Friday, July 5, 2013

Last Minute Decision

Ai ada satu habit yang sangat buruk. Kadang-kadang, ai tak boleh nak buat keputusan bila diperlukan. Selalu juga dah last-last minute, barulah ai menemui kata putus *ayat menang bertanding*

Ini adalah beberapa contoh dalam insiden yang ai tak boleh beri kata putus:

a) Ai nak beli sesuatu yang begitu diidam-idamkan. My style is, I will go and check the stuff many times before I make my decision. Once I confirmed to buy, I will go with full determination to buy it. But then, right after I sampai kat kedai untuk menilik buat kali terakhir sebelum membayarnya, tetiba hati kecil berkata, "Tak payahlah beli. Bukan kau nak pakai pun. Bukan cantik sangat pun sampai  nak kena beli jugak!" 

Ai pun berlalu pergi sambil gigit jari...

b) Kawan-kawan di ofis memang tahu ai boleh change my decision in a split second. Kalau nak ajak keluar makan tengahari (where I have to drive the car) janganlah tanya ai early in the morning. Tau-tau lagi 10 minit nak lunch break, ai dah decided nak merewang ke tempat yang tidak seperti yang dijanjikan pagi tadi ^-^ Memang sangat terbiasa kalau ai kata nak pergi makan kat tempat A tetiba last minute ai tukar ke tempat B.

End up ai selalu terpaksa gi keluar and tapau makanan seorang diri *so sad*

c) Dari rumah ai kata nak pergi ke lokasi C untuk beli barang. Dalam perjalanan bila tengok ada aje keadaan yang kurang menyenangkan, tetiba ai tukar plan nak ke lokasi D pulak. Masalahnya, mungkin lokasi D itu lebih jauh dari lokasi C. Dan bila sampai di sana, ai tak tahu sebenarnya apa yang ai nak beli atau, ai beli semua barang yang tak perlu tetapi barang dalam list (yang ai tulis dan simpan dalam handbag tapi tak keluarkan masa nak membeli) satu pun ai tak beli -_-

Kebaikannya: ai boleh ler cakap dengan Hubbydearie ai kena pergi beli barang lagi esok hari ^-^ At least, ada juga benefit di sini *penuh rasa konfiden*

d) Kadangkala, ai rasa ai dipengaruhi oleh Hubbydearie. Dia selalu aje suruh ai buat keputusan and then disagree with me. Nak tak nak, ai terpaksa buat keputusan lain dalam erti kata lain, last minute decisionlah ^-^

Biasanya tentang di mana atau apa nak makan. Dari rumah kata nak makan kat sini, nak makan ini tetiba aje bila dah dalam kereta dia tak setuju. Bila tanya pendapatnya, dia tak boleh nak bagi juga. Alasannya- ai ni cerewet sangat. Nanti dia pilih makan ini di tempat itu, ai pulak tak setuju. The best is, dia akan tanya dan jawab sendiri ^-^ Ai tak cakap apa-apa pun dia dah kata I disagree.

Yang ini memang bukan ai yang patut dipersalahkan bulat-bulat. Hubbydearie pun menyumbang kepada decision yang ai kena buat. So berlaga-laga dan berperang mulutlah kita dalam kereta untuk menegakkan benang basah masing-masing.

Yang jadi mangsa-Bubbly Abang and Adik Cute -_-

Ai dapat bayangkan betapa tensionnya both of them (mungkin Bubbly Abang saja, Adik Cute baru 2 tahun) bila parents start berperang siapa yang bercakap benar ^-^

Bila difikir-fikir balik memanglah sangat tak bagus bila bersikap begini. Kalau kita plan baik-baik apa nak buat dan dapat fikir dengan tenang pros and cons, tentulah lebih banyak advantagenya. But then again, kenapalah ai ni tak mau berubah ke arah kebaikan yek? *garu-garu kepala yang tak gatal*


 

2 comments:

  1. Hahahah..ni kalau bawak peranagi cepat berubah time nak mengundi habis la..hahhah


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...inilah orangnya penentu siapa menang dalam pilihanraya nanti. Undi anda penentu masa depan parti. Huhuhu....

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...