Mari bergelak...

Salam hari Jumaat....

Sekejap betul masa berlalu sekarang ni ya. Baru aje lompat katil berebut nak pergi kerja hari Isnin yang lepas tau-tau aje dah hari Jumaat semula. Memanglah seronok bila  tiba hari Jumaat ni sebab esok dah Sabtu, maknanya cuti. Boleh meluangkan masa bersama keluarga di rumah. Itu memang ai suka walaupun bila berada di rumah dan menukar title kepada Home Minister memang sangat-sangat mencabar tapi seronok, kan?

Ini nak sambung cerita pasal spaghetti dari Brazil...

Oh, bukan cerita yang sama tetapi dah terlanjur teringat akan sesuatu yang funny lebih baik ai kongsi di sini sahaja.

Hal ni berlaku to one of my sisters. Ada training kalau tak silap di PD. Kena tidur 3 hari 2 malam di hotel. Tak tahulah 3,4 atau 5 star hotel. So, beliau berkongsi bilik dengan rakannya. One of them tu budak muda, baru masuk kerja.

Hari pertama sampai di bilik hotel, budak ni pergi mandi. Lama betul dia mandi. My sister pun pelik tapi tak kisahlah, kan. Bila berkongsi bilik mestilah nak bertolak-ansur sikit walaupun ada perkara yang kita tak berapa suka.

Kali kedua dan ketiga dia masuk bilik air pun macam itu juga. Lama betul dia menghabiskan masa dalam bilik air. Since my sis yang paling tua, dia pun duduklah bertanya kepada budak muda ni bila ada berkesempatan. Ini jawapannya:-

"Air kat hotel ni panas sangat, kak. Saya terpaksa sejukkan dulu dalam bath tub baru saya mandi!"

Ini cerita my friend pula. Biasanya bila orang memohon visa untuk ke sesuatu negara, tentulah ada tercatit 'no.of entries' dekat visa tu, kan... Alkisahnya ada satu perempuan ni memohon visa untuk ke luar negara. Ketika mengambil pasportnya, dia pun checklah status visanya. Kebetulan dia dapat single entry visa. 

Tetiba cepat-cepat dia berpatah balik dan bertanya pada staff di kaunter,

"I am married. Why you put here 'single'?" merujuk kepada status visanya ...



Yang ini happened to my Hubbydearie. Beliau dan kawan senegaranya keluar berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Si kawan ni nak keluarkan duit lantas mereka pun pergilah mencari bank. Kebetulan, si kawan ni nampak logo satu bank dan dia pun suruhlah Hubbydearie berhenti,

Kawan : You stop there! Stop there!  I saw a bank just now!

Hubby : What bank? (sambil menjenguk keluar)

Kawan : Chimpbank!

Hubbydearie sengih aje kerana dia teringatkan si chipmunks tetiba ...

Agak-agaknya bank apa tu?  

Cari sendirilah jawapannya yek. Senang aje...

Dan satu lagi, kalau depan Hubbydearie I jarang sebut pasal Ambank. Sebabnya perkataan 'Am' itu maksudnya dalam bahasa ibunda Hubbydearie ada kaitan dengan alat sulit wanita. Sama ajelah dengan cincin dan mangkuk, jangan disebut menjerit-jerit depan orang Jepun, ya!





Comments

  1. hahaha...cimbeng tu mmg kita2 ni suka sebut begitu..smpi tak rasa lawak dah..hehehe..tapi yg psl air panas kt hotel dgn single entry visa tu mmg funny..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cimbeng, chinpeng, abislah semua satu bank....

      Delete
  2. CIMB bank kot.. hahahah

    bab sejukkan kat air dlm bath tub tu mmg tak leh blah.. ape ke baru duduk kat hotel ke gamaknya.. oppppsssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak baru masuk kerja, baru dok kat bandar, pastu kena gi training kat hotel besar pulak kan...Samalah mcm kita (eh akak ler, lyn akak tak tahu kg kat mana) bila baru dtg dari kampung...culture shock@terkejut beruk sekejap!

      Delete
  3. CIMB Bank lah ni...lain bahasa lain budaya lain maksudnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun kadang-kadang suka jugak ckp chim bank chim bank senang kan nak pronounce!

      Delete
  4. patutla lama sangat dalam bilik air rupanyer tunggu air sejuk yer...muahaha
    teringatla cerita spegeti tu..hehe
    kenkawan saya pun sebut cimbbank..ok
    mesti pandai cakap jepun ni...bestnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tidak! Tak pandai ckp Jepun. Sikit2 patah2 perkataan aje yg tahu ... walaupun dah begitu lama kat sini .... :D

      Delete
  5. Hehe... yg Chimbeng tu mmg femes pun sebut gitukan.... Tak denya kita sebut sepatah sepatah huruf tu hehe...
    Betul kata awak MD .....budak baru kerja kalau dtg dari kg lagilah...mmg.culture Shock...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak kuasa nak mengeja kan! Saya pun dulu dari kampung masuk kerja kat bandar terculture shock juga bila tengok pompuan pakai skirt pendek paras pangkal peha. Saya pulak yg tutup mata lelebih...malu ai..kat kampung dulu-dulu takda cam gitu.

      Delete
  6. hehehe suka baca n3 ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak nak dekat cuti ni KA, layan cerita mencuit hati ajelah kita....

      Delete
  7. apesal la bengap sgt tggu air sejuk.muahaha...

    bank 2 cimb kan...

    ohh sy tak pandai ckp japang..

    ReplyDelete

Post a Comment