Siapa tak marah bila...


Beberapa minggu yang lalu, sebelum raya ai adalah beli kasut(s) kat Zalora. Lama gak ai jadi pembeli pasif (apakah maknanya itu, silalah google... Oh,oh, itu perkataan ai sendiri takyah ler nak susah-susah menggoogle), jadi baru-baru ni ai pun mengaktifkan my 'buying mode' tu semula *sengih*

Kali ni, macam selalu memanglah ai happy dengan hasil pembelian. Walaupun sampai la ni ai tak pakai pun kasut(s) (again with 's' coz it is more than one *ngeh*) yang kononnya untuk dipakai berhariraya ~_~

Masa terima penghantaran tu adalah disertakan beberapa kupon diskaun termasuk untuk TGV. Rasanya memang ai baca banyak kali katanya potongan RM10 so kalau ada dua kupon maknanya memang RM20 lah, betulkan my calculation nih? Tempoh tamat pulak pada 31 Ogos 2013. Jadi ai pun unjuk-unjuk kat Hubbydearie kalau dia nak pergi menonton wayang masa bercuti raya kat kampung nanti (Ini memang perkara lumrah, balik kampung aje nak tengok wayang macam takda panggung wayang kat KL ni. Termasuk ketika hariraya jugak...)

I memanglah tak pergi. Dengan anak-anak lagi. Tak kuasalah nak mengheret semua ke panggung. Jadi ai fikir daripada terbiar gitu, lebih baiklah suruh dia pergi dengan my nephew yang memang kaki panggung tu. So to cut the story short, Hubbydearie pun pergilah hari Sabtu lalu dengan my nephew. My nephew pun happy giler kot kerana tak payah nak keluar duit tengok wayang this time sebab ada kupon diskaun RM20 tu *senyum lebar*

I tak pasti cerita apa yang mereka tengok. Tak sempat tanya pun. Kalau tak silap, mereka nak gi menonton Elysium (eh, I minatlah kat Mat Samun Matt Damon tu... dan juga si Jodie Foster)

Bila balik aje ai pun segeralah menanya macamana movie yang mereka tengok tu? Seronok ke tidak. Belum sempat berbual panjang lebar, tetiba my Hubbydearie sound ai sikit nyer baik,
"You punya pasal ler ni. Pandai-pandai aje diskaun RM10. Amende nyer RM10..."

Rupanya, dengan kupon tu cuma dapat diskaun RM1 aje *ketawa terbahak-bahak* Eh, bukan salah ai pun. Memanglah ai ada baca tapi sebelum mereka pergi, ai dah cakap/highlight banyak kali suruh mereka baca elok-elok tarikh tamat dan berapa diskaun dapat. Salah Hubbydearielah tak usul periksa main unjuk aje kupon kat cashier. I tak pergi, buat apalah ai bersusah-payah nak amik tau. Lagipun ai yang bagi kupon tu, so terimakasihlah sikit, kan...

Sempat jugalah bertikam-lidah dek perkara kecil cam ni. Sajalah tu, takda benda lain nak digaduhkan. Alah, gaduh-gaduh manja aje. Setakat kasi panas hati masing-masing dan practise sapa nyer pitching lebih tinggi bila bertikam-lidah *gelak*

For me, kalau dia ucap terima kasih kerana bagi kupon  tu sudah cukup. Without the discount coupon pun, dia still kena bayar harga tiket as usual kan. And for him, kalau ai mengaku itu kesilapan ai kerana tak check betul-betul, itu sudah memadai. Tak perlulah nak bertikam-lidah. Kiranya itulah isi hati memasing, yang diluah selepas kering tekak ni dok pot, pet, pot, pet pasal diskaun seciput tu...

Comments

  1. hahahahahaha...
    kkdg 'gaduh manja' ni lah yg merapatkan lagi hubungan kita kan sis...
    bila tingat, sengihhhhh jer hehehehehehe...
    kalo xder adegan 'gaduh manja'...
    tak thrill sgt marriage kita hahahahahahah....
    * me talking tru experience ler ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...betul tu. Bila tak gaduh rasa lain macam aje. Itu yg nak cari pasal sesaja. Tak kisah ler walau sebesar kuman aje penyebabnya. Yang penting, kita gaduh!

      Delete
  2. alahai siannya...
    tapi takpe.. gaduh2 manja gitu.. heeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak kawin nak kawin sangat. Dah kawin, asyik aje nak gaduh. Tak besar pun penyebabnya. Saja2 nak cari pasal, nak kasi 'riuh-rendah' sikit rumahtangga. Hahaha...

      Delete
  3. Salam perkenalan. Memang kes naya. Kupon sudah luput tarikh :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Ai tak pergi so tak perlulah check details kan. Org yg pergi tu kena check betul2 sebelum guna. Not my fault ..eh nak defend diri sendiri lagik!

      Delete
  4. Awww! *hugs* Lumrah kehidupan orang yang sudah berumahtangga. Tak normal lah orang tu kalau tiada gaduh-gaduh manja, kan? Sabr, sister!

    ReplyDelete
  5. done sedekah nuffng jumaat ni yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lmbt pickup. Anyway, thnx sudi singgah.

      Delete
  6. hahha kelakar la pulak baca cerita ni , bab kupon2 ni kena hati2 baca 44 kali pun masih ada yg tk kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puanbee. Kupon2 free ni ada aje T&C nyer. Manalah kita ada masa nak baca semua tu. Dahlah tulisannya kecil ya amat.

      Delete

Post a Comment