My super serious picky eater

Di rumah I sebenarnya cuma ada kami berempat :- my husband and I, Bubbly Abang and Adik Cute  tapi bukannya suatu perkara yang senang untuk menguruskan all of us ni. Pening kepala kadang-kadang kerana macam-macam kerenahnya. Paling teruk sekali dah tentulah my eldest son, Bubbly Abang. Walaupun baru 7 tahun, banyak sungguh kerenahnya yang hendak diberi perhatian especially bila melibatkan his pemakanan.

Si Abang ni sangat-sangatlah picky eater. His choice of food sangatlah limited. Itu tak makan, ini tak mahu. Puas dah I guna pelbagai cara langsung tak jalan. Masa kecil dulu memang dia sangat comel dan chubby, totally different dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Not because of food tetapi disebabkan susu formula S26 yang diambil. Umur baru 3 tahun, orang fikir dah masuk tadika. Masuk 4,5 tahun, mereka fikir dia 7 tahun. Sekarang ni kalau orang tanya umurnya dan I kata baru 7 tahun, terbeliak jugalah mata. 



Pun begitu, Abang dah banyak kurus dan nasib baik juga kerana dia quite tall for his age. Sekarang ni pun bukan dia kuat makan. Kalau nak masak atau keluar makan, mesti kena fikir tentang his food. Sampaikan my Hubbydearie dok komplen mengapa kena ikut taste Abang kalau nak masak atau makan di luar. Sepatutnya dia makan apa yang parents bagi makan. Dek kerana tak mahu berbalah, I as a wife and mother ni terpaksalah ambil langkah yang lebih prihatin. Setiap kali masak, I akan masak satu lauk favorite Abang, satu lauk favorite Hubbydearie and satu lagi yang kami boleh kongsi makan. Adui, naik pening juga kepala ni bila tiba masa untuk memasak!


Abang's favorite is chicken. Itupun very limited choice juga. Dia cuma suka ayam  goreng, ayam masak pedas atau sekali sekala ayam masak kicap atau kari ayam. It depends apa yang dia nak untuk menu of the day. Ayam goreng itupun nak kena tengok warna gorengannya. Kalau silap sikit memang dia tak mahu makan.

Lain ceritanya kalau goreng mi di rumah. Memang togel ajelah langsung takda sayur. Kalau Abang ternampak bawang goreng atas pinggannya, mahu merajuk tak mahu makan kerana susah nak mengasingkan bawang dengan mi. Kerap juga Mommy jadi mangsa, kena jadi tukang suap dan tukang mengasingkan mi daripada bawang dan sebagainya. Tomato sebiji pun boleh jadi masalah besar! Paling meriah pun mi goreng di rumah cuma letak ayam sahaja. Letak daging kalau liat sikit (maklumlah Mommy pun tak expert sangat part potong daging ni) lagilah dia tak mahu. 

Abang ni memang memilih makan betul. Begitu panjang kalau nak disenaraikan list makanan yang dia tak suka/mahu makan. Cuba ajelah bayangkan bila mana anak tak mahu makan telur, sayur-sayuran, ikan, daging, all kind of seafood, nasi selain nasi putih, kentang, segala maknek bawang, mi hun, tak minum Milo dan banyak lagi. Bila nak cuba sesuatu yang baru, dia mesti nak cium bau dulu. Kalau bau rasa lain macam, tak mahu dicubanya makanan tersebut.

I dah guna cara paling lembut dan juga paling garang untuk dia cuba makanan yang 'baru' baginya tetapi tak jalan pun. Bila dah sampai menangis-nangis and I pun kadang-kala hilang sabar, we go back to the routinelah. Tak kuasalah nak berdrama-drama selalu pasal makanan aje. Masa bersama anak-anak tu macam emas, tak mahu I buang masa dok marah-marah pasal makanan aje. 

Kadang-kadang kesian pun ada tapi kalau berterusan macam ni, Abang juga yang akan susah nanti. I pernah tunjukkan padanya gambar kanak-kanak di Afrika yang kebuluran kerana tak cukup makan. Mulalah dia tunjuk muka sedih lepas tu bila diingatkan jangan memilih makanan, again masalah pun bermula.

Nasib baik juga Abang ni tinggi dan sekarang badannya tak nampak gemuk macam masa kecil dulu. Sungguhpun begitu, I tetap kawal pemakanannya. Siapa yang tak sayang anak, ya tak?







Comments

  1. hmm.. sebagai ibu kita terpaksa juga berusaha utk memuaskan hati anak dan suami kan kan... tak tau la saya nanti ada anak mcm ne.. memilih juga tak.. sebab saya pun ada benda yg sy x leh makan.. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain anak, lain ragamnya. Jadi emak ni memang kena banyak bersabar. Kalau tidak, memang kalah Incredible Hulk!

      Delete
  2. anak2..mcm tu lah..kita yg besar ni pun cerewet makan..apatah lagi dorang kan..anak2 dee memilih gak makan..tapi dee mmg jenis takkan masak asing..apa dee makan..dorang pun kena gak makan..tp kena asing2lah bendasing2 tu..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya macam tulah Dee. Tapi kadang-kadang kesian pulak tengok si Abang ni. Itu yang kena juga masakkan special menu for him. Kalau ikutkan marah tu, memang kena juga sekali-sekala.

      Delete
  3. Agak serius juga ye masal ah abg ni.yg teruknya mummy la nk msk prlbagai jenis lauk.aiman macam abg dr segi fizikal org kata dia dh dajah 2 3..tp nasiblah dia tak milih makan.sng kerja I u.hehe

    Cuma time baby dia ada mslh mkn,takmo mkn lgsung smp puas macam menu sy buat.dia start kuat mkn lepas umo 2 taun lepas tu ros mbesar bagaikan juara.dlu dia kurus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya memang dari kecil dah chubby betul tapi bukan sebab kuat makan. Bila besar ni dia menyusut banyak sebenarnya tapi soal makan tu memang tak tahu dah nak buat macamana. Susah betul nak layan kerenahnya!

      Delete
  4. anak-anak macam2 ragam ye sis...
    mak2 lah yg rajin melayan tu....
    mana tau dah dewasa kelak...
    selera si Abang berubah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harapnya. Rugi banyak kalau dia tak mahu mencuba langsung.

      Delete
  5. bukan abg sorg jer gitu, klu lyn perhati kan my nephew & niece kekecuk dulu pun mcm tuh gak.
    memilih nak mkn itu ini. Mcm klu bg ayam nnti org kata tu jer ke yg mampu padahal terlebih mampu kot nak bagi lain. Tapi sbb anak kan, ikut kan jer.
    mane lah dah besar nnti selera dia berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tengok ayam dah tak tahu nampak apa dah sekarang nih...Hari-hari pun ayam aje.

      Delete
  6. abang memilih yek..
    dulu anak saya uwais tu pun sama jugak kemain memilih makanan...memacam teknik saya try lelama dia ok..masa memula nak ajar makan sayur dalam nasi goreng saya letak sayur potong halus2..dalam telur pun sama mesti letak sayur racik halus...buah2 saya potong dadu untuk mudah dia makan memula tu memang dia tak nak makan...kadang naik angin juga...tapi memang kena banyak bersabar...misalnyer masa makan tengahari saya letak siap ikan tu saya asingkan sesiap dri tulang sayur saya letak dalam pinggan dan semangkuk sup...mesti dia kena makan dah habiskan...kalo dia tak nak makan juga saya memang tak akan bagi dia dia makan makanan lain cekelat ker aper..kalo lapar mesti makan nasi tadi...memula tu taknak la...bila dah lapar memang habis sepinggan nasi sup semua ditelannyer,,,

    tip paling best tengok upin ipin pasal sayur hijau...lepas tengok cerita ni...lagi bersemangat dia nak makan makanan berkhasiat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah buat macam tu Lizz tapi nampak aje dia ni. Sebesar kuman pun kalau boleh jangan letak sayur dalam makanannya. Kadang-kadang bila geram, memang nak marah aje tapi tak dibagi makan, rasa kesian pulak. Dia boleh aje taknak makan satu hari kalau apa yang dia tak makan kita hidangkan.

      Delete
  7. Emmmm....kronik jugak tu MD hehe....kronik kat kita le sebab nak kena masak 2- 3 lauk.....Budak biasalah MD tak makan sayur, tp okje letak je togeh banyak banyak, suka hati merekalah nak asingkan, yabg penting msk nak makan hehe....Anak okje yg sulung tu pun jenis pemilih jugak masa kecik.... dia tak makan daging ...tp sejak duk hostel semua dibedal hehe....yg bongsu pulak dah 10 tahun pun tak makan pedas pedas...Kalau masak terpaksa ambik kira lauk dia....tu yg jadi betambah kerjakan MD!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak-bapak tak kisah. Anak tak nak makan nasiblah berlapar. Kita mak-mak ni mana sampai hatikan OKje.

      Delete
  8. jangan risaukan sangat anak2 chubby ni, biarkan je dia makan.nanti bila dah besar, diorang sendiri tahu control makan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintanya dia berubahlah bila besar nanti. Kalau tidak alahai ruginya itu tak makan, ini tak makan.

      Delete
  9. Lain budak, lain pe'el nya. Ada budak, tak suka sayur, dia suka ayam. Ada yang tak suka ayam, suka makan sayur je pun ada. Kita yang mak bapak ni pulak yang jadi pening kepala risau takut anak kurang zat. Bebudak rilek je happy-happy. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kita pulak yang gundah-gulana tengok anak memilih makan. Anak-anak ok aje. Mereka tahu makbapak takkan sanggup bagi anak kelaparan.

      Delete
  10. Assalamualaikum..

    Ohhh sofia rasa agaknya budak skg mmg choosy kot kak..sbb selain Abg, adik sofia pun sama choosy tang makan..dan cousin sofia punya anak2 pun sama...memilih ya ampun..
    tapi, insya-allah dah besar..bila dah bergaul dgn member2 ok kot cara pemakanan die..

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Bagus juga kalau memang budak-budak sekarang ni cerewet ya amat tentang makanan. Ingatkan si Abang aje yang teruk macam tu sekali. Minta-minta bila dah besar nanti dia berubahlah sikit.

      Delete
  11. maybe boleh try ambil meal shakes shaklee...ia boleh bantu tingkatkan selera makan...
    dier suka x makanan yg diblend?? boleh mix semua ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak suka makanan yang dah diblend. Dia suka cium bau makanan. So kalau macamana sembunyi pun bila dia rasa suspicious ada sayur, terus dia kata kenyang tak mahu makan. Nanti saya tengok meal shakes shaklee ni... thanks!

      Delete

Post a Comment