Mari belajar buat karangan...


Sibuk blogwalking nampaknya!
Takda kerja ke? Waktu kerja ni kan, kan, kan.... ~_~
Nak buat macamana, bukan I tak mau kerja tapi kerja yang tak mahu menyinggah di meja ni. Not my fault, ek! ^_^
Bagusnya statement. Nasib baik boss tak perasan. Well, he perasan sebenarnya tapi dia pun tak leh nak buat apa dah. Sapa suh mansuhkan oooppsss...Jangan nak over. Dah nasib dapat staff suka dok tersenyum sorang diri depan komputer 24-7 ^_^
Baca punya baca tetiba terjenguk entry blogger nih Cute betul tengok anaknya nyenyak tidur  comel macam I masa kecil2 dulu ^_^  *duh3x*
Terus teringatkan anak lelaki bujang I yang very talkative tu. Bubbly Abang memang suka 'meracau' kat rumah tu bila ada Mommy. Dengan Daddydearie dia tak berani buat nanti takut kena 'tumbuk manja'. Eh, eh, don't call the police wei! Bukannya my Hubbydearie suka tumbuk anak tapi si Daddy ni kalau bergurau cam ala-ala wrestler. Of coz anaknya tak tahan kena buli. Tangan bapaknya besar bangat, sekali bergurau memang terjerit terpekik si anak. Macamana nak bergurau balik!

Bubbly Abang baru Tahun 1. Setiap kali balik sekolah ada aje cerita nak share with his Mommy nih. Maklumlah Mommy hari-hari terpacak depan sekolah to fetch him. Semalam dia beritahu I ada new Malay girl in his class. He was so excited to tell me that the Malay girl 'can speak Mandarin' and she spoke in Mandarin with his Wang Laoshi.

So he's a bit worry about his 'pan-chang' (sorry meh, I don't speak Mandarin but according to him that means ketua darjah...alahai kesiannya Mommy tak faham!) Dia takutlah ketua darjahnya yang pandai tu akan kalah dalam exam akan datang dengan this new girl. I was like...what????? Instead of takutkan dirinya yang tak tahu camna exam nanti, dia boleh takutkan prestasi ketua-darjahnya-yang-dapat-nombor-satu-dalam-peperiksaan-lepas! Sabar ajelah...

Sejak dua, tiga bulan lalu, dia dah 'dikerahkan' menulis karangan dalam bahasa Cina so as a mother, I pulak yang a bit worry kot-kot boleh ke dia ni tulis karangan. BM tak pulak I nampak any karangan cikgu suruh buat. Dalam Mandarin, aduyai macamana Mommy nak tolong. Sepatah perkataan pun Mommy tak faham. 

So, the very first time I saw the paper, I asked him to write 'whatever you can writelah' based on the gambar yang diberi. Cuak jugak I. Kebetulan ketika menyiapkan karangan I sibuk bekerja di pejabat (Bubbly Abang ni memang suka buat homework sebelah pagi sebelum pergi sekolah supaya dia tak buang masa main game, katanya...) I pun called and asked him, macamana dengan karangan tu dah siap ke belum. Tau apa jawapannya?

"Mommy  tak payah risau. Abang dah siapkan dah!"

"Ya ke? Macamana Abang buat?"

"Mommy tau tak Google Translate? Mommy boleh guna google translate untuk apa-apa bahasa yang Mommy nak! Tapikan Mommy, google translate tu tak leh baca nama Abang betul-betul. Ada ke blah...blah...blah...."

Apa??? Guna Google Translate untuk buat karangan? Agak-agak apa I nak buat dengan budak ni yek?





Comments

  1. Senang betul keje bebudak teknologi skang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg masalah. Ari tu guna kalkulator nak buat Maths. I kata x boleh dia tanya balik kenapa Mommy boleh? Hari2 nak berdebat!

      Delete
  2. Your anak pergi sekolah cina eh? Hah... my anak oso will be going to chinese school next year and kite kat sini pun dah start panic. I don't speak, read nor write chinese!!

    Psst.. bagi tau si Abang tu, waktu exam boleh guna Google translate ke? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Merryn!

      Dia ada semua jawapan utk soalan Mommy. Hari-hari 'bergaduh' anak-beranak. Bet my another little boy will join the debate club very soon!

      Delete

Post a Comment