Happy Birthday, My Son!












Hari ini, tujuh tahun yang lalu, tepat pukul 10.45 malam on Sept 2, 2006, my precious jewel, Bubbly Abang telah dilahirkan ke dunia. Hai, cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam, my eldest and beloved son sudah 7 tahun umurnya. Terasa macam baru semalam aje melahirkannya. Masih jelas dalam ingatan saat-saat Bubbly Abang dilahirkan.

Sejak kecil sehinggalah sekarang, Bubbly Abang memang tak banyak ragamnya. Cuma bila semakin besar ni, makin menjadi-jadi kenakalan dan kehiperaktifannya. Terjerit terpekik jugalah Mommy ni nak mengawal keadaan. Agaknya suara Mommy ni dah macam alunan muzik di pendengarannya.

Setiap hari pun sejak dulu lagi, memang Bubbly Abang ni membawa senyuman buat Mommy. Ada-ada sahaja yang dilakukan, kata-kata mahupun mimik muka yang membuatkan Mommy rasa betapa nikmatnya hidup ini dikurniakan permata hati yang tidak ternilai. Kadang-kala ada juga masanya yang membuatkan hati Mommy 'mendidih' marah dek kerana kelakuannya. Bila difikir-fikirkan balik, itulah yang menjadi memori seumur hidup ini. Membesarkan anak memang bukan tugas yang mudah tetapi keindahannya itu memang tidak ternilai.  









Tahun ini kami tak buat majlis harijadi untuk Bubbly Abang. Kami cuma ajak my keluarga terdekat untuk makan-makan santai di rumah ~_^ Mulanya ingat nak keluar makan berempat beranak saja tetiba pulak tukar plan. Dek kerana last minute plan, adoi... macam biasa gambar kek pun terlupa nak ambil.

Bubbly Abang sekarang ni pula memang sangat 'berjimat-cermat' budaknya *such a lovely boy* Apa-apa yang kita nak beli dan dia rasa tak perlu, sudah tentu dia akan beritahu ai,

"Tak perlu belilah, Mommy. Buang duit aje!" 

Being a mother, kadang-kadang tu rasa ralat pula kalau tak mendapatkan sesuatu benda yang dimahukan oleh si ibu bukan si anaknya *senyum lebar* 

I masih ingat lagi bagaimana terpaksa menjaga Bubbly Abang sendirian (dibantu oleh my eldest kakak and mak) kerana tinggal berjauhan, beribu-ribu batu dari Hubbydearie. Itulah takdir namanya. My Hubbydearie terlepas menyaksikan sendiri perkembangan Bubbly Abang sejak umurnya 4 bulan hinggalah 1 tahun. Huhuhu... memang berendam air mata aje kerjanya ketika itu. Sepanjang masa asyiklah menangis aje.

On the first night when he arrived, Bubbly Abang yang ketika itu sedang lena tidur menangis bila dia buka mata dan ternampak his beloved Daddy, sitting on the bed, calling his name. But then, the next morning, dia boleh terus berlari meluru ke arah Daddynya. Such a sweet memory to remember!

Masa umurnya 4 tahun, kami bawa dia first time main bowling. Walaupun usianya muda tapi Bubbly Abang memang chubby sesangat masa kecil dan lebih besar berbanding kanak-kanak sebayanya. Punyalah frust menonggeng cousins yang besar-besar bila dia tak mahu main sendirian sebaliknya nak main sama lane dengan mereka (apa taknya bila terpaksa pasang pengadang di tepi untuk Bubbly Abang main supaya bola bowling tak asyik bergolek ke longkang...) Bila turn Bubbly Abang, memang sempat tidur nyenyaklah nak menunggu bola bowlingnya sampai ke penghujung. Memang SLOW and STEADY betul... ^_^

Bubbly Abang memang very talkative when he is among our family members atau orang-orang yang dah lama kenal. Kalau dengan strangers, memang tersipu-sipu aje. Unfortunately, perkataan pertama yang keluar dari mulut anak-anak ai ni bukanlah 'Mommy'. Memang tak 'mommy-friendly' langsung tapi kalau nak apa-apa atau nak peluk, kucup mengucup, pandai pula cari Mommy.


Bubbly Abang mula-mula panggil Daddynya dengan perkataan 'Bapak' dek penangan pengasuhnya. I was lucky because his babysitter sayang Bubbly Abang sangat-sangat macam anaknya sendiri. Alhamdulillah. Bubbly Abang first word untuk makan was 'nyamun'.  Masa pertama kali dengar, I was like 'What is he trying to say...." Ingatkan 'nyamuk' ke, 'samun' ke tapi those words macam too high standard pulak untuk his age... 

He loves all kind of vehicles dan paling suka sekali segala jentolak, jengkaut dan yang seangkatan dengannya. Bubbly Abang panggil semua ni 'gedung-gedung'. Sebabnya... persekitaran di mana jentolak, jengkaut and whatsoever tu berada selalu sangat ada bunyi bising macam 'gedung, gedung, gedung' kan.... ~_~

Bubbly Abang memang tahu mana nak cari toys deparment kat shopping mall. Kalau pergi shopping, dia akan pujuk kami, his parents to go there first. Lepas tu mula 'mengeraskan badan' tak nak bergerak sampailah kita agree nak pergi membayar apa yang dia nak. 

I ingat lagi macamana dia memujuk my sister and mak untuk belikan dia lori sampah yang berharga RM89. Setiap kali dia pujuk, ai tukang menghalang.  Akhirnya dek kerana kesian, my sister belikan juga dia lori sampah yang jadi idaman. 5 minit aje dia bermain, lepas tu tengok pun tak ingin! Dan lori sampah tu sekarang jadi 'barang balingan' si Adik Cute. 

This boy is really a Mommy's boy. Dia memang sangat manja dan rapat dengan ai instead of his Daddy. Dia memang suka kalau ai hug and kiss him but lepas masuk sekolah tadika, dah pandai malu bila kena hugs dengan Mommy. Pesannya, " I love you. Mommy! Tapi Mommy jangan hug Abang in public, eh!" demi tak mahu Mommy sedih dan kecil hati kononnya...

Sebenarnya setiap saat dan ketika, bila bersama anak-anak, ai nak cherish the moments kerana semua itu takkan berulang lagi dalam hidup kita. Melihat mereka membesar, kita rasa bersyukur dan gembira teramat sangat tetapi dalam masa yang sama hati ni terasa sedih kerana itu petanda kekerapan untuk bermanja dan bermesra semakin berkurangan bila anak-anak dah mula besar panjang, dah mula malu dipeluk, dicium oleh emak. Apa nak dibuat, memang lumrah dunia mungkin...



To my dearest Bubbly Abang:-

Happy 7th Birthday! Be a good boy, a good son and a good person. Mommy doakan Abang akan jadi seorang yang berguna dan berjaya pada masa mendatang. I love you from the day you're born, now and for the rest of my life.

Your one and only,

Mommy

P.S. Abang, last two years Abang kata nak belikan Mommy rumah banglo tiga tingkat dengan kereta Lamborghini and bagi Mommy duit 10,000 RM10 still on, right? 
 



 



 

Comments

  1. bagusnya abg tak membazir yer..
    happy birthday abg, semoga menjadi anak yg baik & soleh

    ReplyDelete
  2. tegelak2 lieya tang panggil bapak tu kak heheheeh...dah mcm org dulu2 dok panggil bapak2 tu heheheeh...comel jek...

    bagusnye anak akak...kecik2 dah pandai jimat...kalo ikutkan budak skrang ni pantang di offer, laju jek nak membeli itu ini...lagi2 kalo depanmainan...mau dah rambang mate hah heheeheh

    hepi belated besdey abg...jadi budak baik okey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx lieya.

      Sejak masuk sekolah ni mmg sgt pandai berjimat. Dia even nak 'start business' jual bola 3 RM10 supaya blh jadi jutawan bila bsr nnti :D

      Delete
  3. Assalamualaikum..

    bagusnyaaaa ank akk.....

    btw, happy birthday...may Allah bless him...semoga jadi ank yg soleh ^_^

    regards,
    Unsmiley



    ReplyDelete
  4. Salam ziarah ya...comelnya dia, dan siap kata tak payah beli ape2 sebab tak nak membazir..sobs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nia.

      Thanks kerana sudi singgah. Alhamdulillah, mmg byk jimatnya :D

      Delete
  5. haa...... sapa yg duk pegang abang tu??? Dapat tengok tangan jadiklah hehe

    ReplyDelete

Post a Comment