Cramp o' Leg

Oh, no! This is the most painful moment I ever experienced! Biar benar ni...

Ai adalah seorang umat manusia yang degil. Dah tahu badan tu tak tahan sejuk walaupun kena tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, tetap juga nak tidur berlenggeng. Oopss, mind you! It is not naked here cuma tak pakai stoking -_- 

By the way, ada ke orang tau makna berlenggeng ni? Atau cuma kami-kami yang berasal dari selatan aje yang benar-benar memahami ? Sorrylah, ai pun tak tau dari mana asal datangnya perkataan ini. Maksudnya ialah...tak pakai baju ^-^

Cramp o' leg (wow, sedap bunyinya di pendengaranku) kalau ikut kata orang melayu, simpul biawak. Alahai, sekali lagi tak pernah dengar ke perkataan ni? Susah ler, coz I'm  not qualified enough to teach Malay language. 

Simpul biawak ni memang selalu datang bertandang. Lebih-lebih lagi orang macam saya yang tak sedar diri dan tak mau amik inisiatif untuk mengelakkannya. Biasanya memanglah ia menyerang dinihari, masa tengah sedap tidur and sometime, tengah lena diulit mimpi indah. Tetiba aje, " Oh, alahai emak! Sakit nyerrr....Adui, adui, adui!" Boleh buat ai nak menitiskan airmata kadang-kadang.

Oh, masih tak faham lagi rupanya! Simpul biawak ni paling mudah nak explain sebagai tersimpul urat. Aiyaa...kaki cramped lah tu -_- 

Sakitnya bila kena Tuhan aje yang Maha Mengetahui. Walaupun cuma menyerang setakat 5-10 minit, azabnya menahan sakit memang tak boleh tahan. Dulu-dulu, ia cuma menyerang belakang betis saja. Yes, sebelah betis aje. Tapi sekarang ni lebih hebat lagi kalau ia datang. Boleh main pindah-randah, kejap betis kiri pastu betis kanan. Ada masa kena sampai kat bahagian thigh lagi. Waduh, mak! Memang painful gila bila kena...

Pelbagai cara ai dah cuba buat. Ada kata sapukan minyak panas dekat kaki and tidur pakai stoking. Ai buat dah! But then, yalah...ai ni pun bukan jenis taat setia bila mengikut petua ni. Kadang-kadang boleh terlupa nak buat and most of the time, MALAS! Leceh sungguh bila nak ke bilik air tengah-tengah malam bila berstoking. Kadang-kadang, baru aje sapu minyak panas, dah rasa nak gi bilik air. Waduh, kena buka stoking balik and sejuklah kakiku ini semula.

Bila cuaca sejuk memanjang, ai memang fobia nak tidur. Takut sangat tetiba terjaga di tengah malam and tarrahhhhh.....adui, adui, adui, sakitnyaaa! Yang selalu jadi mangsa of courselah Hubbydearie. Terjerit, terpekik merengek-rengek ai mengejutkannya. Kata orang, bila kena simpul biawak, kena luruskan kaki tu ataupun letakkan kaki kat dinding and  tolak dinding tu -_- erhmmm, you know what I mean, right? Ataupun ibu jari kaki kena tolak ke arah atas sampai hilang rasa sakit tersimpul urat tu. Aduish, semua ai dah praktikkan tapi tak juga rasa sakit tu pergi dengan mudah*sob,sob,sob*

Tak kiralah sama ada ribut petir, hujan lebat maupun panas membahang, ai tetap juga berselimut ketika tidur malam. Tapi itulah bila dah datang aduhai siksanya menahan sakit*sob,sob,sob lagi*

Pendekata, simpul biawak aka cramp o' leg ni memang dah sinonim sangat dalam hidup ai; dari dulu sampailah sekarang. Bila lama tak menyerang, ai pun mulalah hilang ingatan dan tak peduli segala petua. Bila kena sekali, mulalah melilau nak start balik mengamalkan petua apa yang patut ^-^








Comments

  1. Kalau orang kampung say kat perak diaorang panggil tarik mengkarung..ada jugak yang sebut simpul biawak..saya pun selalu jadi time sejuk..kena time mengeliat tu memang meraung2 la..sakit sangat..selalu perempuan mengandung pun jadi jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenanya sekejap je tapi sakitnya tu mak datuk alahai..... habislah semua nama moyang kena panggil. Saya kalau kena memang menjerit-jerit, melaung-laung sakit. Sekarang ni dah bijak sikit simpul biawak ni. Kena kat betis boleh berhenti kejap lepas tu sambung kat paha pulak! Aduhai, tahan jelah sakit sambil tersedu-sedan!

      Delete

Post a Comment