Thursday, October 10, 2013

Bila Adik dah mula beraksi ...

Adik ni memang banyak keletahnya. Walaupun baru nak masuk 2 tahun (this coming Novermber), lasak dan keletahnya memang boleh tahan buat hati Mommy adakalanya happy adakalanya gundah-gulana.



Tengoklah ni, sibuk nak membaca juga tapi buku si Abang ...


Bila dah penat, macam nilah jadinya ...



Selain daripada kelasakannya memang Adik sangatlah manja mengada-ngada. Pantang betul kalau nampak Mommy nak rapat atau hug Abang, cepat-cepat dia nak interframe. 

Sekarang ni tengah minat main basketball dengan TV sebagai jaringnya. Menangis Mommy tengok, dibaling-balingnya bola supaya boleh lepas terjunam belakang TV. 

Dalam rumah memang tak boleh nak berhias langsung. Baru letak bakul cantik nak menghias ala kadar, dimasukkannya toys kat dalam bakul tu. Mommy sibuk angkat baju, dia sibuk menyapu habuk kasi masuk dalam rumah. 

Suka berposing mengalahkan semua dalam rumah ...







Ini yang paling tak menahan, tak tahulah siapa punya kerja ...





Hey, geram betul! My boy ni superhero lah siapa entah nak tukar dia jadi ustazah pulak nih....










14 comments:

  1. comel dia jadi ostajah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy tak kisah pun dua2 lelaki tapi sepupu sepapat sibuk bebenar 'menukar rupa'. Memang raut wajah Adik ni mcm gegirl sikit.

      Delete
  2. alolo..comelnya..mujur u ckp lelaki..i mula ingat girl..sorry..tp besar sok hensem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik dan Abang masa kecik mmg cam ni. Orang dtg kat kita cubit2 mereka pastu tanya, "Girl eh?" Adui, adui....

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih....Comel iya, lasak pun iya jugak!

      Delete
  4. kenapa comel sangat adik ni...geram tenguk dah la putih gebu...
    paling cute biler pakai tudung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat menantu ke? Boleh aje masuk senarai :D Akak kalau jadi MIL tak memilih dan semestinya the best ever hahahaha....

      Delete
  5. comel2 semua gambar2 ni kak...paling comel gambar no. 3 tu...gambar last kelakar la...tapi comel!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kalau dah penat melenjan, mmg kat mana pun boleh tidur kalau dah penat. Memikir banyak sgt tu mcmana nak sepahkan lagi rumah, itu yg posing cam gitu masa tidur.

      Delete
  6. tu dia baca buku terbalik,comel sgt aih..putih gebu.muka saling tak tumpah abg dia kan..

    geram tgok adik..muka mmg macam girl,ada gaya jadi ustazah..dh besar nti jangan tukar identity pulak,menangis mummy.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak ni mmg suka baca buku terbalik kot. Dahlah baca buku omputih, boleh pulak bunyi alif,ba....., ta..... Pesen apa ler agaknya tu :D

      Jadi ustaz takpa PK, sejuk hati Mommy ni. Kalau nak tukar jadi ustazah, Mommy kejar keliling rumah nanti. Saya sbnrnya takdalah kepingin bebenor nak anak perempuan tapi sepupu sepapatnya yg muda remaja suka betul jadikan dia 'model muslimah' dah muka si Adik ni mcm gegirl. Pakai baju seluarbaju biru pun ada juga org tanya saya, "Eh, girl ya kak?"

      Delete
  7. Budak umur ni mmg tgh sedap main MD....mcm mcm keletahkan....
    Come adik...mcm pompuan. Okje dulu suka gak pakaikan tudung kat anak yg sulung tu ....hehe....budak kecik bukan tau apa pun, suka ajelah dia hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah OKje.. yg dia pun suka aje apa org sarungkan...senyum-senyum simpul, kelip-kelip mata lagi ...

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...