Thursday, October 17, 2013

Apa ke hal ni?

Pelik betul I ni. Bila berblogwalking, bukan setakat interested nak membaca sahaja tetapi bila tengok font orang lain dan terasa menikam kalbu, mulalah I tercari-cari apa ke namanya. Tiba-tiba aje nanti datang nafsu nak menukar font dalam blog sendiri. Yalah, itu aje kepakaran yang tuan empunya blog ni ada. Nak suruh digodeh-godeh benda lain, mahunya tutup terus blog ni nanti. Tak ter'retrieve' kembali dek tersangat pakar menggodeh blog. 

Kadang-kadang tu nak aje tambah itu, ini dalam blog tapi al malang sungguh kerana kepakaran tak ada. Nak mengharapkan pada sang kekasih Hubbydearie, mahunya bertahun nanti baru sudah. Itu pun baru nak mendapatkan approval to say 'yes' untuk membantu, belum disuruh mengemaskini lagi!

Nasib baik juga sekarang ni ada internet, kan. Bolehlah I merujuk bilamana tak faham. I google ajelah (like mother like son pulak dah.... ) Teringat kata-kata Abang,

"Mommy, kalau apa-apa Mommy tak tahu, Mommy google ajelah! Kat internet semua pun ada, senang aje..." 

.... and Abang juga mengajar Makngahnya macamana nak tengok gaya tudung terkini, masak-memasak ala Masterchef kat youtube. Another few years rasanya I boleh dah merujuk kepada Bubbly Abang instead of Hubbydearie ^_^

Oh, sorrylah sangat-sangat pada kalian yang akan pening lalat bila tengok font yang berbeza-beza dalam entries di sini. Nak buat macamana, itu aje yang akak tahu buat!

10 comments:

  1. Pandai abang yeh....Tapi MD mmg betul budak2 sekarang mmg lebih pandai dpd kita bab IT ni hehe...OKje pun buta IT gak MD...tapi OKje pun tak sangka macamana OKje boleh godeh blog yg ada tu.... kira dah pandai sangatlah OKje tukan hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Okje. Kalau nak suruh saya, mahu tak yah blogging lagilah. Habis saya kerjakan apatu HTML, HIV...ntah apa2 lah...

      Delete
  2. amboi pandai si abang tu ye.bkn abg ni umo 6tahun ke?sy igt sebaya aiman..berapa umo abg?

    sy dulu2 pun masa mula2 nk buat blog google je..belajar sendiri..kelakar pun ada blog siap letak lagu n so on..bila dh studi sikit demi sikit baru la tau pasal timbang blog,html semua tu..skang ni dah malas nak godeh..dedulu rajin la cuba tutorial hasil google.hiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang dah 7 tahun. Ingatkan dulupun sebaya si Aiman, yalah macam sama saiz, sama chubby ajekan. Saya tak berapa pandai yang lain-lain, bila tengok kat blog orang mcm cun aje saya pun terkial2 ler google nak tengok camna nak buat...tapi takut gak tersalah godeh kang abis blog

      Delete
  3. Hihihih..bijak macam mamanya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak mengajar emak...lain2 hal tu memang mak lagi bijak ...hahaha...

      Delete
  4. Lyn pun belajar sendiri kak..
    nasib baiklah pernah belajar coding HTML dulu2.. boleh lah skit2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coding moding ni yg buat akak susah hati. Sepatah haram pun tak faham...bila part2 HTML tu akak rasa cam eh naya blog nanti...Kalau tetiba blog ni senyap or hilang, memang angkara akak ler 100% hahahaha....

      Delete
  5. Saya tk pandai nak godek2 blog....bila tgk blog org..memang cantik2 semua tp sy rsa blog sylah yg paling cantik....hehehehe...perasan lebihkan..?? sebab blog tu hadiah dr seseorg...mcmanapun mesti rasa cantikkan...?tanda menghargai gitu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu caranya kita appreciate apa yang orang buat untuk kita. Sebab saya ni suka sangat BW, macam-macam niat dalam hati tapi nak menyempurnakannya tu masalah besar sungguh bagi saya yang setakat tadika aje part2 teknikal ni.

      Delete

KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan!  Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊 Apa khabar semua? Saya...