Monday, July 29, 2013

Kasut oh kasut


Diam tak diam dah tinggal beberapa hari saja lagi nak menyambut raya. Mommies like me memang tak kisah sangat tentang keperluan sendiri. Yang penting, keperluan anak-anak semua dah selesai.

Ai gi shopping spree hujung minggu lalu. Sampai la ni masih terasa kepenatan. Alhamdulillah, 99% dah settled. Cuma nak cari kasut untuk Bubbly Abang. Kesian sungguh buah hati Mommy ni. Memang seksalah nak mencari kasut untuknya. Walaupun baru 7 tahun, tapi saiz kasutnya besar. Cari di bahagian kanak-kanak, takda saiz lagi. Bila ke bahagian dewasa, pun takda juga.

Ai cuma sempat ke MidValley aje untuk survey. Malangnya tak jumpa yang berkenan di hatinya. (Oh, yes! Bukan Mommy yang memilih tapi Bubbly Abang yang akan decide ikut kemahuannya) 

Ai dah pergi ke shoes dept di Metrojaya. Saiz kasut dewasa bermula dengan 39. Malangnya saiz kasut si Bubbly Abang pula 35. Mostly shoes size at children dept ends at 34. Si sales promoter kat Metrojaya tu sampai advised me to search at Bata. Bata? Alahai kesiannya Bubbly Abang. So sedih... 

Ingatnya this weekend I nak pergi meronda lagi cari kasut anak but this boy doesn’t like to follow Mommy whenever I wanna go shopping. ‘Tired and bored, la Mommy!’-itu yang selalu diucapnya. Lebih baik dok kat rumah sambil mengulit tab or mengacau si Adik Cute.  

Macamana nih? Mommy aje yang super excited nak cari barang raya untuk anak-anak and worry so, so much sedangkan anak-anak tak heran apa pun *sigh*

2 comments:

  1. Orang lelaki gitu la..payah nak ajak pi shopping..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siksalah ajak bapaknya pi shopping ni. Kalau saya seorang senang. Banyak benda dah boleh settlekan.

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...