Ragam di bulan puasa


Bermacam perkara yang bermain di fikiran apabila bercerita tentang bulan puasa. Banyak jugalah kenangan untuk diimbau kembali. Sudah semestinya, zaman kanak-kanaklah yang paling menarik bila sesekali bercerita tentang bulan puasa.

Ai tak berapa ingat bila ai mula berpuasa penuh. Cuma yang ai paling ingat, masa zaman kanak-kanak dulu memang ‘parah’ jugalah rasanya hendak menunggu waktu berbuka puasa. Biasanya arwah ayah akan membawa kami (ai dan adik lelaki bongsu) naik kereta dan bersiar-siar di sekitar bandar. Paling tidak pun, kami dua beradik sibuk menjolok pokok limau di halaman rumah. Tak ingat pulak nak dibuat apa dengan limau-limau tersebut. Kotnya kalau sekarang memanglah ai tahu- nak dibuat my favourite  ice lemon tea ataupun nak buat basuh ikan untuk buang bau hanyir ^-^

The only reason yang ai selalu gunakan ketika itu bila ‘tertangkap’ sedang minum (jarang makan pada siang hari bulan Ramadhan) oleh ahli keluarga ialah, “Alamak, lupalah hari ni puasa!”Itu sajalah my small mind boleh fikirkan bila dalam keadaan terdesak -_-

Ai masih ingat lagi betapa ‘lumayan’nya  hidangan untuk dijamu ketika berbuka puasa. Kami jarang membeli di Pasar Ramadhan ataupun lebih dikenali sebagai PARAM sekarang ini. Biasanya emak akan memasak makanan kegemaran kami. Masakan emak memanglah tidak boleh dinafikan kesedapannya-sehingga menjilat jari sebab tak cukup makan. Maklumlah keluarga kami besar. Bila semua berkumpul bersama, memanglah sentiasa berebut tetapi seronok dan meriah suasananya. I missed that so much, really!

Meja makan berkerusi lapan di rumah memang sentiasa penuh dengan pelbagai hidangan lauk-pauk masakan emak ketika bulan puasa. Paling seronok, setiap satu daripada kami memang ada sekurang-kurangnya dua gelas di atas meja. Arwah ayah pun sama ^_^ , satu gelas air sejuk dan satu lagi untuk minuman panas. Itu belum masuk bab tambah-menambah air sehingga kekembungan jadinya. Bila dah bloated, mulalah tak boleh nak makan berlebihan.

Suasana di kampung ketika itu memang banyak berbeza dengan sekarang. Kalau dulu, masuk aje bulan puasa kami dah sibuk nak pasang pelita dan lampu lap lip lap lip kat depan rumah. Kira dah vogue sangatlah masa itu. Setiap kali menyambut hari raya, pakaian pun mestilah baru. Pendekata, semua pun nak yang baru sahaja. Paling seronok bila abang sulung balik bercuti raya;  tentu belikan bunga api dan mercun banyak-banyak. Tapi takdalah sampai nak meletupkan jari kaki atau tangan sendiri, apatah lagi orang lain *big grin*

Sebenarnya sangat mudah untuk memuaskan hati kami adik-beradik. Ataupun kanak-kanak pada zaman dulu (zaman ai kecik-keciklah tu) memang tak banyak ragam dan tak demanding macam sekarang. Kami lebih suka keluar berkawan daripada duduk terperap di rumah walaupun ai masa kecil dulu sangat suka membaca. Jauh berbeza dengan my eldest son, Bubbly Abang; it is all about games and cartoons and lucky, school. Takdanya dia excited nak naik basikal, panjat pokok or terjun sungai macam budak zaman dulu.

Bila meningkat remaja, kurang sedikit ragamnya ketika menyambut Ramadhan. Maklumlah dah besar dan dah tahu malu nak bersifat kebudak-budakan (nanti kalau boyfriend tahu lagi malu ^-^) Ai menghabiskan kebanyakan bulan puasa di sekolah berasrama jadi takdalah begitu menarik lagi.

Cuma yang ai ingat bila masa bulan mengambang penuh. Susah sikit nak cari makan pada ketika ini. Selalunya kami kirim pesanan pada kawan-kawan non-Muslim untuk 'tolong tapaukan apa yang patut’ *tersengih ajelah kerjanya* Walaupun boleh bertahan tak makan, bila sedang bulan penuh tu memang tetiba aje gatal nak makan something di siang hari *big grin* Kalau tak dapat, memang Maggilah jawapan yang terbaik. But then, we girls tak mainlah masak Maggi dalam baldi buat mandi/basuh baju tu *uwekk nak muntah pulak*

Lagi satu, memandangkan koperasi sekolah betul-betul terletak berdepan dengan asrama lelaki, adalah amat sukar untuk menyembunyikan hasil pembelian seperti sanitary pads ketika bulan puasa. Itupun kalau silap langkah, boleh jadi punca sang buaya ganas untuk menjeling manja sambil mata berkata-kata, “Tak puasa ke hari ni?”Memang sangat sakit hati bila diperlakukan begitu  -_-

Bila masuk alam pekerjaan, bulan puasa bukanlah sesuatu yang mencabar lagi. Iyalah dah besar panjang, takkanlah nak puasa pun jadi masalah besar. Ketika mula bekerja, ai biasanya berbuka dalam perjalanan pulang ke rumah. Biasalah kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur ni bukannya perkara baru. Terpaksalah makan gula-gula dan minum air aje *sigh* Tapi bila dah ada pendapatan sendiri, dah pandai beli makanan di Pasar Ramadhan. Banyaklah juga kerenahnya bila dah mula membeli ketika perut tengah lapar. Macam-macam yang diidamkan tetapi sebaik aje berbuka, terus hilang semangat nak makan banyak ^-^

Sekarang ini, ai jadi ‘tonggak’ utama ketika bulan puasa *senyum girang* Mengapa? Sebab sebagai isteri dan ibu, ai terpaksa menguruskan segalanya di rumah-kejut bangun sahur, menyediakan juadah berbuka/mencari lauk-pauk yang sedap untuk berbuka, dan etc.etc.etc....

Memasak untuk my family memang sesuatu yang ai suka tetapi it is not an easy task. Selera Hubbydearie dan anak-anak berbeza. Kena sediakan menu yang memenuhi citarasa semua (empat orang sahaja and the youngest boy is only 1+) *sengihlah lagi*

Merasalah juga sekarang ini melihat keletah anak baru belajar berpuasa. Memang macam-macam ragam dan sebab itulah juga mencetus ingatan ai kepada ragam ai sendiri ketika berpuasa zaman kecik-kecik dulu.

Macam anak sulung ai, Bubbly Abang, ragamnya berpuasa boleh buat ai ketawa seorang diri. Boleh pulak kata puasa lepas minum ‘Vitagen aje’. Dek kerana malu dengan kawan-kawan sekolah,  dia berpuasa dari pukul 12 tengahari sehingga 5.30 petang; lepas sedap menghadap makanan sebelum pergi sekolah!

Comments

  1. Yang ingat masa sahur dulu kita makan roti ngan margerin... Pergh tu dah kira sedap sangat dah tu...Buka? entah tak de yg best kot...yg igt mak selalu buat kuih lompang...Tau kuih lompang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu, pernah makan pun. Sedapkan... tapi la ni tak pernahlah buat. Dasar pemalas memang gitulah ....

      Delete
  2. Saya masa kecik2 memang kena puasa la..tak puasa nak makan apa..sebab memang tak de apa nak makan..heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, sedih pulak mendengarnya! Sebab itulah sekarang ni apa anak nak makan, kita cuba bagi jugakan. Tapi itulah, kalau dimuakan sangat, menjadi-jadi pulak perangai anak-anak ni nanti!

      Delete

Post a Comment