Muzium Negara dan Pameran Evolusi Senjata & Kemanusiaan Sedunia

Salam Selasa kawan-kawan!

Jom kita meneruskan perjalanan ke our next destination! Kalau sebelum ni kita berada di Muzium TUDM, our next destination of courselah Muzium Negara...

Bercakap tentang Muzium Negara ni, I sendiri tak ingat bila kali terakhir Kak Ton mengikuti rombongan ke sini. Rasa-rasanya dah terlalu lama. Yang masih dalam ingatan ketika zaman sekolah rendah dulu. 

Serius, memang tak teringin langsung nak ke Muzium Negara ni; dah katanya tak minat sangat bab-bab sejarah! Rugi sebenarnya kerana banyak yang dapat dipelajari bila kita melawat tempat sebegini. Daripada asyik bawa superheroes melenjan di shopping malls dan JJCM, apalah salahnya memperkenalkan mereka berdua tentang sejarah pulak....

Chewah! Cara bercakap macam terror aje bab-bab ni. Nasib baik superheroes tak banyak tanya. Kalau tidak, terkangkang kiap jugalah Mommy nak mengimbau tentang sejarah ni. Actually, macam biasa kami bertiga boleh mengharapkan our Russian speaker tourist guide aka Daddy mereka ~_^ He knows all the sejarah silam Malaya bagai. Parameswara pun bapaknya tau cerita! Hah, jangan nyesal dulu-dulu tak belajar sejarah negara sendiri betul-betul. Negara lain tak payah ceritalah, lagi kalut tak tahu nak jawab apa ^_^ 

So, 'the tourists' pun mulalah 'berposing' sebaik sampai di Muzium Negara. Tourist guide pulak yang beria-ia bercerita dan ambil peduli tentang segala apa yang tertulis di pameran yang akan kami terjah ni ~_^

Keluar je from our car, nampak kereta Ferrari ni. Cepat-cepat mereka berdua posing suruh Mommy snap photo. Ingatkan kita je yang buat hal depan kereta orang ni, rupanya ramai lagi keluarga buat begitu. Yang tak tahan bila lepas posing Adik Cute menjerit 'Mommy, nak naik car!' Kereta oranglah Adik, bukan kereta Daddy!

Posing tutup mata dek terik mentari namanya diberi *_*




Perhatian! Ada 17 gambar kesemuanya. Nasib baik I dah buat photogrid sebahagiannya kalau tidak adalah dalam 45 gambar gitu. Menanah I nak letak watermark dan upload dalam blog. Sure give up punya!



Well, actually kita tak masuk pun kat main entrance Muzium Negara. Lepas penat berposing kebetulan ternampak Pameran Evolusi Senjata & Kemanusiaan Sedunia sedang berlangsung. Maka, marilah kita masuk, lihat dan belajar perkara baru serta berposing juga ~_^



Unbelievable I tell you... masa kita nak masuk ke dalam ruang pameran, both my superheroes buat hal. Entah apa yang diberitahu oleh Daddydearie kepada si Abang sampaikan si Abang pucat lesi masa nak masuk. Takut katanya....

Susah nak ambil gambar model cilik sebab Adik dah menonong berlari tak tentu hala! Again, Abang terpaksa redha dalam ketakutan. Entah apalah yang ditakutkan I pun tak tahu. Asyik pegang baju Mommy jerk!

Adik Cute jangan ceritalah. Merengek nak lari ke luar semula. Puaslah I pujuk sampaikan Hubbydearie terpaksa dukung. Aduh, lebih berat dari tong gas tau our Adik Cute ni. Tensionlah Daddy mereka....


Nampak tak tangan Abang pegang bahu Adik supaya jangan 'melarikan diri' lagi?


Banyak tau pameran yang menarik di dalam ni tapi I tak boleh nak concentrate sangat dek kerana my superheroes dan aktiviti bergambar. Si Bubbly Abang mulanya bukan main lagi nak posing dengan spek hitam. Masa kat sini, tak mahu pulak pakai spek hitam. Dah tentu-tentu panas berdeting waktu tu!

Dek kerana takut entah apa-apa, sampai patah spek matanya!


Adik pulak tak payah cerita. Kejap sembunyi belakang Mommy, sekejap lagi dah merengek minta Daddy dukung. Takut memanjang! I guess he's afraid of all the patung dan gambar yang ada di dalam ni. Lagipun tempat pameran ni agak gelap....





Hubbydearie memang tak puas hati kerana katanya kalau dah masuk ke pameran begini, haruslah nak tau butir-butir sejarah. Dek kerana superheroes buat hal, Hubbydearie pun tak khusyuk 'belajar' sejarah di dalam ni. Sampai ditanya pada I,


Eh, you people memang main jalan je ke? Tak baca info pun!

Memang gitulah, Dear adat kami ni orang 'Melesya'. Hahaha....

Paling si Abang suka bila sampai part weapons lah! Pandai je cari mana satu AK47. Ni kes main game komputerlah tu.... 

Both superheroes baru rasa teruja bila kita hampir nak keluar. Dah pusing keliling nak keluar barulah mereka hilang gementar dan seronok melihat pameran. Terutamanya yang ini....

Abaikan wanita yang berdiri di situ. I baru nak snap tetiba dia muncul. Takkanlah I nak suruh pergi blah dari situ! Ini computer generated scene. Itu yang Abang dan Adik suka. Maaf gambar tak clear, kalau tidak akan ternampak kapalterbang keluar kena tembak dengan senjata berwarna-warni api dan lepas tu meletup. Serius cantik! Ah kak pun suka *_*

Keluar dari sini, sempat lagi berposing walaupun masing-masing dah kehausan sejak sampai!

Kira dah garang sangatlah muka 'pahlawan' ni *_*

Jangan tak tahu, bila suruh posing Adik nak yang badan perempuan. Eh, apa ek? Hang Li Po ke perempuan Melayu, I pun lupa. Haruslah MommyDaddy tak benarkan. Nah, posing kat sini jerk! Barulah nampak boboi sikit. Itupun tak muat kepala tu, alahai Adik!

Kami beredar tanpa masuk ke dewan pameran utama di Muzium Negara. Aha, ada satu lagi pameran untuk kanak-kanak sempena cuti sekolah. Nak ajak masuk, Hubbydearie dah menonong mendukung Adik ke kereta. Maybe lain kalilah. Lain kali tu tak tahulah tahun bila pulak!

Kalau tak silap pameran ini akan berlangsung sehingga Februari 2015. Jomlah terjah kawan-kawan. Menambah ilmu di dada. Satu je ilmu yang I dapat - Masa Perang Moghul sejumlah 40, 000, 000 manusia terbunuh. Terbanyak dalam sejarah.... Hahaha, itu aje info yang lekat dalam kepala! Mujurlah Malaysia masih aman- damai. Eh, apa ke tetiba!

Apa-apa pun, kami gembira. Abang pun suka. Sungguhpun takut entah apa-apa, Abang is very protective. Sanggup dia memujuk Adik bila Adik buat hal. 'Thank you, MommyDaddy for bringing us here!'  memang tak lekang dari bibir si Abang ni. Alhamdulillah! Senang hati Mommy bila anak-anak gembira walaupun it's just a simple jalan-jalan merata KL.

Next destination will be alam semulajadi pulak ya kawan-kawan ^_^









Comments

  1. MD...kami pon kesini jugak hari ahad. ADik takut gajah besar yg keluarkan suara tu kot sebab anak saya pon takut...ppffttt...Masa masuk sini anak² buat hal plak nak ke toilet. Tak sempat nak baca & posing2 dalam tu...haishhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa, tak berjodoh kita nak jumpa ya ^_^ Saya dan keluarga pi hari Sabtu tu!
      Entahlah konpius saya tau entah apa yang ditakutkan. Adik ni memang ada sikit takut pada patung. Kalau nampak satu, memang melekat kat dada je kerjanya, macamlah kecil lagi. Nampak je berani dan lasak tapi hati kecil si bujang berdua nih!

      Delete
  2. Besar nampaknya tempat ni.. pameran senjata ni maksud saya.. tapi kalau si Adik takut benda tu, saya rasa Nazif pun sama. Kalau dibuatnya menjerit jerit macam kat taman rama-rama hari tu, payah juga nak melihat apa yang ada.. gelap pula kan?

    Amboi, dari cikgu bahasa Rusia MD jadi cikgu sejarah pula.. bawa anak jalan ke tempat2 yang ada kesan bersejarah ni.. wah, wajar dicontohi ni.. asyik ke mall je, kan? Ha.. kalaulah suami i faham konsep ni.

    Murah je bayaran masuknya tu.. boleh sangat kalau nak pergi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelaplah AN dewan pameran ni. Mesti riuh anak menangis nanti tapi kalau nak cari info sejarah lebih-lebih sambil menyaksikan pameran, apa salahnya suruh mereka nangis ikut suka hati. Hahaha....

      Cikgu Sejarah sempat hafal satu fakta je, AN. Maklumlah sibuk menguruskan sesi fotografi anak-anak ^_^

      Bawalah budak berdua tu jenjalan berkenalan dengan sejarah. Asyik belajar BM je boring juga tau. Hihihi....

      Delete
    2. Haha.. mana ada belajar BM anak2 saya ni.. setiap hari belajar PJ dan KH je... lari, selerak dan repair..

      Kalau gelap tu, kena fikir dua kali sebelum saya pergi.. ataupun pastikan Nazif nak papanya dukung...

      Delete
    3. Oh, kalau bapaknya sanggup dukung okeylah tu... Boleh pi belajar Sejarah setahun sekali *_*

      Rasanya memang budak-budak takut kot. Sebab hari tu bukan Adik je nangis takut, ada juga budak lain yang sama spesies. Banyak patung dalam ni sebab itu kot....

      Delete
  3. bagus bawa anak2 ke tempat macam ni..tempat ada ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak tak sempat pun menimba ilmu kat sini, Mar. Takut itu, takut ini. Mommynya pun tak sempat tambah ilmu ^_^ Lain kali nak ajak mereka ke muzium lagilah. Sajakan belajar sejarah!

      Delete
  4. acik pun dah lama tak ke Muzium Negara..tapi muzium negeri ada jugak acik baru pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasalahkan Acik, satu muzium negeri pun saya belum pernah sampai tau. Muzium Negara ni pun kalau tak kerana nak memperkenalkan sejarah pada anak-anak, tak sampai juga ^_^

      Naklah cari kelainan sikit. Asyik jenjalan sedut habuk je kat KL nih!

      Delete
  5. Next destination mesti taman botani KL. heheh. Takpun tasik titiwangsa.

    MD, i tertarik menarik kau memang de bom la nak pegi muzium ni. Padahal seberang jalan ofis i ni je. My husband and i mmg suka gi muzium. Cuma belum cuba lagi bawak budak kenit pegi muzium. Kalo dia menggelupur nak berjalan sendiri, maknanya hanya ada sorang je la yg boleh fokus membaca info, sorang lagi kena jaga budak kenit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...habis dah talian hayat you tu ya, Lyd! Salah! Salah! Salah!

      Next entry babey.... ^_^

      Wow, terpegun I dengar you suami isteri suka pi muzium. I nak dah berkarat otak pun satu muzium tak minat. Ini pun sebab nak memperkenalkan subjek 'sejarah' pada anak-anak. Tengoklah tu, Abang dah 8 tahun baru Mommynya teringat nak ajar sejarah. First depa masuk muzium tau. Hubbydearie tahun ni pergi muzium lebih banyak daripada I sendiri ^_^ Well, well, well, what to do ....

      Budak kenit tu masih boleh dukung lagi, okeylah. Since both of you suka sejarah, no hal punya kalau bawak Luth pun... Mesti cepat tangkap fakta sejarah tu....

      Delete
  6. Akak pergi muzium ni tahun 2012 tu hari setelah meninggalkan melawat muzium masa sekolah dulu jer MD.. singgah pun sebab pergi tengok Istana Negara masa tu..
    Harus bebudak takut bila masuk bilik gelap macam ni pastu banyak pulak patung2 lagi lah takut mereka ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat nak singgah juga ke Istana Negara tapi Hubbydearie malas pulak. Katanya kalau nak pi istana, lebih baik pergi yang baru tu....

      Patung-patung replika lah ni yang saya rasa mereka takut sangat. Tiba bab senjata, rileks je membelek!

      Delete
  7. zaman kekecik jer pegi muzium negara ni.. tu pun sebab lawatan sekolah..
    skrg takde dah nak pgi.. baik pergi shopping mall. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan hati akak ni, memang tak singgah pun muzium. Lebih baik pi KLCC ke, Pavillion ke... Tapi kesian pulak kat superheroes kalau makna muzium pun tak tahu. Berilah pendedahan sikit.... Huahaha....

      Delete
  8. I sendiri pun dah lamaaaaaaaaaaaaa gila tak ke Muzium Negara ni..hahaha

    Apalah yg si Adik Cute tu takutkan agaknya kan..lagi berat dari tong gas eh? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Should go bawa ZZZ lah, DZ. Saya rasa kalau DZ pergi ke Muzium Negara ke, Muzium TUDM ke, mesti shot gambar cun melencun punya. Saya ni bawah daripada amatur. Hahaha....

      Saya rasa patung-patung replika berbagai rupalah yang ditakutkannya. Tempat pun gelap, kalau pi dating lakibini memang sesuai sangat untuk pasangan pencinta sejarah tau!

      Betul berat.... Saya ni very rare dukung anak-anak. Mahu terkehel tangan nanti!

      Delete
  9. Thanks for the info..
    boleh gedik manja kat hubby mcm ni ajak cuci mata kat situ.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gedikslah 18kali, sure dapat pergi. Hahaha....

      You're welcome! Kalau tak share kat blog, kat mana lagilah nak dikongsi bersama *_*

      Delete
  10. Itu lah kit apayah nak appreciate benda gini selagi ada. At least u jejak jjugak kaki ke sana kan, I belum berpeluang cehhhh. hahhaah ni ada satu muzium sebelah umah ni jer, kentut pun dengar, pun tak pernah pergi. Sebab apa? sebab ada. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira you lagi melampaulah. Kalau dah terkentut pun orang muzium boleh dengar tapi still tak sampai lagi bawa kaki, aha....sah memang bukan pencinta sejarah ni! Hahaha....

      Delete
  11. Oleh kerana topik kurang mengghairahkan mak saja jer komen lambat.....kumpul idea weyh!

    Mat Saleh kalau tgk muzium mmg habis di study nya...lain bebeno ngan org Melesya main tengok sekali lalu jer, itu pun nasib baik dtg muzium hihi....termasuk mak lew tu !

    Kita pernah dtg muzium ni masa cuti sekolah entah tahun bila tak ingat, tp SA dpt masuk TV 1 lah....berbaloi gi muzium haha .....

    Adik takut lew tu tengok patung ....kita sendiri pun kalau kena duk ngan patung lelama seram gak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, cakap ajelah Mak terkesima sampai hilang idea nak mengomen dek kerana komen Kak Ton kat sana! Habis semua Kak Ton dah taram idea, mana lagi idea nak datang pada Mak mengomenkan....

      Mak ni kan rasa macam nak kena sidekick aje tau. Cakaplah beralas kaki ayam sikit... tak suka pun janganlah cerita habis semua orang dengar. Taulah Mak pun tak minat sejarah!

      Saya pi muzium ni semata nak ambil gambar masuk blog je. Hahaha....Lupa nak belek-belek info. Nak hafal bukan senang tau hal-hal sejarah. Sejarah diri sendiri pun lintang pukang nak mengingatnya!

      Hahaha...Mak memang giler photoshoot. Happy pi muzium semata kerana anak dapat masuk TV. Aduhai, Mak!

      Muzium kalau datang malam memanglah takut, Mak. Banyak hantu!

      Delete
  12. Saya lagi kesian, belum pernah sekali pun jejak kaki ke muzeum negara...
    Saya totally agree pasal "typical M'sian" tu.... Memang kita ni jenis touch and go jer... Susah nak jumpa yang betul2 baca maklumat yg dipamerkan.... Kalau saya pula nak baca satu2, terus kena sound dgn laki sendiri.... huhuhu
    Tapi bila kat sini rasa insaf sikit bila tgk mat2 saleh ni yg suka explain all the information to their kids.... Kadang2 saya pun tumpang dengar dan tumpang belajar cara explaination mereka... Sekarang ni dah pandai lah nak cerita sikit2 kat anak2 bila pegi ke museum... hehehe

    Adik macam Danish.... takut dgn tempat gelap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kebanyakan kita yang mengaku Malaysian ni memang jarang jejak kaki pi muziumlah, Nur. Saya pun rasanya last time masa sekolah rendah kot, arwah abah bawa. Lepas tu lalu-lalang depan muzium selalu pun tak teringin nak singgah. Anak-anak saya tak banyak bertanya sebab first time sampai muzium. Tanya pun soalan-soalan 'kacang' je. Kalau ditanya fakta sejarah, mahu pengsan Mommynya kat situ juga!

      Delete
  13. sebenarnya dah baca semalam tapi tak sempat komen..bizi ler baru masuk keje... ni pon besok nak bercuti lagi sambung terus sampai ahad..

    ni sesuai tuk pencinta sejarah MD.. cam kitorang memang tak ko..huhuu..teruksss..

    amboi, bergaya anak bujang ngan ferrari merah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang ramai yang tak minat muzium ni, Zee bukan awak seorang je. Ramai geng! ^_^

      Saya pun bukan pencinta sejarah juga, saja je nak bawa budak-budak ni. Nanti kalau tanya at least bolehlah kata 'dah pernah pergi!' Hahaha.

      Delete
  14. Gelaplah, Diana. Lepas tu banyak replica patung sampaikan Journey to the West apa tu namanya, Monkey King ke, pun ada sama. Mahulah si Adik ni gementar....

    ReplyDelete
  15. pergi sabtu ke? eh saya dah planned nak ke situ sebelum ke taman tasik perdana
    tapi angah kata nanti penat
    nampak juga banner kat luar pasal pameran senjata tu
    bukan berjodoh kita nak berjumpa ye
    afif suka benda gini, tapi saya kalau aisyah pun dia menangis ketakutan jugalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, tak berjodoh. Tak pun memang saya tak pandai predict mana tempat nak dijauhi ^_^

      Kalau saya ke Taman Tasik Perdana petang tu surelah bertemukan, tak pun tengok dari jauh je lah :)

      Kalau spesies budak macam Adik ni, takut tempat gelap dan patung memang susah sikitlah, YY. Tapi Aisy tu bisa diatur, suruh aje bapaknya dukung. Berapa kg je kan...Lainlah si Adik Cute. Tong gas pun lagi ringan tau!

      Delete
  16. muzium mmg tempat best untuk bawak anak2 baya abang..terbukti abang suka ye..anak2 sebenarnya bukan kisah pun dekat ke jauh,yg penting sdpt jalan!

    abang jadi model muzium ye..byk betul pic abang..apa salahnya adik nak posing jadi puteri hang lipo.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beberapa hari cuti sekolah ni dok rumah aje, dapat keluar rumah bukan main happy. Berkali-kali dia suruh saya duduk rumah je, cuti je. Dia tak tahu Mommynya ni dah habis cuti tahunan.

      Adik tak dapat nak jadi model, dah berkeliaran je lari sana-sini ketakutan. Abanglah yang kena redha walaupun dapdupdapdup jantung tu takut juga. Hahaha....

      Delete
  17. wahh..ada pameran khas ke...mesti pergi ni..mesti pergiiii.... tengkiu for sharing MD. saya ni memang minat sejarah..jangan tak tau..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, Fand ^_^

      Dalam ramai-ramai, masih ada lagi rupanya pencinta sejarah. Tahniahlah, awak memang rare *_*

      Delete
  18. sama la dgn saya md entah tahun bila last msuk muzium tu.zaman skolah rendah rasanya

    menarik kan. dpt melawat byk dpt ilmu..
    ferrari merah tu..
    dpt juga ye adik..xpa besar nnti adik dgn abg beli ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji dah sampai. Okeylah tu.... Biasalahkan kita-kita rakyat Malaysia ni, bukan pencinta sejarah sangat. Hahaha....

      Delete
  19. Sesekali bw anak melawat tmpat mcm ni pom bgs jgk kan.. lya last smpai muzium msa umur 12thn kot. Hibi. Teringin jgk nk bwk fasya.. tp ke muzium trg je la . Tu pom jauj jugk pjalanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kebanyakan daripada kita sampai muzium ni masa zaman sekolah rendah, Lya. Sekarang ni tak tahulah ada ke tidak cikgu sekolah buat rombongan ke muzium macam dulu. Sekarang lebih baik kalau pi KLCC tu.

      Delete
  20. Memang tak merasalah. Baru ni pergi satu tempat, baru keluar parking dia dah meraung nak lompat ke dada, ajak masuk kereta semula. Peninglah kepala. Rasa macam nak pakaikan dress je superheroes berdua ni. Takut entah apa-apa!

    ReplyDelete
  21. lama lagi pameran tu berjalan ... saya klu pergi muzium just tgk jer . jarang nak rajin baca maklumat . dah mcm x de jiwa ... dah lama x pergi . rasanya dah berthn2 dulu kot ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, Vee. Jalan-jalan je macam pelancong datang naik bas. Kejar masa kononlah! Ini pun suruh anak-anak posing sebab nak masuk blog. Hahaha....

      Delete
  22. oo ke sini juga yerk... kami dah pergi berkali2 juga.. ibunya suka sangat tapi ayahnyer tak berapa gemo... jadinyer kalau ada rezeki dan mood suami nak melayan memang dapatle kami singgah..
    budak2ni suka juga masuk muzium kalua boleh semua muzium nak di masukknyer...
    awatnyer takut abang ngan adik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabik springlah, Cho. Minat dengan muzium rupanya. Susah nak cari orang macam ni. Cuba tengok kat komen yang ada. semua pun sama spesies macam saya - dah berzaman tak masuk muzium. Tapi takkan kerana kita tak suka, anak-anak pun tak merasai pengalaman masuk muzium dan mengenali sejarahkan...

      Delete

Post a Comment