Shopping


Oh, alahai! Ceritanya dah quite basi but then, ai nak cerita jugak ^-^



Last weekend, I pun berhempas-pulas pergi shopping keperluan raya anak-anak. Baju melayu kedua-dua anak lelaki ai dah siap beli kat Hugo Clothier di Semua House two weeks ago. Unfortunately, need to do alteration for baju melayu Bubbly Abang.

Biasalahkan, budak baru 7 tahun tapi saiz baju untuk 11-12 tahun nyer, memang confirm kena alter a bit here and there. Bab-bab menunggu ni yang ai tak tahan. Katanya need like 2 hours to alter his baju. So, my sister and I, together dengan my anak-anak yang tahan lasak 24-7 tu merayau-rayau ler dari satu pintu kedai ke pintu kedai yang lain. Hubbydearie tak ikut sama. Dia tolong hantar aje lepas tu off gi jumpa kawan lama kejap. Tak kuasa my Hubbydearie nak join kita orang meredah lautan manusia kat Jalan TAR tu. 

So, kita pun mulalah ‘melawat kawasan’.  Nampak itu cantik, beli.  Nampak ini cantik, belek-belek dan beli. But of courselah, tak semua yang dibelek terus dibeli. Budget mah... mestilah ikut budget walaupun kadang-kala tersasar sesekali, macam tak biasa pulak *senyum sikit nyer lebar*

Dalam pada tu, si Adik Cute dah mula main merangkak-rangkak bawah rak pakaian, nak rasa adventure sikit, dia gi merangkak kat luar kedai. Bukannya dia tak boleh berjalan, sajalah tu nak bikin hati Mommy panas sikit. 



Si Bubbly Abang pula sibuk bergangnam style kat mana suka. Sibuk aje nak ajak main 'eja-eja' dengan Mommy. Dahlah mata Mommy tengah rambang tengok barang, hey kacau ler BFB nih... Bila terasa penat dan tak dilayan, mulalah merengek pulak ajak balik rumah. Dengan barang-barangnya, dengan keletah anak-anak yang cute-but-sometimes-buat-hati-Mommynya-meluap-berapi bak-volcano-nak-meletup, I terus told my sister, ‘lets go homelah!'

Honestly speaking, ai memang tak suka area Sogo or Jln TAR ni. Really makes me see things double and nak pitam aje. Memang kalau boleh ai akan elakkan untuk ke mari. Tapi kalau dah sampai, 5 jam ler paling kurang buang masa kat sini (eh, itu dululah sekarang ni tak buat lagi, jarang sekali *senyum* )

But then, my sister kata senang beli baju melayu dah siap untuk anak-anak dan suami and boleh alter at the same time (konon nak introduce ai kat kedai baju melayu lelaki lah ni at the same time, dapatlah dia menumpang gi belek tudung-tudung kat sini. Ai tahu taktik my sister nih!) I pun gagahkanlah diri pergi membeli. Dek kerana both of my kids sibuk mengexplore lantai shopping mall, I decided untuk balik rumah dan datang ambil pakaian Bubbly Abang a week after. Tak sangguplah nak dok menunggu dan memperabihkan duit budget raya kat sini. That’s why I was there again last Saturday (ada ajelah alasan dia ni)

Itu cerita dua minggu lepas sebenarnya *tersengih cam kerang busuk* (La panjangnya mukadimah, cerita belum masuk lagi rupanya ~_~) So sebab dah clever dengan lumrah anak-anak, last weekend ai pun merayulah kat Hubbydearie tolong jaga anak di rumah supaya ai boleh continue shopping raya *senyum sumbing* Lucky he agreed to take care of our kids.

Pukul 9.30 pagi dah terpacak kat parking di Sogo. I told my sister, “Alah, this time orang nak amik baju Abang and gi tengok-tengok jap apa yang menarik kat Sogo. Dah lama giler tak gi sana.” Iyalah tu...

Baru aje parked the car, ai tengok sikit punya ramai umat manusia berjalan keluar dari basement Sogo. At that time, I cuma dapat parked my car at B3. Bayangkanlah, betapa ramainya orang. Dok dalam kereta setengah jam lepas tu kami decided nak keluar tunggu lif beroperasi as usual at 10am. Malas ler nak berjalan keluar. Nak simpan tenaga dulu ^_^ Itupun tak dapat-dapat juga nak naik lif dek berebut-rebut siapa-cepat-dia-dapat-masuk-lif-dulu. Letih dah ni...

Dari Sogo nak ke Semua House, OMG..... nak nangis rasanya. Jalan sesak bukan dek kenderaan tapi dek kerana umat manusia yang super excited (termasuk saya) nak memborong persiapan raya. Menyesal betul...tapi nak buat macamana dah separuh jalan. Ai dok memandang lantai jalan ajelah dengan harapan dapat segera sampai entrance Semua House. Sebaik collect baju melayu Abang, ai dah tak toleh kiri-kanan. Kita terus aje berjalan kaki balik ke Sogo (Oh, terlupa insert...sempat gak gi merewang beli apa-yang-patut sebelum sampai ke Sogo! *lebarnya senyum akak*)

Erhmmm, dah sampai Sogo takkanlah taknak meninjau-ninjau dan melawat kawasan ek? Penat aje buang tenaga meredah manusia pastu balik rumah. Eiiii, tak boleh ni. Mesti gi tengok-tengok kejap.Biar penat, biar nak terpengsan asalkan puas hati. Bak kata orang, takkan nak pulang dengan tangan kosong (eh, kosong ke tangan ai hari tu?) Memang tak berbaloi!

Dan hasilnya....?



Settled dah semua keperluan raya. Adalah dua, tiga, empat, lima, sepuluh barang lagi nak dicari. Takpa, takpa. Ada lagi satu hujung minggu sebelum raya, kan. Nanti I pujuk Hubbydearie suruh teman ai gi shopping but pleaseeeee....not Jln TAR or Sogo!

PS: Gambar-gambar ilustrasi adalah digoogled sesaja *ngeh*




Comments

  1. mmg tak suka org ramai2..
    boleh pengsan dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. Bila ramai orang tak tahu apa yg nak dibeli sebenarnya. Kepala pun pusing. Itulah kot penyebab kita membeli apa yg tak patut beli ^-^

      Delete
  2. Sebab tu ramai yang suka membeli sebelum bulan puasa..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang bijak membeli, Diana. Yang tak bijak ni, sepanjang masa pun dok membeli. Hahaha....

      Delete

Post a Comment