Hidup ini dugaan...


I ni nak kata baik hati dan penyabar yang amat, tidak juga. Walaupun cepat marah, cepat jugalah surut api kemarahan itu. Biasanya ai akan simpan dalam hati aje apa yang tak suka kecualilah kalau dah melampau sangat perlakuannya. Tak suka sebenarnya nak berperang-perang mulut (dengan Hubbydearie itu exceptionallah yek) atau bergaduh main tarik rambut. Langsung tak nampak budi pekerti gadis Melayu akhir zaman *senyum lebar*

Kalau rasa tak puas hati biasanya ai pendamkan sahaja kecualilah kalau dah sampai tahap melampau. Cukuplah pot, pet, pot, pet seorang diri. Marah pada dinding dan segala benda tak bernyawa. Bukan kerana takut, tapi kalau boleh tak mahulah gaduh-gaduh memanjang. Life is short. Life is to have fun. Hidup untuk memperbaiki diri. Kalau dah sepanjang masa asyik nak bergaduh, bertikam lidah dan tarik-menarik rambut, apa lagi nikmat hidup yang tinggal?

Setiap pagi bila hendak memulakan hari, ai kalau boleh nak mulakan dengan senyuman dan perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Tapi itulah masalahnya. Ada sahaja perkara yang membuatkan diri cepat panas hati dan menduga kesabaran.  

Macam baru-baru ni. I tahanlah datang awal ke sekolah anak untuk mencari tempat parking. Tetiba dah nak hampir waktu tamat kelas, adalah satu lady driver ni honked me dari sisi kiri. I tengah sibuk membaca dalam kereta ketika itu. Terkejut juga. Dua, tiga kali hon, ai pun tolehlah. Dia lambai-lambai tangan bagi isyarat. Lambat juga ai nak pick-up apa maksudnya. Oh, baru faham akhirnya! Dia minta ai keluar dari parking so that dia boleh parking di bahagian kanan kereta ai di tempat yang lecak berair tu. Apa salahnya dia turunkan tingkap dan cakap nicely to me?

I ni pun macam tunggul segeralah tukar gear, keluar sikit dan bagi dia masuk parking. But I didn't even care how she wanted to manage the small space to park her car. Pandai-pandailah, kan. Ucap terima kasih atau angkat tangan pun tidak lepas tu. Very selfish. As for me, I didn't block that area purposely. Masa ai sampai tak banyak kereta lagi. Tempat yang ai parked itu pun, lecak becak memang takda sesiapa yang sudi mengotorkan kereta masuk situ. Sudah lama ai perhatikan. Sebab itulah hari tu I chose to park there. 

In another incident, I double parked my car di tepi jalan pada satu Jumaat yang padat (situ takda parking dan banyak kereta lain buat perkara yang sama so kerja ai ikut trendlah konon ...) sementara menunggu seorang kawan tapau makan tengahari. Tetiba kereta yang ai blocked tu nak keluar dan ai pun undurlah sikit my car. Kita rasa bersalahkan bila double parked cam tu so tak mahu cakap banyak sebab memang jelas dan nyata kesalahannya. Kebetulan datang pula satu lori kecil terus dok belakang kereta ai. Bila he saw me reversing, he did the same too. Kenalah toleransi, kan?

Sebaik kereta tu keluar ai pun fikir better ai masuk parked kat situ kasi can lorry driver tu  double parked next to me. So orang lain boleh turut serta double parked mana-mana ruang kosong lepas tu *senyum* Tengok, baik tak hati ai? (pada tempat yang tak kena ...)

Tak lama lepas tu a friend of mine sampai. So, kali ni ai pulak yang tersangkut nak keluar tak boleh. I pun turunkan tingkap dan tunjuk isyarat kat lorry driver tadi. Dia buat tak tahu aje. I pun hon sikit (ai jarang guna hon sampaikan hon ai tu tak berbunyi tau...) You know what he did? 

Dia hempas entah apa benda yang dia tengah pegang di tangan, turun dan berjalan ke arah my friend and I (yang tengah tersengih macam kerang busuk) sambil berkata,

"Kalau dah tahu nak keluar tak payahlah masuk. Bodoh!"

Apa??? 

Both of us kelu tak terkata dan bila tersedar my friend nak aje jawab balik tapi I told her, kalau kita jawab balik memanglah kita pun sama aje IQ rendah and as stupid as him! Lagipun kenalah jaga status kita sebagai perempuan Melayu terakhir, right or not? No???

I know, I know... dalam kehidupan hari-hari memanglah kena banyak bersabar dengan segala dugaan yang mendatang tapi janganlah jadi cetek ilmu, rendah pemikiran dan kurang ajar sebegitu. Apa kata kalau kita buat dekat dia perkara yang sama, tentu-tentu dia pun takkan senyum simpul kat kita, kan?


Comments

  1. inshaAllah untuk orang yang sentiasa bersabar, ada balasan daripadaNYA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betullah sabar itu separuh drp iman. Bukan senang nak bawa diri bersabar, kan!

      Delete

Post a Comment