Left Handers' Day!


Being a southpaw myself, I just got to know about Left Handers' Day recently. Ianya 'disambut' pada 13hb Ogos setiap tahun (sejak 1992). Honestly speaking, I never ever know that there is a day (in a year) for me and my fellow lefties until I came across an update on my facebook.



Kelakar bukan? But then again, I still do not understand why we need to celebrate this day. Nothing much to celebrate though... Semuanya sama saja. I dah bertahun-tahun menjadi orang kidal dalam dunia yang serba-serbi kanan ni!

Kalau nak diikutkan, bukannya sukar sangat pun nak menyesuaikan diri. Walaupun semua peralatan adalah untuk right-handed person,  I dah get used to it. Takda masalah besar pun. But yes, it is nice if I can get everything for the left handed person like below :









Eh, eh, I pun macam dah terconfused pulak bila tengok semuanya terbalik ~_~

Kadang-kadang suka juga nak buat joke bengang dengan Hubbydearie (he is right-handed person btw...)

"Dear, you tengoklah... I lebih bersih sebenarnya dari you!"

"...and why is that?"

"Sebab bila I memotong apa saja makanan, I guna tangan kiri untuk pegang pisau dan tangan kanan untuk makanan yg nak dipotong. Tak macam you people, pegang pisau tangan kanan dan makanan di tangan kiri. Lepas potong terus masuk mulut makan!" 

Dan seperti selalu, statement yang keluar dari mulut ai akan dibalas dengan 'tembakan' kata-kata (memang tak boleh terima kekalahan betullah Hubbydearie ni...)

Kalau dulu-dulu, bila ada orang kata, "Oh, awak kidal eh...!" ai rasa macam nak lempang-lempang aje muka orang  tu sebab bagi ai takda apa banyak beza pun di antara orang kidal dan orang yang menggunakan tangan kanan (ish, susah betul nak fikir waktu ini perkataan yang sesuai untuk right-handed person)

Bila I mula menulis aje memang orang akan perasan dan mulalah keluar 'soalan-yang-dah-tahu-jawapan-tapi-saja-nak-tanya-juga. Lebih berapi-api lagi dalam hati ini bila ada pula yang suka bertanya (I panggil 'soalan bodoh' sebab sakit hati sangat rasanya...), "Eh, kidal rupanya! Makan guna tangan mana yek?" 

Tidak ke rasa macam nak bagi 'lempangan maut' aje kalau ditanya begini. Ok, I tak tahulah orang lain dan mungkin bagi orang yang menggunakan tangan kanan, soalan ni macam takda apa ertinya tapi bagi I yang kidal ini, sangat 'buruk' sungguh pemikiran si penyoal tersebut.

Nak juga I tanya balik, "Lepas buang air besar awak cuci pakai tangan kanan ke?" tapi selalunya I simpan aje dalam hati dan selalunya jawapan yang diberi (sama aje jawapannya untuk si kidal dan si right-handed), "Of courselah tangan kanan!" sambil menjeling penuh makna.

Sekarang bila usia makin meningkat, memang semua persoalan tentang kekidalan I tidak mendatangkan apa-apa perasaan pun lagi. I dah terbiasa sangat dan peliknya sekarang jarang pulak orang yang rasa terkejut bila I mula menulis. Mungkin juga, dengan segala teknologi terkini, kita pun dah jarang sangat-sangat menulis. I sendiri dah terlupa macamana rupa bentuk tulisan I kalau terpaksa menulis panjang lebar di atas kertas A4. But mind you... my handwriting memanglah cantik, menarik, tertawan kalau dilihat (Oh, ini fakta tau, bukannya angkat bakul sendiri!) ^_^



Ada juga I dengar kata orang (kata orang ye, bukan kata ai), orang kidal ni tulisan memang awesome dan bijak (Do I need to prove more?) *senyum sikit punya lebar*Apa-apa pun it is good to know that we are not a 'weird species' *sengih*

I tak rasa menjadi orang kidal ni satu kelebihan mahupun kekurangan. Walaupun semua barang yang dicipta hanya untuk right handed, I tak rasa sukar pun untuk menggunakannya. The best is, while using my computer. Boleh guna tangan kanan dan kiri serentak! Sap,sap, soi ajek ~_~




 




Comments