Grocery Shopping, Kenny Rogers, kek dan Domino's

Huhuhu, hari ni meroyan nak up entri lebih daripada satu *___*

Tetiba ajekan nak menulis banyak kali. Ngengada tau. Dahlah sekali menulis tak reti nak full stop. Ada hati nak bagi susah orang lain membacanya. Eh, ada ke yang membaca dengan penuh khusyuk? 

Walaupun mengharungi kesukaran memandu dalam hujan lebat semalam, tetap juga nak menyinggah ke Aeon Big.  Katanya nak buat grocery shopping. Tak boleh tunggu hari lain gamaknya.Walaupun hujan lebat mengganas semalam, tetap juga nak pergi. Lagipun semalamkan 28hb. Kat Aeon Big ada 5% discount ^__^ 

Kalau bab-bab diskaun ni, MD mana boleh lupakan senang-senang gitu aje ...

Bila menjenguk blog besan kita, ternampak pulak cheese meleleh-leleh hasil masakannya. Manalah boleh tahan. Terkelip-kelip mata ni sambil menahan air liur daripada meleleh. Sesegera itu juga kita kopipes resepinya. 

Jangan marah PK, dah kena kopipes. Buatnya tak tahulah bila!
Hajat hati  nanti nak cari bahan untuk buat 'Kek Pandan Snow Cheese Yogurt' versi PK. Beriyalah kita mengkopipes siap  tukar font, adjust bagai pastu sesedap hati aje print guna printer pejabat. Dasar tau ...

Lepas tu bila masuk blog Kakzakie pulak dihidang dengan Kenny Rogers Roasters. Mana boleh tahan ni... Segeralah telefon hubby beritahu malam nanti terasa macam nak makan kat KRR. On katanya... itu sebelum hujan lebatlah ...

Imej En Google tolong snapkan

Bagi tahu siap-siap nak pergi buat grocery shopping dulu. Simple aje jawapan Hubbydearie,


Tak sudah-sudah you punya grocery shopping ya!


Eh, hari ni 28hb, Dear! Kalau miss hari ni I kena buat grocery shopping next month 28th tau ...

Gaji you 28hb ke apa?

Bukanlah....Aeon Big hari ni ada 5 percent discount!

Standardlah, Dear! Takkan tak tahu isteri mithali you ni camna. Walaupun 10kali pergi grocery shopping, tetap juga ada barang yang terlupa nak beli...

Penuh ya satu kereta dengan hasil rembatan grocery shopping. Katanya untuk sebulan punya budgetkan ... 

Manalah tak berat kereta nak harung air bah semalam... eh, ya ke berat jadinya? Whateverlah  asal ada unsur-unsur logik kat situ ...

Sampai rumah lepas ambil Abang dah lewat. Hubbydearie pun dah called katanya cancel ajelah plan nak makan di KRR. Kalau nak juga pergi take away siap-siap sebab malas nak keluar semula. Kesian alahai ah kak ...

Bila dah tak tahu nak makan apa kita order Domino's ajelah. Ni mesti nak kena order tiga regular pizza. Satu tu memang tak lain tak bukan mestilah Chicken Pepperoni pilihan Abang. Ini aje yang disukainya dan ini ajelah yang dia makan sorang ya!

Satu lagi mestilah versi classic hand tossed pilihan Hubbydearie. I tak suka yang tebal gini. Lagipun kalau sebut Domino's aje I mesti pilih Spicy Sambal punya  yang seisi rumah tak suka nak rasa... Tapi kalau part Mommy, kena fikirkan Adik Cute juga sebab kita kena share berdua (nama aje share berdua lepas tu kena rembat dengan bos besar...)

Bila telefon Domino's kita diberitahu yang penghantaran mungkin lambat, 1 jam setengah ke dua jam lamanya dek kerana hujan lebat dan permintaan yang melimpah-ruah.

Dalam pada kecoh tu, I sempat lagi buat begedil. Belum siap pun tapi lapar punya pasal, lepas aje lenyek kentang dan daging kisar yang dah digoreng, terus bubuh lada sulah dan garam, ngap masuk mulut... hehehe ... 'Bege' tak sempat nak jadi 'dil' lah ya! 

Ish, ish, ish... hodohnya perangai ya kalau tak tau lagilah  ~_^

Pizza sampai pukul 9 malam. Dah terbongkang masing-masing baru dapat makan malam. Apa kes kita ni, Dear? Macamana nak diet cam ni? 

Dek kerana kemalasan yang teramat, segala bahan untuk buat 'Kek Pandan Snow Cheese Cake Yogurt' versi besan terpaksa dipostpone sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Membebel-bebel Hubbydearie mengumpat bagai isterinya bila terpaksa masukkan semua bahan dalam fridge. Wife mithali dah tersandar kekenyangan atas sofa *___*









Comments

  1. jap...jap .... AEON Big mana tu? BTHO yeh.... KRR tu pulak ....kat mana? BMC yeh..... Kalau sampai BMC calling calling le, sat lagi mak sampai tumpang skodeng hehe..... Tp serious beb... kalau gi BMC sesorang tu boleh le call ahkak yek...
    Weyh...OKje pun suka Domino sambal tu...dulu pernah makan , sampai la ni teringat ingat.... ah sudah teringin Domino pulak dah ! Tp kitaorang mmg lama dah tak pekena Domino 2 tahun ada kot....
    HD tu tak masak sebab tu le dia tak tau betapa grocery kita ada aje yg tak cukup hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ni tak pro langsunglah mak hai.... Dahlah nak skodeng orang, pastu suruh kita calling-calling first bila sampai. Tak leh jadi spy cam ni... tapi takpalah kalau kita gi BMC kita akan calling-calling pastu sembunyi bawah tangga. Hahaha... Tengah membayangkan OKje berjalan masuk Aeon BMC lenggang-kangkung gitu sambil he-ho di telinga tengah bercakap dengan MD nak detect which part of shopping mall tu MD tengah main sembunyi ibu dengan OKje...

      Sedapkan Okje Spicy Sambal tu. Ikan bilis walaupun tak mahalnya tapi sedap gila. Rasa nak sasaulah kalau tak dapat mengerjakan satu regular pizza tu :)

      Betul, part tu saya setuju. Mereka ni tak duduk dapur, tak tahu keperluan apa yang ada, yang takda kan... bukan kita suka-suka nak gi shopping mall. Ingat kita suka ke? Ish... takda kerja nak buang masa gitu-gitu aje tau :)

      Delete
    2. hehe....entah bila agaknya dia bagi no he ho...ada berangan nak calling calling...
      Ha'a....ingat kita suka ke membazir tenaga nak buang masa gitu gitu aje....hish.....hehe

      Delete
    3. Ni dah bagi email address, tinggalkan ajelah he-ho tu. Step by step, OKje... bukan senang nak cuba dengan penulis cerpen terkenal famous amos de la vavaboom!

      Delete
  2. haha..jgn sampai bahan2 utk buat kek tu xpired dah la ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah check dah... lama lagi expired. Boleh perap lagi tu :)

      Delete
  3. kita sama yerk kalau domino memang spicy sambaltu... tekak orang melayu nak jugak sambal... tapi kita layan sorangjer.. anak2 memang tak sukaler... oklertu... mun dah hujan semua orang malas nak keluar orderjeler jadi redhojerler kalau dah lambatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaplah Cho ikan bilis tu....teruja setiap kali makan :) Kat rumah tu memang tak menghargai bahan mentah tempatan tau :D

      Delete
  4. perghhh byk betul benda nak buat & teringin kan..
    takpe weekend ni boleh buat kek cheese meleleh..
    jgn lupa pos kat sini.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cheese kek meleleh menjadi, memang masuk entrilah Lyn. Katanya Iron Chef versi sengal-sengal gitu :D

      Delete
  5. dominos kegemaran anak daraku..pantang keluar berjalan, nak makan ape?pija..hadoi bancrupcy mamanye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak bankrap kalau gitu. Tapi takpa. Ikutlah petua saya - makan tak akan buat kita miskin. Huahaha ....

      Delete
  6. Assalam...
    Amboi tersandar kekenyangan pizza langsung pospon buat kek...kalu tak kerana pizza tadi...dah siap kot kek nyer..
    Bunda pun dah lama tak makan dominos pizza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam Bunda,

      Begedil pun tak siap, Bunda...tapi itu sebab lapar sangat. Kek memang tak menjadi sebab dah kenyang makan pizza lewat malam :)

      Delete
  7. complete ceritanya . x de nak cilok cilok ... suka baca .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, MD kalau tak meroyan dalam blog memang tak complete rasanya hidup ni :)

      Delete
  8. Haha... Semangat ke laut lps kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam nak kuatkan semangat tapi kelaut juga akhirnya :)

      Delete
  9. sgt mempercayai MD memang rajin memasak..
    dari zaman anak dara lagikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.... kata-kata saya haruslah dipercayai. Saya tak tipu... Eh, bila masa pulak orang kata pandai masak sejak anak dara? Masa baby-baby cam Luth tu dulu dah jejak ke dapur menolong mak dan kakak-kakak kita tau... *sila betulkan statement lain kali* :)

      Delete
  10. Kalau dah tersandar macam mana nak membaking. Memang simpan baliklah. Jelingan HD tu buat tak nampak ajelah hihi... esok kan cuti tak perlu tunggu lama pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi special PK ni kak tak perlu baking membaking. Ready made aje. Itu yang beriya nak buat tapi dek kerana late night dinner dek budak pizza ni, terpaksalah dilupakan. Habis tu dah kenyang, nak watpa buat cheese leleh lagi. Banyak kolesterol tu :)

      Delete
  11. ok, entry ni takde la panjang sgt. masih boleh gigih membaca setiap patah perkataan.,

    heheh... grocery shopping paling syiok wooo... terutamanya kalau tak plan atau tak listkan nak beli apa. main ambik apa yg ternampak dek mata. sgt syahdu perasaan dia bila nak membayar.

    so, kempunan tak tak dpt makan kenny rogers? domino pizza yg paling saya suka ialah yg ada nenas. aloha chicken. kalau beli pizza hut pun akan pilih yg ada nenas. sampaikan order beef pepperoni pun request utk tambah nenas. hahaha. pastu cicah dgn sambal kicap. pergghhh.... non-stop mengunyah. selamat le masih kenal lagi antara kotak dgn pizza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak panjang ke entri ni? Sat-sat, nak kopipes kat A4 size paper nak tengok berapa muka surat... Lepas ni lagi tak panjang. Tapi kalau tak panjang tu, mendalam maknanya. Mahu dia nak menulis berpuluh kali sampai berpeluh membaca :) Dah tak sanggup ke? Hahaha....

      Terujakan bila nak membayar barang yang diambil campak baling buang dalam troli? Sampai gigil-gigil tangan tengok duit bertukar tangan. Serius rasa masa tu cam na cakap aje, 'Eh, tak jadi belilah...boleh bagi refund tak?' Huhuhu ...

      Saya pun suka nenas tapi keinginan diri sendiri terpaksa dilupakan demi anak-anak dan suami. Mithali tak kita? They all ikan bilis tak suka, nenas tak suka...nyampah tau! Kalau beli pizza memang kena ambil diff toppings. Semput nak ngabiskan (cakap berlapik je kat sini, kalau orang tak nampak bantai makan macam sebulan tak makan!)

      Pizza cicah sambal kicap? Duh, terlebih kejohoran dari kita nih... tak pernah pulak buat. Sib baik tak dimakan kotak pizza tu ya. Kalau makan pun apa salah, mengurangkan pencemaran dan pembuangan sampah sarap gak!

      Hidup Domino's! Eh, apsal pulak nih! Sah-sah lapar dah ni!

      Delete
    2. Kah kah.. rasanya sebab entry ni banyak gambar sebagai hiburan masa membaca buat kita terasa entry ni tak panjang.. tapi jangan terpedaya, MD ni memang puas hatinya bila tulis panjang... kan? Banyak idea MD kebelakangan ni.. maraton membaca ni lenguh nak gelak dan nak nak imagine situasi.. haha.. mujur malam minggu.. nak khatam takde masalah..

      Delete
    3. Nasib baik boleh buat marathon, AN. Tak semputkan, tak semputkan? They all tu memang saja aje nak kenakan saya tau...Kalau saya tulis entri panjang + gambar, lagi rasa bagus ek? Saya ingatkan makin semput jadinya :)

      Delete
  12. Assalamualaikum..

    Kenny rogers n dominos..sofia tak blh makan sengsorang dedua nih sebab selalunya tak blh nak habis hehe..so tunggu ada family baru sofia pegi makan nih..tak pun dgn member2

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Alah, Sofia... setakat personal pizza yang kecik tu pun tak leh habis? Kalau gitu, bila nak makan, jemputlah akak ke Putrajaya menjamu selera bersama. Makan bersama, bayar seorang aje :)

      Delete
  13. Satu, KRK feveret en hubby KA, dominos pilihan anak2 KA, mak dier ni ikut mana yang ada jelah... hehehe gigih bershoping nak membeli bahan kek tu yer... nanti siap buayt, jgn lupa tepek pic kek dan cerita sebalik pembuatannyer yer hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak-mak ni memang selalu kena beri laluan utama kat keluargakan, KA. Bila anak-anak mahupun suami nak makan, cakap aje. Mak akan tunaikan, insya Allah. Kalau mak nak, hehehe...kena tengoklah cara camna nak berjaya :)

      Ish, malu pulak nak tempek resepi lagi kat blog. Nanti PK cemburu pulak kat besan... huhuhu....

      Delete
  14. tu dia entry bergabung namanya ni..mmg standart la MD..klu dah namanya kekenyangan..lebih baik membuta dr buat kek ye tak..patutlah tersedak2 selalu..beberapa kali namaku diseru bakal besan.huhu..

    dah jadi ke belum keknya tu?tayang jelah kt blog..takdenya kite nk jeles..bangga lagi ada org sudi buat resepi kite yg tahap tintong yg entah apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah kisahnya pulak PK. Berentri-entri hah ni pre-preparation. Cheese melelehnya tak nampak-nampak lagi. Padahal tengok dalam blog PK macam 'senang bah itu' tapi sampai la ni tak terbuat. Hari ni nak beli kek lagi....kerja beli kek ajelah pastu habis belum sempat cheese nak meleleh nanti!

      Delete
  15. Lupalah nak sebut pasal resepi PK tu. Saya masa Isnin hari tu, tengah latihan boling nyaris nak tinggalkan murid sebab nak turun ke Giant tuk beli barang utk buat kek tu.. haha.. dasyat.. mujur sedar diri dan tanggubgjawab yg ada.. tapi kalau dh lama ni, entah bila nak buat tu tak tahulah..

    dominos spicy sambal tu sedap ke? Kami amik vege, tuna dan ayam biasanya.. teirngin nk spicy sambal yp takut budak dua beradik ni kata pedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya excited bukan main. Lagipun tak perlu main baking membakingkan. Beli aje kek. Sekali beli, malas, kek habis. Kali kedua beli, pun tak buat juga dan kek habis dimakan. La ni bahan dah susut tapi masih tak buat-buat lagi. Yogurt dan susu pun dah habis kena baham. Kalau tak up entri nanti PK merajuk pulak. Pukul kompang pre-preparation bukan main kuat lagi :)

      Saya suka spicy sambal tu sebab ikan bilislah. Tapi kalau setakat Nazif tu rasanya tak boleh kot sebab pedas. Saya pun suka gak tuna dan kalau ada pineapple lagi marbeles.

      Delete
  16. saya pon suka spicy sambal tu juga. hihih
    hahaha gigih ye md ke aeon big setiap 28hb. saya jgn kata nak tunggu 28hb kdng2 bolh dikatakan tiap2 hari nk pergi situ sbb cik abe suka sgt meronda kat dlm tu.. saje nk menengok2 kawsan katanya.. mmmm, apa2 aje lah..
    yg peliknya setiap 28hb mesti terlepas..hahaha.apa pon x boleh..

    jgn lupa tepek kat entrt nti bila dh buat kek verai pk tu ye... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mestilah kena gigih, Ciksu! 5% discount tu...manyak ooiii... Saya memang cari jalan nak gi every 28th tu tapi kadang-kadang terlepas juga especially kalau jatuh hari Sabtu. Memang tak dapat nak ditolong. Sesudah subuh je kerja dah berderet menunggu. Maklumlah weekend kan jadi Home Minister!

      Delete

Post a Comment