itali sukanya sambel terasi ya buk?

    Ngerti nggak terasi tu apaan?

    hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduhhhh... udah sah sambel terasi ituk sambal belacan bilang Melayu Ma-ley-sianya, buk! Betul nggak ni,buk?

      Delete
  3. Anak2 MD samalah dgn Iman anak akak,buat jemput jemput jagung ,abis dikoreknya keluar...lepas tu bila akak buat tak pelawa dah dia makan.Kalau nama spaghetti berpinggan2 dia makan walaupun kata nya sarapan padahal anak org kg je pun.
    Nasi kukus mengiurkan lah MD ...sambal belacan tu tentunya sedap sangat sampaikan simpan dalam peti ais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, lepas sekali (sekali aje ^_^) mereka tak nak memang saya tak buat lagilah. Ada masanya saya pura-pura merajuk kalau mereka tak mahu cuba menu baru dalam rumah tau! Susah betul nak beri makan budak berdua ni!

      Hahaha... spaghetti tak kira di kampung atau bandar, janji perut boleh terima ^_^ Saya tiga beranak memang suka kecuali Bubbly Abanglah! Macam-macam alasan dia beri!

      Delete
  4. Amboi sampai melimpah sambal belacan nasi kukusnya tu...siap boleh makan berulang kali tu... kalu bunda tak makanlah ... bersin2 bunda... resdung... haha... tapi itulah yang buat tambah seleranya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal belacan tu mereka bungkus dalam plastik lain, Bunda. Yang ni saya sendiri curah dalam nasi kukus saya ^_^ Saya kalau datang tekak Melayu memang nak yang pedas-pedas aje, Bunda!

      Delete
  5. Samalah dengan anak CH ni MD..
    Bila sebut nasi kukus ayam berempah ni..
    Meleret-leret senyum hingga ke telinga..
    Bagi CH memang sambal belacan tu yg power..
    yang anak2 pulak kuah gulainya tu..
    Nasi pulak lembut gebu jer...

    Hahahhaha jenuh lah ko yg makan jagung tu ye MD..
    Udah 2 hero tu puas keluarkan jagung tu..
    sekali jer lah ko masak ye MD..
    Lepas ni buat jer lah jemput2 pisang..
    Itu jer yg dorang suka kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang punya tu saya asingkan paceri nanas dan sambal ikan bilis goreng. Dah tentu dia tak makan tapi kalau tak masukkan all in, sayang pulak. Harga sama aje, RM6 sebungkus!

      Serius kesian tau kat saya, habis saya kutip jagung tu. HD tak beri membazir, jangan buang katanya. Dah suruh HD kutip tak mahu, sayalah jadi mangsa! Memang tak akan ada lagilah jemput-jemput jagung di rumah, CH!

      Delete
  6. Kiranya rumah MD tak pernah tumbuk sambal belacanlah ye. Kalau dah penghuninya like father like son. Mummy kena beli di luarlah gamaknya.

    Kakak selalu singgh di deretan depan Putra Specialist setiap kali balik kampung abang. Lagi pun dekat aje dgn rumah. Malas masak sinilah tempat di tuju:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat penat saya aje tumbuk sambal belacan, kak. Takda siapa yang nak makan kecuali saya. HD tak tahan bau belacan, begitu jugalah kedua-dua anak bujang saya. Kalau saya goreng tenggiri masin, berlumba-lumba mereka tutup hidung. Lepas tu tak boleh makan sekali dengan mereka sebab masing-masing tak tahan. Terpaksalah saya makan sendirian lepas semua makan demi nak melempiaskan nafsu nak makan ikan tenggiri masin tau, kak!

      Delete
  7. menarik nasi kukus ilham tu...ooo husband & anak MD tak makan belacan eh,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ada bau kuat ni mereka memang tak suka. Nasib baiklah HD tu boleh makan durian, kalau tidak memang pencen makan durianlah saya nampak gayanya!

      Delete
  8. tergoda segala sambal yg meleleh leleh tu lah MD
    Nasi kukus dah lama tak makan
    waduhhhh bikin orang sini ngidemmmm bangat ni

    MD cepat kasi alamat
    nak kirim fm/pskad heeee
    +673 8739160 wasap kaknoor ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa susah KakNoor. Cari bahan kat UK, buatlah ^_^ Hehehe... KakNoor kan tukang masak tersohor. Senang aje tu kalau teringin nak makan apa-apa! Kalaulah KakNoor ni dekat dengan saya, hari-hari saya minta tolong - minta tolong masak~_^

      Eh, nak dapat poskad ke? Nanti-nanti saya WA ya, KakNoor ~_^

      Delete
  9. MD apa nama kedai nasi.beriani belakang hospital tu.acik nak pegi minggu depan boleh pi cari.kalau depan putra tu dah selalu sangat pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah beri alamat dan link website kat blog Acik. Nanti Acik cuba tengok ya. Terjah tau jangan tak terjah. Kalau Acik minum ais, bolehlah try Bandung Soda Special. Wa cakap lu, tak mahu keluar restoran nanti ~_^

      Delete
  10. tu diaaa akak md yg daku kenal....pic takyah byk2 pun tapi die boleh berceloteh penuh satu kertas kajang....heheheehe...kalo lieya kak mmg mati kutu...kene ade gambar baru leh cerita2 hahaahahha...nampak noo otak tak byk idea hah...

    same laa kak, kat umah ni kalo buat sarapan jenis cekodok2 mgm slow laaa.... cube buat nasi lemak, bihun goreng, nasi goreng kemain suke laaa...hahahahaha....

    kak nais kukus ilham tu menggamit selera la kak...kat putrajaya ade satu nasi kukus ulam...tapi kureng...betul ckp akak, kalo sambal belacan sedap, sanggup simpan balance dlm esbok so leh makan ngan nasi esok2nyer....i is tak reti buat sambal belacan power kak...sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah bukan guna kertas kajang dah, Lieya! Kalau campur dengan bebelan yang tak sempat saved sebelum tu, boleh dibukukan buat novel tau ^_^

      Kalau nak buat cekodok pun Lieya, cekodok manis aje yang laku. Ikan bilis ke, campur-campur ikut suka macam Lieya buat, memang tak laku. Nangislah akak nanti kena habiskan cekodok cicah sambal belacan simpan dalam fridge. Hahaha!

      Hmmm... akak ada senarai nasi kukus yang nak dicuba ni tapi tak sempatlah sebab dah nak dekat puasa. Bulan puasa kita stoplah JJCMkan!

      Memang pengakuan yang tak disangka-sangka tau bila Lieya kata tak reti buat sambal belacan power. Tergamam akak. Hehehe!

      Delete
  11. sambl belacan pun di simpan nya..lain kali pi lagi mintak resepi..heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah tak guna buat sambal belacan sebab tuan blog aje yang makan, Diana. Buang masa aje. Malas pun ya juga. Tak expert pun ya juga ~_^ Sambal belacan dapat free macam ni adakalanya sedap. Itu yang sanggup simpan ^_^

      Delete
  12. masa mula2 glamer nasi kukus rasa hari2 nak makan nasi kukus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali okeylah nasi kukus ni, Raihanah. Kalau hari-hari mahu muak jugakan.

      Delete
  13. Haritu buat jemput2 letak carrot. Dengan harapan anak2 makan lah. Hurmmmm...Dikoreknya carrot tu letak tepi. buat penat si hemak jer letak carrot.

    Alahaiiii...sedap betul nengok nasi kukus tu. Kat bangi ni pon ada nasi kukus sedap. Sampbal belacan dia kalau tak habis memang buat simpan dalam freezer. Pastu lupa nak makan...ppffttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Buat penat ajekan. Itu yang saya berfikir beribu kali kalau nak buat menu baru untuk makan sekeluarga tau!

      Kat Bangi tu kat mana pulak, Fiza? Cuba cerita sikit senang saya nak masuk dalam senarai. Lepas raya nanti boleh mula aktiviti JJCM semula. Tapi kali ni kena confirm betul-betul, takut kedai dah tutup pulak macam kes Polperro ni!

      Delete
  14. Tadi terliur Chiken Chop sekarang ni terliur pulak Nasi Kukus.... lama tak makan ni weyh. Dulu masa kerja selalulah...sebab depan ofis ada jual. Ayam dia goreng panas panas....Tu yang jadi tambah selera tu..
    Nasi kukus ni padahal senang jer nak buat ek....goreng ayam, buat sambal belacan ulam ulaman tapi nape kita tak terbuat ar kat rumah?
    Mesti kita kena sawan ni Kak Ton hihi....

    Mak tak pernah lagi makan Nasi Briyani kat BP tu Kak Ton.... teringinlah nanti nak test kalau balik Muo.

    Yelah...yelah.... nak cakap dia rajin masaklah tu minggu lepas, eleh!!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang cerita, nanti Mak buatlah dua-dua sendiri. Mak kan rajin sikit berbanding Kak Ton ni ^_^ Lagipun katanya hari ni harijadi anak. Sedang eloklah tu. Tak pun kalau susah, suruh aje PakJilap keluar duit ^_^

      Memanglah senang, nak masuk dapur tu yang payah. Hahaha!

      Itulah Mak ni. Tak patut tau. Katanya berjiran. Lain kali pergilah terjah nasi beriani tu. Kak Ton ni kecik-kecik dah makan Mi Bandung Muo tau! Ngelat!

      Eh, memang rajin apa! Cubalah puji tu ikhlas sikit!

      Delete
  15. 1st time sy tgk sambal belacan nya byk mcm tu dlm Nasi Kukus, MD.. sini sllu biasa jer, tak byk mcm tu meleleh.. hehe.. anak2 memang tak suka bau belacan, abg Pae siap ckp "bauu"..hahaha
    Nasi beriyani tu nampak sedap sgt.. lama tak mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, bukan macam tu, Atie! Mereka beri sebungkus dalam plastik tapi bila balik rumah saya yang curah macam tu. Kuah kari tu pun asingkan sebenarnya. Ni saya punya, itu yang suka hati saya main curah apa nak! Hahaha!

      Memang pun. Kat rumah saya semua tak tahan. Itu yang baki sambal belacan tu sayang saya nak buang. Saya simpanlah semangkuk ^_^

      Delete
  16. rajin tu MD pagi2 berspagheti carbonara, memang orang lain tak mampu buat tu ha. Nasi kukus tu sedapnya nampakkk,saya pun suka.

    Oh tak suka jemput2 jagung ya, sama la dengan anak2 dirumah, jemput2 kentang pun tak mahu, sudahnya buat jemput2 masin saja senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Yalah, saya seorang aje yang rajin dalam dunia ni ^_^

      Rajin saya bersebablah tu. Kalau tidak, tak berasap dapur di hujung minggu!

      Anak-anak saya setakat jemput-jemput manis aje. Mereka ni nak menyenangkan Mommy mereka kot!

      Delete
  17. sedapnya nasi kukus tuh kak...
    kat area mum's house ada. RM5 siap dgn drumstik, sayur, kari & sambal belacan yg sedap. terliur plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam nak mengulang lagi pulak, Lyn tapi rasa macam melampau pulak. Hehehe!

      Cendul durian kat Seksyen 24 tu dah cuba ke belum?

      Delete
  18. Fuhhhh cerita makan saje ni dengan spaghetti, nasi lemak, cucur jangung. Hahaha. Nani pernah jugak makan nasi kukus tu memang sedap dan poweeer ! Peh kalau abang nak bawak bekal nasi lemak ke sekolah agaknya pukul berapa lah mummy nak bangun bertukang dekat dapur pepagi hari? Haha. Nasi briani tu menggugat keimanan sangat, tapi nun jauh di Batu Pahat. Nangis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebut-sebut spaghetti dah teringin nak makan spaghetti lagi ^_^ Tapi entah mengapa dok reply komen chicken chop tu tetiba sendiri pun nak melantak chicken chop lagi. Konpiuslah perut ni!

      Oh, akak biasa buat nasi lemak awal pagi kalau anak nak bawa bekal! Tapi sebab hari Ahad dah nasi lemak, hari Isnin tak mungkinlah makan nasi lemak lagi!

      Delete
  19. Kiranya kt rumah tu MD sorg je la makam sambal belacan.sy memang tekak western..habaq siap2..tp takdelah smo melupakan terus menu melayu.haha..

    Memang nmpk sedap nasi kukus ilham tu..nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Segala makanan yang berbau kuat, memang anak-anak dan suami tak suka! Tak tahan bau. Nasib baiklah bau durian tu okey lagi sebab HD pun tibai sama kalau durian!

      Baru nak ulang sekali lagi tau tapi dok fikir pulak, melampaulah kalau dah gitu gayanya!

      Delete

Post a Comment