Hujung minggu yang dinanti


Rasanya macam baru semalam hari Isnin. Tau-tau aje dah hari Jumaat. Whatever it is, memang setiap minggu pun rasa seronok aje bila hari Jumaat muncul. Ada yang tak suka ke? Pelik gak...

Dek kerana awal pagi tadi hujan turun, I rasa macam terpaksa drag myself turun dari katil dan bersiap-sedia ke pejabat. Alahai, bestnya kalau dapat join my boys, tarik selimut dan sambung tidur. Berharap sangat bila bangun pagi tadi yang hari ni hari Sabtu. Oh, tidak! I tidak bermimpi. Hadapilah kenyataan. Mesti pergi kerja. No MC, no EL, no reason nak bermalas-malasan. 

Gelak pulak dengar Hot FM pagi tadi. Tajuk borak yang sama. Ada ke sorang mamat ni kata yang dia lambat masuk kerja kerana semalam kunci jam tapi hari ni tak tau letak mana kunci tu... ada pulak yang bagi alasan 'saka' nya tak bagi bangun and that's whylah dia terpaksa amik EL. Aduhai, alasan... kalaulah boleh digunapakai...  ~_~

This weekend I takda open house. Kesiankan. Tapi ada banyak plans yang telah dirancang. I nak gi shopping baju untuk my sister-in-law (I can't believe it that she asked her brother aka my Hubbydearie to find some nice clothes and tudungs here for her) No, no, it's not that she asked him to buy for her, just to choose only ^_^ Of all the people...my Hubbydearie? I garu kepala yang tak gatal berkali-kali *pelik gitu*

Bubbly Abang ada Kem Solat di sekolahnya esok. Kata one of my sisters, yang merupakan guru di sebuah sekolah SK di Selayang, sekolahnya takda buat pun Kem Solat. And my son yang bersekolah di sebuah SJK(C) akan menghadiri Kem Solat esok. Percaya tak? Tapi ikut kata ustaznya, tahun ni ada 38 orang budak melayu sampaikan beliau sendiri tak leh nak concentrate ajar agama sorang-sorang. Beliau ajar apa yang penting untuk budak-budak ni tahu tentang agama. 

And btw, anak I tak pergi sekolah agama bukan kerana I tak kisah tetapi I nak dia mahir and cope well with his new environment di sekolah cina. Next year, dia akan masuk ke sekolah agama and I masih gak hantar dia mengaji dan belajar agama serba-sedikit. Tak maulah yang dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat. Itu pendapat I lah as his mother coz I know my son very well.

I nak buat grocery shopping sebaik aje hypermarket buka esok. Dah lama dah tak buat grocery shopping (lama betul....lebih kurang tiga hari yang lepas...) Ingat nak ajak Hubbydearie ke Ikea/The Curve esok. Adalah benda nak dibeli di sana... Eh, I bukan kaki shopping, I memang pembeli berhemah. *statement penuh kepalsuan and tak tahu plagiat kat mana*

Yang paling best sekali hari Ahad ni. I sendiri super excited tak kena tempat. Am going to be very busy and excited from 11am-3pm. Guess what?......    Takda apa-apa pun *smile* I have a wedding to attend di Bangi. Tak tahulah sempat ke tidak. Boleh last minute bertembung dengan important event ni. Silap timing betul... 

Kiranya memang very busylah hujung minggu ni. Harapnya semua orang pun akan enjoy menyambut hujung minggu kali ni.





Comments

  1. Anak Okje yg sulung tu pernah tak sekolah agama 2 tahun masa tahun 1 dan 2 sebab masa tu pindah perumahan baru...susah transport....Mula tu mmg nak ajar sendirilah kononnya....Hampeh MD....Okje rasa dia sangat ketinggalan, baca Jawi pun merangkak-rangkak..... Sejak tu OKje rasa kesian dan ruginya tak hantar dia ke sekolah agama, sebab kat sini bukannya tak de sek agama....banyak peluang, yang penting dia dapat ilmu agama, walaupun belajar main main kata orang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last year memang tak hantar dek kerana kegerunan mendengar kata cikgu tadika Abang, takut-takut kalau Abang tak leh cope dengan pelajaran di sekolah cina. Yalah, semua nak buat serentak. Alhamdulillah, picking up dah sekarang ni!

      Eh, OKje... I lap U so much main digging2 cam ni :)

      Delete

Post a Comment