Sejak dari kat rumah lagi
bukan main pasang niat nak snap photo ketika berbuka puasa nanti. Maklumlah,
for the time being memang takda gambar langsung kat blog ni. Sedih dan sadis
sungguh rasanya, ya ampun! *feeling kesian betul*
Sesampai aje di KGPA (Kelab
Golf Perkhidmatan Awam) terus tak ingat pasal foto berbuka dek kerana melayan
kerenah anak-anak. Ada juga Hubbydearie took some photos malangnya tak sempat
transfer lagi kerana Hubbydearie pergi Masjid Besi di Putrajaya kerana malam
Lailatul-Qadar. Ketika entri ni ditulis,
memanglah ai keseorangan berjaga di rumah. Anak-anak dah lena dibuai mimpi indah
dan kepenatan kerana sibuk menolong 'kemas rumah’ siang tadi (Alamak, lupa lak! Ini kejadian pada hari minggu. Tak leh tido malam teruslah menaip sampai lebih entries...keh3)
Apa-apapun, ini alamat dan
nombor telefon KGPA di Bukit Kiara, manalah tahu tahun depan teringin nak
berbuka di sini :-
Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit Kiara,
Bukit Kiara, off Jalan Damansara,
Jalan Pantai Baru,
Bukit Kiara,
50768 Kuala Lumpur
Tel: 03-7955 1216
F&B di sini diuruskan oleh
Azam Pandan Sdn Bhd. Buffet Ramadhan bermula dari 7.30 malam sehingga 9.30
malam. Tak perlu khuatir tentang solat kerana ada surau di tingkat atas. Cuma dalam pada rushing nak ke sini, boleh terlupa bawa telekung. Ai ingat my sister bawa, dia ingat ai yang bawa. Ended up guna telekung wakaf dan tahu-tahu ajelah betapa tak selesa rasanya...
Ada insiden kecil berlaku ketika
mencari meja makan kami. I made a reservation for buka puasa last Friday for 10
paxs. Dua kali ai telefon hanya untuk memastikan tempahan ai dah confirmed. Dek
kerana bercakap dengan orang yang sama ( I guessed) ai takdalah tanya namanya.
That's my mistake.
Sampai saja di sana, bila
mereka checked list, nama ai langsung takda. Punyalah panas hati saat tu tapi masih
leh kawal perasaan lagi, bulan puasa kan! Mereka nak sediakan tempat untuk kami
di tingkat atas. Wah, that’s very far from the buffet spread dengan anak-anak
ai yang superactive lagi. Takkanlah kena turun naik tangga bila nak ambil
makanan nanti *sigh* Eh, leceh betullah! Bila Hubbydearie dengar, dia pun
apalagi terus masuk campur tanpa diundang. Tidaklah dia mengamuk kat meja
reception tu, cuma tinggi suara sikit aje ...
Salah seorang staff terus
panggil ai dan bawa kami ke satu table for ten di penjuru, berdekatan dengan
buffet spreadnya yang begitu banyak sekali. Tak perlu bayar dulu katanya.
Makanlah lepas buka nanti baru bayar *senyum lebar* So settled masalah pasal
tempahan.
Minuman yang disediakan pula pelbagai
jenis:- air soya, iced mocha, sirap selasih, air tebu, strawberry punch, teh tarik,
air kelapa, air cincau, air oren, pendekata memang banyak sampai tak boleh nak
ingat kesemuanya. Dek kerana cuaca yang panas membahang pada siang hari,
memanglah tekak ni dahaga sesaja. Ai cuma aim my favourite teh tarik, kalau
boleh nak gelas besar *smile* The rest of my family members, oh alahai bukan
main meriah deretan gelas minuman di atas meja. Naik malu pun ada, macam tak
pernah gi berbuka puasa di luar saja gamaknya. Itulah penangan nafsu bila
berpuasa ~_~
Hidangan makanan yang bertemakan warung concept pula memang
banyak (sampai 200 jenis, tak termasuk gerai-gerai menjual mi, roti jalan dan
sebagainya) dan memang nampak sedap sehingga menjilat jari ketika menjamu
selera. Ada sup tulang, daging salai masak lemak, gulai kawah, ikan keli goreng berlada, telur itik masak lemak, ikan pari asam pedas, steam patin fish, prawn asam, ayam percik, kerabu, kailan ikan masin, loh hon chai, rendang+ketupat+lemang, ketupat palas, nasi arab, kambing bakar, ketam bakar, sosej+nugget+french fries, sate, laksa penang, mi kari dan banyak lagi...
Harga berbuka puasa di sini ialah RM59.90nett untuk dewasa dan RM32.00nett untuk kanak-kanak. Ai tak pastilah kenapa at the end of the day, bila nak membayar, my Bubbly Abang dapat FOC. Mungkin sebab kesilapan yang berlaku kerana my early reservation yang 'hilang' entah ke mana atau mungkin juga sebab ramai benar budak-budak pada hari tersebut.
Apa-apapun, alhamdulillah. Perut kenyang, hati pun senang. Balik rumah rasa kebontangan (bloated) dek penangan minuman yang bergelas-gelas sampai la tengah malam...
sib baik dapat gak meja dekat dgn spread nye ...
ReplyDeleterambang mata ooo bila tengok food banyak2 kan...
tak tahu nak start makan yg mana hehehehehehe...
Betul tu, rasp. Memang rambang sangat2 tapi dek kerana anak kecil dok 'mengicau2' kat sebelah, telan air liur ajelah. By the time hubby siap makan, boleh lak dia tanya, "Ok, dah kenyang! Boleh balik sekarang?" Terliur ler sampai balik...
Delete