Antara dua benua

Aduhai tajuk... nasib baik tak letak 'Cinta Antara Dua Benua' . 

Memang pengsanlah semua membaca sampai nak termuntah darah, pun tak habis-habis entri nih. Maklumlahkan, cerita mengungkap sejarah silam. Memang kalahlah sejarah penubuhan Malaysia kalau nak dibandingkan dengan sejarah cinta erhmmm, tuan punya blog ni ^_^

Alkisah, seperti yang pernah dikhabarkan di sini, my Hubbydearie is not a Malaysian. Dari mana tak payahlah diwarwarkan ye. Cumanya memanglah dia berkulit putih walaupun bukan omputih, and he is not an English native speaker. Nasib baik jugalah dia berbahasa omputih macam takda masalah aje. So, takdalah masalah juga I nak berborak lepak-lepak mengumpat masa mula-mula kenal dulu. Sekarang ni dia dah fasih berbahasa Malaysia, tak susah nak communicate with him. (FYI, my Hubbydearie ni suka mencuri dengar bila I bergosip dengan my sister tau ...memang tak malu!)

Bangsa my Hubbydearie ni senang aje. Kalau dalam cerita omputih, memang bangsa dia ajelah yang jadi bad guy. Asyik-asyik pun itu ajelah jalan ceritanya. But no, no, no he is not an Arab walaupun banyak kali dah Pak Arab kat KL ni terfikir yang dia ni sebangsa dengan mereka. Duh.

Sebenarnya kelakar juga my Hubbydearie ni. Tak tahulah kot dah banyak sangat bercampur darah susur galurnya, di negara sendiri pun orang fikir dia foreigner. Kami pernah naik teksi di negaranya dan tetiba driver taxi tu cakap his mother tongue language with me, not him. The taxi driver fikir my Hubbydearie is a foreigner and I pula look like one of the natives. Yalah, sampai hati betul taxi driver ni tau! 

Bila dah berkahwin merentas benua ni, memanglah kena banyak bertoleransi kerana perbezaan dari banyak aspek. Namun apa yang penting, kita kena saling hormat-menghormati. 

Nasib baik kami tiada perbezaan dari segi agama kerana Hubbydearie memang seorang Muslim ketika kami berkenalan. Tiada juga masalah bahasa walaupun English is not his mother tongue language. But then, sebelum ditanya, I memang sepatah perkataan pun tak reti dalam bahasa ibundanya. Masa mak mertua datang bertandang for the first time, memang macam itik dengan ayam ajelah kita. Main cemolot pipi kiri kanan aje yang tahu, lain-lain kena pakai translator yek! (Nasib baik juga Bubbly Abang masa tu tak pandai guna Google Translate lagi)

Yang paling ketara sekali ialah perbezaan budaya. Itu memang tak dapat dielakkan. Banyak juga insiden yang mencuit hati berlaku dalam hidup kami. Adakalanya memang kelakar, adakalanya pulak boleh dibuat alasan untuk bertikam lidah tak sudah-sudah. Adat berumahtanggalahkan...

Pernah sekali Hubbydearie suruh si Abang ambil sesuatu,

Abang, ambilkan Daddy sikap!
Daddy nak apa?
Sikaplah! Comb, comb ...to comb your Adik's hair!
Daddy itu bukan 'sikap'. Comb tu sikat lah! Apalah Daddy nih! Cakap pun  tak betul!

Aha, kena sekali dengan Abang. Si Abang ni memang sejak masuk tadika, lebih glamor BMnya berbanding dengan Daddydearie. Kami suka juga mengumpat mengata, memang lepas Abang masuk sekolah, Daddy akan gagal BM kalau terpaksa ambil test paper BM Tahun 1. Kalah dengan Abang, itu yang Daddydearie tak menahan panahan merah padam muka dek marah diumpat!

Masa mula-mula kahwin dulu Hubbydearie tak dapat nak membezakan penggunaan di antara 'aku' dan 'saya'. Walaupun dijelaskan banyak kali, tetap juga dia rasa confused sekejap. Lalu terjadilah tragedi bahasa ni,

Hubbydearie : Mak, Ngah, marilah makan!
Mak               : Takpalah, makanlah dulu!
Hubbydearie : Kalau macam itu, aku makan dulu yek! 

Terngangalah my mom dan sister melopong-lopong gitu. I gelakkan ajelah, nak buat camna.

Hubbydearie kata dia rasa pelik bila tengok kita berbaju kurung pada hari Jumaat. Katanya di negara sendiri, langsung tak pakai baju kebangsaan bila pergi kerja. Kalau pakai, orang kata buang tabiat ke apa mamat/minah ni. Yalah, dalam hati I manalah mereka nak pakai. Dah tentu-tentu mereka lebih selesa berpakaian sependek yang mungkin. Bra ngan seluar dalam pun mungkin terlupa nak pakai!

Walaupun begitu, dia respek dengan orang kita yang sangat peramah. Pernah sekali kawannya datang ke KL, tersinggul bahu dengan orang tempatan. Memanglah salah kawannya tetapi dia pelik bila orang kita yang disinggul bahu, ucap minta maaf dengannya. Eh, terbaliklah pulak. Tapi dari pengalaman I sendiri, memang bangsa Hubbydearie ni very cold, macam takda perasaan langsung. Kalau tak kenal, memang muka mereka sombong-sombong belaka. Naik menyampah pun ada. 

Masa mula-mula di KL dulu Hubbydearie tak boleh nak bezakan di antara Indian dengan African people. I pun menempelak, itu pun tak pandai. But then bila I disuruh membezakan antara Australian, American, British, dan semua omputih di dunia ini with just a glance (tanpa dengar percakapanlah) memanglah I pun tak reti. Apalagi bangsa Hubbydearie. Memanglah tak clever langsung katanya ... hehehe...

I teringat kata Hubbydearie, since beliau tinggal di Malaysia, beliau banyak berkorban untuk menerima segala perbezaan di antara kami dan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. I pun tak pernahlah nak paksa-paksa too much kerana memahaminya. Macam bila tiba Hari Raya, beliau memang hesitate sikit nak pakai baju Melayu. Adakah patut nak berseluar jeans dengan kemeja pergi sembahyang raya. So I told him takut-takut pulak nanti sama gaya dengan Mat Bangla, teruslah dia sarung juga dengan penuh keterpaksaan baju Melayunya. Ni si Bubbly Abang dah ikut Daddynya. Susah betul nak pakai baju melayu. Just imagine at his age, Abang cuma ada tiga pasang baju Melayu!

Nak pakai warna sedondon waktu raya? Oh, minta maaflah. Kalau Mommy meraung, lari-lari sambil kunci pintu bilik dan landing atas katil menangis meleleh air mata pun belum tentu mereka setuju. Nasib baik si Adik Cute happy giler aje bila mengenakan baju Melayu sampai tak mahu tukar-tukar!

Pernah sekali kami pergi beraya di rumah my cousin, lantas si cousin pun bercerita bagai nak raklah dengan Hubbydearie betapa enjoyed nya dia main guling-guling atas salji sambil buat snow man. My cousin tu much older than us lah of course. Anak-anak pun dah besar panjang masing-masing.

So bila balik, Hubbydearie pun cakaplah dengan I,

Peliklah you people! Main guling-guling atas salji. You tak tahu ke betapa sejuknya dan menyampahnya kita orang bila salji datang!

Yalah dear, kita orang tak pernah jumpa salji. Kalau nampak memanglah kita syok sakan! Tak kiralah berapa umur janji dapat guling-guling atas salji. Best apa!

Kalau you datang masa winter, I bet satu hari aje you dah nak balik. Kena kipas angin pun you menggigil sejuk, lagilah kalau suhu below zero degree!

Alahai you mengata bukan main... Yang you dulu  tu sibuk nak berpiknik bawah pokok getah, pokok pisang, pokok bunga raya tu apahal nya?

 
 


 





 









Comments

  1. Seronok baca hal rumahtangga orang ni hehe.... Seronok sebab entri tak berat, santai dan kena mengena dengan kehidupan kita....Itu Okjelah, org lain tak tau hehe.....
    Ceritalah lagi MD macamana awak boleh kenal dengan cik HD tu...Alahhh tempek le gambar sefamily....teringin sangat nak tengok!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita OKje. Saya pun suka yang santai-santai, yang ada kena mengena dengan kehidupan kita mak-mak ni. Gambar HD tak dapat permission kan. Lagipun saya takut nanti OKje tak tidur malam tengok muka HD, marah pulak si Arjunanya nanti..hahaha... Gurau aje ok!

      Delete
    2. Hehe...wah ni mesti hensem banget ni.....Tapi tak pe MD....okje dah immune dengan orang hensem ni sebab okje dah senja hehe....lagi pun org hensem tak pandangnya org mcm okje ni....hehe.....kalau tak dapat tengok HD tengok MD pun jadilah....!!!

      Delete
    3. OKje kan comel lagi. Macam kakak sulung bagi anak-anak gitu. Sekarang ni musim orang muda cari orang senja OKje. Kena berhati-hati tu....OKje mungkin immune, yg muda belia tu mana tau teruja ...hahaha...

      Delete
    4. Buang karen je cari org senja MD....yg muda brgetah berlambak lambak kat luar tu MD hehe. .

      Delete
  2. tak dpt sy nk teka ur hubby ni org apa.jepun kot.haha..bila bersama org yg berlainan bangsa dan adat ni mmg byk kena toleransi, setakat bertegang urat tu perkara biasa..klu pandai manage, boleh give n take Insyaallah bahagia..klu tak bahagia takde la bubbly abg n adik cute lahir..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah! Saya ingat dgn bagi clue yang paling mudah orang dah boleh teka. Bagus nih...nanti saya nak buat GA lah camni... Sapa teka betul, dapat duit 50, 000, 000 rupiah. Nak tak? :D

      Delete
  3. mesti ada yang menarik bila kahwin campur ni kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang betul. Macam-macam ragam jadinya!

      Delete
  4. act kwin campur or tidak, yg penting tolerate.. tapi serokon kan kwin campur ni. dapat belajar adat masing2..
    alahh sis... Lyn tk dpt nak teka pun ur hubby dari mane. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...nanti-nantilah akak bagitahu. Dah bagi klu dah tu...gi tengok cerita omputih yang thriller2 gitu....byk bersepah dia orang ni jadi bad guys...hahaha...

      Delete
  5. Assalamualaikum..

    Hehe betul2..even sebangsa pun kalau tak ada tolerate pun masalah..suka tengok akk sekeluarga happy je..

    semoga akak kekal bahagia sekeluarga hingga ke akhir hayat... ^_^

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah, sekarang happy dan insyaallah happy selamanya :D

      Delete
  6. jodoh pertemuan ditangan tuhan..kehidupan suamisteri saling melengkapi kekurangan & kelebihan..

    satu bonus jugak..klo ditakdirkan jodoh dgn bangsa lain..scara x lgsung leh knl budaya lain kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya rasa biasa-biasa aje. Takdalah pelik sangat kahwin campur ni. Tapi sesekali bila orang menjeling tu memang rasa bosan ya amat! Terasa macam baru turun kapal angkasa aje!

      Delete
  7. hahahah.... kelakar plak baca citer ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adatlah kan bila berbeza budaya, bahasa dan sebagainya :D

      Delete
  8. ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga,,, sedap pulak kalau masak asam tempoyak yer hehehe tq berkongsi cerita !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KA. Ikan di laut, asam di darat. Tapi ikan ngan asam dua-dua tak makan tempoyak...hahaha...

      Delete

Post a Comment