Gelak Part III

Bila mood berblogging merundum, inilah hasilnya ~_^

Seorang lelaki sedang memandu sebuah kereta mewah bersama keluarganya. Tiba di satu persimpangan lampu isyarat, dia pun memecut laju cuba untuk melepasi lampu merah. Sebaik melepasi lampu isyarat tersebut, dia ditahan oleh seorang polis.

Lelaki : Maafkan saya, Tuan. Saya ingatkan lampu masih hijau tadi.
Polis : Eh, eh, takpa. Awak tak melanggar lampu isyarat pun. Memang lampu isyarat hijau ketika awak melintasi persimpangan tadi (sambil tersenyum)
Lelaki : Habis tu, kenapa Tuan tahan saya? (sambil menggaru kepala)
Polis : Kami sedang menjalankan kempen lalulintas dan tahniah, awak merupakan seorang pemandu yang berhemah! Jadi, kami ada wang tunai RM1000 untuk diberi!
Lelaki : Oh, baguslah! Boleh saya pergi ambil lesen memandu nanti!
Polis : Apa? Awak memandu tanpa lesen?
Isteri : Eh, bukan, bukan, Tuan! Suami saya ni kalau mabuk memang selalu cakap bukan-bukan...
Polis : Apa? Awak memandu dalam keadaan mabuk?
Ibu mentua : Itulah...mak dah kata tadi. Mak tak sukalah pergi bersiar-siar naik kereta curi!
Polis : ????

Seorang anak jutawan dihantar belajar ke luar negara. Satu hari dia menelefon ibunya untuk bertanya khabar.

Ibu : Bagaimana kehidupan kamu di sana?
Anak : Baik-baik sahaja, ibu! (sambil mengeluh kecil)
Ibu : Mengapa kamu mengeluh?
Anak : Takda apa-apa, ibu. Cuma...  saya cemburu melihat kawan-kawan lain datang ke sekolah bersama-sama menaiki bas. Hanya saya seorang sahaja yang dihantar menaiki kereta mewah.
Ibu : Kalau begitu ibu akan masukkan duit ke dalam akaun kamu hari ini!
Anak : Untuk apa ibu? Bukankah ibu baru sahaja masukkan duit beberapa hari lalu...
Ibu : Ibu mahu kamu gembira. Pergilah suruh pemandu kita belikan sebuah bas supaya kamu boleh pergi ke sekolah bersama rakan-rakan yang lain!

Seorang suami dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh isteri yang baru dikahwini dua hari yang lalu.

Hakim : Mengapa kamu membunuh isteri yang baru kamu kahwini?
Suami : Sebab isteri saya tidak dara  lagi, Yang Arif!
Hakim : Kalau begitu, mengapa kamu tidak membunuhnya pada malam pertama perkahwinan kamu?
Suami : Sebab isteri saya masih dara pada malam itu, Yang Arif!





Comments

  1. hehehehehehe kesengalan yg funny ok hehehehehehhehe...

    ReplyDelete
  2. hahaha serius lawak ni & tq sudi mendoakan kesihatan Adik yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah...marilah kita buat exercise mulut bersama-sama :D

      Delete
  3. kelakar... bleh ilang bosan jap

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Ohh bestnya jd mcm budak perempuan yg minta nak naik bus tu..hehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah untungnya jadi anak jutawan. Nak bas, bas mak belikan... :D

      Delete
  5. hahahaha..
    tersengih2 ketawa dlm office ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Be careful, Lyn! Kang kena sumbat masuk ambulan kang!

      Delete
  6. hahaha..yg last tu naya siapa jadi bini dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena 'bookmark' lelaki yang cam ni....

      P.S. Saya delete satu lagi komen mungkin tertekan dua kali kot :D

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. sengal betul la.haha sy gelak2 je baca..lawak jugak la..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sengal tak boleh nak ajar. By the way, namanya pun lawak jenaka, kan ...

      Delete
  9. apsal la lelaki tu bengap..kalau tak yer2 jer dia dah dapat RM1000.. =__=
    yg no 3 tu hmmmm, sengal punya llki. adeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah namanya sengal, memang gitulah jadinya. Dok senyap-senyap aje sudahlah kan...

      Delete
  10. singgah pagi xde n3 baru sedekah nuffnangx3 jelah yer hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai KA. Terima kasih kerana singgah. Minggu ni mood nak up entry pepagi tetiba hilang... Sebenarnya takda buat draft langsung itu yg tak leh auto publish apa-apa. Knowing me kan, memang entri panjang berjela. Nak menyiapkan tu makan masa bertahun, KA ...:D

      Delete
  11. Ada masa mmg kita tak de idea langsung MD.....
    Haha...pecah tembelang satu satu...... baik tak tau terus jadi tau hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, kalau suka menyimpan rahsia, janganlah cepat melatah. Cuba tengok cam MD ni...eh, eh, eh...tetiba aje terpuji diri sendiri :D

      Delete
  12. hahaha rasa nak hantuk kepala kat dinding

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik-baik terhantuk dinding. Lain jadinya nanti :D

      Delete

Post a Comment