Entri dinihari


Sedar tak sedar, dah 27 Ramadhan hari ni.  Jam dah pukul 12.30 pagi tapi mata ni masih tak mengantuk lagi. Daripada dok memandang dinding, lebih baiklah ai menatap komputer ^-^. Malam ni ai kena tinggal dengan anak-anak. Hubbydearie ke Masjid Besi di Putrajaya kerana malam Lailatul-Qadar. Ada diajak pergi bersama tapi anak-anak dua orang ni nak ditinggalkan dengan siapa pulak nanti. Jadinya dia pergi dengan seorang kawannya. Kata Hubbydearie memang ramai orang di sana.

Hari ni kami berbuka puasa di luar bersama my family members. Kebontangan sampai la ni terasa lagi. Mana tidaknya, bukan main excited beriftar tadi sampai terlupa tahap maksima makanan yang mampu dihadam ^-^. Biasalah tu bila dah rambang mata. Maklumlah tengok pilihan hidangan bukan main banyak sehingga tak terkata ~_~ 

Yang buat kebontangan ni dah tentulah dek kerana bergelas-gelas air pelbagai rasa. Dok terik panas mentari siang tadi memang buat dahaga ya amat. Maklumlah hari ni kena kerja extra mengemas rumah mana yang patut. Berkemas dengan dua superheroes yang terlebih excited ni memang meletihkan. Kita berkemas, mereka tolong kemas semula. Bilalah nak abis kalau begitu...

Anak-anak pulak ai ‘paksa’ tidur awal. Kalau tidak memang hiruk-pikuk rumah ni jadinya. My superheroes dua orang ni memang suka ‘rotate duty’ supaya Mommynya boleh ‘menjerit berirama’ 24-7. Kalau Hubbydearie, memang dibiarkan aje apa mereka nak buat tapi ai ni memang tak boleh. Itu yang dikatakannya pitching   Mommy memanglah tinggi – boleh sakit telinga jugalah ^_^. Being a Mommy is not easy tho...

Masa berbuka tadi, Bubby Abang tak mahu makan. This boy is a picky eater. Bila terbau gulai kawah atas meja, terus hilang selera nak makan kononnya. Dia sibuk nak ambil makanan sendiri. Bila Mommy ambilkan, boleh pulak tu dia jadi agitated and told me, "Mommy ni tak tahu ke Abang  tengah diet sekarang?” Aahhh, pulak dah...

Bila balik rumah tetiba dia kata lapar sebab tak makan betul-betul tadi. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa aje kat telinga Mommy, nasib baik boleh control marah. Boleh pulak terlupa nak ‘tapau kuih atas hijau bawah putih’ sedangkan kuih tu dok tertenggek atas pinggannya tak dimakan. Mommylah jadi mangsa perabihkan segala makanan atas meja. Sayangkan kalau dibazirkan begitu saja.

Si Adik Cute tu tak payah ceritalah. Nak makan sendiri. Pinggan ke mana, sudu garpu ke mana, makanannya  semua bersepah atas meja dan di atas lantai. Sabar ajelah. Memanglah kan kalau ada anak-anak kecil macam ni, terpaksa simpan perasaan keterliur-an tu dalam hati. Memang takda fun langsung kalau makan di luar ni. Letih membayar aje lepas tu terkilan sebab tak dapat rasa itu dan ini. Sambil-sambil mana yang dapat ajelah. Sebab itu bila makan buffet, ai tak akan ambil makanan banyak-banyak kerana memang makanan anak-anak, Mommy yang kena sapu bersih nanti. Itupun kalau masih elok untuk dihadamlah. Tau ajelah bila si Adik Cute dah mula main ‘masak-masak’ dengan makanannya. Tak terliur lagi dah nak merasa ~_~

Pejam, celik, pejam, celik tinggal lagi tiga hari kita di bulan Ramadhan. Insyaallah, lepas tu Aidil Fitri. Ai tak bercuti lama. Cuma ambil sehari sebelum raya dek kerana kami kena rotate bercuti di pejabat ni.

Rumah mak di kampung sudah lama tinggal kerana my mak tinggal bersama my eldest sister. Mak tak begitu sihat lagi sekarang ni dan dah makin teruk nyanyuknya. Rumah tu pun entah berapa kali dah dimasuki pencuri. Sampai almost licin barang berharga di rumah. Nasib baik my sister yang berhati mulia pulang awal ke kampung untuk mengemas mana yang patut. Kesian juga kat dia...

Erhmm, seperti biasa bila di kampung takdanya masa untuk ai mengupdate blog or even to access internet. Sibuk dengan kerja rumah dan dah tentu-tentu sibuk mengejar si Adik Cute keliling rumah. Yalah, rumah mak luas sudah tentu dia excited nak explore setiap penjuru rumah tu nanti. Lagipun tetamu yang datang beraya ke rumah mak memang tak pernah putus, ada juga yang datang bertandang dan berborak sampailah ke tengah malam. Tuan rumah pulak takkanlah nak suruh orang balik, kejamlah gitu kan...

Ai tak mahu terperangkap dalam kesesakan juga. So mungkin balik cepat ke KL ni. Letihlah kalau menempuh jem berjam-jam lamanya. Sekarang ni usia dah meningkat. Sambutan hari raya tidaklah sehebat dulu-dulu. Yang penting hanya melihat anak-anak gembira berhari raya. Melihat mereka gembira boleh memancarkan sinar kebahagiaan dalam diri ini.

Selamat Menyambut Hari Lembaran buat semua.








Comments