Oh, well! This is not a name of a place. Just nak kongsi cerita tentang tempat yang selalu dituju bila tak tahu di mana nak dapatkan makanan sedap and free parking, especially during weekdays.
Lemme introduce to Karyaneka. Guess ramai orang yang tahu tentang foodcourt di sini. Memang peniaganya sering bertukar ganti tetapi ada satu kakak cantik/cun yang maintain berniaga makanan di sini and her Malay food are delicious. Oh, my! Sesuka hati ai aje nak panggil orang kakak macamlah ai ni sangat muda belia remaja lagi. Itulah yang akan terjadi bila tak ingat yang diri ni dah semakin tua -_-
Oh,alahai! Jauh menyimpang pulak cerita yang nak disampaikan di sini. Since bekerja di tempat kerja yang sama selama bertahun-tahun ni (waduh lamanya...), inilah satu-satunya tempat yang ai cukup arif dengan harga makanannya, peniaganya dan tempat parking keretanya (15 minit pertama memang PERCUMA dan ai and d'gang biasanya tapau angkut makanan bawa balik pejabat yang hanya sepelaung aje kalau menjerit sekuat hati untuk dinikmati bersama-sama but not for berkongsi makan yek!)
Being an ordinary human being, memang bergosip hal remeh-temeh sangatlah menyeronokkan. Bukan apa, just to kill the free time (macam takda kerja aje makcik2 ni semua berborak mengumpat orang). Bukan itu sahaja, tajuk-tajuk yang dipilih adakala memang tak faham akal fikiran yang cerdik ni kenapa dan mengapa ianya dipilih! Eh, boleh faham ke kesusasteraan Melayu yang ai cuba ketengahkan ni? -_-
Alright, back to the topic again...
Rasanya dalam ramai-ramai yang berniaga makanan di sana, kakak cun nilah yang paling lama sekali bertahan. Quite good jugak ai tengok kerana gerainya paling ramai orang beratur. Malangnya harga makanan yang dijual quite expensive to me and d'gang. Walaupun kesedapannya sehingga menjilat jari dan tak dapat dinafikan, harga yang tak sekata menyebabkan kakak manis ni selalu menjadi topik gosip gurauan kami sambil menikmati makan tengahari.
Dek kerana terlalu lama menjadi regular customernya, ai dah boleh predict/baca akal fikiran kakak ni bila diajukan bekas styrofoam berisi makanan. Biasanya memang memanjang aje dalam 8 atau 9 ringgit. Paling superb pernah sekali terpaksa bayar 11 ringgit. Tak kiralah lauk apa yang ai ambil, samada banyak atau sikit, nasi penuh or nasi separuh, sayur sesaja, ayam, ikan atau daging harganya memang begitu. Ai dah pernah buat experimen jugak (wow, siap ada experimen lagi tu) Kadang-kadang hari ni ai amik nasi penuh dengan 3 dishes, esok pula ai amik lagi 3 dishes yang sama dengan nasi separuh or nasi dan 3 dishes sampai nak melimpah keluar dari styrofoam tu, harganya tetaplah maintain -_-
Yang paling seronok, kakak cantik ni ada seorang pembantu. Kalau kakaknya takda, pembantu akan keluar dari dapur dan jadilah cashier sekejap. Nasi dan lauk pauk yang sama, akan berkurangan sebanyak 2 ringgit daripada harga yang dikenakan kakak cantik. Macamana ni, kak? Ai ni regular customer dah bertahun lamanya tapi tak pernah sekali pun merasa discount or sale ke apa, apatahlah nak dapat makan free kerana menyokong bisnes makanmu? Siapalah yang boleh jawab, nih?
Tapi dek kerana makanannya sedap dan tak perlu fikir panjang berjela sampai nak termuntah mencari parking and it's free somemore, ai relakan ajelah segalanya. Kalau tak sedap, memang dah lama kami berpakat nak komplen. Ai memang faham harga barang semuanya makin hari makin meningkat mahal tapi takkanlah hari ni masak goreng-goreng pakai sesudu, dua minyak masak esok lusa kena pakai 2 liter sekaligus...Memang kurang nak masuk akal sikit di sini!
Lagi satu janganlah cuba-cuba, berani-berani, daring-daring nak amik seafood especially udang dan lala, memang memanjang aje terasa kejutan elektriknya bila nak membayar. Kadang-kadang harga makin mahal tapi saiznya makin mengecil. Size does matter, doesn't it?
But then again, me and my gang are clever too -_- Bilamana nampak pembantu kakak jadi cashier, kita orang pun apalagi, bantai amik segala yang teringin nak makan and cepat-cepat gi bayar. But when we see the kakak is in charge at the counter, we all buatlah muka-muka perempuan melayu terakhir yang sopan dan penuh beradab bila mengambil makanan. Tak mau meh sampai melambak keluar dari bekas styrofoam tu and takmo lah amik makanan ikut nafsu nafsi. Amik apa yang terasa nak makan dan dalam kuantiti yang kecil. Seafood amatlah digalakkan untuk dielak -_-
Apa pun yang terjadi, kami akan tetap menjadi kipas susah nak mati gerai kakak cantik ni. Kalau nak dibandingkan makan di food court KLCC memanglah murah gila (melampaulah tu buat perbandingan macam langit dengan bumi) Macam yang ai kata tadi, memang mulut makcik2 kat ofis ni suka benor ler nak mengomel bila tak puas hati!
haha.....mentang mentang le minah indon tu pemurah habik lauk tak ingat dunia...Tapi tu jugak yg OKje buat masa keje dulu MD...agak agak tokey kedai...bukan main lagi ambik 2 lauk aje
ReplyDeleteHahaha...pembantu kakak cun tu orang Melayu kitalah. Orang Senggarang lagi OKje... Saya dah borak-borak korek rahsia asal-usul (berkat gigih paksaan kengkawan satu ofis ni suruh saya menyibuk...)
DeleteEh, terkejut pulak bila nak approve komen tengok hal lama-lama dikorek orang tau :)
Gerai kakak cantik ni dah tutup dan diganti dengan peniaga baru. Makanannya tak sedap langsunglah walaupun murah. Gerai makcik jual mahal yang selalu saya sebut-sebut tu, sebelah gerai ni. Sejak kakak cantik tak buka gerai, makcik jual mahal take over menjual makanan dengan harga melantun-lantun mahalnya!
ReplyDelete