Sesekali dapat baca suratkhabar, asyiklah
terbaca cerita sedih. Pepagi camni disajikan dengan kisah-kisah sedih begini
memanglah hilang mood. Iyalah, ai kalau dah syahdu memang apapun tak leh nak
concentrate walaupun yang ai syahdukan itu tiada kena mengena dengan diri ini.
Ada baca tak pasal budak perempuan lima
tahun yang kena dera oleh mak sendiri sampai koma dan meninggal dunia selepas
11 hari di padeatric intensive care unit? Kesiankan... Tak dapat ai nak membayangkan bagaimana seorang emak (ibu kandung) boleh memukul anaknya, darah dagingnya sendiri sehingga koma macam tu sekali. Bagaimana agaknya perasaan si ibu bila melihat anaknya menangis kesakitan? Adakah suara tangisan si anak itu menjadikan fikiran semakin menggila, hilang arah dan terus menyiksa tanpa rasa belas? Masyaallah...
Ini petikan dari akhbar The Star yang ai copypaste :
House wife charged with murder of brutally-caned daughter (Updated)
IPOH: The mother of five-year-old, who
died due to suspected abuse, was charged with the girl's murder at the
Magistrate's Court on Monday.
The housewife, 30, was charged with
committing the offence at the living room of their home at No 19, Laluan
Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu here on Aug 12 at about 9am.
The offence under Section 302 of the Penal
Code carries a mandatory death sentence.
No plea was recorded.
The girl died at the Raja Permaisuri
Bainun Hospital at 2pm Sunday after spending 11 days in coma at the hospital's
paediatric intensive care unit.
The post-mortem, conducted by pathologist
Dr Mohammad Shafie Othman @ Osman, determined that the girl had died of an
abscess in her brain and septicaemia.
Arriving alone to claim his daughter's
remains at the mortuary at 12.50pm, her father refused to speak to the media.
He sat with his face buried in his hands
while waiting for the undertakers to prepare for the girl to be brought home.
On Aug 15, the father had taken the girl
to the hospital. She had no pulse on arrival but was resuscitated.
The attending physician alerted police
after noticing bruises and lacerationas all over the girl's head and body.
Her parents were subsequently arrested, although only Choong was charged with voluntarily causing grievous hurt and with child abuse.
She pleaded not guilty to both offences.
I pun kadang-kadang panas hati juga dengan anak-anak. Yalah, kita dah penat seharian bekerja, balik rumah bukannya boleh suka-suka goyang kaki. Kena uruskan rumah. Kena uruskan keluarga. Anak-anak pun kadang-kadang buat perangai. Ikut suka hati mereka nak buat apa yang mereka suka. Kita ni yang dah penat memang mudah nak naik angin bila ada yang cari pasal.
Setakat naik tangan pukul anak tu memanglah ai ngaku ada. Tipulah kalau ai kata tak pernah. Tapi setakat itulah saja. Takda lebih-lebih. Anak-anak ai pun bijak juga. Baru Mommynya nak pukul, mereka dah jerit sekuat hati (taktik merayu supaya tak kena pukullah tu...) Biasanya, untuk mengelakkan jadi lebih amarah, ai masuk bilik and landing jap. Bukan, bukan tidur...saja baring nak kasi hilang segala angin panas hati dan sebagainya. Tak mahu tengok muka anak-anak takut angin marah tu hinggap semula.
Dan saat itu, mulalah rasa menyesal yang tak sudah-sudah. Dahlah masa yang dihabiskan dengan anak-anak sangat limited, campur dengan adegan marah anak, pukul-memukul, cuba bayangkan betapa banyak precious time yang terbuang begitu saja. Bila diingat-ingatkan balik boleh jadi sedih syahdu gitu. Terus keluar bilik usap, peluk cium anak-anak. Menyesal nyer oh tak terkata...But then itulah, bila hati tengah panas, memang lupa segalanya. Tak boleh berfikir secara rasional.
Kesian bila tengok anak-anak kecil ni didera apalagi oleh ibubapa kandung sendiri. Entahlah bila agaknya dunia ni akan berubah *sedih*
tak tau lah perasaan ape yg ada kt dorg ni..
ReplyDeletesanggup betul dera anak
Betul tu Lyn. Kalau rasa tak sanggup jaga/tak tahan perangai anak, bagi aje kat orang. Ramai yang nak...
Delete