Betul ke ni?
Ini memang untuk lelaki sahaja ke?
Bagaimana dengan kita yang perempuan ni? Kalau dah masuk 40 tu maknanya dah takda harapan lagilah ye? No more new milestones ke apa lagi dalam hidup kita? Kiranya kita should be happy sahaja menjalankan tugas sebagai seorang wanita, isteri dan ibu kepada keluarga tercinta?
Yes? No?
Teringat pulak dulu masa zaman muda remaja. Bila masuk sweet 17 yang manis sekali terasa macam, 'Oh, indahnya dunia!' Kiranya kitalah yang paling cun, menarik, tertarik di seluruh alam maya ini. Rasanya macam semua pun nak datang mengendeng dek keanggunan perempuan Melayu yang tak berapa terakhir ni (lepas tulah baru tahu ramai rupanya perempuan Melayu terakhir ingatkan tinggal kita sorang aje dalam dunia ni)
Masuk pula umur 21 tahun, lagilah happening aje rasanya hidup kita. Masa tu macam nak beritahu kat semua orang, 'Hello, hello! I'm 21 ok! Keputusan di tangan.... saya!' Rasa macam happy gila bila tak perlu lagi merujuk kepada mak abah bila nak buat sesuatu. Bestnya dapat buat keputusan dalam hidup walaupun kadang-kadang tu tersasar juga. Saat itu macam semua pendapat orang lain tak benar kalau tidak membawa tujuan yang sama dengan kehendak kita. Buat apa sahaja pun tak rasa bersalah sebab segala dosa pahala kita yang tanggung kononnya lah tu. Itulah lebih kurang rasa keterujaannya.
Masuk umur 30an, rasa macam dunia ni kita yang punya.Di awal 30-an, I masih single mingle lagi sebab I kahwin lambatkan. Yalah, nak berseronok sakan menjadi orang bujang dan belum bersedia nak terikat dengan perkahwinan dan tanggungjawab yang maha serius. Alah, yang sebenarnya frust menonggeng kerana kecundang dalam percintaan..hahaha...
Kononnya lebih baiklah enjoy singlehood sampai semput, flirting flirting sebanyak mungkin, mainkan perasaan orang tanpa rasa bersalah (sebab orang mainkan perasaan kita dan tak rasa bersalah pun...) and then barulah fikir serius berkawan sampai kahwin dan beranak-pinak. Tapi yang sebenarnya tak mahu dah kecundang lagi. Mahu tak bangun-bangun nanti merana...hahaha!
So, bila perempuan masuk umur 40-an, adakah kita tiada lagi peluang untuk memperbaiki diri, mempelajari perkara baru dan menjadi lebih maju? Mungkinlah berubah ke arah kebaikan kalau sempat tersedar dari lamunan panjang, ya tak?
Adakah memang rutin kita akan kekal sehingga akhir hayat dan tak mungkin berubah? Adakah kita akan merasa bahagia kerana pada usia begini, sudah ada kehidupan yang lebih stabil, dikelilingi anak-anak (apalagi yang seorang perempuan mahukan selain daripada melihat anak-anak membesar dan ada keluarga bahagia?) dan suami masih lagi disisi dan tak mencari yang lain?
Walaupun perempuan umurnya lebih panjang daripada lelaki (mengikut kata sains), seringkali aje kita mendengar bilamana ada yang pergi meninggalkan dunia fana ini dalam usia yang muda (la..katanya umur 40-an tu dah kira agak tua, dah makcik-makcik dah tahapnya...) disebabkan penyakit kanser. Kanser payudaralah, kanser rahimlah, kanser ini, kanser itu dan macam-macam lagi jenis kanser. Memangnya kita ni dah sinonim sangat dengan penyakit ini ke?
Lelaki bila aje masuk 40 tahun, terasa macam masuk dunia baru. Apa-apa pun mereka berhak lakukan kerana katanya, life begins at 40 kan! Seronok ajelah mereka dan kita ini hanya mampu melihat. Nak buat perkara yang sama, memang rasanya tidak boleh. Cuba lihat bila lelaki tua berkahwin dengan wanita muda? Takda siapa yang cakap lebih-lebih kecuali mungkin menjuih sikit. Sikit ajelah.... Kalau tidakpun dikatanya si isteri yang dah tua memang tak pandai menjaga suami. Perempuan juga yang salahkan!
Cuba lihat pula apa yang akan berlaku bila wanita tua berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda? Lebih terjuih mulut masyarakat sekeliling dan nafsu mengumpat berkumpulan pun datang membuak-buak nak buat dosa lebih sikit sebelum bertaubat.
Bila lelaki berumur berlagak macam lelaki muda, tiada yang mengata. Bila wanita tua berlagak muda, dikatanya dah buang tabiat rupanya si dia ni. Tak sedar yang diri tu dah tua, rumah kata pergi dan kubur kata 'lai, lai, lai...' ^_^
Bila lelaki tua kematian isteri dan kahwin semula kerana 'kesunyian' (yalah tu...) orang tak kata apapun tapi cubalah kalau wanita tua nak kahwin lagi selepas suami pergi, mulalah terkena peluru umpatan dan caci nista. Kubur suami merah lagi dah gatal nak cari pengganti. Kesiannya ...
Yang sebenarnya, memang mudah nak menyalahkan perempuan dalam apa-apa perkara pun yang berlaku dalam hidup gamaknya. Yalah, perempuan nafsunya sembilan manakala lelaki cuma satu. Sangat 'buas'lah agaknya kita ni menjadi perempuan, kan!
Entahlah ye apa akan berlaku kalau berjaya sampai ke umur 50-an, 60-an dan seterusnya? Entah apalah nasib kita agaknya nanti...
Kalau ada anak-anak, mereka ajelah tempat untuk menumpang kasih ketika meniti usia tua. Kalau tidak, sendirian kembalilah nampaknya... tetiba teringat lirik lagu 'Sendiri' kumpulan May ...
Dinginnya di malam ini suasana pilu
Terkenang daku kembali sejarah silam....
Tetibalah pulak dah!
Yang sebenarnya, memang mudah nak menyalahkan perempuan dalam apa-apa perkara pun yang berlaku dalam hidup gamaknya. Yalah, perempuan nafsunya sembilan manakala lelaki cuma satu. Sangat 'buas'lah agaknya kita ni menjadi perempuan, kan!
Entahlah ye apa akan berlaku kalau berjaya sampai ke umur 50-an, 60-an dan seterusnya? Entah apalah nasib kita agaknya nanti...
Kalau ada anak-anak, mereka ajelah tempat untuk menumpang kasih ketika meniti usia tua. Kalau tidak, sendirian kembalilah nampaknya... tetiba teringat lirik lagu 'Sendiri' kumpulan May ...
Dinginnya di malam ini suasana pilu
Terkenang daku kembali sejarah silam....
Tetibalah pulak dah!
Zaman skrg, pompuan at 40s pun bleh nampak mcm 30s.
ReplyDeleteBetul tu, cucuk dan telan ajelah apa yang patut :D
Deletedr smalam mencari entry ni,hari ni publish betul2..:)
ReplyDeletekesian kan perempuan,serba serbi tak kena pd pandangan klu nk bandingkan dengan laki..
tetiba teringat apa yg n suami share kt fb,wanita 20an mengancam,30an macam2,40an terancam,50an semacam, 60an dah tak cam...taun depan sy akan meninjak ke 30an,so watch out.hehe
Hahaha...minta maaflah PK. Tuan tanah kan bijak. Tengah draft2 tetiba tertekan publish. Kalut malut sekejap. Sepatutnya keluar esok tapi entri harini tak siap2 sampai ke endingnya...hehehe....
DeleteAda orang kata, 30-an tu umur paling 'seksi' untuk wanita pada pandangan lelaki, betul ke tidak tu?
seksi ke?asalkan seksi dimata para suami sudah.muahaha...
DeleteSeksi di mata orang lain pun apa salahnya...sekali sekala kasi suami pulak jealous tak bertempat..hahaha...
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteHuhu..sofia selalu dgr ayt tuh..haha sofia pulak tak tahu dan tak dapat nak bayang langsung apa yang jadi pada sofia akan datang ni..memang blur abis..
regards,
Triplesmiley
Salam Sofia,
DeleteKalau kita tahu di mana kita pada masa mendatang, lagilah takutkan. Biarlah blur aje Sofia, rasanya lebih baik!
pada saya umur 40 tu adalah tapak permulaan ke arah yang lebih baik iaitu mengumpul saham akhirat..tahun depan sayalah orangnya tu..hihihi..
ReplyDeleteEh, Dee bukan ke forever 29?
DeleteKita ni perempuan sekarang rasa macam takut aje kalau dah dekat menginjak separuh abad. Padahal, bukan ke beruntung sangat diberi banyak peluang dan kesempatan untuk berbuat baik dan beramal?
takpe kak...umur hanye lah angka...yg penting kite kene positif selalu, senyum selalu, baru la awet muda gitu....makan pun kene la jage kan....heheheheeheh....
ReplyDeletetapi bile dipikir2 balik...uih camne laa lieyalatif mase umur 40kan....jgn le time tu dah byk kedut2...auwww takleh terima kenyataan i hahaahahahah...kene telan cologen byk2 ni kak dari sekarang hahahaaha...ape pun in sha Allah moga kite dipanjangkan umur tuk rase hidup di usia 40 tahun kan kak.....
Betul tu Lieya. Angka semata...Cuma takut ilmu masih tak cukup di dada. Mintanya dipanjangkan umur dan lebih banyak amallah hendaknya. Jom kita telan kolagen dan seangkatan dgnnya sekarang sebelum terlewat :D
DeleteBetullah MD...lelaki semakin tua semakin laku ...perempuan jugak yg kesian hehe...
ReplyDeleteTapi bila U dah berada di umur 40an...U akan rasa yg U macam dulu jugak... macam OKje hehe...of course le dah tak secome dulu....tapi perasaan tu tetap sama mcm kita muda remaja dulu hehe...
MD, ni statement org tak mengingat ni hehe
Bagus OKje, bila kita ingat yang kita sentiasa muda dan comel menawan macam anak dara 20-an, automatik terserlah kat muka kita keremajaan tukan...
DeleteI dah mula senyum-senyum kambing selalu sebab nak nampak muda ajelah. Kalau tak jalan juga tak tahulah!
setuju ngan lieya, tu... hehehe & tq mendoakan Adik juga yer
ReplyDeleteRasa macam tak boleh terima aje nanti bila orang dah mula panggil 'makcik' Masalahnya kalau umur pemanggil tu memang dah sebaya anak-anak sedara kita, nak buat macamana kan!
Deletelelaki mmg suka bab life begin at 40..
ReplyDeletetime tu lah nak tunjuk belang. tapi tak semua lah kan.. ada jer yg baik2..
lyn yg da berumur ni pun ntah lah sis tak tau bila lagi nak kwin.. mkin lama2 makin tua, but hati masih muda.. age just a number,, gitu kan.. hahaha..
Lebih baik tak kawin daripada terpaksa kahwin Lyn. Yang penting kita enjoy dengan life kita, kan... Jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan.
Deleteumur bukan ukuran. wah gitu. yg penting kita bahagia disamping mereka2 yg disayangi amin...
ReplyDeleteMemang betul, setuju sangat. Mana tahu bila meningkat usia, lebih ceria lagi hidup kita kan!
DeleteSetuju! We are stronger than men sebenarnya ...
ReplyDeletedua penyakit yg paling digeruni wanita adalah kanser payudara dan kanser rahim.perlu jaga sebaiknya....umur adalah angka..yg penting kesihatan tubuh badan kita sebagai wanita
ReplyDeleteBetul tu...asyik-asyik kanser sahaja penyebabnya. Memang gerun betul.
DeleteUsia tu cuma angka je...ada terbaca hadis yg bermaksud,kalau usia kita dh masuk 40 tp perangai tak berubah ke arah yg lebih baik,maka di situlah tahap kita....wallahualam...
ReplyDeleteZmn sekarang ni,susah nk bezakan wajah wanita dgn usia mereka,kdg2 tu,wanita 30an dn 40an,nmpk mcm sebaya je....yg kawin dgn lelaki mudapun dh ramai n mcm dh jd tren je...kakak sepupu sy,umur 45,kawin dgn lelaki 25...x nmpkpun bezanya wpun dia bkn artis..hehehe..kalau che ta tu lain la kan...hehe...
Yg penting dlm hidup kita ni,ingat lima perkara,sblm dtgnya lima perkara....usia kita tk tentu bila...entah esok...entahkan lusa....kita dijemput olehNYA
Betul tu. Saya pun pernah mendengar kalau kita berubah bila usia dah 40 tahun, memang sampai situ ajelah tahap kita.
DeleteSekarang ni macam-macam bantuan ada kalau nak nampak cantik secara fizikal. Tapi bukankah yang lebih molek kecantikan dalamannya?